Anda di halaman 1dari 12

BIDANG TUGAS UNIT-UNIT HEM

JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID/KESAHSIAHAN


1. Bertanggungjawab terus di bawah Guru besar / GK Hal Ehwal Murid ( GK II ) dalam
bidang tugas seperti yang berikut :
Disiplin murid semasa persekolahan dan aktiviti kokurikulum
Bimbingan dan Kaunseling
Kesihatan murid:
I.
Rancangan Makanan Tambahan
II.
Program Susu Sekolah
III.
Rawatan Perubatan Murid
IV. Skim Susu Percuma
Kebersihan dan keselamatan murid
Kebajikan murid :
I.
Bantuan daripada badan-badan amal / Jabatan Kebajikan Masyarakat
dan sebagainya.
II.
Biasiswa
III.
Derma pada hari-hari kebesaran seperti Hari Raya / Tahun baru Cina /
Deepavali dan sebagainya.
IV. Program anak angkat
Skim pinjaman buku teks
Kantin sekolah
Keceriaan sekolah
Bekalan dan perabot sekolah
2. Berusaha meningkatkan kebajikan sekolah dengan memberi buah fikiran /
pandangan dalam menggubal peraturan-peraturan sekolah jika perlu dan mengkaji
semula dari masa ke semasa bagi tujuan pengubahsuaian.
3. Dengan arahan guru besar, membincangkan kes-kes disiplin yang berat sebelum
keputusan muktamad diambil ke atas murid yang berkenaan.
4. Membincangkan masalah kebajikan murid keseluruhannya dengan tujuan mencari
jalan membaiki prestasi kemajuan pelajaran dan disiplin / kelakuan mereka.
5. Mengkaji dan menimbangkan pandangan / pendapat / cadangan dari ibubapa dan
masyarakat umum mengenai kebajikan / disiplin murid.
6. Member pandangan dalam hal perlantikan pengawas-pengawas sekolah.
7. Bertanggungjawab memberi pandangan / cadangan kepada Jawatankuasa
Keceriaan, Kebersihandan keindahan sekolah dalam melaksanakan projek / aktiviti
yang berkaitan.

JAWATANKUASA BEKALAN DAN PERABOT SEKOLAH


1. Menyimpan senarai perabot sekolah.
i. Mengadakan banci di awal dan akhir tahun.
ii.
Menyimpan statistic perabot
iii.
Mencadangkan pembelian dan pembaikian pada setiap kali mengadakan
pemeriksaan.
iv. Memeriksa stor tempat simpanan
v. Memeriksa alat kaca yang pecah.
vi.
Menyimpan buku stok yang dikemaskini.
2. Menguruskan jadual membaiki perabot yang rosak dengan menghubungi dan
berbincang dengan Guru Kanan Pentadbiran / GK HEM.
3. Mengadakan anggaran :
i. Menggadakan anggaran untuk memperbaiki dan membeli perabot.
ii. Mencadangkan pembaikian kunci almari dan cara pemyimpanan.

JAWATANKUASA DISIPLIN DAN SAHSIAH PELAJAR


1. Peraturan Sekolah
Mengesyorkan supaya setiap murid memiliki buku PERATURAN SEKOLAH
memberikan kefahaman dan pendedahan kepada isi kandungan buku.
Mendidik murid-murid supaya mengamalkan dan mematuhi peraturan
sekolah.
Membimbing murid-murid mempraktikkan yang positif dan menolak yang
negative melaksana orientasi peraturan sekolah kepada semua murid baru.
2. Penguatkuasaan / Pengawasan
Melantik, membimbing dan mengorientasi pengawas baru dalam
melaksanakan tugas pada awal bulan November setiap tahun.
Mendapatkan persetujuan dan kebenaran ibubapa / penjaga berhubung
dengan perlantikan.
Mengadakan perjumpaan atau mesyuarat dengan lembaga pengawas
sebulan sekali atau sekurang-kurangnya 4 kali setahun.
Menyusun tugasan pengawas dan mendapatkan laporan harian daripada
pengawas yang bertugas.
Memastikan pengawas sentiasa kelihatan kemas dan menjalankan tugas
seperti yang diarahkan.
Memberi latihan kepimpinan dari masa ke semasa kepada pengawaspengawas.
TINDAKAN
- Menyimpan rekod murid-murid yang melanggar peraturan sekolah dan
tindakan yang telah diambil.
- Menghubungi ibu / bapa / penjaga murid yang mempunyai masalah disiplin.
- Berhubung dengan GK HEM dan guru kaunseling bagi menyelesaikan
sesuatu masalah peribadi, pelajar dan sebagainya.
- Menghantar laporan kepada guru besar mengenai kes disiplin yang serius.
- Berhubung dengan guru kelas dan membincangkan masalah ponteng sekolah
dan kesalahan-kesalahan lain yang dilakukan oleh murid-murid.

JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS


(SPBT)
1. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Buku Teks dua kali iaitu awal tahun dan
akhir tahun.
Membahagikan tugas.
Taklimat kepada guru kelas
Membahagikan tugas pentadbiran.
I. Buku stok
II. Pengedaran
III. Buku rosak / hilang / laporan
2. Pengedaran Buku Teks :
Mengedarkan mengikut buku teks
Menentukan tarikh pengedaran
Mengesan sejauh mana keberkesanan dan kelicinan pengedaran
Mengedarkan buku-buku kepada murid-murid yang baru bertukar.
Mendapatkan borang SPBT dari murid yang baru masuk dan tukar
masuk.
Memastikan borang SPBT telah dihantar ke sekolah murid yang
bertukar sekolah.
Memeriksa semua kelas sama ada buku telah diberi kepada semua
murid-murid yang berhak menerimanya.
Memastikan setiap guru kelas melengkapkan borang pinjaman SPBT
dengan lengkap.
3. Borang permohonan SPBT :
Mengedarkan borang tersebut kepada semua murid.
Borang yang lengkap hendaklah diberi kepada Penyelaras kelas dan
seterusnya kepada guru SPBT.
4. Mesyuarat ahli Jawatankuasa SPBT.
Mengadakan mesyuarat yang dipengerusikan oleh Guru Besar /Guru
Kanan bagi menentukan murid-murid yang layak mendapat bantuan SPBT
bagi tahun berkenaan.
5. Membuat pesanan Buku Teks.
Membuat pesanan Buku Teks di pertengahan tahun ke Biro Buku Teks.
Melengkapkan borang pesanan SPBT.
6. Menyimpan rekod dan dokumen.
Penyelenggaraan failyang dikemaskini mengikut jenis.
Penulisan buku stok yang dikemaskini.
Senarai tugas guru tentang pengedaran dan pengumpulan.
Menyimpan rekod :
I.
Buku buku yang telah dihapuskan.
II.
Buku buku yang telahg rosak.
III.
Buku buku yang telah hilang.
7. Menilai, mentadbir dan merancang keselamatan buku.
I.
Memeriksa bilik buku teks.
II.
Membuat peraturan / syarat kepada murid.
III.
Cara mengedarkan ke sekolah lain.

8. Mengumpul semula buku teks.


Menentukan tarikh pengumpulan mengikut kelas.
Membuat senarai guru-guru yang bertugas mengumpul mengikut tarikh /
hari dan kelas.
Melaporkan kepada guru besar tentang perjalanan pengumpulan buku
teks berhubung perkara :
I.
Kelancarannya
II.
Peratus rosak / hilang
III.
Guru yang bertugas
9. Surat menyurat, bilangan maklumat dan penyimpanan dokumen.

JAWATANKUASA RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN DAN


SUSU SEKOLAH (RMT & PSS)
1. Meneliti dan memahami semua arahan dan pekeliling yang berkaitan dengan
RMT dan PSS yang dikeluarkan oleh PPD, JPN, dan KPM.
2. Menyenaraikan nama murid yang layak menerima RMT.
3. Memaklumkan dan mengedarkan tag nama RMT kepada murid-murid yang layak
menerima RMT melalui guru kelas.
4. Mengikuti perkembangan fizikal murid-murid. Menimbang berat badan dan
mengukur ketinggian mereka pada awal dan akhir tahun.
5. Menyemak dan mengawasi menu yang ditetapkan dan kualiti serta kuantiti
makanan.
6. Memastikan menu yang disajikan itu bermutu dan dapat diterima oleh muridmurid.
7. Pastikan murid yang mendapat RMT dapat keluar 5 minit lebih awal sebelum
rehat.
8. Pastikan ada pengganti sekiranya ada murid yang tidak dapat hadir pada hari
tersebut.
9. Rekod penerimaan, perbelanjaan, peruntukkan RMT disimpan dengan kemas
oleh pihak sekolah.
10. Memastikan susu yang diterima belum sampai tarikh luputnya. Sekiranya berlaku
laporkan serta merta kepada GK HEM untuk tindakan susulan.
11. Memastikan susu kotak yang diterima disimpan di tempat yang selamat.
12. Menyimpan dan memfailkan rekod penerimaan susu.
13. Mengadakan mesyuarat bersama AJK RMT dan PSS sekurang-kurangnya dua
kali setahun dan menyediakan laporan serta minit mesyuarat dan difailkan.

JAWATANKUASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1. Merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan hal
bimbingan dan kaunseling murid-murid.
2. Menjalankan kursus motivasi mengikut keperluan terutamanya murid-murid
tahun enam.
3. Bekerjasama dengan guru disiplin, guru kelas dan guru matapelajaran dengan
memberi nasihat kepada murid yang menghadapi masalah yang boleh
menjejaskan pelajaran mereka.
4. Menganjurkan ceramah tentang kesedaran dan kepentingan akademik,
kokurikulum dan sahsiah.

5. Menyimpan rekod-rekod(sulit) murid yang memerlukan perhatian.


6. Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling sekolah.
7. Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah
melalui kajian keperluan, soal selidik dan temu bual dan perbincangan dengan
pelajar, guru, pentadbir, kakitangan sekolah, ibu bapa dan bekas murid.
8. Merancang dan mengawal selia rekod dan inventori murid.
9. Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat, Bimbingan dan Kaunseling kepada
semua murid melalui sebarang media yang sesuai.
10. Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan
tunjuk ajar(instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara
optimum.
11. Merancang, melaksana dan mengawal selia perkhidmatan kaunseling individu
secara professional dan beretika.
12. Merancang, melaksana dan mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk
semua murid.
13. Merancang, menyedia dan mendedahkan murid kepada peluang melanjutkan
pelajaran di Sekolah Berasrama Penuh dan Rancangan Khas di sekolah
menengah.
14. Merancang, melaksana dan mengawal selia program dan aktiviti perkhidmatan
konsultasi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan
Pendidikan Pencegahan Dadah.
15. Memberi khidmat kaunseling krisis kepada murid, guru, kakitangan dan siapa
sahaja yang memerlukan.
16. Menjadi penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.
17. Menjadi urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar
Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris dan Dasar
Bahasa Tambahan, penempatan murid di sekolah.
18. Menjadi penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan
Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.
19. Melaksanakan tugas yang yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke
semasa.

JAWATANKUASA KECERIAAN DAN KEHARMONIAN


SEKOLAH
1. Merancang dan melaksanakan program Malaysia Bersih dan Indah seperti yang
disarankan oleh Kerajaan Malaysia di peringkat sekolah seperti :
a. Projek taman mini/rock garden/pondok memasu dan sebagainya.
b. Projek menambah tanaman bunga / buah-buahan.
c. Projek pondok bacaan.
d. Menambah lukisan mural di bangunan sekolah dan lain-lain.
2. Merancang serta melaksanakan program keceriaan di bilik dan kawasan bilik
darjah.
3. Menghubungi pihak-pihak tertentu umpamanya Jabatan Penerangan untuk
mendapatkan gambar-gambar pembesar untuk ditampal di bilik-bilik darjah.
4. Membentuk jawatankuasa khas mengadili pertandingan bilik dan kawasan bilik
darjah.
5. Mengadakan jadual khas/format system pemarkahan pertandingan keceriaan
tersebut.
6. Menyediakan jadual/giliran bertugas murid-murid memunggut sampah di
kawasan sekolah.
7. Bekerjasama dengan guru bertugas harian mengawasi kebersihan sekolah
keseluruhannya.

