Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN SENIBINA 1). DEFINISI SENIBINA - KAMUS DEWAN - LAIN-LAIN SUMBER 2).

KONSEP DAN PENDEKATAN SENIBINA - TOKOH 1 - TOKOH 2 - TOKOH 3 - TOKOH 4 - TOKOH 5 3). SENIBINA2 (SELAIN RUMAH) YANG BERKAITAN; - SENIBINA KAPAL Perahu layar, jong, etc - SENIBINA BATU NISAN - JAMBATAN; titian, jambatan gantung, etc Jambatan Pulau Pinang, Tambak Johor, Jambatan-jambatan di Putrajaya - LAIN-LAIN 3). KRONOLOGI PERKEMBANGAN SENIBINA DI MALAYSIA PRA-KURUN KE-16 ; (40000 2500 SM) ZAMAN BATU AWAL, orang asli negrito membina pondok-pondok sementara daripada pokok-pokok dan daun-daun. Terdapat juga bukti penempatan di dalam gua kerana terdapat perkuburan didalam gua. (2800 500 SM) ZAMAN BATU AKHIR, terdapat bukti penggunaan alat batu yang lebih maju di Kota Tampan, Perak, Gua Niah, dan Tingkayu, Sabah. (500 SM 500 M) ZAMAN LOGAM, bukti peralatan logam di Kuala Selinsing (200 SM) dan lembah Bernam (100 800 M). tungguk kayu yang dijumpai di Kuala Selinsing membuktikan wujudnya penempatan yang diperbuat daripada kayu. (500 1300 M) KERAJAAN MELAYU AWAL DI LEMBAH BUJANG, POLITIES DI SANTUBUNG, DAN CHI TU DI KELANTAN (7 M), tinggalan binaan kekal candi di Lembah Bujang serta Santubung yang menggunakan batu dan blok-blok laterit dalam bentuk kuil-kuil Buddha (dari 500 M) dan Hindu (selepas abad ke-11). Bahagian atas kuil diperbuat daripada kayu, dan hanya bahagian asas yang tinggal hingga hari ini. Binaan terkenal termasuklah Candi Bukit Batu Pahat di Lembah Bujang. (1303 M) KEDATANGAN ISLAM MENGIKUT TARIKH PADA BATU BERSURAT YANG DITEMUI DI TERENGGANU. (1400 M) KESULTANAN MELAYU MELAKA, orang-orang Portugis dan Cina menggambarkan Istana yang diperbuat daripada kayu, dengan menara tinjau dan pagar runcing di atas Bukit Melaka (kini Bukit St Paul) yang begitu strategik bagi mengawal perdagangan di sungai Melaka. Teks Sejarah Melayu turut menggambarkan dengan jelas Istana Kerajaan Melayu Melaka (diperbuat daripada kayu) pada kurun ke-15 yang musnah dalam kebakaran.

KURUN KE-16 (1500) KERAJAAN MELAYU MELAKA BERKEMBANG PESAT DAN MENARIK RAMAI PEDAGANG ASING DARI INDIA, ARAB, CINA, PARSI, DAN JAWA. Di kampung-kampung, rumah orang-orang Melayu dibina dengan tiang yang tinggi, manakala rumah para pembesar dapat dikenali dengan ukiran-ukiran pada tiang dan sebagainya. Pendatang dari Minangkabau membawa teknik pertukangan dan seni bina dari tanah besar mereka, terutama senibina bumbung Minangkabau mereka. Pendatang dari Cina pula memperkenalkan laman dan juga tangga batu, dan pendatang dari Pattani di selatan Thailand memperkenalkan senibina mereka termasuklah bumbung lereng curam. (1511 M) MELAKA JATUH KE TANGAN PORTUGIS, menjadikan Melaka sebagai pusat perdagangan Portugis di timur. Portugis membina Kota A Famosa di tapak Kota Melaka, dengan Istana, Gereja, dewan orang ramai, dan hospital di dalamnya. Kini, hanya satu pintu masuk ke kota tersebut tinggal, iaitu Pintu Kota Santiago. Portugis membawa masuk pengaruh senibina Eropah, iaitu gaya Manueline Gothic (fasa terakhir senibina Gothic di Portugal yang dinamakan sempena nama King Manuel I (1495 1521). Senibinanya yang berbentuk persegi dan struktur berbentuk bangsal. 1521- Portugis membina Gereja St Paul di atas bukit St Paul, daripada puing-puing runtuhan Istana Kesultanan Melayu Melaka. Pada tahun 1566, binaan gereja diperbesarkan dan menara dibina pada tahun 1590. Pihak Belanda kemudiannya menanggalkan bumbung gereja tersebut, dan menjadikannya tapak perkuburan.

