Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST

31100 SUNGAI SIPUT(U)


PERAK DARUL RIDZUAN
Tel : 05-5951320 Faks : 05-5951320
E-mel : abb4088@1bestarinet.yes.my

KERTAS KERJA

KURSUS IKATAN DAN SIMPULAN

ANJURAN :

ANJURAN PERSATUAN KADET REMAJA SEKOLAH

TARIKH:

1 MARCH 2017

TEMPAT:

BILIK DARJAH TAHUN 2

MASA:

2.00-3.00 PETANG
PENDAHULUAN

Ikatan dan simpulan telah digunakan sejak berabad-abad lamanya. Sukar di


kesan, siapakah yang mula-mula menggunakan ikatan dan simpulan ini. Dipercayai
penduduk Mesir menggunakan tali lebih kurang 5000 tahun yang lepas. Dianggarkan
terdapat lebih kurang 3000 jenis ikatan. Tali digunakan pada sepanjang masa, tempat
dan keadaan, seperti pelabuhan, penggunaan khas, perhiasan dan kegiatan luar.
Terdapat 2 definisi yang perlu diketahui tentang simpulan dan ikatan.

i. Simpulan (knotting)
Biasanya simpulan menggunakan tali yang kecil dan sederhana saiznya.
Digunakan pada benda-benda kecil dan sederhana. Contoh simpulan
seperti buku sila, tindih kasih, simpul himpit dan lilit dua simpul.
ii. Ikatan (lashing)
Ikatan digunakan untuk mengikat kayu, buluh, tiang, dan papan untuk
membuat jambatan, tiang bendera, menara dan sebagainya. Contoh
ikatan seperti ikatan seraya, ikatan serong, ikatan silang gunting dan lilit
balak

Ikatan dan simpulan memainkan peranan penting dalam sesuatu kerja


menyelamat. Penggunaan tali sebagai medium penyelamatan adalah satu perkara yang
terbukti efektif. Pembelajaran tentang ikatan dan simpulan dapat membantu penyelamat
untuk mencapai objektif iaitu menyelamat mangsa. Kursus ini dianjurkan bagi
melibatkan murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di luar kelas.

MATLAMAT

Memberi pendedahan dan membantu murid-murid menguasai kemahiran


membuat ikatan dan simpulan disamping meningkatkan potensi diri serta tahap
keyakinan diri secara tidak langsung melalui kursus ini.
OBJEKTIF
Di sepanjang kursus ini dianjurkan bertujuan :

Psikomotor :
Melakukan ikatan dan simpulan Tindih Kasih, Manuk, Rama-Rama dan Buku Sila
dengan teknik dan cara yang betul.

Kognitif :
Menyatakan secara lisan fungsi dan kegunaan ikatan dan simpulan mengikut situasi
tertentu dengan betul.

Afektif :
Menunjukkan sifat bekerjasama dan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan yang
diberikan.

SASARAN
Semua ahli kadet Remaja Sekolah seramai 62 orang murid

1. PERATURAN PERTANDINGAN
1.1 Ahli Kumpulan
1.1.1 Terdiri daripada 2 orang murid dalam satu kumpulan
1.1.2 Boleh terdiri dari ahli dari pelbagai kelas

1.2 Bahan / Alatan


1.2.1 Bahan dan alatan iaitu tali akan diberikan kepada setipa murid

1.3 Pengadilan

1.3.1 Setiap kumpulan diminta membuat dua jenis ikatan untuk tujuan pengadilan.

1.3.2 Ikatan akan diadili oleh penasihat, pengerusi dan setiausaha TKRS

mengikut kriteria tertentu iaitu, ikatan teknik yang betul, kekemasan,

kerjasama dan pengurusan masa.


1.3.3 Keputusan pengadil adalah muktamad.

2. BUTIRAN KURSUS
2.1 Strategi Pelaksanaan Kursus Ikatan dan Simpulan:
• Tarikh : 1 March 2017
• Hari : Rabu
• Jam : 2.00 petang

2.2 Agihan Masa :


2.2.1 Masa yang diperuntukkan adalah selama 1 jam.
2.2.2 Masa kurus selama 30 minit
2.2.3 Masa pertandingan 30 minit

3. Alatan yang disediakan :


3.1 Tali

4. Anggaran perbelanjaan : RM 30.00

5. Hadiah
5.1 Tempat pertama : Hadiah bernilai RM 10.00
5.2 Tempat kedua : Hadiah bernilai RM 10.00
5.3 Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM 10.00

6. Cara Pelaksanaan
6.1 Murid Tunas Kadet Remaja Sekolah akan mengambil bahagian.
6.4 Guru memberi taklimat tentang jenis-jenis ikatan.
6.4 Guka akan tayangkan gambar jenis-jenis ikatan melalui persembahan power point.
6.5 Masa yang ditetapkan bagi taklimat adalah selama 30 minit.
6.6 Masa yang ditetapkan bagi pertandingan adalah selama 30 minit.
6.7 Jenis ikatan yang perlu dibuat oleh murid akan diundi.
PENUTUP
Adalah menjadi harapan agar kertas kerja ini dapat diterima dan akan berjalan seperti
yang telah dirancang. Semoga projek ini mendapat manfaat kepada semua pihak.

Disediakan oleh : Disokong oleh :

................................................... .................................................
(ANGELIN A/P ANTHONY DASS) (JAMIAH BT. MOHAMMAD ISA)
Guru Pelatih, Mentor Internship,
IPG Kampus Ipoh Hulu Kinta Perak. Sekolah Kebangsaan Methodist,
Sungai Siput (U), Perak.

Disemak oleh : Disahkan oleh :

........................................... .............................................................
(EN.TEH TZONG SENG) (MAHFUDZ JEFFRY BIN ABU HASSAN)
Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Methodist, Sekolah Kebangsaan Methodist,
Sungai Siput (U), Perak. Sungai Siput (U), Perak.

Anda mungkin juga menyukai