Anda di halaman 1dari 11

FORUM : Isu Mengenai Aspek Kepelbagaian Budaya Dan Juga Pengaruh

Perkembangan Teknologi Maklmumat Dan Komunikasi


PENGERUSI : Bismillahhirahmannirrahim, Alhamdulillahi robbil alamiin, wassolatu
wassalaamu alaa asyrofil anbiyai wal mursaliin.. wa ala alihi wa sohbihi ajmaiin.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Ukhwah, Salam Kasih
Sayang dan Salam 1 Malaysia.

Warga dewan sekalian,
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin serta limpah kurnia
daripadaNya, dapat kita bertemu kita lagi dalam gelanggang forum bagi
membincangkan isu-isu semasa dan juga cababaran yang perlu ditempuhi oleh
semua pendidik pada hari ini.
Hadirin yang dirahmati Alah sekalian, sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel
kita pada hari ini, kita sedia maklum, bahawa jika sebut sahaja mengenai bidang
pendidikan, sudah tentu amat berkait rapat dengan sekolah, guru dan pelajar kerana
tanpanya institusi pendidikan tidak akan dapat berlangsung dengan sempurna. Isu
pendidikan dan cabaran semasa sentiasa menghimpit setiap insan yang berada di
dalam dunia pendidikan khususnya para guru terutamnya isu yang sedang hangat
diperkatakan iaitu isu mengenai aspek kepelbagaian budaya dan juga pengaruh
perkembangan teknologi maklmumat dan komunikasi. Justeru pelbagai persoalan
sering ditimbulkan mengenai isu ini. Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih
mendalam, terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan lima orang ahli panel kita
pada hari ini yang datang dari jauh dari pelusuk dunia.
Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara/saudari
_______________________ yang merupakan ___________________ guru
cemerlang di Sekolah Kebangsaan Metodis Perak. Apa khabar saudari?
.Seterusnya ahli panel kedua, nampak ayu berbaju kurung ,
saudari/saudara____________________________ adalah merupakan , Penolong
Timbalan Pengarah Kementerian Pelajaran. Selamat datang saudari.

Ahli Panel yang ketiga pula, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari/saudara
_________________. Yang merupakan pengerusi PIBG
Ahli panel yang keempat pula merupakan satu satunya jejaka idaman malaya pada
hari ini iaitu ____________ yang merupakan wakil ibu bapa yang berani untuk tampil
membincangkan isu ini.
Dan di hujung sana yang nampaknya tidak sabar2 untuk berbicara iaitu saudari
_____________ yang merupakan ________________
.
( 1) Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya yang pertama
adalah ditujukan kepada ahli panel yang pertama. Pada pandangan ahli panel
sebagai guru apakah sebenarnya konsep yang dimaksudkan dengan kepelbagaian
budaya di kalangan muri-murid?
(2) Terima kasih kepada ahli panel yang pertama, seterusnya berbalik pula soalan
kepada ahli panel yang kedua yang merupakan pihak pentadbir sekolah iaitu yang
merupakan guru besar atau kepala sekolah. Pada pandangan saudari, adakah isu
kepelbagaian budaya di kalangan murid-murid ini akan menimbulkan masalah
kepada sekolah?
(3) Terima kasih kepada ahli panel yang kedua, baik lah soalah yang seterusnya
saya tujukan kepada ahli panel yang ketiga yang merupakan pihak yang
bertanggungjawab dalam melaksanakan akta udang-udang pendidikan. Bagi
pendapat saudari apakah faktor yang medorong kepada berlakunya isu
kepelbagaian budaya ini di sekolah?
(4) Terima kasih kepada ahli panel yang ketiga, seterusnya saya ajukan soalan
kepada wakil ibu bapa iaitu saudara ____________, sebagai ibu bapa apakah
peranan saudara bagi menangani isu masalah kepelbagaian budaya ini?




(5) Terima kasih kepada ahli panel yang ketiga, seterunya saya ajukan soalan
kepada ahli panel yang kelima yang nampaknya tidak sabar-sabar untuk berbicara.
Baiklah sebagai badan NGO, apakah cadangan yang perlu dibuat bagi mengatasi
masalah kepelbagaian budaya yang wujud di kalangan murid pada hari ini?

Begitu hebat kata-kata atau pendapat yang diutarakan oleh panel kita sebentar tadi
mengenai isu cabaran kepelbagaian budaya di kalangan murid. Diharapkan sidang
dewan sekalian akan mendapat ilmu yang berguna daripada perkongsian idea-idea
yang bernas daripada ahli-ahli panel kita.