KURUN KE-17 Mazhab Protestan (England dan Belanda) telah menggantikan pucuk pimpinan kuasa gereja Katolik (Sepanyol dan Portugal) di Eropah, menjadikan Belanda dan England cuba merebut kuasa dan kawalan terhadap perdagangan di Timur. (1641 M) MELAKA JATUH KE TANGAN BELANDA. Kota Melaka mendapat sentuhan senibina Belanda, di mana bangunan-bangunan bercirikan rekabentuk Belanda dibina, seperti Bangunan Stadthuys (dibina antara 1641-1660), yang merupakan bangunan berciri Belanda tertua di Asia Tenggara. Di hadapan Stadthuys dibina sebuah replika menara jam seperti yang dibina oleh Portugis sebelumnya, dan pada 1700 pula dibina Gereja Christ bersebelahan dengan Stadthuys. Pada masa ini, pendatang-pendatang dari Cina telahpun mula membina penempatan di Melaka (seawal kurun ke-17). Kebanyakan mereka berkahwin dengan penduduk tempatan dan mengadaptasi adat-adat, pakaian dan makanan seperti penduduk tempatan, namun mengekalkan senibina rumah Cina. Rumah kedai berbaris terawal di Melaka dibina semasa era pendudukan Belanda, termasuklah di Jalan Tun Tan Cheng Lock (Heeren Straat). (1650 M) Kapitan Cina Lee Wei King membina Tokong Cheng Hoon Teng bagi meperingati kedatangan Laksamana Cheng Ho ke Melaka beberapa kurun sebelumnya.

KURUN KE-18 (1710 M) Gereja St Peter dibina oleh orang-orang Portugis di Melaka, dengan senibina yang menggabungkan senibina tempatan dan Manueline. (awal 1700an) Masjid Kampung Laut (masjid kayu tertua di Malaysia) dibina di tebing sungai Kelantan oleh pelaut-pelaut Jawa berdasarkan Masjid agung Demak, dekat Semarang; memperlihatkan senibina seperti kebanyakan masjid-masjid di Jawa yang mempunyai pelan berbentuk empat persegi dan bumbung berlapis. (1728 M) senibina unik Masjid-masjid di Melaka mula dibina; mengekalkan bentuk pelan berbentuk empat persegi, tetapi dinding kayu digantikan dengan dinding batu-bata, manakala pengaruh senibina Cina dapat dilihat pada bumbung dan minaret berbentuk seperti pagoda. Antara masjd terawal termasuklah Masjid Tengkera dan Masjid Kampung Hulu. (1741-1753 M) pihak belanda membina Gereja Christ di Melaka dengan gaya senibina Belanda klasik, menggunakan batu-bata yang di import khas dari Belanda. Kini ia merupakan Gereja Protestan tertua di Malaysia. (1786 M) kapten Francis Light membuka pulau Pinang, membuka ruang kepada campurtangan British di dalam pentadbiran Negeri-negeri Melayu. Kehadiran british turut membawa pengaruh terhadap senibina di Tanah Melayu. Senibina Banglo Melayu yang menggabungkan senibina tempatan, dan Eropah. Banglo dengan taman yang luas seperti banglo Fancis Light suffolk House dibina dengan pengaruh senibina dari India dan Inggeris. (1795 M) pada akhir kurun ke 18. Eropah dilanda kekacauan, bermula dengan pencerobohan Perancis ke atas Belanda. Inggeris mula bertapak di Melaka pada 1795, dengan pembentukan kerajaan AngloBelanda. Pada ketika itu, popularity Melaka mula pudar dan digantikan dengan Pulau Pinang dan Singapura sebagai pelabuhan utama.

