Anda di halaman 1dari 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

TUGASAN KERJA KURSUS

TAHUN AKADEMIK: 2020

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: PKES3053 Tahun: 1 Semester: 2


Ambilan: Jun 2019
Nama Kursus:
Kumpulan: G3.5, G3.6 G3.7 & G3.8
PERTOLONGAN CEMAS

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Penulisan Esei (2000 pp) 14 Oktober 2020 02 November 2020
2. Pemulihan Kardiopulmonari 07 Disember 2020 18 Disember 2020

3. Pengurusan Kecederaan 07 Disember 2020 18 Disember 2020

Hasil Pembelajaran Kursus

Pada akhir kursus ini pelajar dapat :-

1. Menjelaskan konsep dan prinsip asas pertolongan cemas yang berkaitan dengan kecederaan.
(C2, P2, PLO1)
2. Mengkategori jenis-jenis kecederaan dan prosedur menguruskan rawatan yang berkaitan
dengan kecederaan. (C5, PLO3, CTPS1)
3. Menganalisis tindakan bantu mula mengikut situasi dan mematuhi prinsip-prinsip pertolongan
cemas dengan mengamalkan sikap profesionalisme. (C4, A4, PLO2, PLO3, CTPS5, EM1)
4. Mengurus pelaksanaan bantu mula dengan kaedah yang sesuai, kreatif dan berkesan
berlandaskan prinsip-prinsip keselamatan. (C3, PLO2, PLO9, LS1)

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4.

Objektif Kerja Kursus

Pelajar akan dapat :-

1. Menjelakan konsep dan prinsip asas pertolongan cemas serta mengkategori jenis-jenis
kecederaan dan prosedur menguruskan rawaatan yang berkaitan dengan kecederaan. C2,
P2, PLO1, C5, PLO3 CTPS1)
2. Menganalisis tindakan bantu mula mengikut situasi dengan mematuhi prinsip-prinsip
pertolongan cemas dan mengamalkan sikap profesionalisme. (C4, A4, PLO2, PLO3, PLO8,
CTPS5, EM1)
3. Menguruskan pelaksanaan bantu mula dengan kaedah yang sesuai, kreatif dan berkesan
berlandaskan prinsip-prinsip keselamatan. (C3, PLO2, PLO9, LS1)
Sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013–2025) yang akan terus
mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyediakan pendidikan seimbang sebagai
asas aspirasi setiap murid, guru perlu mewujudkan peluang dan memastikan setiap murid akan
belajar cara memperoleh ilmu pengetahuan dan kemahiran sepanjang kehidupan mereka
(menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat) untuk
membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu dan mencipta ilmu yang baharu.
Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif termasuk penaakulan dan pemikiran
kritis, kreatif, serta inovatif. Maka tugasan ini menepati hasrat yang ingin dicapai dengan
mewujudkan peluang kepada guru pelatih menghayati dan mengalami proses kemahiran berfikir
aras tinggi dengan sendiri.

Sehubungan dengan ini, pelajar dikehendaki melaksanakan tiga tugasan berikut :-

TUGASAN 1: Penulisan Esei (30%)(Individu)

1. Pelajar dikehendaki menyediakan satu penulisan esei (2000 pp) mengenai konsep dan
prinsip pertolongan cemas berdasarkan satu senario kecederaan.
2. Format penulisan esei ini mesti merangkumi lima aspek berikut:
 Pengenalan
 Mentaksir situasi kecederaan
- Mengenal pasti risiko dan bahaya,
 Kecederaan yang dialami
- Penyebab, keparahan, simptom, langkah turutan, rasional
 Prosedur pertolongan cemas berkaitan kecederaan
- Prosedur yang tepat berdasarkan senario kecederaan
 Kesimpulan
- Kekuatan dan kelemahan, cadangan penambahbaikan

TUGASAN 2: Ujian Amali (20%)(Individu)

Ujian Amali Pemulihan Kardiopulmonari

Pelajar menunjukcara pemulihan kardiopulmonari berdasarkan satu daripada dua situasi berikut
(mengikut undian):

i. Manikin orang dewasa tidak sedar diri dan tidak bernafas (unconscious & not breathing)
ii. Manikin bayi tidak sedar diri dan tidak bernafas (unconscious & not breathing)

Nota Penting: Untuk kedua-dua ujian amali tersebut di atas, pelajar dikehendaki membawa peti
pertolongan cemas sendiri.

