Anda di halaman 1dari 4

SENI PERAK

Pengenalan

Penggunaan bahan logam terutamanya dalam memenuhi keperluan manusia


telah bermula sejak zaman purba lagi, khususnya di kawasan Semenanjung
Malaysia. Kebijaksanaan manusia pada zaman purba dalam penggunaan bahan
logam ketika itu merupakan sesuatu yang sangat menarik untuk diperkatakan.
Hal ini kerana bahan logam bukanlah seperti peralatan lain yang diperbuat
daripada batu yang mana ia boleh dipecah-pecahkan kepada bentuk yang kecil.
Sifat logam yang keras memerlukan kepintaran dan kemahiran yang tinggi dalam
melentur dan melebur logam tersebut sebelum menghasilkan peralatan yang
kemudiannya dihiasi pula dengan ukiran-ukiran yang indah. Pelbagai jenis alat
yang diperbuat daripada logam terutamanya perak telah dihasilkan oleh
masyarakat di Semenanjung Malaysia, khususnya masyarakat Melayu. Hal ini
dapat dilihat melalui hasil ukiran perak yang dihasilkan oleh tukang-tukang ukir
Melayu atas alat-alat seperti senjata tradisonal, peralatan rumah, perhiasan diri
dan barangan lain.
Sejarah

Seni pertukangan perak merupakan salah satu daripada cabang kesenian orang
Melayu yang amat terkenal di Negeri Kelantan. Kesenian perak ini dikatakan
agak baru jika dibandingkan dengan kesenian ukiran yang lain. Kemahiran
bertukang orang Melayu dipercayai memang sudah ada sejak zaman-berzaman
lagi, iaitu hasil pengaruh tamadun 'Hindu' yang memang terkenal dengan
pertukangan barangan logam seperti tembaga dan emas. Dengan ini, perusahaan
barangan perak ada kaitan rapat dengan bidang perusahaan emas dan tembaga
kerana terdapat persamaan dari segi pembuatannya. Dari segi sejarah umumnya,
didapati manusia mula menggunakan wang perak pada zaman 800 SM dan
sejarah ukiran perak di Kepulauan Melayu pula muncul sejak zaman Srivijaya
lagi dan terus berkembang hingga ke daerah lain di nusantara. Ukiran perak
seterusnya telah berkembang ke tahap industri kampung atau cottage industry
apabila Inggeris datang ke Tanah Melayu pada abad ke-18 dan memajukan
perusahaan ini.

Reka corak dan Motif


Masyarakat yang mengenali seni pertukangan perak akan mengakui bahawa seni
ukiran perak mempunyai keindahan yang tersendiri. Keindahan yang
dimaksudkan bukan pada seni rupa atau rekabentuk sesuatu ciptaan itu sahaja,
malah juga pada pengolahan satu-satu motif dalam reka corak awan larat dan
falsafah yang terselindung di sebaliknya mengikut daya imaginasi jiwa pencipta
awan larat. Reka corak dalam pertukangan perak merupakan ciri terpenting
yang dikira dapat membezakan antara reka corak Melayu tradisi dengan reka
corak masyarakat lain di samping dapat menghuraikan segala aspek tertentu
terhadap sejarah dan perkembangannya. Motif dalam seni ukiran perak
terbahagi kepada tiga iaitu motif bunga-bungaan, motif flora dan motif fauna.
-

Motif Bunga-bungaan
Jenis-jenis bunga yang selalu dijadikan motif dalam reka corak
pertukangan perak ialah: Bunga Mentari, Bunga Padi, Bunga Kiambang,
Bunga Senduduk, Bunga Teratai, Bunga Dahlia, Bunga Langsat, Bunga
Mawar, Bunga Orkid, Bunga Kelambu, Bunga Manggis, Bunga Melur,
Bunga Raya dan Bunga Baling.

Motif Flora
Tukang-tukang perak Melayu menggunakan alam tumbuhan yang dilihat
dalam alam sekelilingnya sebagai sebagai asas untuk menghasilkan satu
reka corak. Tumbuh-tumbuhan yang biasa digunakan adalah dari
kumpulan yang hidup menjalar dan boleh dijadikan sayur atau ulam
seperti; Daun Sembung Bidadari, Pucuk Kangkung, Daun Dalur, Pucuk
Paku, Daun Sekati Lima, Sulur Kacang Botol, Daun Labu dan Sulur Kacang
Panjang.