KURUN KE-19 1824 PERJANJIAN INGGERIS BELANDA membahagikan kawasan yang kini dikenali sebagai Kepulauan Indonesia kepada Belanda dan Malaysia dan singapura kepada Inggeris. Negeri-negeri Melayu kekal di bawah kuasa Raja-rajanya dan tidak banyak pengaruh senibina Inggeris yang dapat dilihat. 1841-1941 Dinasti Rajah Putih bermula di Sarawak dan menjadikan Kuching sebuah Bandar moden, manakala di Timur Borneo pula, Syarikat Borneo Utara Inggeris mula menguasai Sabah. 1842 kebangkitan semula senibina Melayu mula diperlihatkan menerusi senibina-senibina istana, termasuklah Istana Balai besar di Kota Bharu. 1869 PEMBUKAAN TERUSAN SUEZ. Permintaan yang meningkat terhadap bijih timah merancakkan lagi perkembangan bandar-bandar di Tanah Melayu. Penindasan oleh pemerintah Manchu di Tanah Besar china pula mempengaruhi penghijrahan orang-orang Cina ke Tanah Melayu. Kedatangan mereka turut

membawa masuk pengaruh terhadap senibina tempatan. Mereka membina rumah-rumah kedai dua tingkat dengan pertubuhan-pertubuhan kaum serta tokong yang dipengaruhi oleh daerah asal mereka di Tanah Besar China. 1877 GETAH DIPERKENALKAN DI TANAH MELAYU. Buruh-buruh ladang dari Selatan India dan Sri Lanka di bawa masuk untuk bekerja di ladang. Mereka membina kuil di bandar-bandar dan ladang tempat mereka bekerja. 1885 LANDASAN KERETAPI PERTAMA DI BINA MENGHUBUNGKAN PORT WELD DAN TAIPING, merancakkan lagi pertumbuhan bandar-bandar sekitar pantai barat Tanah Melayu. Konsep rumah kedai Cina menjadi popular di bandar-bandar seperti Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Ia kemudian merebak ke Kuala Lumpur dan Bandar-bandar lain. Pada 1884, Frank Swettenham memperkenalkan konsep kaki lima di hadapan rumah-rumah kedai tersebut. 1892 MENARA CONDONG TELUK INTAN berkonsep sebuah Pagoda. Walaupun pembinaannya pada zaman pemerintahan British, namun pengaruh Cina, penderma dan kontraktor telah berjaya dalam memperjuangkan budaya untuk dihayati. Ini jelas didapati pada fasad bangunan menara jam ini seperti gerbang, bumbung genting dan hiasan jubin dan sebagainya yang menunjukkan kekayaan budaya dan senibina Cina. Bangunan tiga tingkat ini kelihatan seolah-olah mempunyai 8 (Lapan) tingkat. Menara jam ini memiliki 110 anak tangga yang menghubungkan setiap aras yang tingginya 15.5 kaki. Kekayaan senibina yang diperbuat daripada struktur kayu dan batu; terdapat setiap tingkap dilengkapi dengan lorong jalan 6 (Enam) kaki lebar berdindingkan tembok rendah 2 (Dua) kaki yang dihiasi dengan batu berwarna hijau. Ketelitian senibinanya dan perancangan ruang dapat dilihat dari adaptasi kegunaannya sebagai tangki air ditingkat 3 (Tiga) yang diperbuat dari kepingan keluli setinggi 16 kaki dengan muatan 680 kaki padu. Lapisan bawah bangunan ini berukuran garis pusat 43 kaki dan menguncup ke atas 27 kaki. Bangunan tersebut didirikan di atas struktur tanah yang lembut disamping itu terdapat bebanan tangki yang menakung air yang telah menyebabkannya condong sedikit ke arah barat laut. 1896 British membentuk Negeri-negeri Selat, dengan Kuala Lumpur sebagai ibu negeri. Gaya British Raj atau Mogul dari India banyak diimplementasikan pada bangunan-bangunan kerajaan, sebagai melambangakan sebuah Negara Islam. Bangunan Sekretariat (kini Bangunan Sultan Abdul Samad) dibina pada 1894-1897. Kawasan sekitar bangunan tersebut menghimpunkan pelbagai bangunan sivik era Inggeris (menjadikannya kawasan yang menghimpunkan bangunan colonial paling banyak sepanjang Empayar British). Kebanyakan bangunan dibina dengan ragam hias yang rumit dan berukir, di mana ketika itu kuasa buruh adalah murah. Senibinanya menggabungkan gaya Renaissance, Palladian, Neoclassical, dan kebangkitan Gothic. Ketika itu juga, material baru seperti besi tuang mula digunakan.

