Anda di halaman 1dari 6

PENGUASAAN BAHASA MELAYU DAN INGGERIS PADA PERINGKAT

PRASEKOLAH DARIPADA PERSPEKTIF GURU

BAHAGIAN 2: SOROTAN LITERATUR

1. Penguasaan Bahasa

Dalam pengajaran bahasa ini, aspek bahasa perlu diterapkan secara holistik. Aspek ini

merangkumi aspek fonologi, morfologi, sintaksis, semantik dan pragmatik. (Sarudin et al.,

2016). Holisitik disini bermaksud bahasa ini saling berkait rapat dengan suatu sistem. Sebagai

contoh sistem pendidikan. Ianya bertujuan untuk memberi pembelajaran secara keseluruhan.

Walaupun begitu, penguasaan bahasa kanak-kanak yang merangkumi kesemua aspek bahasa

tersebut kurang dititikberatkan oleh hampir keseluruhan pedagogi guru prasekolah. Oleh itu

teknik pengajaran atau pedagogi yang digunakan oleh guru perlulah diteliti dan dikaji dengan

lebih terperinci bagi memastikan penguasaan bahasa melayu lebih terjaga dan berkesan

kepada murid.

Pemupukan pemikiran kreatif sangat penting diterapkan dalam kalangan kanak-kanak

prasekolah kerana mereka merupakan bakal pewaris dan modal insan negara pada masa

hadapan.(Ali & Madon, 2014). Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui tahap penguasaan

bahasa melayu dalam kalangan prasekolah sama ada terdapat kekreatifan dalam kalangan

pelajar untuk menguasai bahasa melayu dengan lebih lancar dan berkesan. Selain itu juga,

penting untuk seseorang pelajar mempunyai minda yang kreatif bagi tujuan ini. Minda yang

kreatif bukan sahaja boleh menguasai bahasa melayu akan tetapi pelbagai lagi bahasa lain

terutamanya bahasa inggeris yang merupakan bahasa paling banyak digunakan dalam dunia

ini.
Bahasa merupakan antara medium yang cukup penting dalam menyampaikan perasaan,

pandangan dan mesej dengan sempurna kepada orang lain. Peranan bahasa dapat

dikembangkan lagi sewaktu manusia melakukan aktiviti seharian seperti bercakap,

mendengar, membaca dan menulis, yang dapat dilihat sebagai suatu bentuk kehidupan.

(Mohamad, 2015). Oleh itu terdapat banyak cara dan kaedah untuk seseorang menguasai

sesuatu bahasa. Dalam aktiviti seharian seseorang, bercakap , mendengar dan menulis adalah

cara paling efektif bagi memahami atau menguasai sesuatu bahasa. Sebagai contoh berkaitan

dengan kajian ini, seseorang pelajar atau murid prasekolah yang hadir ke sekolah mereka

untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan dan guru-guru dalam bahasa melayu adalah

sangat membantu dari segi kaedah-kaedah yang dinyatakan. Kaedah ini menjadi lebih efektif

lagi apabila guru-guru membuat pelbagai aktiviti atau permainan yang menggunakan kaedah

bercakap , mendengar dan menulis.

Penguasaan kosa kata dilihat mencakupi kebolehan menyatakan dan memerihalkan makna

yang terkandung dalam sesuatu kata atau ungkapan yang melibatkan konteks, membuat

perbandingan makna sesuatu kata, menggunakan ungkapan atau kata dengan betul, membina

ayat dan akhirnya mengungkap sesuatu idea dalam lisan atau penulisan (Mohamad, 2015).

Penguasaan kosa kata juga akan menambah lagi penguasaan sesuatu bahasa. Pelajar

prasekolah boleh menguasai kosa kata dengan bantuan guru dalam percakapan dan penulisan

mereka di sekolah. Kosa kata juga dapat membantu murid dalam pembacaan untuk

memahami sesuati ilmu atau cerita. Hal ini amatlah diperlukan bagi generasi kini supaya

budaya membaca dapat diketengahkan dan difahami sebaiknya dalam masyarakat.