Baiklah seterusnya, kita akan membincangkan pula mengenai isu yang hangat
diperkatakan sekarang iaitu isu pengaruh perkembangan teknologi maklmumat dan
komunikasi.
(1)Pada pandangan ahli panel yang pertama, adakah perkembangan teknologi dan
komunikasi boleh dijadikan isu ataupun cabaran bagi guru-guru pada masa kini?
(2)Terima kasih kepada ahli panel yang pertama, baiklah berbalik pula kepada ahli
panel yang kedua, Melihat kepada prospek ini, pastinya wujud pencetus utama kpd
berlakunya masalah pengaruh perkembangan teknologi maklmuat dan komunkasi
ini. Bak kata pepatah, jika tidak kerana angin,masakan pokok bergoyang, Untuk kita
meneroka sebab atau punca perkara ini berlaku saya ingin mempersilakan saudari
__________

(3) Terima kasih kepada ahli panel yang kedua atas idea dan pandangan itu tadi.
Baiklah seterusnya saya tujukan soalan ini kepada ahli panel yang ketiga iaitu
saudara/saudari __________. Pada pandangan saudara/ saudari, sebenarnya
siapakah yang harus dipertanggungjawab kan dalam menangani isu ataupun
cabaran pengaruh perkembangan teknologi maklumat dan komukasi ini?



(4) Terima kasih saudari (panel ketiga). Satu pandangan yang sungguh jelas,
baiklah panel kita yang seterusnya iaitu ahli panel yang keempat. Bagi pendapat
saudari/ saudara sebagai ibu bapa yang merupakan guru pertama dan juga idola
kepada anak-anak. Apakah peranan yang harus dimainkan oleh ibu bapa dalam
mengani isu yang berkaitan dengan pengaruh perkembangan teknologi maklumat
dan komunkasi ini?
(5) t.kasih saudari, Wah! nampaknya isu ini semakin menarik. Seterusnya soalan
yang terakhir saya tujukan kepada ahli panel yang terakhir iaitu, Agaknya, saudari
___________ sudah bersedia utk memberikan cadangan benteng yg boleh
menyelamatkan pelajar-pelajar kita daripada terepngaruh dengan perkembangan
teknologi maklmumat dan komunikasi.

Pengerusi: Terima kasih saya ucapkan kepada ketiga-tiga ahli panel kita kerana sudi
hadir dan sudi menyuarakan pendapat masing-masing. Moga apa yang kita dapat
hari ini tidak sekadar masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Nampaknya masa
amat mencemburui kita, sebelum berakhir mari kita sama-sama menepuk tangan
untuk diri sendiri kerana berjaya dan tekun mendengar perbincangan kita hari
ini.(tepuk tangan).
Sebelum mengakhiri bicara forum kita pada hari ini, terimalah serangkap pantun
yang berbunyi:
Tuailah padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan;
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Sekian sahaja untuk hari ini, terkasar bahasa, tersilap bicara, mohon dimaafkan.
Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Yang Maha Pencipta, dan yang
kurang elok itu datangnya daripada kekhilafan diri kami sendiri.
Wallahualam
Saya akhiri forum remaja kita pada pagi ini dengan lafaz yang mulia.













































u bapa memang elemen yang penting dlm pembentukan diri remaja, mereka guru
pertama kita dan mereka jugalah idola kita. Betul tidak kawan2?





siapakah yang menggalas peranan utama dalam mendisiplinkan pelajar?
Seterusnya persoalan terakhir untuk panel kita yang ketiga, masih berlegar dalam
persoalan yang sama iaitu pihak manakah yang memegang tanggungjawab yang
berat dalam mendisiplinkan atau memanusiakan insan pdelajar di sekolah kita pada
haroi ini?

apakah sebenarnya konsep tanggungjawab dan disiplin.
pendapat panel ketiga tentang persoalan Pendisiplinan pelajar, sebenarnya terletak
di bahu siapa? Dipersilakan..



Terima kasih saudari (panel pertama). Satu pandangan yang sungguh jelas, baiklah
panel kita yang seterusny Saudari(nama panel) tentu mempunyai pandangan lain
mengenai isu kita har ini, dipersilakan Saudari.

Terima kasih saudari(Nma panel) . Bagaimana pula dengan saudari (nama panel
ke3), pstinya saudari mempunyai pendapt yang ingin diutarakan mengenai isu kita
pada hari ini. Dipersilakan

Melihat kepada prospek ini, pastinya wujud pencetus utama kpd berlakunya masalah
keruntuhan nilai moral ini. Bak kata pepatah, jika tidak kerana angin,masakan pokok
bergoyang, Untuk kita meneroka sebab atau punca perkara ini berlaku saya ingin
mempersilakan saudari(nama panel 3)

T.kasih(nama panel), mmg benar ya apa yg telah diperkatakan tadi. Saya sendiri
sebagai remaja mengakui bhwa saya memerlukan rakan2 di sekeliling saya baik utk
belajar mahupun dalam proses sosialisasi, tetap dalam tajuk ini wajarkah kita
menyalahkan remaja semata2. Mungkin ada sebab2 yang lain saudari(panel
pertama)? silakan.