KURUN KE 20 1892 1900 MASJID SULTAN ABU BAKAR dibina dengan pengaruh gaya Victoria Inggeris dan Moorish, dengan sedikit pengaruh senibina Melayu. 1909 PERSEKUTUAN TANAH MELAYU DIBENTUK 1909 - 1919 TAMBAK JOHOR Sejarah Tambak Johor bermula pada tahun 1909 apabila landasan keretapi dari Singapura ke Johor Bahru siap dibina. Pada masa itu, hubungan ke Singapura, yang merupakan Ibu Pejabat British diAsia Tenggara, hanya dengan menggunakan feri. Tambak Johor direka oleh Messr Coode, Fizmaurice, Wilson dan Mitchell daripada Westminster, Britain dan dibina oleh Topham, Jones & Railton Ltd dari London. Pada mulanya di tahun 1909, tambak ini cuma mengandungi sebatang landasan dari stesen keretapi Johor Bahru ke Singapura. Pembinaan jalanraya bermula pada tahun 1919 dan disiapkan pada tahun 1924 selepas empat tahun. Tambak Johor dimusnahkan oleh pihak British pada tahun 1942 semasa Perang Dunia II, untuk menghalang tentera Jepun daripada menjajah Singapura. Bagaimanapun, Tambak Johor dibina semula setelah Jepun menawan Singapura 1910 PERANG DUNIA PERTAMA tidak begitu member kesan kepada Malaya dan Malaya terus berkembang hasil eksport komoditinya. 1911 STESEN KERETAPI KUALA LUMPUR Arthur Benison Hubback, seorang pembantu arkitek British kepada Pengarah Jabatan Awam, bertanggungjawab mereka bentuk stesen ini. Pernah berkhidmat di India, dia menggunakan pengetahuannya mengenai seni bina Inggeris-Asia di kawasan itu dalam reka bentuk stesen ini. Gaya "Neo-Moor/Mughal/Indo-Saracen/Neo-Saracen" bukanlah merupakan gaya yang tidak biasa ketika itu. Struktur serupa, seperti Bangunan Sultan Abdul Samad (reka bentuk oleh A.C. Norman, siap 1895), Dewan Bandaraya Lama (reka bentuk oleh A.B. Hubback, siap 1904) dan Masjid Jamek (reka bentuk oleh A.B. Hubback, siap 1909), semuanya dibina sebelum stesen ini. Dengan kos RM23,000, stesen ini siap dibina dan mula beroperasi pada 1 Ogos 1910. Selepas perobohan Stesen Residen dan pengasingan Stesen Jalan Sultan, Stesen Keretapi Kuala Lumpur menjadi stesen kereta api utama di Kuala Lumpur. Sebuah hotel, Hotel Stesen (kini Hotel Stesen Warisan), mengambil sebahagian ruang stesen. Pada 1995, perkhidmatan KTM Komuter diperkenalkan di stesen ini. 1913-1917 MASJID UBUDIAH DI KUALA KANGSAR DIBINA, dengan pengaruh senibina Moorish, Arkitek yang ditugaskan mereka bentuk masjid ini ialah Encik Hubbeck, yang menggunakan seni reka Moor dan Encik Caulfield, jurutera Negeri Perak, telah ditugas melaksanakan bangunan masjid ini. Bangunan-bangunan terakhir era Kolonial dibina. Kebanyakannya memperlihatkan pengaruh senibina Moorish dan Inggeris. 1915 KELLIES CASTLE dibina dengan pengaruh senibina India dari Madras yang kuat kerana pemiliknya yang begitu mengagumi Agama Hindu dan budaya buruh-buruhnya yang dibawa dari India. Rumah agam ini mempunyai lif (pertama di Tanah Melayu ketika itu)dan mengikut perancangan, turut memuatkan sebuah gelanggang tenis di dalam bangunan. Malah, semua batu-bata dan jubin untuk pembinaannya diimport dari India.Keunikan senibina Kellies Castle ini telah mendapat perhatian dalam akhbar London Financier pada 15 September 1911. Namun, istana ini tidak sempat disiapkan kerana
pelbagai masalah yang telah timbul, dan William Kellie Smith (pemiliknya) meninggal sebelum istana tersebut dapat disiapkan.