2. Penguasaan Bahasa Melayu

Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan kebangsaan di Malaysia. Ia merupakan salah

satu alat untuk mencapai perpaduan nasional. (Maharam Mamat, 2016) Menguasai bahasa

melayu adalah kewajipan bagi setiap warganegara Malaysia. Hal ini adalah kerana bahasa

melayu merupakan bahasa ibunda dan bahsa komunikasi sejak sebelum merdeka lagi. Tanpa

menguasai bahasa melayu, maka seseorang itu akan mengalami masa yang sukar untuk

menjalani kehidupan harian di Malaysia oleh kerana ianya merupakan cara utama untuk

berkomunikasi.

Sikap merupakan salah satu unsur yang mempengaruhi penguasaan bahasa. Di negara kita,

salah satu objektif penguasaan bahasa adalah untuk membentuk sikap supaya membanggakan

Bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa kebangsaan. Sikap mempunyai hubungan erat dengan

motivasi untuk belajar bahasa.(KAMSUR, HJ., 2015) Perkara ini boleh diterjemahkan

bahawa sikap adalah faktor yang penting dalam penguasaan bahasa melayu. Sikap yang baik

dan produktif seperti rajin, kerja keras dan sebagainya akan memahirkan seseorang dalam

sesuatu bahasa. Manakala sikap-sikap negatif akan melambatkan proses penguasaan bahasa

melayu seperti sikap malas, tidak ambil tahu dan lain-lain.

Pendidikan di Malaysia mempunyai hala tuju yang jelas untuk melahirkan insan yang

harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan, sebagaimana terkandung dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan.(Chew & Hamad, 2018). Kenyataan ini menyatakan ia menjadi

tanggujawab warganegara Malaysia untuk menguasai bahasa melayu adalah kerana ia

termasuk dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hal ini penting supaya setiap warganegara

tahu dan mengambil tanggungjawab ini dengan serius.


2. Penguasaan Bahasa Inggeris

Tidak fasih berbahasa Inggeris menjadi antara faktor yang dikenal pasti menyebabkan

graduan gagal mendapat pekerjaan selepas menamatkan pengajian, terutama membabitkan

syarikat terkemuka. (Meor Ahmad Nasriin, 2018) Hal ini menerangkan bahawa dengan hanya

menggunakan bahasa melayu masih tidak dapat bersaing dengan individu yang menguasai

dua bahasa atau lebih spesifik lagi iaitu bahasa inggeris. Pekerjaan melibatkan syarikat

antarabangsa akan menyebabkan keperluan untuk berbahasa inggeris. Hal ini menjadikan

bahasa inggeris sebagai satu standard untuk merebut peluang pekerjaan yang bakal dihadapi

oleh setiap individu. Mempunyai peluang pekerjaan yang jelas dengan menguasai bahasa

inggeris dapat menjadikan seseorang individu tersebut lebih berkredibiliti dan berkualiti.

Bahasa inggeris amatlah perlu diambil perhatian terutama dalam bidang pekerjaan seperti ini.

Penggunaan Bahasa Inggeris dalam sesi pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam

subjek teknikal memberikan peluang pelajar dan guru untuk menimba ilmu dengan lebih

mendalam lagi. Tahap penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan bakal guru perlu berada

pada tahap yang baik kerana bahasa merupakan alat yang digunakan dalam penyampaian

maklumat ilmu pengetahuan. (Mohd Amin & Abd. Rahim, n.d.) Hal ini bermaksud bakal

guru mestilah melakukan persediaan sebelum pengajaran yang bakal seseorang guru itu

tempuhi. Persediaan rapi dalam berbahasa inggeris penting bagi seorang guru untuk

memastikan objektif pembelajaran dapat disampaikan kepada murid.

