Anda di halaman 1dari 3

(No Ruj :

HM/JBB100
KERTAS KERJA8/SIGS/009
KELAS TARANUM/22)
SK (P) SULTAN IBRAHIM
1. Pengenalan
Kelas Khat ini adalah merupakan satu usaha untuk murid-murid supaya
mereka lebih minat dan cenderung untuk menulis jawi dalam bentuk khat
dengan lebih baik. Persatuan ini juga adalah sebagai satu landasan untuk
murid-murid meningkatkan kemahiran mereka dalam penulisan khat. Semoga
usaha yang dijalankan ini mendapat keredhaan dan diberkati oleh Allah S.W.T

2. Matlamat
2.1 Melahirkan murid-murid yang mempunyai kemahiran dalam penulisan khat.

3. Objektif
3.1 Memberikan pendedahan tentang jenis tulisan dan gaya khat.
3.2 Memberikan pendedahan teknik yang betul tentang kaedah asas
penulisan khat.
3.3 Menulis dan menghayati keindahan tulisan khat.
3.4 Menyemai semangat cintakan seni khat dan jawi.

4. Kumpulan Sasaran
Murid Islam tahun 6 SK (P ) Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

5. Butiran Pelaksanaan Aktiviti


Hari : Setiap sabtu minggu kedua dan keempat
Masa : 8.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Surau Rabiatul Adawiyah, SK (P) Sultan Ibrahim.

6. Tema
“ Bersama menghidupkan tulisan Al-Quran”.

7. Implikasi Kewangan
7.1 Sumber Kewangan :
Yuran kelas
7.2 Anggaran Perbelanjaan :

Bil Perkara harga

1. Sumbangan tenaga pengajar RM 300.00

JUMLAH RM 300.00

8. Penutup
Kelas penulisan khat ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan baik dan
seterusnya memberi impak yang positif kepada semua guru dan para
pelajar supaya mendapat pengetahuan jenis tulisan dan gaya khat serta
meningkatkan kemahiran,teknik yang betul.

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

…………………………………… ……………………………………………..

(HELIS SURIATI BT ABU BAKAR) (HJH ROSMAWATI BT MOHAMED)


KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM GURU BESAR
SK (P) SULTAN IBRAHIM SK (P) SULTAN IBRAHIM
JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU
KERTAS CADANGAN KELAS TULISAN KHAT

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Kelas tulisan Khat


Atau
Tidak meluluskan Kertas Cadangan Kelas
tulisan Khat

Ulasan

……………………………………..
(HAJAH ROSMAWATI BT MOHAMED)
GURU BESAR
SK (P) SULTAN IBRAHIM
TARIKH:

Anda mungkin juga menyukai