Anda di halaman 1dari 12

Meningkatkan Kemahiran Bertutur Dalam Bahasa Inggeris

Melalui Kaedah Project Based Learning

Oleh

NOAZIRA BINTI LAT @ SU


SMK Sultan Omar
Jalan Yahya Ahmad
23000 Dungun, Terengganu
SEKALUNG PENGHARGAAN

Assalamualakikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah kerana dengan limpah dan rahmatNya akhirnya dapat juga saya
menyiapkan Program Kajian Tindakan bagi tahun 2021 ini. Tajuk kajian saya ini iaitu
“Speaking Project Based Learning” merupakan penambahbaikkan kepada program
kajian tindakan yang telah dijalankan pada tahun 2020 dahulu. Saya merasakan perlu
untuk menjalankan program yang sama ini memandangkan program ini telah terhenti
begitu sahaja tanpa adanya sebarang program susulan bagi mengantikannya
sedangkan rata-rata pelajar amat lemah dalam aspek bertutur bahkan amat lemah
dalam subjek ini sendiri. Oleh itu, saya merasakan amat perlu untuk menjalankan
kembali program ini dengan diberi nilai tambah dimana yang perlu dan jumlah pelajar
yang terlibat juga dikurangkan bagi memastikan lebih keberkesanan yang dapat
diperolehi dari program ini.
Saya menggunakan Bahasa Melayu dalam kajian ini memandangkan kajian
sebelum ini juga menggunakan bahasa ini dan saya merasakan jika diberi peluang
membuat pembentangan, saya rasa rata-rata “ audience” yang ada akan lebih faham
tentang apa yang cuba saya sampaikan (audience terdiri dari guru-guru yang pelbagai
opsyen).
Sesungguhnya, pengalaman dalam menyiapkan kajian ini merupakan
pengalaman yang tidak ternilai harganya. Mungkin masih terdapat kelemahan dalam
kajian ini walaupun telah dilakukan penambahbaikkan, namun diharapkan ianya sedikit
sebanyak dapat membantu saya dalam menjalankan kajian yang berbeza di kemudian
hari.

Akhir sekali, sekalung penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung dan tidak untuk menyempurnakan laporan Kajian ini.

Sekian, WASSALLAM.

2
MENINGKATKAN KEMAHIRAN BERTUTUR BAHASA INGGERIS
DI KALANGAN PELAJAR TINGKATAN 5 PREMIER DAN 5 DINAMIK

Oleh :
Norazira Binti Lat @ Su
SMK Sultan Omar
Jalan Yahya Ahmad, 23000 Dungun, Terengganu

ABSTRAK

Kajian ini dilaksanakan dengan tujuan untuk membantu meningkatkan kemahiran


bertutur Bahasa Inggeris di kalangan pelajar Tingkatan 5 Premier dan 5 Dinamik.
Seramai 37 orang pelajar akan menjadi peserta.Tinjauan awal telah dilakukan melalui
kaedah pemerhatian, temu bual dan soal selidik latar belakang pelajar.Hasil tinjauan
menunjukkan hampir kesemua pelajar-pelajar kelas ini tidak dapat memberi respon yang
baik dalam bertutur yang memerlukan penggunaan Bahasa Inggeris. Ini menunjukkan
bahawa rata-rata pelajar sekolah ini menghadapi masalah ini. Ini adalah disebabkan
keadaan sosioekonomi serta latar belakang pelajar yang terdiri dari pelajar yang tidak
diberi pendedahan, sokongan dan bantuan dari segi bertutur sejak dari kecil lagi. Oleh
itu, satu perancangan yang sistematik perlu dilaksanakan bagi mengurangkan masalah
ini. Program yang dijalankan secara berkala ini sekurang-kurangnya dapat menarik
minat pelajar untuk bertutur walaupun pertuturan tersebut telah ditentukan topik atau
tema-tema tertentu yang perlu diikuti. Tajuk-tajuk yang diberi berkait rapat dengan
kehidupan seharian pelajar dan sekurang-kurangnya pelajar dapat memberi respon
seumpamanya apabila perkara yang sama di soal jika mereka telah keluar dari sekolah
ataupun sekurang-kurangnya menolong dalam Ujian Bertutur Bahasa Inggeris mereka
nanti. Konklusi daripada tinjauan dan pemantauan yang dibuat menunjukkan satu
perubahan yang positif ke arah memperkembangkan potensi dalam pertuturan Bahasa
Inggeris mereka.

