Anda di halaman 1dari 2

Lagu

Lompat si katak lompat.

Lompatlah tinggi tinggi.

Cepatlah adik cepat.

Cepatlah dengar ceritaku.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Cerita saya pada hari ini ialah Kisah hidup: Aku Seekor Katak. Aku

dikelaskan dalam keluarga haiwan amfibia.

Kawan-kawan nak tahu tak?

Haiwan amfibia ialah haiwan vertebrata. Haiwan yang mempunyai tulang

belakang. Haiwan vertebrata, bukan sahaja diriku, tetapi ada haiwan lain.

Antaranya ikan, burung, mamalia dan reptilia. Kami dari kumpulan yang

sama. Aku mempunyai dua habitat.

Kawan-kawan mesti ingin tahu. Di manakah habitat aku?

Aku agak istimewa berbanding dengan haiwan yang lain. Aku tinggal di

darat dan aku juga tinggal di dalam air. Maknanya aku mempunyai dua

organ pernafasan. Dua organ pernafasan yang membolehkan aku hidup di

darat dan di air. Salamander dan sesilia sama seperti aku, ada dua organ

pernafasan. Apabila di darat aku akan menggunakan paru-paru untuk

bernafas.

Kawan-kawan mesti tertanya -tanya. Adakah aku bernafas menggunakan

insang sama seperti ikan?. Kawan-kawan, kumpulan haiwan amfibia ini

badannya diliputi kulit yang lembap. Oleh itu, semasa berada didalam air,

Aku akan bernafas menggunakan kulitku yang lembap tersebut.


Untuk memastikan kemandirian spesiesku tidak pupus, aku akan membiak.

Aku tidak membiak didarat, tetapi Aku akan bertelur didalam air. Aku

akan bertelur dalam jumlah yang banyak. Telur aku bergumpal-gumpal dan

diselaputi dengan mukus. Baunya sangat busuk. Dengan keadaan telurku

seperti ini, sudah pasti musuh tidak mahu memakan telurku. Mukus dan

bau telur yang busuk itu mengelakkan telur tersebut dari dimakan

pemangsa. Aku tidak pernah menjaga telur-telurku. Cara pembiakan

kawanku kodok pun sama seperti ku.

Selepas 21 hari, embrio akan menanggalkan mukus dan melekatkan pada

rumpai air. Selepas itu berudu terbentuk. Berudu tidak seperti rupaku.

Namun boleh berenang. Berudu menggunakan insang untuk bernafas.

Sepanjang tempoh tumbesaran berudu makan alga. Selepas 5 minggu kaki

belakang berudu terbentuk, ekornya menjadi kecil, paru-paru mula

berkembang. Lama-kelamaan berudu mula kelihatan sepertiku. Pada masa

itu, berudu menjadi seekor anak katak. Selepas 11 minggu anak katak

berkembang menjadi seekor katak dewasa. Pelik kan tapi itu adalah benar.

Demikianlah kitaran hidupku.

Sekian terima kasih

Anda mungkin juga menyukai