Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN INOVASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SJKT LADANG KIRBY, NEGERI SEMBILAN

Tajuk Inovasi:
GRAMMAR PLATE

Kategori : Individu

Disediakan oleh :
PUSPAVATHY A/P PERIYASAMY
Guru,
SJKT Ldg.Kirby
g-20136886@moe-dl.edu.my

1.TAJUK INOVASI
Penggunaan “Grammar Plate” dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) subjek
Bahasa Inggeris.

2. PENGENALAN

Menurut Zaharatul Laili Zakaria (2014), inovasi merupakan pembaharuan, modifikasi,


atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan sesuatu perkara bagi tujuan memenuhi
fungsi-fungsi dan cita rasa tertentu. Hal ini selaras dengan penghasilan sesuatu
inovasi dalam pendidikan yang menerusi idea dan strategi baharu bagi
mempertingkatkan sesuatu ilmu pengetahuan dalam semua mata pelajaran
khususnya Bahasa Inggeris. Bukanlah proses yang mudah bagi murid tempatan
mempelajari Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua (ESL), terutamanya yang
berpencapaian rendah atau pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Aspek
“grammar” iaitu tatabahasa, kurang diminati oleh murid-murid kerana terlalu banyak
hukum yang perlu diingati. Pada peringkat 7 hingga 12 tahun, kanak-kanak bertindak
aktif dan naluri suka bermain. Namun cabaran untuk mendidik golongan ini
memerlukan kreativiti dan teknik yang menarik. Oleh itu, inovasi bahan bantu
mengajar sangat penting dalam membantu guru untuk memastikan objektif
pengajaran berjaya dicapai. dalam subjek Bahasa Inggeris. Justeru itu, satu idea

3
iaitu penghasilan “Grammar Plate” telah diilhamkan daripada “Permainan Wheels of
Fortune”. Penggunaan “Grammar Plate” membolehkan murid mempelajari Bahasa
Inggeris secara kaedah didik hibur serta meningkatkan motivasi ekstrinsik di
kalangan murid-murid untuk belajar sambil bermain.

3. OBJEKTIF INOVASI

Objektif Inovasi ini adalah untuk:-

 Mendapatkan strategi-strategi mengajar yang boleh menolong serta menggerakkan

kecenderungan para pelajar terhadap pelajaran khasnya dalam mata pelajaran

Bahasa Inggeris;

 Membaiki prestasi Tahap Penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Bahasa

Inggeris.

 Mengenali struktur ayat mudah dan berjinak dalam proses penulisan kreatif dan

berunsur pengetahuan menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan

yang sesuai dan betul.

4. KUMPULAN SASARAN

Pelajar tahun 3 sekolah rendah.

5. KEDUDUKAN SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN


Secara umumnya, murid- murid tahun 3 kurang menguasai aspek tatabahasa di
dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Pembelajaran menerusi PDPR iaitu
menerusi alam maya di tempoh pandemik ini lebih merumitkan penaakulan murid
dan mula berasa bosan dengan imbasan slaid berkaitan tatabahasa yang sering
dipaparkan oleh guru. “Grammar Plate” ini dapat dihasilkan dengan cara yang
sangat mudah menggunakan bahan yang mudah diperolehi di rumah dengan kos
yang minima. Penghasilan “Grammar Plate” ini boleh diselitkan dalam aktiviti
Language Arts sebagai salah satu projek pembelajaran. Ia bukan sahaja menjadi
satu “Hands On Activity” yang menarik, malah setiap murid berpeluang meutilasi
“Grammar Plate” masing-masing secara interaktif dengan berada di rumah untuk
tujuan pembelajaran
Penggunaan “Grammar Plate” bukan sahaja menarik, malah ia lebih mesra
pengguna dan fleksibel iaitu dapat diaplikasi dalam pembelajaran unsur tatabahasa

4
yang berbeza..