3
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN OMAR
JALAN YAHYA AHAMD, 23000 DUNGUN, TERENGGANU

TAJUK : SPEAKING PROJECT BASED LEARNING 2021 (SPBL 2021)

1. Pendahuluan

Program ini merupakan satu daya usaha berterusan yang dijalankan oleh
Panitia Bahasa Inggeris dalam melahirkan pelajar-pelajar yang boleh
bertutur Bahasa Inggeris dengan memahami dan mentafsir isi perbualan
dan pengumuman yang dibuat didalam Bahasa Inggeris. Program ini
dirasakan sesuai memandangkan rata-rata pelajar sekolah ini
mempunyai masalah memahami perbualan Bahasa Inggeris dengan
rakan-rakan serta guru.

Strategi yang dipilih ialah dengan meningkatkan kemampuan pelajar-


pelajar bertutur Bahasa Inggeris. Pelajar dirangsang dengan pendekatan
simulasi ( simulation ) dan main peranan ( role play ). Mereka dirangsang
untuk mendengar dalam Bahasa Inggeris dalam suasana yang sebenar
melalui beberapa siri ujian lisan dalam bentuk temubual dan pengucapan
awam dalam kelas.

Pelajar-pelajar dilibatkan sepenuhnya dan guru bertindak hanya sebagai


fasilitator dan melibatkan diri secara minima dalam membuat penilaian
dan tugas-tugas pemantauan.

Keseluruhan program ini mengandungi tiga fasa ujian iaitu Fasa Pertama,
Fasa Kedua dan Fasa Ketiga.Pada Fasa Pertama, pelajar akan diuji
dengan cara ditemubual oleh penguji berkaitan dengan diri, keluarga,
tempat-tempat tertentu, suasana di pasar, di restoran dan sebagainya.
Pada Fasa Kedua pula mereka akan ditemubual dengan panduan soalan
bergambar sebagai rangsangan. Akhirnya, pada Fasa Ketiga, pelajar
akan dikehendaki bercakap secara lisan tentang topik-topik tertentu.

2. Kajian Literatur

Sebahagian besar daripada kalangan pakar berpendapat bahawa


kemahiran lisan ( mendengar dan bertutur ) sebagai asas penting bagi
kemahiran lain seperti menulis dan membaca, ( Abdul Aziz Abdul Talib,
1993 ). Selanjutnya beliau menambah, kemahiran menghasilkan bahasa
yang betul dalam pertuturan sudah tentu akan mempengaruhi kemahiran
menghasilkan bahasa melalui penulisan.

Mengikut Mohd Hilmy ( 1982 ), pertuturan adalah menjadi asas kepada


hampir semua pembelajaran bahasa. Pertuturan mendahului bacaan dan
latihan bertulis. Beliau seterusnya menyatakan, murid-murid sepatutnya
boleh menyusun fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya sebelum ia
membuat latihan bertulis, fikiran dan idea-idea dalam pertuturannya
sebelum ia membuat latihan bertulis.

4
Sementara itu dari segi pengujian lisan pula, Heaton ( 1979 ),
mencadangkan teknik membaca secara kuat, bercerita tentang gambar
bersiri, temu bual dan bercakap tentang sesuatu tajuk yang diberikan.
Heaton seterusnya menambah pengujian kemahiran lisan dianggap
lengkap dan seimbang jika pengujian itu mengandungi bahagian seperti
berikut :

i) Temubual (mengandungi 60% daripada markah penilaian )


ii) Bacaan secara kuat ( 20% )
iii) Bercerita tentang gambar atau gambar bersiri ( 20% )

Merujuk kepada pengujian kemahiran bercakap menggunakan kaedah “


berucap menurut topic atau tema” Abdul Aziz Abdul Talib ( 1993 ),
menjelaskan bahaw murid-murid akan diberi pilihan beberapa topik yang
sesuai dan menarik. Seorang murid akan memilih satu topic daripada
pilihan yang diberikan dan diberi masa satu atau dua hari bagi
menyediakan ucapan pendeknya berkaitan dengan topik-topik yang
dipilih ( topik-topik dipilih adalah mudah dan sesuai dengan tahap dan
kebolehan pelajar ).