1920 1930 PERMINTAAN TERHADAP GETAH MENINGKAT SEIRING DENGAN KEPERLUAN INDUSTRI AUTOMOTIF. Malaya semakin maju dan ibu pejabat-ibu pejabat bank mula dibina dengan pengaruh senibina campuran. Orang- orang kaya Cina dan Eropah pula membina rumah-rumah agam yang besar dan mewah. Fasad rumah-rumah kedai Cina dihiasi ukiran-ukiran bagi menggambarkan kemewahan dan kemakmuran ketika itu. Bagaimanapun, bangunan- bangunan sivik dibina dengan gaya lebih sederhana. Pengaruh Art Deco mula kelihatan, mengenepikan gaya klasik yang selama ini mendominasi senibina. Penempatan di bandara-bandar besar adalah dalam bentuk perumahan-perumahan terancang, manakala masyarakat kampong masih mengekalkan cara hidup tradisi dengan rumah daripada kayu. 1926 1931 ISTANA KENANGAN/ISTANA TEPAS/ISTANA LEMBAH DI KUALA KANGSAR 1940 PERANG DUNIA KEDUA & SEMASA ERA DARURAT, 10% POPULASI DIPINDAHKAN KE KAMPUNGKAMPUNG BARU BAGI MEMERANGI KOMUNIS, Malaya menerima impak besar dengan pendudukan jepun dan tidak banyak perkembangan senibina dapat dilihat ketika ini. 1950 1960 MODERNISME semangat nasionalisme turut memacu perubahan dalam senibina. Banyak bangunan-bangunan awam dibina bagi menggambarkan identiti negara yang baru terbina. Bandarbandar baharu mula muncul kesan daripada penghijrahan besar-besaran ke bandar. 1957 PERISYTIHARAN KEMERDEKAAN 1962 BANGUNAN PARLIMEN, 16 SEPTEMBER 1963 MALAYSIA 1963 MUZIUM NEGARA, Reka bentuk bangunan Muzium Negara adalah bercirikan elemen astetik dan ukiran bangunan Istana Melayu tradisional. Reka bentuk ini dipilih sendiri oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj iaitu Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Seni bina bangunan Muzium Negara disokong oleh 26 batang tiang konkrit yang telah diubahsuai bagi mengekalkan ciri-ciri istana Melayu tradisional. Konsep 26 batang tiang ini berdasarkan kepada gabungan 13 tiang yang terdapat pada bahagian timur dan 13 tiang lagi pada bahagian barat bangunan, yakni melambangkan Malaysia dibentuk daripada 13 buah negeri. Rekabentuk Muzium Negara telah diilhamkan oleh arkitek Ho Kok Hoe. 1965 MASJID NEGARA DIBINA, menggabungkan prinsip-prinsip Islam dan kemodenan. Aspek penjimatan tenaga turut diambilkira dengan pembinaan penghadang matahari menerusi penerapan konsep binaan rumah tradisional Melayu (serambi). 1970 MONUMEN-MONUMEN KONKRIT MENDOMINASI PEMBINAAN, arkitek Le Corbusier banyak mempengaruhi senibina pada masa ini dan pelbagai bangunan yang berteknologi mula dibina. Era 1970an adalah contoh pengadaptasian seni bina Melayu dalam gaya rupa seni bina moden. Idea menerapkan unsur seni bina tradisional Melayu ke dalam seni bina moden dilihat sebagai jalan penyelesaian yang paling popular ke arah mencari identiti seni bina nasional di Malaysia pada tahun 1960-an dan 1970-an. 1970 BANK NEGARA 1972 DEWAN TUNKU CANSELOR UNIVERSITI MALAYA

