Anda di halaman 1dari 9

Rancangan Pengajaran Harian Sains

Mata Pelajaran : Sains


Tahun : 3 Bijak
Bilngan Murid : 30 orang
Tarikh : 13 Februari 2017
Masa : 9.00 10.00 pagi
Tema : Sains Hayat
Tajuk : Kegigian Manusia

Standard Kandungan :
2.2 Mengamalkan penjagaan gigi.

Standard Pembelajaran :
2.2.1 Mempraktikkan amalan harian terhadap kesihatan gigi daripada aspek:
pemakanan
penjagaan

Pengetahuan sedia ada : Murid telah mengetahui tentang jenis jenis gigi, ciri ciri gigi manusia, perbezaan bagi set gigi susu dan set gigi
kekal, boleh melabelkan struktur gigi dan gusi manusia.

Objektif pembelajaran :
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1. Memerihalkan lima jenis makanan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan gigi melalui aktiviti sumbang saran dengan betul.
2. Menghuraikan tiga sebab mengapa sesetengah tabiat pemakanan dan penjagaan boleh memberi kesan positif dan negatif
kepada kesihatan gigi melalui perbincangan dengan efektif.
3. Menerangkan tiga kepentingan amalan penjagaan gigi yang baik melalui perbincangan dan sesi soal jawab.
4. Menunjukkan teknik memberus gigi yang betul melalui demonstrasi.

Kemahiran Proses Sains :


Memerhati - murid memerhati keadaan mulut pasangan mereka, aktiviti sumbang saran dan menilai keadaan gigi berdasarkan gambar,
dan aktiviti memberus telur perak, & demonstrasi teknik menggosok gigi dengan betul.
Mengelaskan murid mengelaskan makanan kepada kumpulan makanan yang baik untuk kesihatan gigi dan makanan yang tidak baik
untuk kesihatan gigi.
Berkomunikasi murid menyuarakan idea berdasarkan keadaan mulut pasangan mereka, aktiviti sumbang saran dan menilai keadaan
gigi berdasarkan gambar,

Kemahiran manipulatif : -

Tabiat berfikir (Habit Of Minds) : Berterusan, terbuka kepada pembelajaran berterusan, berfikir secara fleksibel, berfikir & berkomunikasi
dengan jelas dan tepat, menggunakan pengetahuan lepas ke situasi baru.

Kemahiran Berfikir : Membanding dan membezakan, mengumpul dan mengelaskan, menganalisis, menilai, menjanakan idea, menghubungkait,
membuat urutan, menilai, mengitlakkan.

KBAT : Pengetahuan, kefahaman, analisis, aplikasi, penilaian,

Elemen Merentas Kurikulum : Pendidikan kesihatan, nilai murni, kemahiran berfikir, kepimpinan.
Sikap Saintifik dan Nilai Murni :
Menghargai dan mengamalkan kehidupan yang bersih dan sihat.
Mensyukuri nikmat yang dikurniakan Tuhan.
Berfikiran kritikal dan analitis.
Berfikir secara rasional.

Minat dan bersifat ingin tahu tentang alam sekeliling.

Bahan Bantu Belajar :


Video, imej gigi, model gigi, replika berus gigi, telur perak, berus gigi, ubat gigi berfluorida, ubat gigi tidak berfluorida, air suling.

Proses Pengajaran dan pembelajaran :

FASA ISI PELAJARAN AKTIVITI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN CATATAN

Persediaan Gambaran awal tentang Murid diminta untuk memilih pasangan secara berdua Kemahiran Saintifik
topik Kegigian Manusia dua, dan berdiri menghadap satu sama lain. (Kemahiran Proses
(Orientasi) dari aspek pemakanan & Sains) : Memerhati,
(5 minit) penjagaan . Murid diminta untuk memerhatikan keadaan mulat dan gigi komunikasi
pasangan mereka secara bergilir gilir, dan berikan
komen seperti : Kemahiran Berfikir :
Menjana idea
Yess!! untuk keadaan mulut dan gigi yang baik, dan
Elemen Merentas
No, no, no!! untuk keadaan mulut dan gigi yang kurang Kurikulum : Pendidikan
memuaskan. Kesihatan.