JAWATANKUASA KESIHATAN DAN KEBERSIHAN PELAJAR


1. Memastikan semua murid memiliki buku Rekod Kesihatan Murid dan Kad
Perkhidmatan Gigi (L.P Pin 7/95 ) dari Tahun 1 hingga tahun 6.
2. Memastikan guru-guru kelas telah melengkapkan butir-butir yang berkaitan di
dalam Rekod Kesihatan Murid.
3. Mengedarkan borang-borang yang perlu untuk kegunaan pihak perkhidmatan
kesihatan.
4. Memastikan kebenaran diperolehi daripada ibubapa/ penjaga sebelum pasukan
kesihatan memulakan pemeriksaan kesihatan / membuat penilaian/ suntikan.
5. Memastikan ada guru yang mengawas murid-murid ketika pemeriksaan atau
penilaian dijalankan oleh pasukan kesihatan.
6. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

JAWATANKUASA KESELAMATAN SEKOLAH


1. Menentukan latihan kebakaran / kecemasan diadakan sekurang-kurangnya dua
kali setahun.
2. Menyediakan peraturan-peraturan guru dan murid, peta/rajah dan sebagainya
yang patut dipatuhi oleh guru dan murid jika berlaku sebarang kecemasan /
kebakaran.
3. Menjadi penyelaras semasa latihan kebakaran/kecemasan berlaku.
4. Menentukan alat-alat pencegahan kebakaran diperiksa dan dapat digunakan bila
perlu.
5. Memeriksa dari masa ke semasa tempat-tempat yang mungkin menyebabkan
kebakaran, misalnya saluran elektrik, dapur kantin dan sebagainya.
6. Menjemput penceramah dari balai bomba / polis untuk memberikan ceramah /
tunjuk cara menghadapi sesuatu kebakaran / kecemasan.

JAWATANKUASA KANTIN SEKOLAH


1. Mengawas kebersihan kantin dan alat-alat yang digunakan oleh penjual-penjual
di kantin.
2. Menentukan jenis-jenis makanan dan minuman yang boleh dijual.
3. Menentukan tidak ada jenis makanan/minuman yang dilarang oleh kementerian
Kesihatan, misalnya :
I.
Asam-asam dan jeruk yang menggunakan pewarna makanan.
II.
Barang-barang makanan ringan yang tidak mengenyangkan atau yang
merugikan murid-murid.
4. Memastikan makanan disediakan dengan baik dan bersih.
5. Memastikan penjual menggunakan sudu, garpu atau penyepit untuk mengambil
makanan.
6. Memastikan keadaan kantin sentiasa kemas dan bersih.
7. Bekerjasama dengan guru disiplin bagi menentukan ada pengawas sekolah
bertugas di kantin pada waktu rehat.
8. Memastikan semua kakitangan dan pekerja kantin telah disuntik dan diperiksa
kesihatan mereka.
9. Memastikan tidak ada orang luar daripada yang didaftarkan bekerja di kantin.

10. Menegur dan membuat laporan jika pekerja-pekerja tidak memakai apron atau
menutup kepala.
11. Memastikan makanan yang dijual pada setiap hari mencukupi bagi semua murid.
12. Melaporkan kepada guru besar atau GK HEM tentang keadaan kantin dari masa
ke semasa.
13. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.

JAWATANKUASA PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH


1.
2.
3.
4.

Member maklumat kepada murid-murid mengenai pencegahan dadah.


Menerangkan kepada murid-murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah.
Menjemput penceramah memberikan penerangan lanjut.
Menjalankan program anti dadah yang telah ditetapkan oleh Pejabat Pendidikan
Daerah.
5. Melaksanakan program sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
6. Memastikan kebersihan kawasan sekolah agar tidak mempunyai tempat untuk
pembiakan nyamuk.
7. Memaklumkan kepada murid-murid jika ada maklumat dari pihak kementerian.
8. Menggerakkan AJK kelas untuk membersihkan tempat pembiakan nyamuk di
kawasan masing-masing.
9. Membuat laporan jika ada pemeriksaan atau penyemburan anti denggi di
kawasan sekolah.
10. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya 2 kali setahun.

