Anda di halaman 1dari 36

TAJUK 5.

0 :
STRUKTUR ORGANISASI, REKA BENTUK, PERUBAHAN
DAN PEMBANGUNAN : PEMBANGUNAN ORGANISASI

TAJUK 5.3
TREND PEMBANGUNAN
ORGANISASI

1
DEFINISI TREND PEMBANGUNAN
ORGANISASI
Kamus Dewan DBP (1996), TREND didefinisikan
sebagai arah aliran atau perkembangan rentetan
kejadian yang seolah-olah menuju ke suatu arah.

TREND PEMBANGUNAN ORGANISASI boleh


didefinisikan sebagai Keadah atau medium yang
digunakan untuk melakukan perubahan positif
mengikut hala tuju / perkembangan semasa bagi
mencapai matlamat organisasi.

2
FAKTOR PENGERAK PEMBANGUNAN ORGANISASI

 Dalam perkembangan dunia pengurusan pada hari


ini terdapat beberapa faktor yang didapati telah
menyumbang kepada trend atau hala tuju
pembangunan organisasi. Di antara faktor-faktor
tersebut ialah :
 1.Peranan Pengurus
 2.Visi dan Misi
 3.Perkembangan Teknologi Maklumat dan
 Komunikasi (TMK)

3
DEFINISI PEMBANGUNAN ORGANISASI
Bob Kreitner dan Angelo Kinicki (1995),
pembangunan organisasi suatu perkara yang
membantu para pengurus merancang perubahan
organisasi dan mengurus pekerja yang akan
membangunkan kerjasama, koordinasi dan
persaingan.

Warren Bennis (1969), pembangunan organisasi


merupakan satu tindakbalas perubahan, satu
strategi pendidikan yang kompleks dalam hasrat
untuk merubah kepercayaan, sikap, nilai dan
struktur organisasi yang membolehkan
penerimaan terhadap teknologi baru, pasaran 4
dan perubahan organisasi itu sendiri.
Owens (1995), Pembangunan Organisasi adalah
proses peningkatan kemampuan organisasi untuk
melakukan pembaharuan-pembaharuan kendiri.
Dengan kata yang lain, sekiranya persekitaran
ataupun situasi semasa menuntut organisasi
melakukan perubahan, maka pemimpin dan ahli-
ahli organisasi perlu bersedia melaksanakan
pembaharuan-pembaharuan yang diperlukan
tanpa menunggu arahan tertentu.
 Dalam ertikata yang lebih mudah difahami,
pembangunan organisasi ialah satu set keperluan
yang digunapakai untuk menguruskan perubahan
dalam sesebuah organisasi. 5
Faktor Pengerak Pembangunan organisasi (1)
Pengurus
 Bryson (1988), menegaskan bahawa perlaksanaan
pendekatan pengurusan strategik akan mewujudkan
keseragaman tindakan dengan pelbagai unit
berdasarkan kepada objektif dan tujuan yang sama.
 Hasilnya pihak pengurusan menjadi proaktif dan
akan membawa mereka memikirkan masa depan
organisasi sekali gus memimpin organisasi ke arah
kejayaan.
 Satu daripada elemen organisasi yang berdaya maju
ialah organisasi yang sanggup dan mampu
menerima serta melakukan perubahan.
6
FAKTOR PENGERAK PEMBANGUNAN ORGANISASI (1)

Peranan Pengurus
 Pengurus merupakan individu penting dalam
pembangunan sesebuah organisasi.

 MenurutJones (1987),tanpa mempelajari kemahiran


pengurusan strategik dan perancangan operasi, ketua
(pengurus) hanya mendapati diri mereka tidak terlibat
dengan apa-apa pun kecuali pengurusan krisis
semata-mata.

 Beliaujuga menyatakan bahawa ‘kita melihat bahawa


guru besar yang tidak mempunyai model pengurusan
yang jelas akan mengalami kegagalan yang besar’.
7
Faktor Pengerak Pembangunan organisasi (2)
Visi Dan Misi
 Definisi Visi
 Menurut Edwin Locke (1981), visi atau matlamat
adalah apa yang seseorang individu itu hendak
mencapainya; ianya sama ada objek atau sasaran
tindakan.
 Visi juga merupakan pandangan masa depan yang
realistik, boleh dipercayai dan menarik bagi
organisasi yang menggambarkan keadaan yang
lebih baik berbanding apa-apa yang telah wujud
pada masa sekarang.