Dua kumpulan murid yang mendapat respon Yes!! dan Tabiat Berfikir :
No, no, no!! dipilih secara rambang oleh guru, dan Berterusan, berfikir
diminta untuk memberi justifikasi mengapa mereka secara fleksibel, Berfikir &
memberi respon yang sedemikian kepada pasangan berkomunikasi dengan
mereka. jelas dan tepat
KBAT : Analisis

Sikap Saintifik & Nilai


Murni :
Berfikiran kritikal dan
analitis.
Berfikir secara rasional.

Imaginasi Menilai keadaan kesihatan Murid ditayangkan dengan video dan gambar gambar Kemahiran Saintifik
(Pencetusan Idea) gigi & menyumbang saran berkaitan gigi yang sihat dan gigi yang bermasalah. (Kemahiran Proses
(10 minit) sebab dan akibat bagi Sains) : Memerhati,
keadaan gigi tersebut. Murid diminta untuk memberikan pandangan mereka komunikasi
mengenai video dan imej yang dilihat, dengan ditanyakan
soalan seperti : Kemahiran Berfikir :
Menjana idea
Apakah yang dapat kamu lihat di skrin? Menghubungkaitkan

Pada pandangan kamu, apakah yang menyebabkan Elemen Merentas


keadaan tersebut berlaku? Kurikulum : Pendidikan
Kesihatan.
Adakah kamu berasa gembira melihat keadaan gigi yang
sedemikian? Tabiat Berfikir :
Berfikir secara fleksibel,
Bagi setiap respon murid yang signifikan, mereka Berfikir & berkomunikasi
ditanyakan dengan soalan yang memerlukan justifikasi dengan jelas dan tepat.
tambahan :
KBAT : Analisis,
Mengapa kamu berkata demikian? Berikan sebab bagi kefahaman,
jawapan kamu. pengetahuan.

Sikap Saintifik & Nilai


Murni:
Imej keadaan gigi yang sihat : Minat dan bersifat ingin
tahu tentang alam
sekeliling.
Menghargai dan
mengamalkan kehidupan
yang bersih dan
sihat.

BBM :
Video tentang keadaan
Imej keadaan gigi yang tidak sihat :
gigi.
Imej imej gigi.
komputer riba.
LCD.

Perkembangan Penerangan mengenai Murid diterangkan tentang amalan pemakanan yang baik Kemahiran Saintifik
(Penstrukturan makanan yang baik dan untuk kesihatan gigi, dari aspek kandungan dan struktur (Kemahiran Proses
semula idea) tidak baik untuk kesihatan fizikal makanan (kandungan gula, makanan yang terlalu Sains) : Memerhati,
gigi. panas atau keras, etc) Mengelaskan.
(20 minit)
Kemahiran Berfikir:
Menghubungkait,
membanding beza,
membuat urutan, menilai.

EMK: Pendidikan
kesihatan.
Gambar gambar makanan yang baik untuk kesihatan
gigi : Tabiat Berfikir :

Menggunakan
pengetahuan lepas ke
situasi baru, berfikir &
berkomunikasi dengan
jelas dan tepat, terbuka
kepada pembelajaran
berterusan.
Gambar gambar makanan yang tidak baik untuk
kesihatan gigi : BBM:
Model gigi.
Replika berus gigi.
Buku teks.

Berdasarkan gambar gambar makanan yang terdapat


dalam buku teks, murid diminta untuk mengelaskan
makanan tersebut kepada 2 kategori :

Makanan Yang Baik Untuk Makanan Yang Tidak Baik


Kesihatan Gigi Untuk Kesihatan Gigi.
DEMONSTRASI :
Demonstrasi teknik
menggosok gigi dengan 1. Guru meminta seorang murid untuk
betul. mendemonstrasikan teknik menggosok gigi yang selalu
diamalkan dengan menggunakan model gigi dan replika
berus gigi.

2. Guru bertanyakan respon murid murid lain di dalam


kelas jika teknik tersebut adalah betul atau salah.

Murid murid, adakah teknik menggosok gigi yang


ditunjukkan sebentar tadi betul atau tidak?

Tidak.

3. Guru mendemonstrasikan teknik menggosok gigi yang


betul mengikut saranan pakar pergigian dengan
menggunakan model gigi dan replika berus gigi.

