Anda di halaman 1dari 34

BMW3032

WACANA AKADEMIK BAHASA MELAYU

NAMA

: NUR KHAIRUNNISA BINTI NOOR AZRE (D20141066642)


: SUBHASHINI NAIR A/P G.RAMACHANDRAN (D20141066660)
: SYDNEY ENGELBERT GANGGANG (D20141066636)

KUMPULAN

: AN

HARI/MASA KULIAH : ISNIN (11:00 PAGI)


NAMA PENGAJAR

: NUR HIDAYAH BINTI RASHIDI

ISI KANDUNGAN

BAB 1 :

BAB 2 :

BAB 3 :

BAB 4 :

PENGENALAN

1.1

LATAR BELAKANG

1.2

PENYATA MASALAH

1.3

OBJEKTIF KAJIAN

1.4

SOALAN KAJIAN

1.5

KEPENTINGAN KAJIAN

1.6

DEFINISI KONSEP

SOROTAN KAJIAN

2.1

PENGENALAN

2.2

ISU-ISU DALAM MEMPEROLEH PENGUASAAN BAHASA

2.3

KEDUA
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUASAAN

11

2.4

BAHASA KEDUA
PENGAJARAN BAHASA KOMUNIKATIF

16

2.5

PENGUASAAN BAHASA KEDUA DALAM KELAS

18

KOMUNIKATIF
METODOLOGI

19

3.1

PENDAHULUAN

19

3.2

RESPONDEN KAJIAN

19

3.3

INSTRUMENT KAJIAN

20

3.4

KAEDAH PENGUMPULAN DATA

23

3.5

KAEDAH PENGANALISISAN DATA

24

3.6

PROSEDUR KAJIAN

25

3.7

RUMUSAN

26

KESIMPULAN DAN CADANGAN

27

1
BAB 1
PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG
Kemahiran berkomunikasi dalam bahasa Inggeris adalah suatu aset yang semestinya
tidak boleh dinafikan, perlu dimiliki oleh setiap pelajar. Peranan yang dimainkan oleh bahasa
tersebut dalam era ini menyebabkan tercetusnya pelbagai inisiatif dari pihak kerajaan dan
dari sektor pendidikan yang dilaksanakan dengan matlamat bahawa semua pelajar di
Malaysia dapat menguasai bahasa kedua ini. Gambaran betapa pentingnya penguasaan
bahasa Inggeris ini dinyatakan oleh Azirah Hashim (2003) iaitu keperluan untuk
memfokuskan perhatian terhadap bahasa Inggeris wujud dengan kehadiran inter nasionalisasi dan globalisasi dan isu ini bukan sahaja diambil berat oleh Malaysia malah
negara-negara lain juga.
Penguasaan para pelajar berkomunikasi dalam bahasa Inggeris juga amat penting
bukan sahaja disebabkan peranannya dalam era globalisasi ini tetapi juga sebagai suatu
kemahiran wajib dalam sektor professional yang akan mereka ceburi. Tanpa penguasaan
yang kukuh dalam bahasa kedua ini, para pelajar tidak dapat menceburi pelbagai bidang
professional yang mana pengajiannya sendiri melibatkan bahan-bahan ilmiah yang dicetak
dalam bahasa Inggeris. Norhana Abdullah (2008) menyatakan bahawa di dalam pelbagai
sektor professional, secara amnya, bahasa Inggeris digunakan secara meluas di negara ini
serta merupakan bahasa dominan untuk berkomunikasi dalam sektor perniagaan dan juga
komunikasi media. Disebabkan faktor inilah, para pelajar di Malaysia diwajibkan untuk
memahirkan diri dalam penguasaan bahasa kedua ini supaya mereka dapat berfungsi
secara optimumnya dalam suasana pekerjaan kelak di mana bahasa utama yang digunakan
adalah dalam bahasa Inggeris.
Namun begitu, walaupun wujudnya kesedaran akan kepentingan bahasa Inggeris,
bilangan para pelajar yang mahir berkomunikasi dalam bahasa tersebut masih rendah. Para