8
Faktor Pengerak Pembangunan organisasi (2)
Visi Dan Misi
 Definisi Misi
 Sufa’at Tumin (2001), menyatakan misi ialah merupakan
langkah atau usaha yang disusun untuk mencapai visi.

 Misi lebih merujuk kepada persoalan bagaimana untuk


mencapai visi.

 Misi mestilah bersifat padu dan mampu menjana ke arah


merealisasikan visi.

 Sesebuah organisasi sekolah mestilah mempunyai misi


yang lebih bersifat khusus bagi merealisasikan visi atau
gagasan besar yang lebih bersifat umum, seterusnya akan
dapat memastikan pembangunan organisasi dapat 9

dilaksanakan.
Faktor Pengerak Pembangunan organisasi (2)
Visi Dan Misi ( kajian lepas)
 Wan Hamzah (2007), menyatakan bahawa cabaran
utama ialah apabila guru dan warga sekolah kurang
memahami dan menghayati falsafah,visi dan misi
sekolah.

 Keadaan ini boleh menjadi punca kegagalan


kurikulum. Oleh itu, falsafah, visi dan misi sekolah
harus disebarkan kepada semua guru dan warga
sekolah.

 Ini adalah merupakan perkara utama yang perlu


dilakukan bagi memastikan organisasi sekolah dapat
dibangunkan sejajar dengan hasrat perubahan dan10
pembangunan organisasi sekolah itu sendiri.
Faktor Pengerak Pembangunan organisasi (3)
Perkembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK)

 Penggunaan komputer di peringkat permulaan adalah


dalam bidang penyelidikan kerajaan dan dalam
menyelesaikan masalah saintifik dan kejuruteraan.

 Berikutnya,
hasil daripada peningkatan kelajuan dan
keupayaan komputer, kos yang semakin menurun, dan
komputer yang tersedia secara komersil,maka
komputer juga digunakan untuk penyelesaian masalah
perniagaan.

 Hari
ini secara langsung atau tidak langsung,komputer
memberi kesan kepada kehidupan setiap orang.
11
Faktor Pengerak Pembangunan organisasi (3)
Perkembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) – (kajian lepas)
 Abd Ghafar Mahmud (2011), menyatakan bahawa teknologi
komunikasi dan maklumat (TMK) yang menjadi medium perhubungan
manusia dalam masyarakat pengetahuan ialah teknologi elektronik dan
teknologi digital.

 Pemerhatian terhadap negera-negara yang menduduki tempat teratas


dalam senarai Negara perindustrian maju pula menunjukkan negara-
negara tersebut memiliki tenaga kerja berkemahiran tinggi, khususnya
yang berkaitan dengan kejuruteraan jitu (precise engineering), tenaga
pekerja yang sentiasa belajar, mudah memahami dan mencerna
kandungan ilmu dalam sesuatu perkakasan dan.

 Tenaga kerja tersebut merupakan keberhasilan daripada pelaburan


besar negara-negara tersebut dalam aspek latihan, pendidikan,
penyelidikan dan pembangunan.
12
Faktor Pengerak Pembangunan organisasi (3)
Perkembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) – Kesan
Di era komuniti dunia menghuni perkampungan global tanpa
dibatasi sempadan fizikal lagi, kepantasan bertindak lumrahnya
turut mengukuhkan proses penglobalisasian dan persaingan
baru yang diterjemahkan oleh kemajuan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK).
 Ia adalah alat pemboleh (enabling) dengan keupayaan
menjana proses pergerakan, pertukaran dan perkongsian
informasi secara global sehingga pendekatan mengurus
organisasi masa kini turut dipengaruhi bukan sahaja oleh akses
serta capaian tanpa had kepada pelbagai maklumat dan
pengetahuan terkini, malahan kepakaran, pasaran, modal serta
sumber dan faktor produksi lain.
13
Faktor Pengerak Pembangunan organisasi (3)
Perkembangan Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) – (Kesan)
 Khidmat TMK membolehkan komunikasi meluas, cepat serta
murah, pertukaran dan perkongsian maklumat dan pengetahuan
 Terkini, mengurus pelbagai transaksi atas talian terus dan
perangkaian hubungan antara individu, organisasi dan sumber-
sumber lain dilakukan secara telus, efisien dan efektif tanpa
diganggu-gugat oleh faktor geografi, sosio-ekonomi, politik,
agama, bahasa dan budaya.
 TMK boleh dieksploitasi menjadi pelengkap kritikal kepada
proses pembangunan keusahawanan diterajui pengetahuan (k-
Usahawan) dan k-Ekonomi.
 internet membantu organisasi lebih berdaya saing tinggi untuk
meneroka pasaran baru dan mengintensifkan penglobalisasian
ekonomi dunia 14
TREND PEMBANGUNAN ORGANISASI
(1)