4. Murid mengajukkan perbuatan guru seolah olah


mereka sedang menggosok gigi.

5. Setelah selesai, seorang lagi murid diminta untuk


mendemonstrasikan teknik menggosok gigi dengan betul
sambil disertai oleh murid murid yang lain.

AKTIVITI : Kemahiran Saintifik


Tindakan Kepentingan (Kemahiran Proses
(Aplikasi idea) menggunakan ubat gigi 1. Guru menyediakan 2 biji telur perak (silver egg), ubat gigi Sains):
(20 minit) berfluorida. berfluorida, ubat gigi kanak kanak tanpa fluorida, berus Memerhati, komunikasi.
gigi dan air suling.
2. Guru meminta seorang murid untuk memberus salah Tabiat berfikir:
satu daripada telur perak tersebut dengan menggunakan Berfikir dan
berus gigi dan sedikit ubat gigi kanak kanak yang tidak berkomunikasi dengan
berfluorida. jelas dan tepat.

3. Langkah 2 diulang semula, dengan menggunakan ubat Kemahiran Berfikir :


gigi berfluorida. Menjana idea,
menghubungkait
4. Kedua dua biji telur perak dibilas menggunakan air mengitlakkan
suling dan guru meminta murid untuk memerhatikan membanding dan
perbezaan tahap pembersihan ubat gigi berdasarkan membezakan
keadaan kulit telur perak tersebut. Hasil pemerhatian
direkodkan dalam buku nota Sains. KBAT : Mengaplikasi

5. Guru bertanyakan soalan berkaitan aktiviti yang telah Sikap Saintifik dan Nilai
dijalankan untuk mengembangkan pengetahuan murid Murni :
tentang kepentingan amalan penjagaan gigi yang baik. Menghargai dan
mengamalkan kehidupan
Soalan perbincangan : yang bersih dan sihat.

1. Apakah perbezaan tahap kebersihan kulit-kulit telur BBM :


yang telah digosok ? Telur yang manakah lebih 2 biji telur perak.
bersih setelah digosok ? Ubat gigi berfluorida &
2. Ubat gigi manakah yang lebih berkesan dalam tidak berfluorida.
membersihkan kulit telur ? Mengapa? Berus gigi.
3. Mengapakah ubat gigi yang mengandungi florida Air suling.
lebih berkesan dalam membersih gigi ? Berikan
justifikasi kepada jawapan anda.
4. Adakah kandungan florida yang terlalu tinggi
mampu menyebabkan kesan yang negatif kepada
gigi ? Mengapa?
5. Berdasarkan pengetahuan sedia ada kamu, apakah
kepentingan lain florida untuk gigi?
6. Adakah penjagaan gigi yang sempurna penting
untuk kesihatan mulut kamu? Berikan contoh situasi
bagi kesan penjagaan gigi yang baik dan tidak baik
dalam kehidupan seharian.

Penutup Bacaan ikrar amalan Murid diminta untuk membuat kesimpulan tentang topik Elemen Merentas
(Refleksi) penjagaan kesihatan yang telah dipelajari dengan dibantu oleh guru. Kurikulum :
(5 minit) mulut yang baik. Nilai murni, kepimpinan.
Murid diminta untuk berdiri tegak dan mengangkat tangan
kanan untuk melafazkan ikrar amalan penjagaan Sikap Saintifik dan Nilai
kesihatan mulut yang baik, diketuai oleh seorang wakil Murni
murid. Mensyukuri nikmat yang
dikurniakan Tuhan.
Lafaz ikrar : Menghargai dan
mengamalkan kehidupan
Bahawasanya kami, murid kelas 3 Bijak berikrar dan yang bersih dan
berjanji, akan : sihat.

1. mengamalkan teknik memberus gigi yang betul; BBM:


2. mengamalkan pemakanan yang baik untuk kesihatan Laptop.
mulut dan gigi; LCD.
3. sentiasa mengamalkan amalan penjagaan kesihatan
mulut dan gigi sepanjang hayat kami;
4. dan berusaha untuk menjadi contoh yang baik kepada
keluarga dan masyarakat dalam aspek penjagaan
kesihatan mulut dan gigi dengan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai