Anda di halaman 1dari 7

I8BI04069 19/01/2022 IBQQ4263 TAWJIH QIRAAT 1 USTAZ MUJAHID LUTFI

Tawjih al-qiraat berdasarkan resam, bahasa, qiraat syazzah menurut Ibn Zanjalah

ABSTRAK

Sebahagian manusia menyangka ilmu tajwih al-Qiraat kebanyakannya dipengaruhi ilmu


penafsiran dan tatabahasa arab, dan sebahagiannya menyangka dipengaruhi oleh bahasa, dan
sebahagian menyangka dua qiraat berlainan adalah dipengaruhi oleh lahjah lisan manusia. Ini
adalah pandangan yang menyimpang malah sebahagiannya memasukkan pandangan mereka
dalam kurikulum pengajian. Oleh itu, ilmu yang berkaitan dengan tawjih al-qiraat memberi
peluang kepada para guru dan penuntut ilmu untuk mendalami ilmu qiraat yang menunjukkan
mukjizat pelbagai riwayat al-Quran. Oleh itu, kekurangan beberapa ilmu yang berkaitan tentang
tawjih al-qiraat adalah dianggap sebagai tidak praktikal kerana keseluruhan ilmu quran
melengkapi ilmu yang lain. Kajian ini bertujuan untuk mendedahkan tiga isu utama dalam tawjih
al-qiraat menurut Ibnu Zanjalah. Kajian ini adalah berdasarkan metod analisis dan indusif.
Hujjah qiraat Ibnu Zanjalah dianalisis berdasarkan resam, bahasa dan qiraat syazzah. Kajian ini
menghuraikan besarnya pengaruh perubahan resam Uthmani terhadap tawjih al-qiraat menurut
Ibnu Zanjalah. Oleh kerana itu tarjih adalah diperlukan memandangkan Ibnu Zanjalah berhujjah
dengan bahasa dan dialek Arab sebagai tawjih qiraat. Walaubagaimanapun, hujjah Ibnu Zanjalah
dalam qiraat syazzah adalah tidak mencukupi kerana tidak melebihi daripada 40 hujjah. Ini
adalah dianggap sebagai kelemahan pengarang.

PENDAHULUAN

Ilmu Tawjih al-Qiraat adalah salah satu ilmu yang utama dan menyeluruh berbanding ilmu lain.
Ilmu Tawjih al-Qiraat adalah berdasarkan penafsiran al-quran, rantaian sanad Nabi s.a.w, qiraat
mutawatiraah, qiraat syazzah, resam Quran, tatabahasa, balaghah, bahasa arab, syair dan
pelbagai ilmu lain yang menguatkannya.

Kitab hujjah al-Qiraat Ibnu Zanjalah mengandungi 814 halaman termasuklah indeks. Edisi
pertamanya adalah pada tahun 1973 diterbit oleh Mu’assasah al-Risalah di kota Beirut Lebanon.
Kitab ini telah ditahqiq oleh Professor Sa’id Afghani. Kitab ini mengandungi abstrak,
pengenalan, latar belakang kajian dan kesimpulan. Latar belakang kajian Ibnu Zanjalah
menjelaskan beberapa perkara iaitu perbezaan antara Tawjih dan Hujjah, perbezaan antara Quran
dan Qiraat, Tawjih qiraat dalam qiraat syazzah, tawjih qiraat berdasarkan resam Al-Quran dan
Tawjih Qiraat berdasarkan bahasa arab dan dialek.

PERBEZAAN TAWJIH DAN HUJJAH

Perkataan tawjih adalah daripada wajh (cara), cara penyebutan, cara yang diniatkan. Jadi, tawjih
adalah berasal daripada wajjaha. Secara teknikalnya tawjih qiraat adalah ilmu tentang apa yang
dimaksudkan dalam qiraat dan apakah pendekatan yang digunakan oleh qari.
Walaubagaimanapun, hujjah bermakna apakah yang diniatkan atau secara terperincinya yang
fakta yang dimaksudkan dalam niat. (Manzur,141: Faris 1979).