3. Penguasaan bahasa dalam kalangan prasekolah.


Penggunaan bahan rangsangan yang bersesuaian adalah penting untuk mewujudkan proses

pengajaran dan pembelajaran bahasa untuk kanak-kanak yang berkesan. (Sarudin et al.,

2016). Perkara ini bermaksud bahan rangsangan yang sesuai seperti visual, audio atau jenis-

jenis permainan yang mampu menarik minat para pelajar prasekolah untuk mengikuti sesi

pembelajaran akan membantu secara langsung dan tidak langsung untuk mereka memahami

sesuatu pelajaran mereka. Pelajar prasekolah amatlah tertarik dengan aktiviti-aktiviti yang

seronok, akan tetapi mestilah dibimbing oleh guru agar dapat manfaat daripada aktiviti-

aktiviti yang dijalankan.

Pelbagai teori pembelajaran dan penguasaan kemahiran berbahasa perlu diterapkan supaya

dapat digunakan dalam membentuk program pendidikan bahasa yang mantap, berkesan dan

bermanfaat untuk masa kini. (Sarudin et al., 2016) Teori pembelajaran seperti teori taksonomi

bloom amatlah sesuai untuk diterapkan dalam pembelajaran kanak-kanak. Hal ini kerana

terdapat aras-aras yang perlu dilalui oleh para murid. Ianya sangat sesuai kerana ia tidak akan

membebankan pelajar dan boleh membantu guru untuk mengajar dengan lebih teratur dan

kemas.

Bahasa merupakan salah satu alat komunikasi yang digunakan untuk menyampaikan maksud,

idea atau gagasan, ianya boleh bersifat verbal ataupun tulisan. Bahasa yang dikuasai oleh

seseorang dapat dilihat dari kemampuan berbahasa yang dimilikinya, termasuk pada pelajar

prasekolah. Pelajar prasekolah ialah kanak-kanak yang berusia 3 sampai dengan 6 tahun dan

biasanya mengikuti program prasekolah.(Bawono, 2017) Jelas disini bahawa bahasa adalah

faktor yang sangat penting dalam pembelajaran prasekolah kerana ianya merupakan idea-idea

dan gagasan yang dipikul oleh guru. Bukan sahaja dari percakapan, malah penulisan juga

perlu dikuasai oleh murid prasekolah bagi membolehkan mereka menulis sama ada pada

peperiksaan atau urusan-urusan lain.


Pada kanak-kanak prasekolah, kemampuan berbahasa merupakan suatu hal yang sangat

penting kerana dengan bahasa yang digunakan, seorang anak prasekolah dapat berkomunikasi

dengan rakannya atau orang-orang dewasa di sekitarnya. (Bawono, 2017) Kenyataan ini

menyatakan bahawa komunikasi dalam kalangan prasekolah adalah sangat penting bagi

mencapai sesuatu matlamat. Mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan kawan-

kawan dan orang dewasa boleh megembangkan lagi minda kanak-kanak prasekolah.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kajian-kajian yang telah dibuat oleh orang terdahulu membuktikan

bahawa penguasaan bahasa melayu dan bahasa inggeris mestilah dititikberatkan. Jika perkara

ini tidak dipandang serius oleh masyarakat maka akan berlaku masalah komunikasi kelak

pada generasi yang akan datang. Bukan itu sahaja, kajian-kajian ini telah membuktikan jika

penerapan kedua-dua bahasa ini dilakukan maka masa hadapan seseorang individu akan lebih

cerah dan terjamin. Oleh itu, guru dan ibu bapa amatlah berpenanan besar dalam membantu

tahap penguasaan bahasa melayu dan inggeris terhadap anak-anak mereka, sama ada anak

murid atau anak kandung.Kajian ini juga akan mengetahu tahap penguasaan bahas melayu

dan inggeris supaya dapat kita ketahui apakah tindakan wajar untuk dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai