Anda di halaman 1dari 10

Asal Usul nama negeri Terengganu

Setakat ini terdapat beberapa cerita yang dikaitkan dengan nama negeri Terengganu. Nama Terengganu itu dikaitkan dengan " Terangnya ganu ", " Taring anu ", dan " Terangan nu ". Kisah asal nama Terengganu ini melibatkan penduduk luar Terengganu ( Kelantan dan Pahang ) dan juga dari penduduk Terengganu sendiri. " Terangnya ganu " ini dikaitkan pula dengan peristiwa beberapa orang pelajar Kelantan tiba di Kuala yang kini dipanggil Kuala Terengganu melihat pelangi di langit. Mereka pun menyatakan " Terang sungguh ganu di sini ". Apabila pulang ke Kelantan mereka menyatakan di negeri jiran sungguh "terang ganunya ". Sementara itu " Taring anu " dikatakan berasal daripada cerita yang dikisahkan oleh Sultan Terengganu yang kesembilan, Baginda Omar ( 1839 1876 ). Sebelum wujud nama negeri Terengganu, satu rombongan Pahang telah datang memburu di kawasan hulu. Apabila mereka tiba di satu tempat ( kini dikenali dengan Sungai Terengganu Mati ), salah seorang daripada rombongan itu berjumpa sebatang taring. Beliau pun bertanya kepada temannya, taring apa? Salah seorang daripadanya menyatakan "Taring anu " kerana ia tidak dapat mengingatkan nama taring tersebut. Tidak lama kemudian, di antara mereka di dalam rombongan ini dapat memburu seekor rusa. Apabila dibawa pulang ke tempat mereka berkhemah, salah seorang daripada mereka bertanya tempat rusa itu diburu. Mereka yang berkenaan menyatakan berburu di "Taring anu ". Begitu juga apabila membawa pulang kayu gaharu dan ditanya tempatnya, mereka menyatakan di " Taring anu". Lama kelamaan dikenali dengan Terengganu. Terdapat dua kisah asal nama Terengganu yang melibatkan penduduk tempatan. pertamanya kisah " Taring anu " yang berlaku di tempat lain ( bukan di hulu ). Kisah ini menyatakan yang " Taring anu " berasal daripada sebatang taring sebesar gading gajah dijumpai di sebuah pulau ( kini dikenali sebagai Pulau Duyung ) berhampiran Kuala Sungai. Ketua pulau tersebut menyembahkan kepada raja " taring anu tuanku ". Dengan itu kuala sungai itu disebut sebagai Kuala Sungai Taring anu. Kemudiannya Kuala Sungai Terengganu.

Sebuah kitab lagi berkait dengan salah sebuah sungai yang bernama Sungai Terengan. Kuala Sungai Terengan ini adalah pertemuan Sungai Kerbat dan Sungai Terengan. Dipercayai pada zaman silam sudah ada penduduk di sini. Mereka berulangalik menggunakan kedua-dua sungai ini. Oleh itu jika mereka bertolak dari Kuala Terengan, mereka akan menggunakan samada Sungai Terengan atau Sungai Kerbat. Jika ada di antara mereka bertanya hendak ke mana? Mereka akan menjawab sama ada ke " Terangan ni " atau " Terengan nu". Dengan itu lama kelamaan muncullah Terengganu.

Keistimewaan dan keunikan negeri teeranganu

Sebagai antara negeri terawal menerima pengaruh Islam seperti yang dibuktikan melalui penemuan Batu Bersurat, Terengganu mempunyai beberapa masjid yang kini sudah tua, berseni dan bersejarah. Salah sebuah masjid berkenaan ialah Masjid Hiliran yang terletak di Jalan Hiliran,Terengganu.Masjid Hiliran merupakan masjid pertama yang menjadi sekolah Arab di negeri ini. Berdasarkan catatan sejarah, Masjid Hiliran telah wujud di antara zaman Sultan Terengganu pertama dari salasilah Johor iaitu Sultan Zainal Abidin I (7108-1733), Sultan Mansur I (1733-1794) danSultan Zainal Abidin II (1794-1808). Antara keunikan yang terdapat di sini ialah kewujudan sebuah perigi yang dikenali sebagai Telaga Mandi Gajah Putih yang dipercayai dibina semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III (1881-1918). Menurut cerita lisan penduduk setempat, telaga itu dibina menggunakan putih telur, madu lebah, pasir, kapur tohor dan batu-bata.Alkisah, pembinaan telaga itu bertujuan untuk memandikan gajah putih kepunyaan Sultan Zainal Abidin III yang dihadiahkan oleh Raja Siam, Raja Chulalongkorn sebagai tanda persahabatan sempena lawatan baginda dan para pembesar negeri ke Siam.

Telaga bersejarah itu kini dikelilingi benteng konkrit dan pada dindingnya diletakkan sebuah tempayan yang digunakan sebagai tempat gajah menyedut air untuk dijiruskan ke badannya. Hasil daripada kajian, Kampung Hiliran yang menjadi tapak Masjid Hiliran pada zaman dahulu diberi nama tersebut kerana di kawasan itu terdapat satu aliran sungai yang bertemu dengan hilir Sungai Terengganu.Pada zaman dahulu, aliran sungai yang dikenali sebagai Sungai Sri Nilam adalah sungai yang besar dan menjadi laluan utama peniaga dari kampung berhampiran menuju ke Pasar Besar Kedai Payang di kuala Sungai Terengganu. Sungai Sri Nilam ketika itu luas dan dalam sehingga perahu besar (kapal tradisional Terengganu) dapat berlabuh bahkan Kampung Hiliran juga dijadikan tempat persinggahan untuk menjalankan aktiviti perniagaan dan perdagangan.Namun,sekarang semua itu sudah berakhir dan kini tinggal hanya satu aliran sungai yang menyerupai aliran parit.

Masjid Hiliran telah menempa sejarah dalam pendidikan Islam terawal di negeri Terengganu.Sebagai orang islam khasnya muslimin menjadi tanggungjawab kita untuk mengumarahkan rumah yang mulia ini.Oleh itu, marilah kita sama-sama berusaha melakukan amal ibadat di rumah yang sangat mulia ini agar hidup kita sentiasa mendapat keredoanNya..Amin.

Gua bawah

Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu kira-kira 578 meter dari aras laut, terdapatnya sebuah gua batu kapur yang mempunyai berbagai keistimewaan dan keunikan dari segi bentuk semulajadi yang wujud di dalam gua ini.Antaranya ialah bentuk burung unta dan lembaga manusia yang sedang sujud.Namun, di sebalik keistimewaan itu, tersingkap sejarah bahawa gua yang dikenali sebagai Gua Bewah ini adalah penempatan manusia di zaman Mesolitik dan Neolitik Bewah bermaksud aktiviti kenduri-kendara . Terdapat beberapa gua batu kapur yang lain di sini seperti Gua Taat dan Gua Batu Tok Bidan.Gua Bewah juga dikenali sebagai Gua Tahi Kelawar . Najis burung kelawar menghasilkan tanah yang sangat subur khususnya di sekitar sepanjang tangga dari pelantar Bewah hingga ke pintu masuk gua dan kaya dengan tumbuhan keladi besar dan cili padi.

Dalam usaha untuk memperkenalkan gua ini, Tanjung Bewah telah dibangunkan sebagai tapak perkhemahan yang lengkap.Tandas, pondok wakaf dan barbeque telah dibina bagi memudahkan pelawat Gua ini juga turut dikenali dikalangan pemancing yang datang untuk memancing di Tasik Kenyir. Gua Bewah juga dilengkapi dengan sistem solar untuk menyalurkan kuasa elektrik bagi pencahayaan lampu di dalam gua berkenaan bagi kemudahan pengunjung yang berkunjung ke situ. Di samping itu, kerajaan negeri membina laluan untuk memudahkan pergerakan pengunjung dan pengunjung juga boleh membawa lampu suluh kerana tidak semua kawasan di dalam gua berkenaan dilengkapi dengan lampu.