6. MASALAH-MASALAH YANG DIHADAPI SEMASA MEREBENTUK KAEDAH

Idea peghasilan inovasi ini sudah pasti berikutan penilitian masalah yang dihadapi
dalam proses pengajaran dan pembelajaran khususnya subjek Bahasa Inggeris.
Salah satu masalah yang dihadapi adalah berpunca dari buku teks yang digunakan
sebagai rujukan utama guru untuk menyampaikan pengajaran. Hal ini kerana, dalam
buku teks dapat dilihat kebanyakan maklumat disusun dalam bentuk ayat yang
berperanggan. Ia boleh memberi impak yang negatif kepada murid sebagai contoh,
mengundang rasa malas dan kekeliruan terhadap maksud teks tersebut. Oleh itu,
“Grammar Plate” yang berwarna-warni menggunakan kaedah putaran bagi
membentuk ayat yang betul dari segi tatabahasa mampu meransang minat dan
perhatian murid. Warna merupakan elemen penting dalam pengembangan
pengajaran. Penggunaan warna yang sesuai dalam pengajaran dapat
membangkitkan motivasi, perasaan, perhatian dan kesediaan murid untuk
belajar.Menurut Siti Zaleha Mohammad (2012) dalam kajiannya menyatakan bahawa
warna adalah hasil kepanjangan gelombang cahaya yang berbeza. Warna yang
berbeza adalah hasil daripada panjang gelombang yang dipantulkan. Warna dihantar
dalam isyarat getaran. Manusia pula merupakan penerimagetaran. Sekiranya warna
di persekitarannya tenang, manusia akan berasa teruja. Begitu juga sebaliknya. Oleh
sebab itu, warna dapat membantu meransang tumpuan seseorang.

Selain itu, bentuk persembahan buku teks juga kurang membantu dalam
memudahkan murid untuk memahami dan menghafal isi kandungn pembelajaran
mereka. Sebagai contoh, isi fakta yang tidak berwarna-warni dan berlabel hanya
berbekalkan keterangan dalam bentuk teks menyukarkan murid untuk memahami
dan mngingati hukum tata Bahasa . Berbanding penghasilan “Grammar Plate” yang
membolehkan guru menetapkan warna bagi sesuatu grafik. Dr Fazley Bin Yaakob
dalam kajiannya menyatakan bahawa penggunaan warna amat mempengaruhi
kebolehan mengimbas kembali memori dalam minda manusia. Oleh itu, kaedah ini
amat membantu dalam memudahkan pelajar bukan sahaja memperoleh gambaran
secara menyeluruh malah membantu mereka melakukan teknik imbas kembali.

5
7. INOVASI YANG TELAH DILAKSANAKAN/LANGKAH PELAKSANAAN
SECARA RINGKAS/IMPAK PELAKSANAAN/SASARAN.

(a). Hubungkait dengan pengajaran dan pembelajaran.

“Grammar Plate” merupakan bahan bantu mengajar yang sangat fleksibel. Hal ini
kerana, pengisiannya boleh direka sendiri oleh murid dengan bimbingan guru
mengikut perancangan dan topik pengajaran yang ingin disampaikan. Ia boleh
digunakan secara optimum di dalam satu tempoh pengajaran yang sama. Guru
boleh menggunakan alat tersebut sebagai bahan bacaan dan kemudian
menggunakannya untuk tujuan pelaksanaan aktiviti murid. Tamsilnya guru boleh
memperkayakan keberkesanan penggunaan “Grammar Plate” dengan latih tubi
susulan bagi murid . Seterusnya, “Grammar Plate” yang sama boleh berfungsi
sebagai rujukan unsur tatabahasa yang boleh mereka teliti pada bila-bila masa. Ia
turut menampilkan ciri-ciri keistimewaan tersendiri kerana bersifat ringan mudah
dikendali serta alat mudah alih

i. Kenapa kaedah penggunaan “Grammar Plate” dalam pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Inggeris?

Penggunaan “Grammar Plate” dalam pengajaran dan pembelajaran subjek


Bahasa Inggeris adalah bertujuan untuk memastikan objektif pdpc dapat dicapai
dengan mudah secara menyeluruh. Hal ini kerana, inovasi penggunaan
“Grammar Plate” bukan sahaja dapat menarik perhatian dan memberi gambaran
yang lebih mudah difahami malah ia memberi peluang kepada guru untuk
membentuk pengisiannya mengikut kesesuaian perancangan pengajaran harian
berdasarkan topik yang diajar. Di samping itu, ia turut memberikan kemudahan
kepada guru dan pelajar. Penggunaannya yang sangat fleksibel bukan sahaja
membolehkan guru malah murid-murid dengan bimbingan guru
menggunakannya secara optimum dan semaksima mungkin. Lantaran itu, ia
turut menyebabkan penjimatan masa dan kos kerana hanya dengan satu bahan
bantu mengajar, guru dapat melakukan pelbagai aktiviti dan boleh diubah
mengikut kesesuaian. Seterusnya, bentuk fizikal yang bersaiz ringan
memudahkan penggunaan murid pada bila-bila masa dan dimana jua.