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bahasa kedua pula


seharusnya agak berbeza sedikit berbanding pendekatan yang diambil
untuk bahasa pengantar. Mengikut Boon, K.Koh ( 1981 ), guru bahasa
kedua seharusnya memotivasikan pelajar dengan mengeksploitasikan
keperluan yangsedia ada dan menimbulkan keperluan baru. Teknik-
teknik pengajaran bahasa kedua patutlah sebanyak mungkin
mewujudkan secara simulasi situasi-situasi sewajarnya dan merangsang
penutur asli menggunakannya atau seperti ditegaskan oleh Mackey
( 1965 ), menghasilkan semula situasi-situasi dalam mana pelajar itu
akan memerlukan bahasa itu. Beliau menjelaskan lagi bahawa seseorang
guru bahasa kedua mestilah cekap memainkan peranannya sebagai
“motivator” yang dapat menggunakan minat dan keinginan pelajar untuk
belajar bahasa kedua.

Mengikut Mohd. Dahalan Mohd. Ramli (1994), bahawa teknik simulasi


dan main peranan sesuai digunakan untuk meningkatkan lagi
penguasaan bahasa para pelajar, terutamanya dalam kemahiran
mendengar dan bertutur.

Selain kemahiran mendengar dan bertutur simulasi dan main peranan


juga dapat membantu para pelajar meningkatkan lagi kemahiran
membaca dan menulis. Ini ternyata apabila pelajar dikehendaki membuat
rujukan dan mencari serta mencatat maklumat sebagai persediaan
sebelum sesi simulasi dan main peranan itu dijalankan dalam pengajaran
dan pembelajaran bahasa.

5
3. Pelan Tindakan

Nama Program : Speaking Project Based Learning 2021

Sasaran : Pelajar Tingkatan 5 Premier dan 5 Dinamik

Rasional : Menyediakan murid untuk memahirkan diri


dengan Bahasa Inggeris sebagai
persediaan awal untuk pembelajaran
sepanjang hayat.

Matlamat : Menarik minat pelajar terhadap mata


pelajaran ini dengan meningkatkan
kemahiran bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Objektif : Memberi peluang serta menggalakkan


para pelajar untuk menggunakan Bahasa
Inggeris di luar kelas selain daripada
mempertingkatkan kemahiran pelajar.
bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Tarikh dan Tempoh Pelaksanaan :


Mulai Mac 2021- Julai 2021

Kekerapan Projek :
Sepanjang bulan Mac hingga Mei

Pelajar Terlibat :
32 orang pelajar Tingkatan 5 Premier & 5 Dinamik

6
4. Refleksi Kajian

~ Guru perlu perihatin dengan masalah pertuturan secara lisan pelajar dan
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan pelajar perlulah
dikenal pasti.
~ Guru perlu mencari kaedah dan alternatif baru apabila mendapati kaedah
pengajaran lama mereka kurang efektif.

~ Pencapaian setiap pelajar boleh ditingkatkan apabila masalah sebenar


dapat dikenalpasti dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

~ Tahap pencapaian pelajar banyak dpengaruhi oleh kaedah pengajaran


yang dilaksanakan oleh guru.

~ Kegagalan meningkatkan penguasaan kemahiran pertuturan


menggambarkan program tindakan guru kurang berkesan dan program lain
mungkin lebih sesuai.

~ Guru menjadi kurang fokus kepada sesuatu program tindakan kerana


guru-guru terlibat dengan berbagai aktiviti-aktiviti lain yang memerlukan
perhatian dan komitment sehingga fokus utama mengajar menjadi perkara kedua
kepadanya. Tugas-tugas perkeranian dan jawatan-jawatan lain yang dipegang
menyebabkan sesuatu program itu gagal mencapai matlamatnya.

~ Jumlah pelajar yang ramai di dalam sesebuah kelas menyebabkan


tumpuan guru tidak dapat diberikan sepenuhnya kepada setiap pelajar.

5. Cadangan Tindakan Seterusnya

Kajian Tindakan telah menghasilkan dapatan yang boleh membantu


proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih efektif. Kemahiran
pertuturan pelajar dalam kelas kajian telah dapat ditingkatkan walaupun
peratusannya kecil dan memerlukan komitment yang tinggi dari semua
guru Bahasa Inggeris jika ingin melihat peratusan yang lebih besar
diperolehi.

6. Penutup

Secara total, program yang dirancang tidak akan berjaya tanpa


kerjasama dan komitment yang padu di kalangan warga sekolah. Oleh
itu, pelajar yang lemah perlu dibantu. Pengabaian terhadap kumpulan ini
akan menimbulkan pelbagai masalah disiplin. Menurut Prof. Atan Long
“tidak seorang pun yang tidak dapat menerima pelajaran walaupun
mereka dalam kategori yang amat lemah”.

