Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA UNTUK PROJEK 6 UNIT PARKING LOT

SMK TELEMONG, KARAK, PAHANG

1.0 PENDAHULUAN

Untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk


melahirkan insan yang seimbang dan harmonis, yang juga selaras dengan matlamat
kurikulum Bahasa Inggeris SJK(T) Ladang Midlands, kami ingin melengkapkan murid
dengan kebolehan membaca dalam Bahasa Inggeris ,berketrampilan berbahasa dan
berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan, dan
pekerjaan, maka Panitia Bahasa Inggeris, SJK(T) Ladang Midlands ingin menubuhkan
sebuah bilik Self Access Learning (SAL ).

2.0 RASIONAL

Sekolah menjadi wahana dalam usaha memperkukuh Bahasa Inggeris sebagai bahasa
Universal dan bahasa kedua penting di Malaysia . Lantaran itu, pelbagai aktiviti mampu
dijalankan bagi menarik penyertaan warga sekolah khasnya pelajar-pelajar agar lebih
mahir membaca dan berkomunikasi dan seterusnya melahirkan cinta akan bahasa
Inggeris.

3.0 TEMA
Bilik ini akan bertemakan budaya Jepun. Bagi menyuntik keseronokan dan minat dalam
kalangan murid untuk mengunjungi bilik SAL ini maka bilik SAL ini akan dihias dengan
perabot serta hiasan yang bertemakan Jepun. Menurut artikel Prinsip-prinsip di sebalik
persekitaran Zen ( Nazli Kimin, 2012) , konsep Zen dalam budaya Jepun dapat
meningkatkan ketenangan jiwa. Bilik SAL yang berkonsepkan Jepun diharap dapat
meningkatkan ketenangan jiwa murid-murid serta guru-guru semasa membaca bahan-
bahan Bahasa Inggeris di bilik itu.
4.0 MATLAMAT PROJEK

Dengan wujudnya bilik SAL, diharap murid dapat membimbing diri sendiri dan
mempertingkat pengetahuan tentang Bahasa Inggeris di samping mewujudkan minat
terhadap Bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Selain itu, bilik ini akan menjadi pusat
untuk semua jenis aktiviti Persatuan Bahasa Inggeris.

5.0 OBJEKTIF PROJEK

5.1 Mewujudkan pembelajaran berpusatkan murid. 5.2 Menimbulkan minat dalam


kalangan individu untuk menguasai bahasa Inggeris. 5.3. Membolehkan murid-murid
membaca dalam Bahasa Inggeris menggunakan buku Lady Bird yang akan
ditempatkan di bilik SAL secara sendiri dengan sedikit bantuan guru . 5.4 Pusat untuk
semua aktiviti Persatuan Bahasa Inggeris. 5.5 Menempatkan pelbagai permainan
bahasa Inggeris bagi menimbulkan minat murid.

6.0 CADANGAN TARIKH DAN MASA PENUBUHAN BILIK


Tarikh : 1 sehingga 14 Mac 2013

7.0 TEMPAT: Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil ) Ladang Midlands


8.0 PERASMIAN PEMBUKAAN: Puan.G.Varaletchimy, Guru Besar SJK(T) Ladang
Midlands

9.0 KUMPULAN SASARAN Semua murid, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil )


Ladang Midlands.

10.0 ORGANISASI Sila Lihat Lampiran 1

11.0 KEWANGAN Sila Lihat Lampiran 2


12.0 PENUTUP

Projek yang dirancang adalah untuk mencapai objektif yang telah digarisi. Semoga
semua perancangan yang diatur mendapat pertimbangan dan kelulusan daripada pihak
puan.

Sekian, terima kasih. Disediakan oleh, Disahkan dan diluluskan


oleh, ........................................ ............................................. (VATHZALA
KRISHNASAMY) (VARALETCHIMY GOVINDARAJU) Ketua Panitia Guru
Besar Bahasa Inggeris SJK (T) Ladang Midlands
Lampiran 1 JAWATANKUASA KERJA PENUBUHAN BILIK SELF ACCESS LEARNING
(SAL) TAHUN 2013

Pengerusi : Puan .Varaletchimy Govindaraju Guru Besar SJK (T)


Ladang Midlands

Naib Pengerusi : Cik . Prahadambal Nagandran Guru Penolong Kanan 1


SJK ( T) Ladang Midlands

Setiausaha : Cik.Vathzala Krishnasamy Ketua Panitia Bahasa Inggeris


Ahli Jawatankuasa : Puan. C. Santhi Puan Santhi Dewi Puan
Sivasangari
Lampiran 2

ANGGARAN BELANJAWAN

Perkara Anggaran Perbelanjaan ( RM ) Rak

Anda mungkin juga menyukai