Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN.

Seni tekat dikenali juga dengan nama bersuji. Menekat merupakan kerja menyulam benang
emas ke atas kain dasar (jenis baldu). Kerja-kerja menekat memerlukan pemidang untuk
meregangkan kain baldu, mempulur sebagai acuan motif dan benang emas untuk membentuk
bunga tekat
SEJARAH & PERKEMBANGAN

Asal-usul dan perkembangan tekat secara langsung dikaitkan dengan kegunaan


pakaian dan kelengkapan keluarga raja-raja atau istana. Perkembangan awal seni tekat
dapat dikesan pada awal kurun ke-15, iaitu semasa zaman keagungan Sultan Melayu
Melaka. Kesan penggunaan sulaman dapat dilihat di kalangan masyarakat Cina yang
keturunan Baba Melaka. Mereka menggunakan sulaman tekat untuk pakaian-pakaian
mereka.
Hingga ke hari ini seni tekat masih dihasilkan oleh rakyat negeri Perak Darul Ridzuan
dan Negeri Sembilan Darul Khusus. Negeri Perak Darul Ridzuan merupakan negeri
yang banyak sekali mengusahakan kraf seni tekat timbul benang emas. Terdapat
beberapa jenis tekat yang dikerjakan oleh pandai tukang menekat. Antaranya ialah
tekat timbul benang emas, tekat gubah dan tekat perada.
Pada masa dahulu, istana merupakan penggerak utama pertumbuhan kraf seni
tekat.Ramai pandai-pandai tukang tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana
kelengkapan

istana

memerlukan

tekat

benang

emas.

Tekat

benang

emas

menampakkan kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu
membuat tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan
kraf tangan seni tekat. Setelah wujudnya Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia,perusahaan menekat dimajukan lagi dengan program-program latihan,
promosi, ciptaan yang baru, galakan pengeluaran dan menjual hasil ke luar negara.
Tekat terus berkembang dengan hasil mutunya yang terjamin.

Promosi yang dijalankan pada masa sekarang oleh Perbadanan Kemajuan Kraftangan
Malaysia, Perbadanan KemajuanNegeri Perak dan industri pelancongan telah
mendorong tukang sebu untuk menghasilkan ciptaan-ciptaan yang lebih bermutu dan

berterusan. Secara langsung, kehalusan dan keunikan seni tekat dapat membantu
memperkenalkan mutu seni tersebut kepada masyarakat tempatan dan pelancong luar.
FUNGSI KEGUNAAN TEKAT.

Seni kraftangan tekat digunakan untuk istiadat dan upacara tertentu. Ia


digunakan sebagai kelengkapan perkahwinan, upacara peminangan,
kelahiran, berkhatan, berkhatam Quran dan seumpamanya. Di kalangan
kerabat diraja, tekat merupakan pakaian kebesaran dan hiasan seharian.
Penggunaannya di kalangan masyarakat biasa agak terbatas kerana bahan
asasnya merupakan bahan mewah.
Pada masa dahulu, istana merupakan
penggerak utama pertumbuhan kraf seni tekat. Ramai pandai-pandai tukang
tekat dijaga oleh pihak istana. Ini adalah kerana kelengkapan istana
memerlukan tekat benang emas. Tekat benang emas menampakkan
kemewahan dan keagungan. Ramai pandai tukang pada masa itu membuat
tekat untuk kegunaan istana. Secara langsung istana telah menggalakkan kraf
tangan seni tekat.
JENIS-JENIS TEKAT.
1.Tekat Timbul Bunga Emas.
-Tekat ini menggunakan mempulur sebagai awan untuk membentuk corak motif.Mempulur
ialah kertas keras yang dipotong dan ditebuk mengikut corak motif. Sulaman benang emas
akan menutupi mempulur di atas kain baldu.

2.Tekat Gubah.
-Tekat gubah tidak menggunakan mempulur sebagai corak gubahan. Pandai tukanghanya
menyulam dan membentuk corak motif melalui benang merah yang dipanggil benang

untina. Hiasan corak tekat gubah diiringi dengan labuci dan manik-manik. Kain dasar tekat
gubah adalah dari kain biasa. Kegunaan gubahan tekat ialahmenghiasi tudung saji, tepak
sirih, kasut pengantin, sejadah, penutup pahar, peralatan upacara perkahwinan, lemudi
pintu, pakaian diraja dan sebagainya.

MOTIF SENI TEKAT.


1.Motif Flora.

2.Motif Fauna.

3.Motif Geometri.

4.Motif Awan Larat.

BAHAN/ALATAN YANG DIGUNAKAN MEMBUAT TEKAT.


i. Cuban untuk membulut benang emas / perak ( terdiri daripada cuban kayu, cuban buluh
dan cuban kayu bercabang tiga )
ii. Jarum untuk menjahit benang emas / perak
iii. Baldu kain berbulu halus dan lembut
iv. Mempulur isi tekatan yang dibuat daripada kertas keras
v. Benang emas dan perak
vi. Pemidang kayu untuk meregangkan kain baldu
PROSES MEMBUAT TEKAT.
Sediakan pemidang -> Regangkan kain putih di atas pemidang -> Letakkan kain baldu di atas
kain putih -> Kedua-dua kain tersebut dicantum menggunakan jahitan sembat -> Letakkan
mempulur di atas kain baldu -> Rentang benang emas di atas mempulur -> Jahit benang emas
dengan benang putih -> Ulang proses ini hingga siap.

Anda mungkin juga menyukai