Motif Fauna
Kadang-kadang terdapat juga motif-motif reka corak yang menggunakan
bentuk-bentuk haiwan. Bagaimanapun, motif-motif seperti ini tidaklah
digambarkan dalam bentuk yang nyata. Kebanyakan bentuk binatang
yang digunakan dalam reka corak ukiran perak masyarakat Melayu ialah
binatang ternakan seperti ayam dan burung. Di samping motif binatang,
terdapat juga motif serangga dalam reka corak pertukangan perak ini.
Motif-motif binatang yang biasa digunakan ialah; Gajah, Burung, Kuda,
Jari Lipan, Ikan Belanak, Rama-rama, Patung-patung, Kumbang dan
Lalat/Lebah.

Proses Pembuatan

Proses membuat barang perak berbeza-beza, bergantung sama ada barang yang
hendak dihasilkan itu kasar (besar) atau perhiasan halus. Barang kasar
merangkumi kendi, tepak sirih, kaki lilin dan kotak borang kemas, cucuk sanggul,
kerongsang, pin baju dan sebagainya. Manakala barang perhiasan termasuk
cincin, gelang, rantai dan sumpamanya. Prosesnya seperti berikut;

Proses melebur adalah peringkat awal dalam kerja pertukangan perak.


Perak mentah, berbentuk butir atau biji akan dipanaskan hingga cair atau
dalam acuan khas yang diperbuat daripada besi penuang. Perak cair pada
suhu 96 darjah celcius.

Perak yang cair itu dituang ke dalam acuan besi menuang. Besi menuang
mempunyai dua bentuk iaitu yang berbentuk leper bagaikan pinggan dan
yang membentuk dawai kasar.

Proses yang paling rumit dalam pertukangan perak ialah proses


pembentukan barang yang ingin dihasilkan, daripada kepingan, atau
dawai atau gabungan kedua-duanya. Bentuk barang itu hendaklah
seimbang dan rata atau melengkung dengan tekal. Jika barang peranggu
(set) yang dihasilkan, barang-barang yang sepatutnya sama besar
mestilah sama besar. Untuk barang kasar, pertama, tukang perak
membuat pasolan iaitu rangka barang itu dengan ukuran seperti yang
dikehendaki. Pasolan dibuat daripada zink nipis atau kertas tebal.
Kemudian, perak leper daripada acuan diketuk di atas andas kayu yang
rata, berlubang atau berbonggol. Sering kali dua atau tiga kayu andas
diperlukan untuk mendapat suatu bentuk yang direka. Barang kasar
jarang yang dapat dibentuk daripada cuma sekeping perak, biasanya
beberapa bahagian diperlukan. Bahagian-bahagian itu dibentuk secara
berasingan dan kemudian dicantum dengan pateri. Sebelum dipateri,
bahagian-bahagian itu dibersihkan daripada kotoran, terutama minyak
yang boleh menjejaskan cantuman. Untuk barang perhiasan halus, tukang
lebih sebabg bekerja dengan perak dawai. Penggunaan dawai juga
mengurangkan kemungkinan pembaziran kerana perak logam yang
mahal.

Barang kasar yang telah siap dibentuk, dikemaskan dengan corak hiasan
dengan menggunakan 'teknik pahat' atau 'teknik tebuk' (gergaji).
Kemudian barang itu dicuci dengan besi penggosok, dikikir dengan kikir
halus dan dipelas dengan kertas pasir.
Proses yang terakhir ialah proses menggilap. Barang-barang perak digilap
dengan menggunakan air sabun dan berus dawai tembaga halus untuk
menghapuskan kekotoran yang berminyak dan seterusnya menyerikan
barang itu. Banyak barang kraf tangan perak dihasilkan atas tempahan
khusus.

Penggunaan

Jika dahulu, golongan bangsawan dan pembesar negeri yang banyak membuat
tempahan, sekarang tempat mereka telah diambil alih oleh usahawan dalam
sektor pelancongan, terutamanya pengusaha perhotelan. Dengan perubahan
gaya hidup masyarakat, selera pengguna juga berubah. Kini kraf tangan perak
telah dipelbagaikan kegunaannya. Banyak yang dijadikan cenderamata tetapi
tidak kurang juga yang mempunyai kegunaan walaupun berbentuk perhiasan.

Contohnya, penyangkut kelambu, cangkir, pinggan peranggu, kaki lilin, bekas abu
rokok dan juga perhiasan diri seperti gelang dan rantai.

Anda mungkin juga menyukai