 1)Pembelajaran Maya
 Definisi - pendidikan yang dijalankan melalui talian. Mereka
yang ingin mengikuti pendidikan ini mestilah mempunyai
kemudahan mengakses internet.
 Kebaikan pendidikan maya ialah seseorang itu dapat
melanjutkan pelajaran mengikut jadual sendiri.
 Sistem pendidikan maya memberikan peluang untuk belajar
kepada sesiapa sahaja.
 bahan-bahan pembelajarannya ialah disediakan dalam bentuk
cakera padat atau boleh dimuat turunkan > jimat kertas >
kurang pencemaran alam sekitar >
 Lebih ramai pekerja boleh melanjutkan pelajaran sambil kerja .
TREND PEMBANGUNAN ORGANISASI
(2)
 2) Pendekatan Total Quality Management (TQM)
> mencari punca awal penyebab kejatuhan mutu
produk
> Memantau kualiti dan kuantiti yang
dikeluarkan seimbang.
> Setiap pekerja ditentukan sasaran kerjanya.
Jika gagal + dibangunkan & didorong capai
sasaran.
> Mutu kerja meningkat hasil peningkatan komitmen,
kesediaan utk bertanggung jawab dan bertindak
secara kolektif terhadap tugasan yg diberikan.
TREND PEMBANGUNAN
ORGANISASI (3)
3) Pembangunan Strategik Terancang
> melaksanakan pembangunan mengikut
perancangan strategik yang telah dibuat
kajian
keberkesanannya.
> Kesannya :
1) Kos operasi berkurangan > tiada
pembaziran sumber.
2) Kualiti dan produktiviti meningkat
3) Meningkatkan kepuasan pelanggan
TREND PEMBANGUNAN
ORGANISASI (4)
4)Pembangunan Ilmu - Knowledge workforce :
a) mewujudkan budaya mengutamakan ilmu.
b) mengadakan insentif kepada kepada pekerja
yang melanjutkan pelajaran – biasiswa, cuti
c) menyediakan kursus & latihan dalam
perkhidmatan.
d) memberi ganjaran dr segi gaji,pangkat dll.
Keupayaan mewujudkan knowledge workforce
adalah kuncik strategik kejayaan organisasi
dalam menghadapi persaingan global.
TREND PEMBANGUNAN
ORGANISASI (5)
5) Membangunkan jaringan strategik
 > sebahagian drp dinamik politik & kuasa utk
mempengaruhi org lain supaya berpihak kepada
organisasi yang di wakili.
 Kesan ;
1) meningkatkan keyakinan dalam dan luar
organisasi.
2) Feadah berbentuk kewangan /bukan
kewangan.
3) Menyakinkan pelabur diperingkat global
4) (rujuk rajah dibawah)
TREND PEMBANGUNAN ORGANISASI (6) –
RAJAH : JARINGAN STRATEGIK DI PERINGKAT GLOBAL
Pelanggan Kreditor Badan Perundangan Kesatuan

Persaing
Pembekal

Jaringan Pengurusan Masyarakat


Strategik
Pertubuhan Bukan
Kerajaan Pembekal

Media Masyarakat Tempatan Pekerja/Bakal


pekerja / Bekas
pekerja

Rajah : Jaringan Pengurusan Strategik Peringkat Global


KESIMPULAN :
TREND PEMBANGUNAN ORGANISASI

 Trend pembangunan organisasi adalah lebih


menjurus kepada pembentukan organisasi yang
proaktif, memiliki sesuatu dan mampu bertukar-
tukar pengetahuan dan maklumat di antara
organisasi yang lain.