JAWATANKUASA JADUAL KEDATANGAN PELAJAR


1. Mengambil alih tugas menanda kedatangan harian murid bagi guru kelas yang
tidak hadir pada hari tersebut.
2. Memastikan jadual kedatangan diisi penuh butirnya oleh guru-guru kelas
selewat-lewatnya pada akhir bulan Januari.
3. Memastikan semua senarai nama murid ditulis dengan jelas dan mengikut abjad
yang betul.
4. Memastikan semua murid yang didafterkan mempunyai nombor pendaftaran
masuk.
5. Memastikan semua pengiraan yang dibuat oleh guru-guru kelas semasa hujung
bulan adalah betul dan tepat.
6. Membuat teguran jika terdapat penggunaan pemadam liquid paper.
7. Mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya dua kali setahun.

JAWATANKUASA KESELAMATAN, KEBERSIHAN DAN


KESIHATAN
1. Memantau dan memastikan semua bilik darjah dan bilik khas dalam keadaan
bersih dan ceria.
a) Lantai dalam dan luar bilik darjah disapu, cermin tingkap dilap, sawang
dibuang dan bekas sampah dikosongkan setiap hari sebelum permulaan
P&P.
b) Peralatan dan perabot disusun rapi, carta, gambar dan kata-kata hikmat
dilekat atau digantung kemas dan teratur.
c) Senarai inventori, jadual waktu dan pelan laluan Kecemasan Kebakaran
dipamerkan di pintu masuk.
2. Melaksanakan program kutipan sampah sebagai suatu budaya hidup.
3. Member ganjaran kepada kelas-kelas yang menjaga kelas dengan baik dan
cantik.

JAWATANKUASA BIASISWA DAN KEBAJIKAN PELAJAR


1. Menyediakan senarai nama, alamat serta rekod diri murid-murid miskin dan
yatim yang benar-benar memerlukan bantuan.
2. Menguruskan hal ehwal yang berkenaan dengan kutipan derma dan kebajikan
murid-murid.
3. Membantu guru bertugas mengurus murid yang sakit sewaktu masa
persekolahan jika perlu.
4. Mengurus bantuan biasiswa dan kewangan murid miskin yang layak daripada
kerajaan, institusi kewangan dan badan bukan kerajaan(NGO).

GURU DISIPLIN SEKOLAH


1. Sebagai Setiausaha kepada Lembaga Disiplin Sekolah.
2. Merekodkan segala kesalahan-kesalahan / hukuman / denda yang dikenakan ke
atas murid-murid.
3. Menjadi penasihat kepada Lembaga Pengawas Sekolah.
4. Membantu guru besar dalam menentukan supaya peraturan-peraturan sekolah
dipatuhi sepenuhya.
5. Menyelesaikan masalah-masalah yang tidak dapat diatasi oleh Lembaga
Pengawas sekolah dengan merujuk kepada Guru Besar, jika perlu.
6. Membantu guru besar dalam mengesan kesalahan-kesalahan besar yang boleh
membawa kepada penggantungan sementara atau pembuangan sekolah. Ia
juga dikehendaki mengesan kesalahan-kesalahan tersebut.
7. Sentiasa berhubung rapat dengan guru Bimbingan dan Kaunseling untuk
menyelesaikan masalah murid dan juga dalam membantu murid-murid
bermasalah.
8. Sentiasa berusaha untuk menanam semangat patuh kepada arahan-arahan
/peraturan-peraturan sekolah di kalangan murid-murid.
9. Bekerjasama dengan Guru Bertugas Mingguan/Harian dan Lembaga Pengawas
Sekolah untuk mengurus kawalan murid-murid pada hari perhimpunan dan majlis
diadakan oleh pihak sekolah.
10. Melantik pengawas-pengawas sekolah.
11. Menjalankan tugas yang diarahkan oleh Guru Besar / GK dari masa ke semasa.

