Anda di halaman 1dari 4

Mata : Sains

pelajaran
Tahun : 6
Tema : Sains Hayat
Tajuk : Interaksi Antara Hidupan
Masa : 60 minit
Standard : 4.1
Kandungan
Standard : 4.1.1, 4.1.5, 4.1.6
Pembelajara
n
Objektif PdP : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:

i. Menyatakan maksud simbiosis.


ii. Menyatakan tiga keadaan simbiosis.
iii. Menyatakan keadaan simbiosis dengan contoh haiwan.
iv. Menggunakan peta pemikiran untuk berkomunikasi tentang interaksi di antara
haiwan.

Kemahiran : Memerhati, mengelas, membuat inferens, berkomunikasi


Proses Sains
Aktiviti PdP Orientasi (5 minit)

Murid diminta menonton tayangan slaid


dan menjawab soalan guru:

i. Apakah hubungan antara


hidupan di dalam habitat ini?
Cadangan jawapan: VIDEO1
Interaksi
ii. Apakah bentuk interaksi yang
dapat kamu perhatikan?
Cadangan jawapan:
Persaingan, bekerjasama,
simbiosis

Pencetusan idea (15 minit)

1. Guru menunjukkan 3 gambar


haiwan di dalam situasi berbeza.
GAMBAR1
2. Guru bersoal jawab dengan murid
tentang interaksi yang berlaku di
kalangan haiwan tersebut.

i. Apa yang dapat kamu


perhatikan dalam gambar di
atas?
Cadangan jawapan:
Jawapan murid (terbuka)

ii. Pada pendapat kamu apakah


bentuk interaksi di antara
haiwan-haiwan tersebut?
Cadangan jawapan:
Jawapan murid (terbuka)

iii. Guru memperkenalkan


simbiosis sebagai satu bentuk
hubungan rapat antara dua
atau lebih haiwan yang saling
memberi manfaat antara satu
sama lain. Guru juga
memperkenalkan 3 keadaan
simbiosis:
- Mutualisme
- Komensalisme
- Parasitisme VIDEO2

iv. Murid diminta menonton


tayangan video yang
menerangkan 3 keadaan VIDEO2A
simbiosis.

(Boleh pilih video yang mana


ikut kesesuaian pdp)

Penstrukturan idea (15 minit)

1. Murid diagihkan mengikut


kumpulan.

2. Guru mengedarkan kad yang KAD MAKLUMAT


mengandungi maklumat
berkenaan mutualisme,
komensalisme dan parasitisme
kepada setiap kumpulan.

Kad maklumat 1,2,3

3. Guru mengedarkan set sampul


surat yang mengandungi puzzle PUZZLE
kad gambar dan murid diminta
mencantum puzzle gambar dan TP 5
seterusnya mengelas haiwan
berdasarkan keadaan simbiosis
yang berlaku.

4. Murid mempersembahkan hasil


dapatan mereka.

5. Perbincangan hasil dapatan


murid.

Aplikasi Idea

1. Guru mengedarkan lembaran


kerja 1. Murid diminta LEMBARAN 1
melengkapkan lembaran tersebut
secara individu. TP 5

2. Guru mengedarkan lembaran LEMBARAN 2


kerja 2. Murid diminta
melengkapkan peta bulatan
secara individu. TP 6

3. Murid diminta melengkapkan peta LEMBARAN 3


pokok untuk menerangkan
interaksi yang berlaku pada satu
contoh haiwan yang dipilih
(lembaran kerja 3).

Refleksi

1. Murid dan guru berbincang


mengenai jawapan dari lembaran
kerja yang telah dijawab oleh
murid.

2. Murid membuat kesimpulan


tentang simbiosis dan 3 keadaan
simbiosis serta menyatakan
contoh bagi setiap keadaan
tersebut.

Pengayaan
Aktiviti KBAT

Soalan 1 (a):

Bolehkah simbiosis berlaku di antara TP 6


spesies haiwan dan tumbuhan?

Ya Tidak

Jelaskan.

Soalan 1 (b):
Jika simbiosis berlaku, namakan keadaan
simbiosis tersebut

Soalan 2(a):

Bolehkah simbiosis berlaku di antara TP 6


spesies manusia dan haiwan?

Ya Tidak

Jelaskan.

Soalan 2 (b):
Jika simbiosis berlaku, namakan keadaan
simbiosis tersebut.

Soalan 3:
Bagaimanakah interaksi antara haiwan
penting dalam membantu keseimbangan
alam?

Cadangan jawapan:
Supaya populasi hidupan menjadi
seimbang.
VIDEO3
VIDEO4
Perbincangan hasil jawapan murid. Guru
menayangkan video yang berkaitan
simbiosis yang berlaku di antara haiwan
dan tumbuhan serta haiwan dan manusia.

Anda mungkin juga menyukai