PERBEZAAN QURAN DAN QIRAAT

Quran adalah kalamullah yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, membacanya adalah
ibadah. Quran sering ditulis dan sering disebarkan. Oleh itu, terserlahlah bahawa alquran
mengandungi ciri-ciri yang bermukjizat dan bermatlamat (Ismail, 1999; al-Rumi, 1999).

Qiraat: Ini merujuk kepada cara sebutan ayat Al-Quran dan bagaimana mengamalkan sebutannya
dengan menyandarkannya kepada perawi (al-Ghani, 2005). Menurut Imam al-Zarkashi,
pengarang al-Burhan fi Ulum al-Quran, qiraat adalah bacaan yang tidak disepakati perkataannya
seperti takhfif dan tasqil (al-Zarkashi, 1957)

TAWJIH AL-QIRAAT DALAM QIRAAT SYAZZAH

Para ulama telah mengorbankan masa mereka untuk membezakan qiraat mutawatir dan qiraat
syaz melalui syarat-syarat yang telah disepakati. Namun Ibnu Salah mementingkan pengajian
qiraat syaz, manakala Ibnu al-Jazari mengatakan “Qiraat syaz al-Quran yang masyhur adalah
diterima” (al-Jazari, 1999). Qiraat syaz memberi kelebihan dari sudut memahmi bahasa Arab dan
tafsiran al-Quran dan tidak boleh ditolak semata-mata. Disebabkan itu, Ibu Zanjalah menjadikan
qiraat syaz salah satu metodologi untuk berhujjah dengan qiraat mutawatir dalam kitabnya
Hujjah al-Qiraat, untuk mengkaji keluasan bahasa dan rantaian sanad. Namun sebab berlakunya
syaz adalah kerana resamnya tidak menepati kaedah resam Uthmani. Syarat-syarat qiraat
mutawatir yang telah disepakati oleh ulama adalah hendaklah bertepatan dengan kaedah bahasa
arab, bersesuaian dengan kaedah resam Uthmani dan sanadnya adalah mutawatir. Namun dalam
kitab Hujjah al-Qiraat, Ibnu Zanjalah telah memuatkan qiraat syaz dalam beberapa topik kecil.

QIRAAT SYAZ SAHABI YANG BERSESUAIAN DENGAN TUJUH QIRAAT

Para sahabat sering mendengar qiraat Sahabi walaupun qiraat tersebut adalah tidak bersesuaian
dengan kaedah resam Uthmani dimana para Muslim telah menerimanya sebagai qiraat syaz.
Namun Ibnu Zanjalah tetap memasukkan qiraat syaz riwayat Sahabi untuk menguatkan qiraat
mutawatir terutamanya dalam penafsiran. Ini adalah pendekatan yang sederhana. Kadangkala,
Ibnu Zanjalah meriwayatkan qiraat Sahabi yang mutawatir, dengan selesa. Dalam situasi
tertentu, Ibnu Zanjalah tidak selesa dengan beberapa qiraat Sahabi, oleh itu Ibnu Zanjalah
menambahkan sokongan hujjah dari ayat al-Quran (Zanjalah 1997).

Ibnu Zanjalah memuatkan qiraat syaz para shabat yang bersesuaian dengan qiraat tujuh untuk
menegaskan bahawa qiraat syaz adalah diterima dan dapat menguatkan qiraatnya. Ibnu Zanjalah
juga menghuraikan asal sesuatu kalimah dan bagaimanakah penerimaan kalimahnya dan
pendekatannya dalam kalangan ahli tatabahasi arab (Zanjalah, 1997)

QIRAAT SYAZ

Ibnu Zanjalah kadangkala bersetuju menjadikan qiraat syaz sebagai hujjah utama qiraat
mutawatir. Kadangkala qiraat syaz dijadikan penguat makna qiraat mutawatir bagi
menguatkannya apabila penafsirannya saling selari. Kadangkala juga qiraat syaz dijadikan bagi
menguatkan hujjahnya (Zanjalah, 1997)