TUGASAN 3: Ujian Amali (20%)(Individu)

Ujian Amali Pengurusan Kecederaan

 Pelajar menunjukcara prosedur asas pertolongan cemas berkaitan kecederaan berdasarkan


senario kecederaan yang dipilih semasa ujian amali.

 Pelajar seharusnya berupaya menyatakan secara lisan serta menunjukkan kemahiran yang
betul dan tepat berdasarkan senario tersebut.

Nota Penting: Untuk kedua-dua ujian amali tersebut di atas, pelajar dikehendaki membawa peti
pertolongan cemas dan kain anduh sendiri.
Arahan Pelaksanaan Tugasan :-

1. Tugasan ini adalah tugasan individu.


2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
3. Format penulisan adalah seperti berikut:
i. Fon Arial
ii. Saiz huruf ialah 11 poin
iii. Langkau 1.5 baris
iv. Rujukan seharusnya mengikut format:
- American Psychological Association. (2010). Publication manual of the American
Psychological Association (6th ed.). Washington D.C.: American Psychological
Association.
- American Psychological Association. APA style help electronic references yang
boleh diperoleh dari http://www.apastyle.org/elecref.html.
4. Semua tugasan perlu lengkap dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut komponen
tugasan masing-masing.
5. Tugasan ini membawa 70 markah.

Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Nilai-Nilai Berikut:


1. Pencarian maklumat yang tepat dan betul, menyenaraikan sumber rujukan mengikut format
APA adalah perlu.
2. Penulisan yang disediakan harus mencerminkan penguasaan ilmu dan kemahiran yang
mendalam dan matang.

Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.
RUBRIK PENTAKSIRAN PENULISAN ESEI (30%)

Markah
Tahap
Deskriptor

 Kebolehan yang terpuji dalam menguasai maksud dan menginterpretasi maklumat serta bersedia
secara mental, fizikal, dan emosi untuk menggunakan pengetahuan dan kefahaman yang
berkaitan dengan konsep dan prinsip asas pertolongan cemas yang berkaitan dengan
Amat Cemerlang

kecederaan (aspek pengenalan). (C2, P2, PLO1)


 Mempamerkan kemahiran yang terpuji dalam menyelesaikan masalah (aspek mentaksir situasi
25 – 30

kecederaan dan aspek kecederaan yang dialami) dalam penulisan esei bagi membina
pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. (PLO2)
 Mengaplikasikan refleksi kendiri, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran saintifik (aspek
prosedur pertolongan cemas berkaitan kecederaan) dan pemikiran kreatif (aspek kesimpulan)
yang terpuji dalam memberi hujah yang bernas secara objektif dalam penulisan esei. (C5, PLO3,
CTPS1)
 Kebolehan yang cemerlang dalam menguasai maksud dan menginterpretasi maklumat serta
bersedia secara mental, fizikal, dan emosi untuk menggunakan pengetahuan dan kefahaman
yang berkaitan dengan konsep dan prinsip asas pertolongan cemas yang berkaitan dengan
kecederaan (aspek pengenalan). (C2, P2, PLO1)
Cemerlang

 Mempamerkan kemahiran yang cemerlang dalam menyelesaikan masalah (aspek mentaksir


