Anda di halaman 1dari 3

Pada tahun 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah melancarkan

inisiatif pembelajaran abad ke-21 secara rintis dan meluaskan pelaksanaan keseluruh negara
mulai tahun 2015. Pada dasarnya definisi Pembelajaran Abad ke-21 ialah “Proses
pembelajaran yang berpusatkan murid berteraskan elemen komunikasi, kolaboratif, pemikiran
kritis, dan kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika”. Ramai pakar pendidikan bersetuju
bahawa kaedah pengajaran dan pembelajaran kini perlu berubah sesuai dengan
perkembangan teknologi cyber dan akses kepada internet yang semakin maju.

Era dan tranformasi pendidikan alaf ke-21 merupakan arus perubahan di mana guru
dan pelajar akan sama-sama memainkan peranan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran
di dalam bilik darjah. Peranan guru bukan lagi sebagai pemberi tapi sebagai fasilitator aktif
bagi mencungkil potensi yang ada dalam diri pelajar. Pengetahuan, kemahiran dan
pengalaman guru diintegrasikan bagi membina satu pengajaran yang mantap bagi
pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.

Kaedah pengajaran konvensional seperti "chalk and talk" semata-mata kurang


berhasil menarik minat murid sebaliknya memerlukan kaedah yang lebih dinamik dan kreatif
dengan kandungan pengajaran yang relevan sesuai dengan perkembangan semasa. Perkara
penting dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 ialah pengintegrasian ICT dalam
pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas merupakan satu kemestian. Guru-guru perlu
bersedia menerima perubahan dan dapat pula mengurus perubahan dengan cekap dan
berkesan agar pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih segar dan memenuhi keperluan
murid dan keperluan zaman. Keberkesanan Pendidikan Abad Ke-21 ini bukan sekadar
tertumpu pada prasarana dan susun atur bilik darjah tetapi penentu utama kejayaan adalah
aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan murid bukan berpusatkan guru.

Sejajar dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dalam melaksanakan


transformasi pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025, warga pendidikan perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran terkini dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21 kerana mereka adalah jentera pelaksana untuk
segala dasar-dasar yang dirancang oleh Kerajaan.

Pelaksanaan pengajaran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) merupakan penanda aras keberkesanan
pendidikan abad ke-21 seperti dihasratkan oleh KPM mulai tahun 2014. Ciri-ciri pembelajaran
abad ke-21 dikategorikan kepada lima standard asas yang utama.

Asas yang pertama ialah komunikasi. Ia bermaksud apabila berlaku interaksi antara
guru-murid, murid-murid dan murid-bahan secara lisan dan bukan lisan bagi menyampaikan
ilmu yang mereka faham dan berkongsi pengetahuan dengan rakan-rakan. Ia dianggap
berhasil apabila murid dapat memerhati, mendengar dan memberi maklum balas dengan
orang lain, murid dapat menyusun pemikiran mereka secara logik dan menyatakannya secara
jelas dan ringkas, murid dapat memahami cara menyesuaikan mesej atau kaedah tertentu
untuk menyampaikannya dan akhir sekali murid yakin berinteraksi dengan rakan mereka
semasa menyampaikan sebarang topik.

Seterusnya, asas kolaboratif yang merangkan keadaan di mana berlaku kerjasama


dan muafakat antara guru-murid dan murid-murid secara aktif dan menyeluruh yang
membolehkan pertukaran idea dan pandangan antara murid. Ia dianggap mencapai matlamat
apabila wujudnya konsep BEKERJASAMA dimana murid dari pelbagai kebolehan
bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama dan saling bergantungan untuk berjaya.
Murid juga dilihat menjalankan TANGGUNGJAWAB BERSAMA dimana mereka
bertanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan dalam kumpulan dan menghargai
sumbangan dan idea rakan-rakan yang lain. Murid juga mengamalkan PENGLIBATAN
SEIMBANG dimana mereka dilibatkan secara seimbang dalam kumpulan melalui
pembahagian tugasan berdasarkan keupayaan murid. Selain dari itu, murid juga akan dididik
untuk bersikap BERTOLAK ANSUR. Murid dapat menerima dan menghormati pandangan
orang lain, bersikap fleksibel dan dapat bertolak ansur untuk mencapai matlamat yang sama.