2
pelajar di peringkat menengah yang akan memasuki pengajian peringkat tinggi di institusiinstitusi pengajian tinggi dilihat tidak mengalami sebarang perubahan malah mereka
semakin kurang mahir dalam penguasaan bahasa Inggeris dan fenomena ini berterusan
sehingga ke alam pekerjaan. Azirah Hashim (2003) memberi contoh kepada situasi ini yang
mana kebanyakan pekerja awam kerajaan yang tidak mahir bertutur dalam bahasa Inggeris
adalah graduan kaum Melayu dari universiti tempatan awam. Kegagalan mereka dalam
meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris ini akan menyebabkan peluang mereka untuk
mendapatkan pekerjaan selepas pengajian menjadi lebih sukar serta menjadi penghalang
terhadap produktiviti yang dapat dicapai jika mereka mendapat sesuatu pekerjaan dan ini
amat membimbangkan negara.
Azirah Hashim (2003) menyatakan bahawa dengan kesedaran yang muncul
semenjak beberapa tahun ini akan bilangan para graduan yang tidak mahir berkomunikasi
dalam bahasa Inggeris dan seterusnya menjadi penganggur, telah menyebabkan kerajaan
mengambil keputusan untuk menekankan penggunaan bahasa Inggeris agar dapat
meningkatkan daya saing graduan dalam era globalisasi yang kompetitif ini. Namun begitu,
isu ini telah menimbulkan beberapa persoalan akan mengapa para pelajar masih
menghadapi masalah penguasaan bahasa ini sedangkan pelbagai usaha telah dilaksanakan
demi peningkatannya. Semestinya para guru perlu memainkan peranan mereka dengan
mengasimilasikan ilmu yang mereka miliki akan proses memperoleh penguasaan bahasa
kedua

serta

mengaplikasikan

ilmu

pedagogi

bahasa

untuk

meningkatkan

mutu

pembelajaran bahasa dan kecekapan berkomunikasi para pelajar.


Brown (2007) menyatakan bahawa proses mempelajari bahasa kedua adalah suatu
proses yang mengambil masa yang panjang serta suatu proses yang kompleks. Beliau juga
menyatakan bahawa terdapat pelbagai faktor yang terlibat dalam proses memperoleh
penguasaan bahasa kedua serta ianya tidak mempunyai kaedah yang mudah untuk
dijadikan panduan. Ellis (1985) pula menyatakan bahawa penguasaan bahasa kedua adalah
hasil daripada faktor berkaitan dengan pelajar sendiri serta berkaitan dengan faktor kaedah

3
dan persekitaran pembelajaran bahasa kedua tersebut. Ellis (1985) juga menyatakan
bahawa setiap pelajar bahasa kedua dalam situasi berbeza mempelajari bahasa kedua
mereka dalam cara yang berbeza. Kesemua ini harus diberikan perhatian yang teliti oleh
para guru bahasa apabila proses pembelajaran dan pengajaran dijalankan.
Kefahaman para guru bahasa akan proses yang para pelajar hadapi untuk
memperoleh penguasaan bahasa kedua serta faktor yang mempengaruhi kelancaran
penguasaan tersebut akan membantu para guru untuk mencari punca kepada persoalan
mengapa para pelajar menghadapi masalah dalam berkomunikasi. Terdapat beberapa faktor
yang mempengaruhi penguasaan pelajar untuk berkomunikasi yang perlu dititik beratkan
dalam kaedah pengajaran. Menurut Harison Mohd Sidek (2010) antaranya adalah
personaliti pelajar atau perbezaan individu. Faktor ini melibatkan keyakinan pelajar untuk
bertutur dalam bahasa kedua serta motivasinya. Kedua menurut Brown (2007) adalah
tujuan mereka menguasainya. Ketiga adalah menurut Brown (2007) juga iaitu faktor
linguistik yang mana para guru bahasa perlu memahami sistem bahasa kedua dan
perbezaannya dengan bahasa pertama pelajar.
Keempat pula adalah berkaitan dengan persekitaran atau masyarakat sekeliling
serta yang kelima berkaitan dengan kaedah pengajaran para guru bahasa yang kurang
menumpukan terhadap pendekatan komunikatif.
Menurut Richards & Rodgers, (1986) sejarah pendekatan komunikatif bermula
daripada perubahan yang berlaku dalam tradisi pengajaran bahasa British pada akhir 1960.
Mereka menyatakan bahawa, pendekatan komunikatif adalah lebih bertumpu kepada para
pelajar dan berdasarkan pengalaman dari aspek pengajaran bahasa kedua. Para guru
bahasa seharusnya melakukan proses pengajaran bahasa kedua dengan melibatkan unsurunsur fungsional bahasa tersebut khususnya dalam fungsi bahasa tersebut untuk
berkomunikasi. Fenomena yang melibatkan para pelajar menguasai kemahiran dalam
penulisan serta berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam ujian bertulis tetapi

