Anda di halaman 1dari 4

SJKT LADANG KAMPAR

31900 KAMPAR PERAK


KERTAS KERJA PROGRAM KARNIVAL SUKANEKA
2011

1.PENDAHULUAN
Sukan merupakan suatu aspek yang perlu diberi penekanan dalam
perkembangan mental dan fizikal murid-murid di sekolah. Kegiatan-kegiatan yang
berunsurkan sukan perlu dijalankan kerap kali di sekolah untuk meningkatkan
penglibatan murid-murid secara menyeluruh dalam bidang sukan. Selaras dengan tujuan
berkenaan, sekolah akan mengadakan suatu program iaitu program KARNIVAL
SUKANEKA 2011.
2.MAKLUMAT PROGRAM
Melalui program ini, pencapaian murid-murid dalam bidang ko-kurikulum
dapat dinilai dengan lebih teliti. Karnival Sukaneka ini akan dijalankan dengan kerjasama
guru-guru dan sokongan ahli PIBG sekolah. Karnival ini dijalankan sebagai susulan
kepada Hari Sukan yang telah berlangsung beberapa bulan lepas.
3.OBJEKTIF

Melahirkan murid-murid yang cergas dari segi tubuh badan dan secara mental
dengan penglibatan murid yang menyeluruh.

Memupuk sifat bekerjasama serta semangat kesukanan yang tidak berbelah bagi
semasa Sukaneka dijalankan.

Mendedahkan murid dengan kepelbagaian sukan dan kebiasaan menyertai aktiviti


sukaneka selaras dengan kehendak negara Sukan Sepanjang Tahun.

4.KUMPULAN SASARAN

Murid-murid SJKT Ladang Kampar yang terdiri daripada murid-murid tahun 1


hingga ke tahun 6.(Semua tahap)

5. MAKLUMAT PROGRAM
Tempat:Padang Sekolah SJKT Ladang Kampar
31900 Kampar, Perak.
Tarikh: 12-10-2011 (Rabu)
Masa: 2.00pm 4.00pm
6. TENTATIF & JANGKAMASA PELAKSANAAN

MASA
2.00 2.15
2.15 3.20
3.20 3.40
3.40 4.00

AKTIVITI
Taklimat Program
Persediaan Murid & Guru
Aktiviti Sukaneka
Ucapan Penutupan (Guru Besar)
Penyampaian Hadiah kepada murid
Jamuan Makan Bersama

7. TEMPOH PELAKSANAAN
Dua jam
8.PERBELANJAAN UNTUK PROGRAM
KARNIVAL SUKANEKA
TUJUAN
1. Hadiah Murid
2. Makanan Murid & Guru
JUMLAH

ANGGARAN PERBELANJAAN
RM 120.00
RM 80.00
RM 200.00

9. JAWATANKUASA PELAKSANA
Penasihat
Pengerusi
Setiausaha
AJK

: Pn. S. Denis Mary (Guru Besar)


: En. M. Magendran (Guru Kanan Pentadbiran)
: En. M. Ravindaran (Guru kanan Ko-Kurikulum)
: En. N. Satheesh
En. B. Ragunathan

10. PENUTUP
Diharapkan program ini memberikan manfaat kepada semua pelajar dan juga
warga guru pada masa-masa yang akan datang. Pelaksanaan program ini dijangka dapat
mencapai objektif yang telah dirangka.
Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disahkan oleh,

.................................
(En. M. Ravindaran)
Setiausaha

..
(En. M. Magendran)
Guru Kanan Pentadbiran

..

Anda mungkin juga menyukai