SANDARAN KEPADA QIRAAT SYAZ UNTUK MENGUATKAN HUJJAH

Ibnu Zanjalah menjadikan qiraat syaz untuk menguatkan hujjah bahasa arab yang lemah. Ibnu
Zanjalah berkemungkinan mengadakan satu qiraat baru untuk mengesahkannya (Zanjalah,
1997). Dapat diperhatikan dalam kitab Hujjah Qiraatnya Ibnua Zanjalah menggunakan kurang
50 qiraat yang mana agak sedikit berbanding hujjah melalui bahasa, syair, penafsiran, tatabahasa,
dan balaghah. Perbandingan antara Tawjih al-Qiraat dan bahasa dalam kitab lain jelas
memaparkan Ibnu Zanjalah sandaran yang ketara kepada qiraat syaz. Ianya dianggap sebagai
kekangan kitab tersebut memandangkan qiraat syaz adalah dianggap sebagai asas sandaran ahli
qiraat, ahli bahasa dan ahli tafsir.
HUJJAH QIRAAT MELALUI RESAM UTHMANI

Ibnu Zanjalah berhujjah dengan resam Uthmani dalam kebanyakan qiraat dalam kitabnya, Hujjah
Qiraat. Hanya kadangkala Ibnu Zanjalah menjadikan resam Uthmani sebagai penguat hujjah.
Ibnu Zanjalah berhujjah dengan resam Uthmani sebanyak 40 kali. Setiap kalinya dia berhujjah
dengan berkeyakinan. Umumnya diketahui bahawa berhujjah melaui resam Uthmani adalah satu
penghujahan yang kuat memandangkan kaedah yang bertetapan resam Uthmani adala salah satu
syarat qiraat mutawatir. Oleh itu, mana-mana qiraat yang tidak mengikuti resam Uthmani adalah
terhalang penerimaannya dan boleh dijadikan sebagai qiraat syaz walaupun qiraat tersebut
bertepatan dengan bahasa arab dan mempunyai sanad yang baik.

RESAM UTHMANI DALAM HUJJAH ATAU SOKONGAN QIRAAT

Ibnu Zanjalah sering berhujjah dengan resam Uthmani dalam kitabnya Hujjah al-Qiraat. Ini
menunjukkan tahap kekuatan dan penghargaannya akan ilmu qiraat. Oleh itu resam Uthmani
adalah salah satu syarat pernerimaan qiraat (Zanjalah, 1997). Ibnu Zanjalah sering berhujjah
dengan Resam Uthmani pada setiap pendekatan. Hujjahnya menunjukkan kekuatan qiraat
tersebut dan penerimannya. Ia juga satu bukti bahawa kekuatu kaedah resam Uthmani diakui
oleh Ibnu Zanjalah dan ahli qiraat yang lain. Qiraat yang tidak menepati resam Uthmani adalah
terhalang penerimaannya dan boleh dikenali sebagai qiraat syaz walaupun bertepatan dengan
kaedah bahasa Arab dan mempunya sanad yang baik. Kadangkala bukan sahaja Ibnu Zanjalah
berhujjah dengan resam Uthmani malah dia memulakan dengan resam terlebih dahulu barulah
berhujjah melalui metod yang lain atau sebaliknya (Zanjalah, 1997). Malah secara faktanya, Ibnu
Zanjalah mengutarakan metod qiraat melalui resam dan tulisan.

GABUNGAN ASAL KALIMAH DAN RESAM

Ibnu Zanjalah menjadikan resam untuk menerangkan bukti bagi kitabnya Hujjah al-Qiraat dan
menyebutkan dua sisi qiraat oleh seorang qari pada kalimah tersebut: Pertamanya adalah
konsistensi dalam resam, keduanya adalah konsistensi dengan kalimah asal qiraat. Dalam
kebanyakan masa Ibnu Zanjalah cenderung kepada kedua sisi tersebut. Contohnya Ibnu Zanjalah
menyebutkan: ‘Abu Umar, Ismail dan Warsy menbaca dengan ‫ والبادي‬dengan ‫ ي‬ketika wasal dan
hazaf ‫ ي‬ketika berhenti berdasarkan asal perkatan tersebut. Ibnu Zanjalah juga menyebutkan:
Abu Amru dan Warsh menbaca dengan ‫ كالجوابي‬dengan‫ ي‬ketika wasal dan hazaf ‫ ي‬ketika waqaf
berdasarkan asal kalimah dan resam Uthmani (Zanjalah, 1997).

