Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BESI, W.D.T. 15, 90109, BELURAN, SABAH.

KERTAS KERJA KELAS TAMBAHAN UPSR 2014 SK BUKIT BESI, BELURAN

TOWARDS EXCELLENCE

MASA PELAKSANAAN: FEBRUARI HINGGA SEPTEMBER 2014

PENDAHULUAN Kelas Tambahan ini diadakan khasnya untuk murid Tahun 6 sahaja, iaitu murid yang akan menduduki peperiksaan UPSR. Ini merupakan satu perancangan awal untuk memastikan murid-murid Tahun 6 dapat untuk bersedia menghadapi UPSR 2014 dan dapat mencapai tahap kecemerlangan yang disasarkan oleh pihak sekolah.

OBJEKTIF Melahirkan murid yang berkeyakinan dan berkebolehan mencapai sasaran dalam UPSR. Murid dapat belajar dalam kumpulan secara berkesan dalam dan luar bilik darjah. Untuk mencapai sasaran peratus lulus yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan PPD Beluran seiring dengan matlamat pendidikan nasional. Memberi peluang kepada murid untuk belajar tuisyen. Melahirkan rasa akrab dan perkongsian antara murid dan guru. Meningkatkan mutu pembelajaran murid dan meningkatkan cara menjawab soalan dengan lebih berkesan dalam memperolehi pencapaian optimum. Menggalakkan penglibatan semua warga sekolah secara aktif dalam mencapai sasaran kecemerlangan peperiksaan awam dengan kerjasama pihak luar, PIBG dan masyarakat setempat.

PELAKSANAAN Program ini akan bermula pada 03 Februari 2014 sehingga 11 September 2014. Program ini akan berlangsung setiap petang mulai hari Isnin hingga hari Khamis pada jam 2:00 petang hingga jam 4:00 petang. Kelas malam akan bermula pada bulan Jun pada jam 7:00 malam hingga jam 9:00 malam. Ahli Jawatankuasa dan Jadual pelaksanaan adalah seperti berikut - Rujuk Lampiran 1 dan 2 Ujian penilaian untuk semua calon akan diberi pada penghujung bulan Julai 2014 dan Ogos 2014 berdasarkan isi-isi latihan yang telah diberi sepanjang program. Bahan ujian akan disediakan oleh Jurulatih Utama dengan kerjasama Penolong Jurulatih Utama.

BAHAN UNTUK LATIHAN DAN UJIAN Kertas Ujian Lepas ( previous years UPSR papers). Kertas Ujian Klon ( dibina oleh Panitia Mata pelajaran/ JU/PJU ). Kertas Ujian dari Buku Kerja Model UPSR.

PENGESANAN KEMAJUAN MURID/CALON Analisis 3 buah ujian akan diambil kira iaitu keputusan Ujian Percubaan Pertama UPSR Daerah Beluran, Ujian Percubaan Bulan Julai dan Ujian Percubaan Bulan Ogos. Program ini dianggap berkesan bila setiap calon UPSR ada menunjukkan peningkatan dalam prestasi mereka ( Markah Asal Markah Terbaru Calon ) Tindakan susulan akan dijalankan bagi memastikan adanya kemajuan dalam pencapaian murid. Aktiviti pengayaan dan pemulihan dijalankan dalam kelas masingmasing oleh Jurulatih Utama dan Penolong Jurulatih.

PENUTUP Semoga segala yang dirancang dan pelaksanaan kelas tambahan 2014 ini dapat membawa suatu pencapaian dan kejayaan yang lebih tinggi kepada murid, ibu bapa dan guru.

Sekian dan terima kasih.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

.. FAIZAL DORIOUS Pelaksana Kelas Tambahan UPSR 2014 SK Bukit Besi, Beluran

.. ALOK BIN OMAR Guru Penolong Kanan 1 SK Bukit Besi, Beluran

.. ABDUL SUKOR BIN BARHIM Guru Besar SK Bukit Besi, Beluran

Lampiran 1

AHLI JAWATANKUASA INDUK Pengerusi Tim. Pengerusi Naib Pengerusi 1 Naib Pengerusi 2 Setiausaha :En. Abdul Sukor Bin Barhim :En. Alok Bin Omar :En. Jokalen Bin Gudiman :Pn. Clarice Dounis :En. Faizal Dorious

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA Pengerusi Program AJK : En.Faizal Dorious : En. Alvin Webster Gom En. Hans J Rozlan Cik Nurasanah Binti Abu Amin Cik Siti Nur Azida Binti Norazman

Lampiran 2

JADUAL KELAS TAMBAHAN UPSR 2014

KELAS PETANG

HARI

SUBJEK

MASA (PM)

JURULATIH UTAMA

PEN. JURULATIH

ISNIN

MATEMATIK 2:00 4:00 EN. FAIZAL DORIOUS 2:00 4:00 EN. ALVIN WEBSTER GOM 2:00 4:00 EN. JOKALEN GUDIMAN 2:00 4:00 CIK SITI NUR AZIDA NORAZMAN

EN. ALOK BIN OMAR

SELASA

BAHASA INGGERIS

CIK NURASANAH ABU AMIN EN. HANS J ROZLAN PN. CLARICE DOUNIS

RABU

BAHASA MALAYSIA

KHAMIS

SAINS

KELAS MALAM

HARI

SUBJEK

MASA (PM)

JURULATIH UTAMA

PEN. JURULATIH

ISNIN

BAHASA MALAYSIA

7:00 9:00 EN. HANS J ROZLAN 7:00 9:00 PN. CLARICE DOUNIS

EN. JOKALEN GUDIMAN CIK SITI NUR AZIDA NORAZMAN EN. FAIZAL DORIOUS

SELASA

SAINS

RABU

MATEMATIK 7:00 9:00 EN. ALOK BIN OMAR 7:00 9:00 CIK NURASANAH ABU AMIN

KHAMIS

BAHASA INGGERIS

EN. ALVIN WEBSTER GOM

Anda mungkin juga menyukai