 Organisasiyang mampu berkembang dengan


sebaiknya adalah organisasi sentiasa bersedia
dengan idea-idea dan maklumat terbaru bagi
memastikan visi organisasi dapat dicapai.
21
TAJUK 5.0 :
STRUKTUR ORGANISASI, REKA BENTUK, PERUBAHAN
DAN PEMBANGUNAN : PEMBANGUNAN ORGANISASI

TAJUK 5.4 :

KEBERKESANAN PEMBANGUNAN
ORGANISASI
22
DEFINISI & TUJUAN
PEMBANGUNAN ORGANISASI

Pembangunan organisasi ditakrifkan sebagai



usaha yang dilakukan secara terancang untuk
meningkatkan keberkesanan dan daya maju
sesebuah organisasi.

Tujuan Pembangunan Organisasi adalah untuk



meningkatkan kualiti ahli-ahli organisasi, selain
secara tidak langsung membantu organisasi
tersebut supaya dapat berfungsi dengan baik;
dan seterusnya menjadikan organisasi tersebut23
cemerlang.
KONSEP/KAEDAH PEMBANGUNAN
ORGANISASI (1)

 Menurut Owens (1995) terdapat sepuluh konsep/kaedah


berkaitan Pembangunan Organisasi iaitu:
 1) Matlamat pembangunan organisasi - Konsep ini
bermaksud organisasi
 berusaha meningkatkan fungsi dan produktivitinya;

 2) Konsep sistem pembaharuan. Mengikut konsep ini,


sesebuah organisasi boleh berkembang dengan ciri-ciri
yang ada di
dalamnya

24
KONSEP / KAEDAH PEMBANGUNAN
ORGANISASI (2 )

3) Pendekatan bersistem - merujuk pembangunan


organisasi berdasarkan konsep sosioteknikal kerana
keseluruhan sistem organisasi ada hubungan dengan
komponen-komponen subsistemnya seperti manusia,
struktur, teknologi dan tugas.
4) Strategi Terancang - organisasi perlu ada perancangan
yang sistematik meliputi pelaksanaan aktiviti dan teknik -
tekniknya.
5) Fokus kepada Manusia - mementingkan sistem hubungan
kemanusian dalam organisasi - dalam aspek tugas,
teknologi atau dimensi struktur.
6) Strategi Pendidikan - Sesebuah organisasi boleh
berkembang apabila individu- Individu dalam organisasi
boleh mengubah tingkah laku mereka melalui pendidikan.
25
KONSEP / KAEDAH PEMBANGUNAN
ORGANISASI (3)

 7) Belajar melalui Pengalaman - ahli -ahli organisasi


menggunakan setiap pengalaman yang telah berlaku di
dalam organisasi sebagai asas untuk pernbangunan
Organisasi.
 8) Mengurus Masalah Sebenar- Jika perkara ini
terdapat dalam organisasi bermakna organisasi tersebut
dapat menangani keadaan yang boleh menghalang
pembangunan organisasi daripada terus berfungsi.
 9) Penglibatan Pentadbiran Atasan. Sebarang
perubahan yang dilakukan memerlukan penglibatan
pentadbir untuk meningkatkan prestasi organisasi

26
KONSEP PEMBANGUNAN ORGANISASI (4)

10) Pembangunan Organisasi - agen perubahan.

Penglibatan agen perubahan diperlukan untuk


melaksanakan pembaharuan.

Agen perubahan yang terdiri daripada pemimpin dan


guru-guru perlu menjalankan rundingan di antara
mereka supaya program pembangunan organisasi
dapat dijalankan tanpa sebarang kekeliruan.

27
KEBERKESANAN PEMBANGUNAN
ORGANISASI 1

 Keberkesanan pembangunan organisasi


membantu organisasi untuk berubah dan
membangunkan tanggapan positif terhadap
sesebuah organisasi.
Boleh dicapai dengan menggunakan alat-alat
saintifik, proses dan sumber manusia yang
berkesan.
 Tetapi yang lebih penting ialah hubungan
BAIK antara pekerja dengan pihak pengurusan
dlm sesebuah organisasi kunci utama kejayaan
28
dlm pembangunan organisasi
KEBERKESANAN PEMBANGUNAN
ORGANISASI 2

 Keberkesanan pembangunan organisasi


biasanya terdiri daripada faktor-faktor berikut:
Metrik sumber manusia, prestasi dan hasil
kajian penyelidikan, latihan dan e-
pembelajaran dan kepimpinan dan kaedah
pembangunan organisasi.

