Anda di halaman 1dari 18

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

PENDIDIKAN KESIHATAN

MUHAMAD FARIS AIMAN BIN MUHAMAD SAFFEI


2019172340041
TARIKH : 9 Oktober 2020

KELAS : 1 Al-Jismiyah

MASA : 10:30 a.m – 11:00 a.m

BILANGAN MURID : 20 orang

BIDANG : 9.0 Pemakanan

TAJUK : Amalan pemakanan sihat dan selamat

STANDARD KANDUNGAN : 9.1 Makanan dan pemakanan yang berkhasiat

STANDARD PEMBELAJARAN : 9.1.1 Mengetahui jenis makanan yang berkhasiat

9.1.2 Memahami kepentingan pengambilan makanan yang


berkhasiat
HASIL PEMBELAJARAN : Pada akhir pembelajaran:

a) KOGNITIF:
-Murid dapat mengenal pasti dan memilih sekurang-kurangnya 8 jenis makanan

berkhasiat.
-Murid dapat menjelaskan sekurang-kurangnya 3 kepentingan pengambilan
makanan yang berkhasiat.

b) AFEKTIF:
-Murid dapat menunjukkan keyakinan untuk menerangkan berkenaan makanan

berkhasiat dan tidak berkhasiat.


-Murid dapat bekerjasama dalam memberi idea dalam aktiviti.
-Murid dapat menerima pandangan orang lain dalam aktiviti perbincangan.
PENGETAHUAN SEDIA ADA

Murid pernah mengambil makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat.

BBM

Laptop, LCD, Video, Gambar makanan, Kertas majong, Marker pen, ‘Puzzle’, set
teka silang kata, Kertas A4 dan Lembaran kerja.

NILAI MURNI
EMK
Bekerjasama, Berkeyakinan
TMK
& Berani
SET INDUKSI – Tayangan Video (5minit)

Murid menonton video berkenaan makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat


serta kepentingan pengambilan makanan berkhasiat.

OBJEKTIF
Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid tentang makanan
berkhasiat dan tidak berkhasiat serta kepentingan pengambilan makanan
berkhasiat.
BBM Kaedah:
Laptop, LCD, Video
https://www.youtube.com/ Sumbangsaran
watch?v=WYruFkNzFtc&
t=2s Strategi:
Berpusatkan guru
Berpusatkan bahan

Pendekatan: Teori:

Pendekatan Induktif Teori Instruktivisme


PERKEMBANGAN – Jom Ke Pasaraya
(10minit)

1. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan.

2. Terdapat empat pasaraya dan setiap kumpulan perlu memilih satu


pasaraya.

3. Murid-murid perlu mengenalpasti makanan berkhasiat dan makanan yang


tidak berkhasiat di pasaraya tersebut.
4. Murid-murid perlu membulatkan dan mengira jumlah makanan berkhasiat
yang ada di pasaraya tersebut dan menulis jumlahnya di kertas yang
disediakan.

5. Guru akan meminta semua murid untuk bersama-sama menyemak sama


ada jawapan yang diberikan itu betul atau salah.

6. Sekiranya jawapan yang diberikan betul, maka kumpulan tersebut akan


diberikan 10 markah.

OBJEKTIF:-
Murid dapat mengenalpasti dan memilih makanan yang
berkhasiat dengan betul.
BBM Kaedah:
Kertas majong (gambar
makanan), Kertas A4, Penyelesaian masalah
Marker pen Perbincangan

Strategi:
Berpusatkan murid

Pendekatan: Teori:

Pendekatan komunikatif Teori Konstruktivisme


AKTIVITI KELAS – ‘Three in One’
(10minit)

1. Dalam kumpulan yang sama, mereka akan diberikan tiga tugasan untuk
diselesaikan dalam satu masa.

2. Tugasan A, murid-murid perlu menyiapkan ‘puzzle’ makanan yang


berkhasiat. Tugasan B, murid-murid perlu menyiapkan teka silang kata
berkaitan makanan yang tidak berkhasiat dan tugasan C, murid-murid
perlu membulatkan senarai kepentingan pengambilan makanan yang
berkhasiat dengan betul.
3. Masa yang diberikan untuk menyiapkan kesemua tugasan adalah 6
minit.

4. Guru dan murid-murid akan bersama-sama untuk menyemak tugasan


tersebut dan guru akan memberikan markah kepada setiap kumpulan
berdasarkan jawapan yang betul.
BBM Kaedah:
‘Puzzle’, set teka silang
kata, senarai kepentingan Penyelesaian masalah
pengambilan makanan Perbincangan
berkhasiat
Strategi:
Berpusatkan murid

Pendekatan: Teori:

Pendekatan Deduktif Teori Konstruktivisme


PENUTUP – Sesi Rumusan (5minit)

1. Guru mengedarkan kertas latihan bagi setiap murid.

2. 2. Murid perlu mewarnakan gambar makanan berkhasiat dan bulatkan


makanan tidak berkhasiat serta menyenaraikan kepentingan pengambilan
makanan berkhasiat. (Sebagai kerja rumah)
3. Guru memberi nasihat dan berharap murid-murid dapat menjaga kesihatan
diri dengan banyak makan makanan berkhasiat dan kurangkan makan
makanan tidak berkhasiat.

OBJEKTIF:-

Memberi pengukuhan kepada murid-murid berkaitan makanan


berkhasiat, makanan tidak berkhasiat dan kepentingan pemilihan
makanan berkhasiat
Kaedah:
BBM
Lembaran Kerja Penyelesaian masalah

Strategi:
Berpusatkan Guru
Berpusatkan Bahan

Pendekatan: Teori:

Pendekatan Elektik Teori Kognitif


SEKIAN,
TERIMA
KASIH.

Anda mungkin juga menyukai