Anda di halaman 1dari 8

KERTAS KERJA

KEM CELIK SOLAT 2019

TEMPAT:

SURAU AL-FIRDAUS, IPG KAMPUS SULTAN MIZAN,


BESUT, TERENGGANU

TARIKH:

30 MAC 2019

(SABTU)

ANJURAN :

PERSATUAN PELATIH ISLAM

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN MIZAN


1.0 PENDAHULUAN

Solat merupakan fardhu ain yang wajib ke atas setiap individu Islam, sejak
mula akil baligh sehinggalah kembali kepada Pencipta. Solat juga merupakan rukun
Islam yang kedua dan menjadi tiag agama, dan sekiranya ditinggalkan, seseorang
itu sedang meruntuhkan agamanya. Dalam al-Quran juga Allah ada berfirman
bahawa mereka yang menunaikan solat dengan khusyuk dan memelihara solat
mereka, maka mereka tergolong dalam orang yang berjaya. Firman Allah ini,
beresuaian dengan kehidupan seorang pelajar.

Harapan dan wawasan ibu bapa serta pelajar sendiri ialah untuk melahirkan
pelajar yang cemerlang akademik dan bersahsiah mulia. Landasan kepada
kecemerlangan diri itu pula sangat bergantung pada penghayatan agama. Perkara
asas bagi penghayatan agama ialah dengan membaiki kualiti solat. Setiap orang
Islam bertanggungjawab mempelajari solat yang menjadi asas fardhu ain untuk
mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

2.0 MATLAMAT

Bengkel Celik Solat ini dilaksanakan bagi memastikan pelajar sekolah rendah
mendapat pendedahan serta menguasai asas solat seperti rukun-rukun solat dan
perkara yang boleh membatalkan solat serta bacaan dalam solat yang betul supaya
solat mereka sempurna dari kesalahan-kesalahan yang besar. Hal ini juga adalah
untuk membina sahsiah yang unggul dalam diri setiap peserta selaras dengan
ajaran Islam yang sebenarnya melalui penerapan solat fardhu berjemaah serta
pengamalan solat-solat sunat. Program ini adalah antara usaha untuk melahirkan
generasi ulul albab yang celik solat dan mempunyai jati diri yang sebenar sebagia
seorang Muslim dalam menyinari kecemerlangan kehidupan mereka.

3.0 RASIONAL

Masalah yang dihadapi kebanyakan pelajar masa ini ialah kurangnya


pengetahuan tentang ilmu solat sehingga mutu solat mereka tidak berada pada
tahap yang baik. Faktor-faktor yang menyumbang kepada senario yang
membimbangkan ini berkait rapat dengan tahap ilmu pengetahuan, keprihatinan ibu
bapa terhadap pendidikan Islam anak-anak, taraf sosio ekonomi dan kesibukan ibu
bapa. Pelajar yang terabai dan tercicir daripada solat yang sempurna perlu diberi
perhatian yang wajar kerana jika dibiarkan berterusan, akan lahirlah generasi yang
tidak berakhlak. Fenomena ini seterusnya akan menyumbang kepada kebejatan
sosial di kalangan masyarakat dan menjejaskan imej negara. Oleh itu, program celik
solat menjadi satu keperluan dan tuntutan yang patut dilaksanakan. Pelaksanaan
program ini diharap dapat membantu pelajar untuk menunaikan solat dengan
sempurna dan khusyuk.

4.0 OBJEKTIF
4.1 Melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah yang unggul selaras
dengan ajaran Islam yang sebenar melalui pelaksanaan Celik Solat
sebagai menyahut hasrat dan usaha Kementerian Pendidikan
menekankan elemen solat di sekolah-sekolah.
4.2 Mengekalkan jati diri Islam dalam jiwa pelajar walaupun hidup dalam
arus kemodenan abad ke-21 dengan usaha melahirkan peribadi insan
kamil .
4.3 Mempastikan pelajar menguasai asas-asas dan rukun-rukun solat
serta mengamalkan solat jemaah yang menjadi asas kepada
kehidupan Muslim melalui latihan sebagai imam-imam muda.
4.4 Mempastikan pelajar dapat menghafal surah-surah lazim yang sering
dibacakan di dalam solat menerusi bacaan yang bertajwid dengan
memberi nilai tambah melalui hafalan surah-surah Makiyyah.
4.5 Memupuk pembinaan sahsiah dan jati diri seorang Muslim terhadap
pelajar melalui penguasaan solat-solat sunat seperti solat sunat dhuha,
tahajjud, hajat dan witr.
4.6 Menyemai rasa cintakan ilmu dalam kalangan pelajar yang boleh
memberi manfaat di dunia dan akhirat sekaligus melahirkan insan yang
cemerlang serta soleh dan solehah.

5.0 TARIKH
30 Mac 2019

6.0 TEMPAT
Surau al-Firdaus Ipg Kampus Sultan Mizan, Besut, Terengganu
7.0 KUMPULAN SASARAN
Kanak-kanak lingkungan umur 9 hingga 12 tahun.

8.0 KEWANGAN

1. Sumbangan

2. Yuran peserta

9.0 JAWATANKUASA PELAKSANA


*Sila rujuk Lampiran A.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

*Sila rujuk Lampiran B.

11.0 TENTATIF PROGRAM

*Sila rujuk Lampiran C.

12.0 PENUTUP

Semoga dengan usaha kecil ini membolehkan para peserta


menambah ilmu tentang solat yang sempurna dan juga memperbaiki mutu
solat mereka. Semoga program ini berjalan dengan lancar dan juga berjaya
mencapai objektif dan matlamat yang telah ditetapkan. Kerjasama semua
pihak dalam menyebarkan ilmu Allah ini semoga dibalas dengan kebaikan
dunia dan akhirat oleh Sang Pencipta.
Disediakan oleh:

………………………………………….
(AINAAUL MARDHIYAH BINTI SHAMSUDDIN)

Setiausaha,

Persatuan Pelatih Islam IPGKSM

Disemak oleh:

……………………………….. ……………………………..

(MUHAMMAD ASYRAF BIN (USTAZ MOHD YUSRI

AHMAD REFAAT) BIN MUSTAFA)

Pengerusi, Pensyarah,

Persatuan Pelatih Islam IPGKSM IPG Kampus Sultan Mizan


Lampiran A

JAWATANKUASA PELAKSANA

KEM CELIK SOLAT 2019

Pengerusi : MUHAMMAD ASYRAF BIN AHMAD REFAAT

Naib Pengerusi : MUHAMMAD SYAFIQ BIN MALUDIN

Setiausaha : AINAAUL MARDHIYAH BINTI SHAMSUDDIN

Naib Setiausaha : TENGKU NUR SALSABILA BINTI TENGKU RIDUAN

Bendahari : WAN MUHAMAD SYAZWAN BIN WAN HANAPI

AJK Tempat : BADRUDDIN BIN MARUDIN


: NOR HAMIZAH BINTI BASIR

AJK Makanan : MUHAMMAD ZAHRUL LAIL BIN RABAEI

: NURSEHA BINTI AHWIL

AJK Peralatan & : MUHAMMAD AMIRUL SYARIEF BIN SISWONO

Multimedia : SITI FATONAH BINTI AFFANDI

AJK Keselamatan & : AHMAD ZULHAIKAL BIN MAT NIZAN

Kebajikan : IWANA IYAZI BIN ZAINODIN

AJK Kerohanian : ABU ZAR AL-GHIFARI BIN WAN ABDUL RASHID

: HUNAINAH HANNANIE BINTI ABDULLAH

AJK Sijil & Cenderahati : MUHAMMAD FAIZ BIN KAMAROZAMAN


: ARWA SUWAIBAH BINTI KHAIRUL ANWAR
Lampiran C

TENTATIF KEM CELIK SOLAT

MASA AKTIVITI

8.00-8.30 pagi Pendaftaran

8.30-9.30 pagi SLOT 1

(Motivasi Solat)

9.30-10.30 pagi SLOT 2

(Persediaan Sebelum Solat)

10.30-11.00 pagi RESOMA

(Rehat, Solat Dhuha, Makan)

11.00-12.30 tengahari SLOT 3

(Rukun Qauli)

12.30-2.00 ptg RESOMA

(Rehat, Solat Zohor, Makan)

2.00-3.30 ptg SLOT 4

(Rukun Fe’li)

3.30-4.00 ptg Refleksi

4.00-5.00 ptg Penutup


Lampiran B

ANGGARAN PERBELANJAAN

KEM CELIK SOLAT 2019

BIL PERKARA KOS

1 FOTOKOPI RM200.00

1.NOTA (RM2.00X100)

2 ALATAN RM100

1. PEN

2.KERTAS

3.FAIL KERTAS

4.KERTAS MAHJONG

3 MAKANAN RM1700

4 LAIN-LAIN RM320

1. SIJIL

2. HAMPER

3. FASILITATOR

JUMLAH KESELURUHAN RM 2320.00

Anda mungkin juga menyukai