PENERIMAAN IBNU ZANJALAH TERHADAP QIRAAT YANG SELARI DENGAN


RESAM

Ibnu Zanjalah menerima qiraat yang selari dengan resam sepertimana yang dikatakannya: Ismail,
Warsh dan Abu Amru membaca dengan ‫ دعوة الداعي إذا دعاني‬dengan ‫ ي‬ketika wasal dan hazaf ‫ي‬
ketika berhenti berdasarkan kerana ‫ ي‬tersebut adalah tetap kerana ia merujuk kepada ‫الم الفعل‬
(perbuatan) dan ianya dibuang‫ ي‬kerana berdasarkan kepada resam dan ini adalah rasional
(Zanjalah, 1997)

KAITAN RESAM DENGAN TANAH AIR QARI

Ibnu Zanjalah menjadikan resam sebagai hujjah untuk qiraat dan mengaitkannya dengan tanah
air qari. Sebagai contoh Ibnu Zanjalah menyatakan Ibnu Kathir membaca dengan ‫وأعدلهم جنات‬
‫ار‬ff‫ا األنه‬ff‫ري من تحته‬ff‫ تج‬dengan tambahan kalimah ‫( من‬Zanjalah, 1997). Pernyataanya ‫احفهم‬ff‫مص‬
merujuk kepada mushaf penduduk Mekkah. Seterusnya Ibnu Zanjalah juga menyatakan: Ibnu
Kathir membaca dengan ‫ى ربي‬ff‫ال موس‬ff‫ ق‬tanpa huruf ‫ و‬dimana ianya konsisten dengan mushaf
penduduk Mekkah (Zanjalah,1997).

MEMBERI SEBAB HUJJAH DENGAN RESAM

Kadangkala Ibnu Zanjalah menyebutkan sebab berhujjah dengan resam. Contohnya pada
kalimah ‫ ننجي‬dimana ia merupakan kata perbuatan yang akan datang ‫ أنجى‬dan ‫ مؤمنون‬dengan satu
nun sebagai ringkasan (Zanjalah, 1997). Disini dapat dilihat Zanjalah menyebutkan sebab-sebab
resam.

QIRAAT BERSESUAIAN BAHASA ARAB DAN DIALEK

Terdapat banyak hujjah qiraat melalui bahasa arab dan dialek dalam kitabnya mengikut kaum
tertentu namun kebanyakannya tidak mempunyai sumber sandaran. Contohnya terdapat 132 kali
dua qiraat yang dihujjah melalui bahasa tanpa sumber. Ini menunjukkan Ibnu Zanjalah
mempunyai ilmu bahasa Arab dan dialek yang mendalam. Kajian ini hanya menyentuh hujjah
bahasa Arab yang disertakan sandaran seperti sandaran kepada bahasa ahli Tamim, Qais,
Quraisym Hijaz dan Najd. Metodologi Ibnu Zanjalah adalah menyatakan dua khilaf qiraat dan ia
dikenali sebagai lughatan.

LUGHATAN TANPA PETIKAN DAN SANDARAN KAUM

Ini adalah metod paling utama oleh Ibnu Zanjalah dimana Ibnu Zanjalah menyatakan terdapat
khilaf lughatan dalam hujjahnya melalui bahasa Arab tanpa menentukan kaum atau petikan
seseorang.