TUGAS GURU-GURU BERTUGAS MINGGUAN


1. Pagi / petang tuliskan nama guru bertugas dan tarikh di papan kenyataan /
buku tugas mingguan.
2. Memeriksa perkara-perkara berikut dari segi kebersihan/susunan dan
sebagainya :
I.
Bilik-bilik darjah
II.
Bilik Guru
III.
Kantin
IV. Kawasan Sekolah
V. Tandas Murid dan Guru
VI.
Tempat kereta guru
VII.
Tempat basikal murid
3. Menentukan bilik darjah yang paling bersih dan kemas dan yang mana pula
paling kotor.
4. Melaporkan perkara yang tidak memuaskan, misalnya jika tandas tidak
dibersihkan sila hubungi GK.
5. Mengambil tindakan yang sewajarnya tentang murid yang sakit atau cedera.
6. Mencatat laporan harian dan serahkan kepada Guru Besar/Guru Kanan pada
akhir persekolahan setiap minggu.
7. Menguruskan perhimpunan rasmi dan perhimpunan pagi sekolah. Ini termasuk
mengumpul semua cadangan/ laporan /pengumuman dari guru-guru untuk
diumumkan semasa perhimpunan.
8. Mengawas papan kenyataan yang diperuntukkan termasuk mencatat/menampal
segala pengumuman penting.
9. Mengambil tindakan sewajarnya ke atas kes-kes kecemasan jika berlaku.
10. Guru bertugas mingguan hendaklah seboleh-bolehnya datang awal dan pulang
akhir / lewat sepanjang minggu bertugas (ikut giliran)

JAWATANKUASA BIASISWA DAN KEBAJIKAN PELAJAR


1. Menyediakan senarai nama, kelas, dan alamat serta rekod diri murid-murid
miskin dan yatim yang benar-benar memerlukan bantuan.
2. Menguruskan hal-ehwal berkenaan dengan kutipan derma dan kebajikan muridmurid.
3. Membantu guru bertugas mengurus murid yang sakit sewaktu masa
persekolahan jika perlu.
4. Mengurus bantuan kewangan dan biasiswa murid miskin yang layak daripada
kerajaan, institusi kewangan dan badan bukan kerajaan (NGO).

JAWATANKUASA DATA SMM


Pengerusi

: Pn. S. Denis Mary

N. Pengerusi

: En. M. Magendran

Setiausaha
AJK

: En. N. Satheesh
: 1. En. B. Ragunathan
2. En. R. Paramisvaran

JAWATANKUASA KWAPM
Pengerusi

: Pn. S. Denis Mary

N. Pengerusi

: En. M. Magendran

Setiausaha
AJK

: En. N. Satheesh
: 1. Pn. R. Saraswathy
2. En. M. Ravindaran

JAWATANKUASA RMT
Pengerusi

: Pn. S. Denis Mary

N. Pengerusi

: En. M. Magendran

Setiausaha
AJK

: En. N. Satheesh
: 1. Pn. R. Saraswathy
2. Cik. G. Shamini Devi

JAWATANKUASA PROGRAM TRANSISI


Pengerusi

: Pn. S. Denis Mary

N. Pengerusi

: En. M. Magendran

Setiausaha
AJK

: En. N. Satheesh
: 1. Cik. P. Kalaiselvi
2. Cik. G. Shamini Devi

JAWATANKUASA 3K
Pengerusi

: Pn. S. Denis Mary

N. Pengerusi

: En. M. Magendran

Setiausaha
AJK

: En. N. Satheesh
: 1. Pn. R. Saraswathy
2. En. B. Ragunathan

JAWATANKUASA KECERIAAN SEKOLAH


Pengerusi

: Pn. S. Denis Mary

N. Pengerusi

: En. M. Magendran

Setiausaha
AJK

: En. N. Satheesh
: 1. Pn. R. Saraswathy
2. En. B. Ragunathan

JAWATANKUASA PENGAWAS SEKOLAH


Pengerusi

: Pn. S. Denis Mary

N. Pengerusi

: En. M. Magendran

Setiausaha
AJK

: En. N. Satheesh
: 1. En. B. Ragunathan
2. En. M. Ravindaran

JAWATANKUASA SKIM PINJAMAN BUKU TEKS


Pengerusi

: Pn. S. Denis Mary

N. Pengerusi

: En. M. Magendran

Setiausaha
AJK

: En. N. Satheesh
: 1. En. R. Paramisvaran
2. Cik. G. Shamini Devi

Anda mungkin juga menyukai