6
(b) Deskripsi inovasi dari segi kandungan, strategi.

Sedia ada Inovasi


Kandungan Tiada Menghasilkan “Grammar
Plate” bagi meningkatkan
pencapaian Bahasa
Inggeris
Strategi Tiada Berpusatkan pelajar dan
bahan.

(c) Keluaran atau perkhidmatan baru.


Kaedah penggunaan “Grammar Plate” merupakan kaedah yang belum
digunakan sebelum ini dan sangat releven dan mendatangkan pelbagai
faedah dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris.

(d) Langkah pelaksanaan

Pelbagai bentuk aktiviti yang boleh dijalankan dengan penggunaan “Grammar


Plate”. Berikut merupakan langkah salah satu aktiviti yang boleh dilaksanakan:

i. Guru memberikan tugasan jenis projek bagi penghasilan “Grammar Plate”


bagi semua pelajar.
ii. Guru meminta pelajar untuk memutar “Grammar Plate”,memerhati dan
membaca kandungan yang terdapat dalam “Grammar Plate”. Sebagai contoh
perkataan yang mendorong untuk pembentukan ayat “Present Continuous
Tense”.
iii.Guru boleh menyoal murid secara rambang beberapa soalan berdasarkan
hasil putaran”Grammar Plate” tersebut. Tamsilnya, guru meminta murid untuk
menyatakan pembentukan ayat yang betul dari segi “Present Continuous
Tense”.
iv.Murid menjawab soalan yang diberikan dengan merujuk ”Grammar Plate”.
Sebagai contoh; Suai padan perkataan bagi membina ayat “Present
Continuous Tense” yang betul dengan bantuan “Grammar Plate”.

7
(e)Bidang utama yang menjadi tumpuan inovasi

Tumpuan inovasi dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris


menggunakan “Grammar Plate” adalah berfokuskan kepada memudahkan
murid untuk mendapat gambaran yang jelas secara menyeluruh serta mampu
untuk lakukan teknik imbas kembali di samping memudahkan penyediaan dan
pengajaran guru.

(f) Tarikh inovasi dimulakan, bilangan anggota dan jumlah kos operasi.

Tarikh inovasi dimulakan 13 Ogos 2021

Bilangan anggota Seorang

Jumlah kos operasi RM 15.00

(g) Keadaan pelaksanaan inovasi.

8
8. IMPLIKASI KAJIAN DAN CADANGAN

Inovasi ini mampu mengatasi masalah pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa
Inggeris. Kaedah penggunaan “Grammar Plate” ini amat sesuai dan efektif
khususnya bagi murid sekolah rendah, Grafik dan susunannya yang sistematik dan
ringkas memudahkan kefahaman dan hafalan murid. Di samping itu, ia turut
membolehkan guru melaksanakan pelbagai aktiviti dengan hanya menggunakan
satu bahan yang juga membantu menjimatkan kos dan masa penyediaan.

9. RUMUSAN
Secara keseluruhannya, inovasi ini bukan sahaja menarik minat malah mampu
meningkatkan kefahaman dan kebolehan memahami fakta dan ertian tersirat
tatabahasa Inggeris di kalangan murid. Selain itu, ia turut memberi kemudahan
pelajar untuk menggunakannya secara fleksibel. Bukan itu sahaja, guru juga dapat
mempelbagaikan teknik dan pelaksanaan aktiviti di samping menjimatkan kos dan
masa penyediaan bahan. Justeru itu, inovasi penghasilan “Grammar Plate” ini
sememangnya satu idea baru yang mendatangkan banyak faedah kepada guru dan
pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Bahasa Inggeris.

Anda mungkin juga menyukai