LUGHATAN DENGAN PETIKAN TANPA SANDARAN KAUM

Ibnu Zanjalah memetik dengan nama al-Kisaie, dimana Ibnu Zanjalah menyatakan “Aku telah
menulis semua mushaf dengan Sad (‫)ص‬, al-Kisaie menyatakan ianya adalah lughatan”. Ibnu
Zanjalah juga memetik dua qari seperti “al-Kisaie dan Abu Ubaydah menyatakan ianya ada
lughatan”. Ibnu Zanjalah juga menyatakan “sebahagian mereka membaca dengan rafa’ dan al-
Kisaie dan Abu ‘Ubaidah berpendapat ianya adalah lughatan. Tambahan lagi, Ibnu Zanjalah juga
memetik qari secara umum seperti “terdapat beberapa qari berpendapat ianya adalah lughatan”.
Oleh itu Ibnu Zanjalah mengutarakan pendapatnya terdapat lughatan baharu yang digunakan
dalam qiraat (Zanjalah, 1997). Ibnu Zanjalah juga menitip sebuah syair seperti:

‫ إنما الميت ميت األحياء‬# ‫ليس من مات فاستراح بميت‬

MENGAIT LUGHATAN KEPADA SESUATU KAUM

Ibnu Zanjalah juga menyebut terdapat qiraat yang lughatan dan mengaitkannya kepasa sesuatu
kaum. Contohnya Ibnu Zanjalah berkata “terdapat dua lughatan, al-takhfif merujuk kepada
bahasa kaum Tameem manakala al-tasqil merujuk kepada bahasa kaum Hijaz.” (Zanjalah, 1997)

BAHASA KAUM YANG DIKENALI IBNU ZANJALAH DALAM KITABNYA

Ibnu Zanjalah mengenali beberapa bahasa kaum antaranya adalah bahasa kaum : Hijaz, Tamim,
Quraisy, Najd, Asad, Qays dan Kinanah. Ibnu Zanjalah memberi lebih perhatian khususnya
terhadap bahasa kaum Hijaz. Ibnu Zanjalah memilih qiraat-qiraat yang berkaitan dengan bahasa
kaum Hijaz. Ini adalah kerana bahasa kaum Hijaz adalah bahasa ‘wahyu’ (Zanjalah, 1997).
Manakala bahasa kaum lain iaitu bahasa kaum Tamim diulangi sebanyak lima kali, bahasa kaum
Quraisy sebanyak dua kali, bahasa kaum Najd sebanyak dua kali, bahasa kaum Asad sebanyak
sekali dan bahasa kaum Qays sebanyak sekali (Zanjalah, 1997).
RUJUKAN KEPADA BAHASA ARAB

Terdapat beberapa cara Ibnu Zanjalah berhujjah dengan bahasa Arab dan dialek iaitu dengan
memberi bukti rujukan. Contohnya:

1. Merujuk kepada orang Arab

2. Merujuk kepada penutur Arab

3. Merujuk kepada bahasa

4. Merujuk kepada kemasyhuran bahasa

5. Merujuk kepada bahasa dengan huraian.

Kesimpulannya

1. Terbuktilah bahawa Ibnu Zanjalah memberi penelitian yang jitu terhadap ilmu Tawjih al-
Qiraat dan khilaf diantara ilmu-ilmu yang terkandung dalam kitabnya seperti khilaf resam.

2. Kajian ini menunjukkan pelbagai penguasaan bahasa Arab dan dialek kaum Ibnu Zanjalah
memandangkan ianya merupakan asas dalam mendalami ilmu Tawjih al-Qiraat

3. Kitab Hujjah al-Qiraatnya kerap memetic qiraat syaz dimana terdapat kurang 50 kalim qiraat
syaz dimuatkan.

Pengkaji mengharap bagi sesiapa yang ingin mempelajari kurikulum dalam ilmu Tawjih al-
Qiraat diharuskan untuk memberi pemerhatian kepada hasil kitab Ibnu Zanjalah dan berhati-hati
dari terkeliru antara qiraat mutawatir dengan hadis nabi atau qiraat syaz.

Anda mungkin juga menyukai