Selain dari itu, asas PAK21 juga menekankan aspek pemikiran kritis. Ini bermaksud
berlaku penerokaan pemikiran untuk menilai sesuatu idea secara logik dan rasional untuk
membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah.
Murid seharusnya mencapai 4 aspek pemikiran kritis. Pertama, murid perlu BERMAKLUMAT.
Ini bermaksud murid memiliki maklumat mengenai pelbagai perkara/bidang yang dipelajari
atau bakal dipelajari. Kedua, SIKAP INGIN TAHU akan mendorong murid meneroka sesuatu
bidang ilmu dengan cara pembacaan, penyoalan dan melakukan aktiviti secara hands-on
untuk mendapat maklumat. Ketiga, murid mampu MEMBUAT KEPUTUSAN YANG BERASAS
berdasarkan maklumat dan berupaya mempertahankan keputusan dengan memberikan bukti.
Akhir sekali, murid akan mempunyai PEMIKIRAN TERBUKA dimanan mereka akan
menerima pandangan orang lain dan merendah diri.

Asas PAK21 yang keempat ialah KREATIVITI. Disini murid akan PEMIKIRAN
TERBUKA PEMIKIRAN, MEMBINA BERANI, MENGAMBIL RISIKO dan BERPANDANGAN
JAUH. Murid akan berupaya melihat situasi sedia ada dari pelbagai sudut untuk menjana idea
dan melakukan sesuatu dengan cara yang berbeza. Murid juga menghasilkan dan
menggunakan idea-idea baharu dalam konteks tertentu dan menjana hasil yang positif
dimana mereka akan berani mencuba dan diberikan galakan tanpa berasa bimbang dengan
kritikan. Murid mempunyai hala tuju yang jelas dan berimaginasi secara asli serta tidak
mengikut kelaziman yang mereka sering selesa. Dengan keupayaan berfikiran jauh, mruid
mampu melihat dan menilai sesuatu situasi dengan lebih rasional.

Asas PAK21 juga berpegang teguh kepada nilai murni dengan berpaksikan nilai etika
yang tinggi. Murid diterapkan nilai yang bersesuaian semasa sesi PdP dan dengan
PENGHAYATAN DAN AMALAN yang diberikan, murid perlu menzahirkan amalan nilai murni
dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. PENGHARGAAN dititikberatkan di dalam
pdp dimana guru akan memberi penghargaan kepada murid dan memberi penghargaan
sesama rakan. Guru perlu memberi GALAKAN DAN PROMOSI dimana mereka boleh
mengadakan program untuk menggalakkan penghayatan dan amalan nilai murni.

Kerangka konsep PAK21 menumpukan kepada aspek kurikulum, pedagogi dan


pentaksiran. Kurikulum PAK21 perlu perancangan pembelajaran yang efektif, pembelajaran
yang menekankan konsep kooperatif dan kolaboratif. Ini dapat mencorakkan pemikiran yang
kreatif di kalangan murid. Pentaskiran PAK21 juga perlu bertumpu kepada pengetahuan,
kompentasi serta perwatakan murid. Ini semua mampu dicapai dengan ekosistem
pembelajaran yang positif.

Evolusi perubahan kurikulum kini lebih bertumpukan murid. Oleh itu, kementerian telah
memurnikan kurikulum berlandaskan scenario dan keperluan terkini dengan memperkenalkan
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH MENENGAH (KSSM) DSKP. Cabaran yang bakal
ditempohi oleh para pendidik ialah pelaksanaan PdP dengan menggunakan pedagogi yang
bersesuaian bagi mencapai objektif pembelajaran. Ia juga memberi impak kepada
persembahan para pendidik dari aspek:
 Untuk menyediakan pembelajaran yang menjurus ke arah Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT).
 Mengurus bilik darjah dan ruang pembelajaran yang lebih dinamik.
 Bagaimana guru-guru menggunakan pelbagai sumber sokongan teknologi serta
maklumat bagi melaksanakan PdP yang efektif dan berkualiti serta relevan dengan
perkembangan semasa.
Kesimpulannya, untuk pembelajaran alaf ke-21, guru dan pelajar harus
berpengetahuan, bersedia dan bersemangat. Perubahan yang bakal dibentuk dapat
mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif dan efektif dimana murid diberi peluang untuk
menjana idea serta memperluaskan pengetahuan dengan peluang yang diberikan. Begitu
juga dengan semangat bekerjasama dan berpasukan akan mewujudkan suasana
pembelajaran yang menyeronokkan dan seterusnya pendedahan terhadap rakan global dan
peluang untuk berhubung dan bekerjasama dengan mereka adalah merupakan langkah
penting untuk menjayakan pembelajaran alaf ke-21.

Anda mungkin juga menyukai