1980 1990 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan menganjurkan Seminar Ke arah Identiti Kebangsaan Dalam Seni Bina pada 20 hingga 23 Januari 1980 di Kuala Lumpur. Antara resolusi seminar itu adalah: Seni bina Malaysia seharusnya mempunyai identiti tertentu yang boleh dikenal oleh masyarakat dan hendaklah berteraskan kepada kesenian Melayu (1980:10). Resolusi itu telah memberi implikasi besar kepada pendekatan seni bina identiti nasional pada tahun 1980-an dan 1990-an. Banyak bangunan, terutamanya pejabat kerajaan telah menerapkan seni bina Melayu ke dalam reka bentuk masing-masing. Peningkatan seni bina Melayu dalam seni bina bangunan baru ketika itu juga banyak dipengaruhi falsafah seni bina dari Negara barat. Arus perdana seni binanya adalah Post-Modernisme, yang telah mencadangkan penerapan ciri seni bina tradisional dalam seni bina baru. 1982 1985 JAMBATAN PULAU PINANG merupakan jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara dan ketiga terpanjang di dunia. Jambatan mempunyai panjang kira-kira 13.5 kilometer di mana 8.4 kilometer daripadanya merentasi laut. Menghubungkan Lebuhraya Jelutong di Bayan Lepas, Pulau Pinang melalui jambatan ini dengan tanah besar semenanjung di Seberang Perai. Kerja pembinaan bermula pada tahun 1982 dan siap dibina pada tahun 1985, hanya 3 tahun sahaja dan memakan belanja sebanyak RM 850 juta. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara. Ia diakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. Ini adalah kerana struktur tengahnya merupakan antara jambatan kabel-penahan (cable-stayed bridge) yang terawal di dunia. 1984 KOMPLEKS DAYABUMI, memaparkan senibina Moden Islamik. Fasad bangunan ini dihiasi dengan bentuk bintang pecah lapan, serta lengkung berbentuk Islamik di bahagian atas dan bawahnya. 1985 PWTC, 1982 - BANGUNAN PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA. Dalam tahun 1982, konsep reka bentuk pelan lakaran pelukis bangunan telah diluluskan oleh Kerajaan. Bangunan tersebut mencerminkan identiti Malaysia yang melambangkan pencapaian intelektual. Konsep reka bentuknya berasaskan tengkolok tradisional Melayu yang melambangkan budaya Melayu. Gabungan tiga bumbung yang berbentuk tengkolok bercantum di halaman 'Taman Ilmu' bagi melambangkan perpaduan masyarakat dan tiga matlamat utama Perpustakaan Negara. Susunan ubin bercorak songket berwarna biru untuk bumbung diilhamkan daripada warisan yang kaya. 1974 - 1988 KOMTAR, pernah menjadi bangunan tertinggi di Malaysia, dengan ketinggian 232m (65 tingkat). Di reka oleh Architecs Team 3 (AT3) dari Singapura, dengan bantuan pakar-pakar tempatan. Antara arkitek yang terlibat termasuklah Lim Chong Keat, adik kepada Dr Lim Chong Eu Ketua menteri Pulau Pinang ketika itu). Menara KOMTAR mengimplimentasikan bentuk geodesic dome oleh Buckminster Fuller.
1984 1988 MENARA MAYBANK pernah menjadi bangunan tertinggi di Malaysia selepas Menara KOMTAR, dan sebelum Menara Berkembar Petronas(1998). Pelan lantainya terdiri daripada dua segiempat sama yang bertindih antara satu sama lain. Rekabentuknya juga menggambarkan bentuk keris yang menjulang. Arkitek yang terlibat(Hijas Kasturi) memenangi pertandingan yang diadakan pada tahun 1979.

1990 2000, projek-projek mega diperkenalkan. 1995 2001 (MASIH DALAM PEMBANGUNAN) PUTRAJAYA 1995 1998 ISTANA BUDAYA, direkabentuk oleh arkitek tempatan, Muhammad Kamar Yaakub, diinspirasikan oleh bentu wau bulan yang sedang terbang tinggi. Rekabentuk bangunan utamanya adalah berdasarkan bentuk sirih junjung dan dibahagikan mengikut tiga ruang utama (berdasarkan rekabentuk rumah tradisional Melayu) iaitu serambi, rumah ibu, dan rumah dapur. 1996 MENARA KUALA LUMPUR Menara ini lebih tinggi berbanding Menara Berkembar Petronas, Kuala Lumpur kerana terletak pada di kemuncak 94m dari aras laut. Menara Kuala Lumpur dibina sebagai menara komunikasi untuk mempertingkatkan khidmat telekomunikasi dan sistem pemancar. Di sini siaran radio RTM iaitu Klasik Nasional, Muzik FM, KL FM, Traxx FM, Ai FM, Minnal FM, Asyik FM, televisyen RTM1 dan RTM2 milikRadio Televisyen Malaysia dan NTV7 siaran UHF dapat diterima sehingga 40km jauhnya. Menara Telekomunikasi Kuala Lumpur ini merupakan menara telekomunikasi yang kelima tertinggi di dunia di belakang Menara CN di Kanada pada ketinggian 553m, Menara Ostankino di Russia setinggi 537m, Menara Shanghai di Negara China dengan 468m tinggi dan Borj-e Milad dengan ketinggian 435m di Iran. Menara 421 meter tinggi ini mula dibina pada tahun 1993 dan siap pada 1996. Di bawah menara ini terdapat kedai cenderamata, panggung mini, panggung terbuka, mini zoo, restoran dan Kampung Budaya 1Malaysia. Reka bentuk menara ini direka oleh Kumpulan Senireka Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat tempatan. Bentuknya yang tirus dan tinggi adalah keistimewaannya. Bahan binaan menara ini adalah konkrit dan tumpuan pelancong kerana menyediakan pelbagai tempat reakreasi. Reka bentuk menara ini dipengaruhi oleh seni bina Islam, Jerman, Perancis dan tempatan. Hiasan dalamannya pula dipengaruhi oleh seni bina Islam yang bercirikan gaya Muqarnas dari Esfahan, Iran.Seni reka dalaman yang bercirikan sentuhan Muqarnas ini dapat dilihat dengan ketara khususnya pada rekaan kubah kaca yang terdapat di lobi lif utama. Kubah kaca yang terdapat adalah dalam tekstur yang agak kasar, ia mempunyai tujuh tingkat yang melambangkan 7 lapisan (petala) langit menurut Islam. Hiasan ini juga boleh dilihat di pintu masuk utama ruang legar dan dibawah kepala menara. Menara Kuala Lumpur digunakan untuk aturcara penting bagi umat Islam kerana disinilah tempat penentuan anak bulan Ramadan dan Syawal dilakukan di puncak menara tersebut. 1998 KLCC, MENARA BERKEMBAR PETRONAS Menara setinggi 88 tingkat ini banyak dibuat daripada konkrit bertetulang dengan muka bangunan buatan keluli dan kaca yang direka untuk menyerupai motif kesenian Islam untuk mencerminkan agama Islam di Malaysia. Satu lagi pengaruh seni Islam dalam bangunan ini ialah keratan rentas kedua-dua menara yang berbentuk Rub el Hizb, ditambah dengan bahagian bundar untuk memenuhi keperluan ruang pejabat. Menara 1 dibina oleh konsortium Jepun yang dipimpin oleh Hazama Corporation manakala Menara 2 dibina oleh dua kontraktor Korea Selatan, iaitu Samsung C&T dan Kukdong Engineering & Construction. Jejantasnya pula disiapkan oleh Kukdong. 1998 KLIA 1999 MENARA PUCUK REBUNG TELEKOM 2001 STESEN KL SENTRAL

Anda mungkin juga menyukai