19 – 24

situasi kecederaan dan aspek kecederaan yang dialami) dalam penulisan esei bagi membina
pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. (PLO2)
 Mengaplikasikan refleksi kendiri, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran saintifik (aspek
prosedur pertolongan cemas berkaitan kecederaan), dan pemikiran kreatif (aspek kesimpulan)
yang cemerlang dalam memberi hujah yang bernas secara objektif dalam penulisan esei. (C5,
PLO3, CTPS1)
 Kebolehan yang baik dalam menguasai maksud dan menginterpretasi maklumat serta bersedia
secara mental, fizikal, dan emosi untuk menggunakan pengetahuan dan kefahaman yang
berkaitan dengan konsep dan prinsip asas pertolongan cemas yang berkaitan dengan
kecederaan (aspek pengenalan). (C2, P2, PLO1)
Kepujian

 Mempamerkan kemahiran yang jelas dalam menyelesaikan masalah (aspek mentaksir situasi
13 – 18

kecederaan dan aspek kecederaan yang dialami) dalam penulisan esei bagi membina
pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. (PLO2)
 Mengaplikasikan refleksi kendiri, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran saintifik (aspek
prosedur pertolongan cemas berkaitan kecederaan), dan pemikiran kreatif (aspek kesimpulan)
yang baik dalam memberi hujah yang bernas secara objektif dalam penulisan esei. (C5, PLO3,
CTPS1)
 Kebolehan yang sederhana dalam menguasai maksud dan menginterpretasi maklumat serta
kurang bersedia secara mental, fizikal, dan emosi untuk menggunakan pengetahuan dan
kefahaman yang berkaitan dengan konsep dan prinsip asas pertolongan cemas yang berkaitan
dengan kecederaan (aspek pengenalan). (C2, P2, PLO1)
 Mempamerkan kemahiran yang sederhana dalam menyelesaikan masalah (aspek mentaksir
7 – 12
Lulus

situasi kecederaan dan aspek kecederaan yang dialami) dalam penulisan esei bagi membina
pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. (PLO2)
 Mengaplikasikan refleksi kendiri, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran saintifik (aspek
prosedur pertolongan cemas berkaitan kecederaan), dan pemikiran kreatif (aspek kesimpulan)
yang sederhana dalam memberi hujah yang bernas secara objektif dalam penulisan esei. (C5,
PLO3, CTPS1)
 Kebolehan yang lemah dalam menguasai maksud dan menginterpretasi maklumat serta tidak
bersedia secara mental, fizikal, dan emosi untuk menggunakan pengetahuan dan kefahaman
yang berkaitan dengan konsep dan prinsip asas pertolongan cemas yang berkaitan dengan
kecederaan (aspek pengenalan). (C2, P2, PLO1)
 Mempamerkan kemahiran yang lemah dalam menyelesaikan masalah (aspek mentaksir situasi
Lemah

1–6

kecederaan dan aspek kecederaan yang dialami) dalam penulisan esei bagi membina
pengalaman pembelajaran yang sesuai dengan tahap perkembangan pelajar. (PLO2)
 Mengaplikasikan refleksi kendiri, kemahiran penyelesaian masalah, kemahiran saintifik (aspek
prosedur pertolongan cemas berkaitan kecederaan), dan pemikiran kreatif (aspek kesimpulan)
yang lemah dalam memberi hujah yang bernas secara objektif dalam penulisan esei. (C5, PLO3,
CTPS1)

Nama Pelajar :

Angka Giliran : Markah yang diperoleh: _________


JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN
KESIHATAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS ILMU KHAS

TUGASAN KERJA KURSUS


SEMESTER: 1 (OGOS – DISEMBER) TAHUN: 2 (2020)

NAMA PELAJAR

NO. KAD PENGENALAN ANGKA GILIRAN


201917234_______

KUMPULAN/UNIT

KOD KURSUS
PKES3053

NAMA KURSUS
PERTOLONGAN CEMAS

NAMA PENSYARAH
PUAN NUR DIYANA BINTI DAUD

Anda mungkin juga menyukai