Anda di halaman 1dari 5

(No Ruj : HM/JBB1008/SIGS/009/22)

KERTAS KERJA
KELAS BIMBINGAN TULISAN KHAT DAN TARANUM
SK (P) SULTAN IBRAHIM

1. Pengenalan
Persatuan Agama Islam telah mengambil inisiatif untuk mengadakan kelas
bimbingan tulisan Khat dan Taranum bagi mendedahkan kemahiran
penulisan khat dan taranum yang betul kepada ahli-ahli persatuan Agama
Islam khasnya dan kepada semua murid Islam yang berminat amnya. ini
adalah merupakan satu usaha untuk murid-murid supaya mereka lebih minat
dan cenderung untuk menulis jawi dalam bentuk khat dengan lebih baik dan
membaca al-Quran secara berlagu. Selain itu juga kelas ini dapat membantu
peserta-peserta yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan Tulisan
Khat dan Tilawah. Semoga usaha yang dijalankan ini mendapat keredhaan
dan diberkati oleh Allah S.W.T

2. Matlamat
2.1 Melahirkan murid-murid yang mempunyai kemahiran dalam penulisan khat.
2.2 Melahirkan murid-murid yang mempunyai kemahiran bertaranum al-Quran.

3. Objektif
3.1 Memberikan pendedahan tentang jenis tulisan dan gaya khat dan lagu-
lagu dalam bertaranum.
3.2 Memberikan pendedahan teknik yang betul tentang kaedah asas
penulisan khat dan taranum
3.3 Menulis dan menghayati keindahan tulisan khat.
3.4 Menyemai semangat cintakan seni khat dan al-Quran

4. Kumpulan Sasaran
60 orang murid Islam tahap 1 dan 2 SK (P ) Sultan Ibrahim, Johor Bahru.

5. Anjuran:
5.1 Persatuan Agama Islam dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, SK(P) Sultan
Ibrahim, Johor Bahru.
6. Butiran Pelaksanaan Aktiviti
Hari : Setiap sabtu minggu kedua dan keempat (10 sesi)
Masa : 8.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat : Surau Rabiatul Adawiyah, SK (P) Sultan Ibrahim.

7. Implikasi Kewangan
7.1 Sumber Kewangan :
Yuran kelas taranum : RM15 x 30 x 10 sesi = RM 4500.00
Yuran kelas Khat : RM15 x 30 x 10 sesi = RM 4500.00

7.2 Anggaran Perbelanjaan :

Bil Perkara harga

Sumbangan tenaga Pengajar

1. Kelas Taranum : 1 sesi RM150.00 x 10 sesi RM 3000.00


2. Kelas Khat : 1 sesi RM150,00 x 10 sesi RM 3000.00

JUMLAH RM 6000.00

8. Penutup
Kelas bimbingan penulisan khat dan Taranum ini diharapkan dapat
dilaksanakan dengan baik dan seterusnya memberi impak yang positif
kepada semua guru dan para pelajar supaya mendapat pengetahuan jenis
tulisan dan gaya khat serta meningkatkan kemahiran,teknik yang
betul.dalam bacaan al-Quran.
Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

…………………………………… ……………………………………………..

(HELIS SURIATI BT ABU BAKAR) (HJH ROSMAWATI BT MOHAMED)


KETUA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM GURU BESAR
SK (P) SULTAN IBRAHIM SK (P) SULTAN IBRAHIM
JOHOR BAHRU JOHOR BAHRU
KERTAS CADANGAN KELAS TULISAN KHAT

KEPUTUSAN PENGURUS SEKOLAH

Meluluskan Kertas Cadangan Kelas tulisan Khat


Atau
Tidak meluluskan Kertas Cadangan Kelas
tulisan Khat

Ulasan

……………………………………..
(HAJAH ROSMAWATI BT MOHAMED)
GURU BESAR
SK (P) SULTAN IBRAHIM
TARIKH:

Anda mungkin juga menyukai