Anda di halaman 1dari 4

Seni tampak

-seni tampak dalam masyarakat melayu


merupakan hasil ciptaan yang berbentuk seni
yang dihasilkan oleh orang melayu

Seni ukiran- seni ukiran mempunyai hubungan
yang rapat dengan hasil kerja tangan yang dicipta
melalui kepandaian ukiran. Cirri-ciri ukiran itu
dihasilkan melalui ukiran timbul, tenggelam,
tebuk, timbus.

Seni tembikar- adalah sejenis kraftangan yang
dihasilkan oleh orang melayu dengan
menngunakan tanah liat yang dibakar dan digilap.
Reka bentuknya dicipta berdasarkan fungsi bahan
tersebut contohnya tempat meletak nasi, bekas
air, tempat menyimpan makanan seperti jeruk dan
sebagainya. Perusahaan membuat tembikai secara
tradisonal ini dihasilkan oleh orang melayu di kuala
kangsar perak.




Seni tenunan.
Seni tenunan terbahagi kepada 3 jenis iaitu
tenunan biasa, tenunan ikat celop dan tenunan
songket. Tenunan songket merupakan tenunan
yang paling kemas dan cantik. Tenunan ini
merupakan satu proses perkembangan daripada
tenunan biasa. Sementara tenunan ikat pula
dipercayai berkembang di istana raja-raja.
Penciptaannya adalah rumit teutamnaya ketika
proses menyongket solek atau menyolek. Jenis
kain tenunan ini juga dikenali sebagai kain benang
emas.

Seni tenunan terbahagi kepada 3 jenis iaitu
tenunan biasa, tenunan ikat celup dan tenunan
songket. Tenunan songket merupakan tenunan
yang paling kemas dan cantik. Tenunan ini adalah
hasil daripada proses perkembangan tenunan
biasa. Tenunan ikat pula adalah berkembang di
kalangan raja-raja di istana. Proses tenunan ikat
sangat rumit terutamanya ketika solek atau
menyolek. Jenis kain tenunan ini juga dikenali
sebagai panggilan kain benang emas.

Seni tembaga
seni tembaga merupakan satu lagi seni ciptaan
kraftangan orang melayu. seni ini diperkenalkan
dengan tujuan mencipta alat-alatan dari tembaga
yang cantik dan indah bentuknya. Alat-alat yang
dicipta dalam proses seni tembaga ini digunakan
dalam upacara-upacara adat khusnya di istana
raja-raja melayu, seperti alat-alat pertabalan raja,
upacara perkahwinan ataupun upacara diraja yang
lain. Selain itu juga alat-alatan ini juga sesuai
digunakan di rumah sebagai perhiasan ataupun
pekakasan di rumah contohnya dulang, sudu,
tempat letak sirih.

Seni batik merupakan seni tekstil yang dihasilkan
melalui proses menerapkan lilin dan mencelup
kain. Apda permulaannya kain putih yang hendak
diproses menjadi kain batik itu direbus dan
dikeringkan. Kemudian kain batik itu akan
diterapkan dengan blok tembaga yang dicelupkan
ke dalam lilin cair yang dipanaskan. Setelah
diterap, kain itu akan diwarnakan dengan cara
celupan yang berperingkat-peringkat. Seterusnya
kain itu akan direbus dan dibasuh sehingga
menjadi bersih seterunsya dijemur sehingga
kering.

Anda mungkin juga menyukai