Anda di halaman 1dari 2

KATA-KATA ALUAN

PN SITI HALIJAH BT SARANI


(GURU BESAR & PENASIHAT PIBG SK TAMAN SRI MUDA)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Pertamanya, saya mengucapkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan
izinNya jua kita dapat menyediakan Laporan Mesyuarat Agung PIBG ini. Saya mengambil
kesempatan ini untuk merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat menyediakan Laporan Mesyuarat Agung PIBG ini.
Peranan PIBG dalam membantu pihak sekolah tidak boleh dinafikan lagi kerana kemajuan
sekolah adalah hasil sokongan kuat daripada PIBG. Saya berasa bangga dan terhutang budi kepada
AJK PIBG sekolah ini yang telah menunjukkan komitmen yang sangat baik kepada pihak sekolah.
Banyak sumbangan yang telah dihulurkan oleh pihak PIBG kepada sekolah ini. Bukan sahaja untuk
kecemerlangan murid, sukan dan permainan tetapi juga dari segi kemudahan dan prasarana sekolah.
Saya berharap agar setiap individu yang akan dilantik menganggotai PIBG dapat berperanan
aktif supaya segala aktiviti atau program yang diatur dan dirancang dapat dijalankan dengan
sempurna.
Cadangan-cadangan yang membina daripada PIBG untuk penambahbaikkan dari pelbagai
aspek sangat dialu-alukan. Saya percaya dengan barisan kepimpinan PIBG baru yang akan dilantik
mampu untuk membantu pihak sekolah meningkatkan pembangunan akademik, kokurikulum dan
sahsiah murid.
Tuan-tuan dan puan-puan, ibubapa dan penjaga murid boleh menyuarakan apa jua
pandangan dan masalah yang berkaitan dengan anak-anak melalui PIBG, pihak pentadbir dan
sekolah supaya dapat diambil tindakan yang sewajarnya. Adalah tidak wajar ibubapa terus membuat
sebarang aduan atau masalah berkaitan anak dan guru ke PPDPP, JPS atau KPM. Lebih baik
diadakan perbincangan profesional terlebih dahulu dengan pihak pentadbir sekolah bagi
menyelesaikan sesuatu hal yang dibangkitkan.
Akhir sekali saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah serta jutaan terima
kasih kepada YDP PIBG, NYDP PIBG dan AJK PIBG 2016/2017 yang telah melaksanakan tugas dan
tanggungjawab dengan begitu baik sekali. Pengorbanan masa, tenaga dan idea Jawatankuasa PIBG
sesungguhnya tidak dapat dibalas dan hanya Allah sahaja yang akan memberi keberkatannya.

Sekian, terima kasih.

(PN SITI HALIJAH BINTI SARANI)


Guru Besar
SK Taman Sri Muda.

Anda mungkin juga menyukai