 Apabila faktor-faktor ini digabungkan


bersama-sama, organisasi boleh mencapai
tahap keberkesanan dan kecekapan dalam
29
pembangunan
HASIL PEMBANGUNAN ORGANISASI YANG
BERKESAN (1)

1. Menjamin Kepuasan Pelanggan (customer oriented) –


Pembangunan Produk / perkhidmatan yang dilakukan
memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan.
2. Kepuasan Hati Pekerja / Lebih Bermotivasi
Kejayaan pembangunan berfokuskan sumber manusia –
mengambil kira ganjaran, peluang kerjaya, keadilan,
polisi dan lain-lain.
 3. Meningkatkan Kecekapan Penggunaan Teknologi &
Komunikasi (TMK)
Hasil kejayaan Pendekatan Bersistem mengunakan konsep
30
sosial teknikal iaitu berasaskan hubungan manusia,
struktur,teknologi dan tugas
HASIL PEMBANGUNAN ORGANISASI YANG
BERKESAN 2

4. Meningkatkan Kecekapan Pekerja


Hasil daripada pembangunan berkonsep pembelajaran –
menambahkan ilmu pengetahuan > melakukan
kerja dengan lebih berkesan.
5. Meningkatkan Produktiviti & Keuntungan
Hasil daripada pembangunan berkonsep pembelajaran >
melakukan kerja dengan lebih berkesan > produktiviti
meningkat > meningkatkan keuntungan organisasi.
6. Mengurangkan Kos Operasi
Pembangunan Strategik Terancang > Perancangan 31

Strategik > Spesifik > Mengurangkan kos.


HASIL PEMBANGUNAN ORGANISASI YANG
BERKESAN (3)

7. Mengkayakan Elemen Inovasi (Innovation And Creativity)


Pembangunan berkonsepkan Belajar Melalui pengalaman >
Ahli berkongsi pengalaman / masalah > membuat kajian
mencari jalan penyelesaian > mengunakan daya kreativiti
dan inovasi > menyelesai masalah
8. Menghasilkan Produk Dan Perkhidmatan Yang Berkualiti
Pembangunan berkonsepkan Belajar Melalui pengalaman >
Cth Total Management Quality (TQM) >Ahli berkongsi
pengalaman > membuat kajian > memantau aspek kualiti &
kuantiti > mengunakan daya kreativiti dan inovasi >
32
menyelesai masalah > Produk Dan Perkhidmatan
Yang Lebih Berkualiti
• .
HASIL PEMBANGUNAN ORGANISASI YANG
BERKESAN 4

9. Mewujudkan Hubungan Baik Antara Pihak Pengurusan


Dgn Pekerja

Pembangunan Pelibatan Pihak Atasan > bertanggung


jawab mengetahui bidang tugas dan menyelia bidang
tugas > menyelia kumpulan pekerja > mengadakan
mesyuarat > memberi motivasi & ganjaran >
pekerja lebih bersemangat > mewujudkan orientasi
tugas dan berasas hubungan.

10. Mengukuhkan Budaya Korporat Dalam Organisasi


 11. Meningkatkan Keyakinan Pelabur Terhadap Organisasi
33
Bibliografi

Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 2008. Komunikasi di tempat Kerja, Kuala
Lumpur, PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.

Ab. Aziz Yusof, 2004. Pengurusan Sumber Manusia: Konsep, Isu dan
Pelaksanaan (Edisi Kedua). Petaling Jaya: Prentice Hall.

Ab. Aziz Yusof, 2011. Gelagat Organisasi : Satu Pendekatan Strategik (Edisi
Kedua). Universiti Utara Malaysia.

Hairuddin Mohd Ali PhD, Muhammad Bustaman Abdul Manaf, 2011.


Perancangan Strategik Sekolah, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.Selangor,
Malaysia.

Ken De Meuse, Ph.D. 2009 The Korn/Ferry Institute www. lominger.com/pdf/


teamswhite paper080409.pdf

http://www. sagepub.com/journals/Journal20093

34
KESIMPULAN

Pelaksanaan pembangunan organisasi hanya dapat


dilaksanakan dengan sempurna sekiranya terdapat
seorang pemimpin yang mampu menerajui proses–
proses perancangan dan pembaharuan dalam
organisasi.

Ini menunjukkan pentingnya kerjasama antara pekerja


bawahan dengan pemimpin untuk menjadikan sesebuah
organisasi Itu cemerlang.

35
SEKIAN , TERIMA KASIH .

SEBARANG KEKURANGAN
DI DALAM PERKONGSIAN INI,
MOHON KEMAAFAN.
36

Anda mungkin juga menyukai