Begitu hebat sekali wacana yang dilontarkan oleh panel kita sebentar tadi.



t.kasih saudari, Wah! nampaknya isu ini semakin menarik. Ibu bapa memang
elemen yang penting dlm pembentukan diri remaja, mereka guru pertama kita dan
mereka jugalah idola kita. Betul tidak kawan2?








Diharapkan ianya dapat dijadikan pegangan dan panduan oleh golongan bakal guru
seperti kita.. Sekarang kita perdengarkan pula pendapat dan perkongsian panel kita
tentang pengalaman dalam mengatasi cabaran-cabaran yang dihadapi di sekolah.
Apakah perasaan ketika berhadapan dengan cabaran sebagai guru baru, dan
bagaimanakah cara mengendali cabaran yang dihadapi.









Jadi pada hari yang berbahagia ini, saya telah


kita semua sebagai bakal guru pasti sedang bersiap sedia untuk ditempatkan di
mana-mana sekolah. Normal lah bagi kita, jika yang ada suami atau isteri, bolehlah
hendak minta sekolah yang dekat dengan pasangan. Ada yang mahu merantau, ada
juga yang akan ke bangkuan ayahnda dan bonda. Tapi, sebenarnya apakah

gambaran sebenar menjadi georang guru baru nanti? Adakah indah khabar dari
rupa, atau bagaimana?
Justeru, persoalan ini perlu dilihat dalam skop yang lebih besar . Sesuai dengan
tajuk forum kita pada kali ini, Cabaran Dan Realiti Guru Permulaan. Perkongsian
forum kita pagi inilah yang bakal kita kongsikan sebagai pembuka pintu-pintu
persediaan bagi kita menghadapai sekolah baru kita kelak. Amin.
Sebelum mengupas tajuk ini dengan lebih mendalam, terlebih dahulu, mari kita
berkenalan dengan tiga orang ahli panel kita pada hari ini. Jangan ragu dan jangan
risau kerana warga dewan sememangnya tidak asing lagi dengan panel-panel kita
pada hari ini.
Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel pertama, saudara/saudari
_______________________ yang merupakan __________________________ Apa
khabar saudari?
.
Seterusnya ahli panel kedua, ayu sahaja,
saudari/saudara____________________________, jawatan. Selamat datang
saudari.
Dan di hujung sana, nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari/saudara
_________________. Selamat datang juga buat saudara.

Sebelum saya menyimpang dengan lebih jauh, soalan saya pada panel pertama,
saya tujukan kepada ketiga-tiga panel.
Sebagai guru permulaan, apabila baru sahaja posting, bagaimana penerimaan diri
dan masyarakat di tempat dan sekolah baru.
Panel Terima kasih pengerusi yang cantik molek pekertinya membawa rasional
persoalan..--------------------------------------------------------------------------------------------------
-------------------------------------

Pengerusi : Terima kasih kepada panel-panel kita atas lontaran konsep yang utuh
lagi berisi. Sebentar tadi panel pertama ada menyatakan
bahawa_________________________________ Justeru, saya ingin menanyakan
persoalan seterusnya tentang pengalaman ahli panel. Cabaran yang paling besar
yang anda hadapi ketika baru mula-mula berada di sekolah. Apakah kerja yang
diterima membebankan atau bagaimana.
Panel : Soalan yang amat menarik daripada pengerusi kita pada hari ini. Pengerusi :
Terima kasih kepada panel kedua atas pandangan yang amat bernas sebentar tadi.
___________________________________________________________________
___________

Pengerusi: Begitu hebat kata-kata atau pendapat yang diutarakan oleh panel kita
sebentar tadi. Diharapkan ianya dapat dijadikan pegangan dan panduan oleh
golongan bakal guru seperti kita.. Sekarang kita perdengarkan pula pendapat dan
perkongsian panel kita tentang pengalaman dalam mengatasi cabaran-cabaran yang
dihadapi di sekolah. Apakah perasaan ketika berhadapan dengan cabaran sebagai
guru baru, dan bagaimanakah cara mengendali cabaran yang dihadapi.
Dipersilakan.
Panel : Terima kasih saudari pengerusi yang tidak kurang petah bicaranya. Pada
pandangan saya,
___________________________________________________________________
_______________
Pengerusi : Begitu hebat sekali wacana yang dilontarkan oleh panel kita sebentar
tadi. Seterusnya persoalan terakhir untuk ketiga-tiga panel kita.Memandang kami
semua, seisi dewan merupakan bakal guru, maka saya harapkan panel-panel kita
dapat berkongsi secara ringkas tentang tips-tips yang dapat kami jadikan pedoman
dalam menghadapi realiti sebagai guru permulaan.
Panel:______________________________________________________________
_____________

Anda mungkin juga menyukai