ARTIFAK DI GUA BEWAH

Pada 10 hingga 24 Julai 1976, Jabatan Muzium dan Persatuan Sejarah Malaysia Terengganu telah melakukan ekskavasi bagi menyingkap kewujudan zaman prasejarah di sini.Artifak yang ditemui termasuklah rangka manusia, serpihan tembikar, kapak batu dan sisa makanan iaitu sisa tulang haiwan dan cengkerangcengkerang siput sedut yang dipotong pada segmen ketiga.Titisan air menghasilkan pelbagai bentuk dan saiz formasi stalaktit (yang meruncing dari siling gua) dan stalakmit seperti burung unta dan lembaga manusia. Terdapat spesies endemik lipas ekor biru dan lumut hijau berkilauan.

Pada Mei 1956, arkeologis British, R.O.D. None yang bertugas di Muzium Perak pernah mengkaji gua itu dan menemui beberapa artifak penting zaman Neolitik termasuk kapak batu, kendi dan mangkuk tanah. Arkeologis dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Jabatan Muzium Negara dan Lembaga Muzium Negeri Terengganu menemui rangka manusia yang dipercayai dari zaman Mesolitik berusia 8,000 hingga 11,000 tahun.Lebih 600 artifak seperti rangka manusia, tulang binatang, sisa makanan dan tembikar dipercayai berusia melebihi 10,000 tahun telah ditemui sepanjang pencarian ini dijalankan. Artifak yang dijumpai ini akan dianalisis bagi mengetahui sama ada ia datang dari zaman Mesolitik atau Neolitik. Dari segi sejarah, penemuan artifak di Gua Bewah itu penting bagi memudahkan muzium mengetahui susur galur penduduk Terengganu.

Batu Bersurat Terengganu


Batu Bersurat Terengganu yang dianggarkan telah berusia lebih kurang 700 tahun ini merupakan batu bersurat yang mempunyai ukiran yang paling tua dan tulisan Jawi pertama ditemui di Malaysia. Ia membuktikan Islam telah sampai ke Terengganu sebelum 1326 atau1386. Batu ini ditemui separuh tenggelam selepas banjir surut di tebing Sungai Tersat di Kuala Berang, Hulu Terengganu pada tahun 1899.

Sejarah
Batu ini dikatakan telah disedari oleh Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari iaitu seorang ahli perniagaan. Saiyed Husin meminta Penghulu Ali dan orang kampung mengangkat dan meletakkannya diatas rakit untuk dibawa ke Kuala Terengganu. Sampai di Kuala Terengganu, batu ini telah di persembahkan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Zainal Abidin III dan kemudian batu itu diletakkan diatas Bukit Puteri. Pada tahun 1922 Timbalan Penasihat Inggeris di Terengganu Encik H.S. Peterson meminta seorang jurufoto berbangsa Jepun, N.Suzuki mengambil gambar dan dihantar kepada C.O. Blegden untuk dibuat pembacaan. Batu itu telah patah sebahagian disebelah atasnya dan ditulis didalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi bertarikh 702 Hijrah. Pada tahun 1923, batu ini dipinjamkan ke Muzium Singapura sehingga Muzium Negara di Kuala Lumpur siap dibina, batu bersurat tersebut telah dipulangkan ke Kuala Lumpur dari Muzium Raffles Singapura. Pada 12 Februari 1987, Kerajaan Negeri Terengganu telah menulis surat kepada Jabatan Muzium menyatakan hasrat untuk mendapat kembali Batu Bersurat tersebut untuk dijadikan bahan pameran di Muzium Negeri Terengganu. Pada tahun 1991, Jemaah Menteri telah memutuskan supaya Batu Bersurat dipulangkan kepada Kerajaan Negeri Terengganu

Kandungan
Isi teks batu bersurat ini mengenai undang-undang seorang raja. Catatan yang terkandung pada batu ini menyebut Islam sebagai agama rasmi dan menerangkan hukum-hukum Islam tentang maksiat dan segala kemungkaran. Catatan ini dipercayai sebagai bukti kedatangan agama Islam di Terengganu pada tahun 1303. Batu bersurat ini disimpan di Istana Sultan Terengganu sebelum di pindahkan ke Arkib Negara pada tahun 60an. Gambar Batu Bersurat di Terenganu

Batu Bersurat terenganu muka 1

Batu Besurat Terenganu muka 3

Batu Besurat Terenganu 2

Batu Bersurat Terenganu muka 4

Pembentukan Kerajaa Terenganu

Anda mungkin juga menyukai