7
SMART TEST OF LANGUAGE PROFICIENCY (SMARTEST)

QUESTIONS FOR ELEMENTARY LEVEL

1. (a) Where can you go to get books? Name two places.


(b) What kind of books do you like to read?
(c) What kind of books can you get from your school library ?

2. (a) Give two reasons why it is good to go to the library


(b) Name two advantages of staying in a school hostel.
(c) Give two advantages of taking part in extra curricula activities.

3. (a) Suggest two ways to beautify your school.


(b) Give two reasons why we must keep our school clean.
(c) Suggest two ways to attract more tourists to Malaysia.

4. (a) Name two things you would do for others if you were rich.
(b) What qualities do you look for in a friend? Give two qualities.
(c) Why do we need friends in school? Give two reasons.

5. (a) Name two advantages of studying in a co-ed school?


(b) Should examination be abolished? Give a reason.
(c) Why do you think school rules are important? Give two reasons.

6. (a) What is your favourite TV programme? Why?


(b) What type of movies do you like best? Why?
(c) What type of music do you enjoy? Why?

7. (a) Do you think reading English newspaper is important? Give two


Reasons.
(b) Why do you think learning English is important? Give two reasons.
(c) Suggest two ways in which you can improve your English.

8. (a) Who is your best friend? Why?


(b) Who is your favourite teacher? Why?
(c ) Which subject do you like best? Why?

9. (a) Should boys learn to cook? Why?


(b) Do you like travelling? Why?
(c) What is your favourite fast food? Why?

10.(a) Should drivers use mobile phones while driving? Why?


(b) Give two reasons why road accidents happen.
(c) Suggest two ways to reduce road accidents.

8
SMART TEST OF ENGLISH LANGUAGE PROFICIENCY
QUESTIONS FOR INTERMEDIATE LEVEL

Stimulus A ( A Busy Street )


1. What does the picture show?
2. Where do you often see such s scene?
3. Suggest two ways to cross a busy street safely.

Stimulus B ( poster )
1. What is the poster about?
2. Who organized the event?
3. Why do you think this event is organised?

Stimulus C ( Eating Out )


1. Where can you see such scene?
2. Name two activities carried out by the people in the picture.
3. Why do you think most restaurant provide ‘non smoking’ section for their
customers?

Stimulus D ( At the Zoo )


1. What does the picture show?
2. Name two types of carnivorous animals you can see at the zoo.
3. Do you think these carnivorous animals should be kept in cages? Why?

Stimulus E ( A Brave Deed )


1. What is happening in the picture?
2. How do you describe a person who tries to save others in such a
situation?
3. Name a person whom you think is brave and give the reason why you
think so.

Stimulus F ( In a Grocery Shop )


1. Where can you see such a scene?
2. Name two items you can get in this place.
3. Where do you prefer to shop, in a supermarket or in a grocery shop?
Why?

Stimulus G ( A Fruit Stall )


1. Who do you think this man is?
2. Name two types of local fruits you can find at a fruit stall.
3. Give two reasons why it is good to eat local fruits.

9
Stimulus H ( Making a Telephone Call )
1. What is this lady doing?
2. Where do you often find telephone booths?
3. Describe how you can make a local call.

Stimulus I ( At the Beach )


1. Where can you see such scene?
2. Name two activities carried out by the people in the picture.
3. Where do you prefer to have your picture at the beach or at the waterfall?
Why?

Stimulus J ( Giving directions )


1. Where is Hotel Ambassador?
2. Name two buildings you can see along Farquhar Street.
3. Describe how you can get to the museum from X.

10
TAJUK PUBLIC SPEAKING ( FASA TIGA )

1. MY HOBBY

2. MY FAMILY

3. MY FAVOURITE SPORTS

4. MY BEST FRIEND

5. A PERSON I ADMIRE

6. MY FAVOURITE MOVIE

7. MY NEIGHBOUR

8. BEING A YOUNGSTER

9. A CONCERT

10. A HAPPY OCCASION

11. WHAT I LIKE TO IMPROVE IN MY VILLAGE TOWN

12. MY FAVOURITE SUBJECT

13. WHAT I WOULD DO IF I WON A MILLION RINGGIT MALAYSIA

11
12

Anda mungkin juga menyukai