4
mendapat keputusan yang kurang memuaskan dari aspek lisan membuktikan bahawa para
guru bahasa perlu melakukan perubahan terhadap kaedah pengajaran mereka.
Menurut Richards & Rodgers, (1986) kepelbagaian jenis latihan dan aktiviti yang
bersesuaian dengan pendekatan komunikatif adalah tanpa had dengan syarat aktiviti
tersebut menggalakkan para pelajar untuk mencapai objektif komunikatif dan melibatkan
pelajar dalam proses berkomunikasi dalam bahasa kedua tersebut. Oleh itu, para guru
bahasa seharusnya berusaha untuk memikirkan aktiviti-aktiviti untuk menggalakkan suasana
komunikatif dalam pengajaran mereka. Melalui pendekatan komunikatif yang diamalkan,
penguasaan pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dapat ditingkatkan selari
dengan penguasaan pemahaman, pembacaan dan penulisan mereka. Pendekatan
komunikatif juga perlu menitikberatkan aspek psikologi para pelajar agar mereka selesa
untuk bertutur dalam bahasa kedua mereka tanpa tekanan dan perasaan malu.

1.2 PENYATA MASALAH


Penguasaan berkomunikasi dalam bahasa kedua memerlukan kerjasama yang
berterusan di antara para pelajar dan para guru bahasa. Teknik-teknik atau kaedah dan cara
pengajaran sahaja tidak memadai dalam membantu pelajar untuk memahirkan diri untuk
mengaplikasikan perkara yang mereka pelajari dalam bahasa kedua mereka. Masalah tiada
keyakinan dan malu untuk berinteraksi dalam bahasa Inggeris perlu diberikan perhatian oleh
para guru. Para pelajar jarang sekali didedahkan dengan penggunaan bahasa Inggeris dari
aspek komunikasi dalam skop pembelajaran mereka. Ini menyebabkan mereka merasa
tidak selesa untuk bertutur dan merendahkan motivasi mereka untuk meningkatkan
kemahiran diri. Masalah ini akan berlarutan sehingga ke peringkat pengajian tinggi malah
hingga ke alam pekerjaan jika para guru bahasa tidak berusaha untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang seimbang yang bukan sahaja hanya bertumpu kepada kemahiran
membaca atau menulis.

5
Para guru bahasa juga kurang memberikan perhatian terhadap faktor-faktor yang
mempengaruhi penguasaan bahasa kedua dalam kalangan pelajar. Perancangan
pengajaran seharusnya menitikberatkan faktor-faktor seperti personaliti, faktor linguistik,
tujuan dan faktor pendekatan bersesuaian untuk memastikan kecekapan berkomunikasi
dapat dicapai. Kebanyakan guru bahasa terlalu memfokuskan kepada komponen-komponen
struktural bahasa Inggeris dan jarang sekali melibatkan pelajar dalam aktiviti yang
memerlukan interaksi aktif dalam waktu pembelajaran mereka. Para guru seharusnya perlu
kreatif dalam menciptakan aktiviti-aktiviti interaktif dan komunikatif agar dapat menarik minat
pelajar untuk bertutur dalam bahasa kedua tersebut. Masalah komunikasi ini juga sedikit
sebanyak berkaitan dengan masyarakat sekeliling pelajar yang kebanyakannya adalah
individu-individu yang tidak mengamalkan penggunaan bahasa Inggeris.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini dijalankan untuk mengetahui atau mengenal pasti sebab mengapa tahap
komunikasi dalam Bahasa Inggeris berbeza dari satu pelajar ke pelajar yang lain walaupun
pendedahan terhadap bahasa tersebut adalah lebih kuran sama. Selain itu, dalam kajian ini
juga pengkaji ingin mengkaji sikap pelajar ada kesan terhadap penguasaannya dalam
Bahasa Inggeris atau tidak.
Apabila masalah tersebut dapat dikenal pasti, maka kajian ini boleh digunakan untuk
mencari jalan alternatif atau cara yang lebih efektif untuk pelajar Bahasa Inggeris. Dengan
hasil kajian ini, pengkaji berharap bahawa masalah utama berkaitan tahap komunikasi
dalam Bahasa Inggeris yang berbeza dapat diselesaikan. Kajian ini juga dijalankan untuk
membantu guru-guru menambah baik aktiviti dalam kelas ataupun cara mereka mengajar
agar tahap penguasaan komunikasi Bahasa Inggeris dapat ditingkatkan.

6
1.4 SOALAN KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk mengumpul data berkaitan tahap penguasaan komunikasi
dalam Bahasa Inggeris dan faktor yang menyebabkan tahap komunikasi Bahasa Inggeris
berbeza. Melalui kajian ini pengkaji berharap dapat mencari jawapan untuk soalan-soalan
berikut:
a) Adakah sifat seorang pelajar terhadap Bahasa Inggeris mempengaruhi tahap
penguasaan dalam komunikasi?
b) Apakah faktor utama yang membezakan tahap penguasaan komunikasi dalam
Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar?
c) Adakah dengan pengubahan cara pendedahan Bahasa Inggeris kepada pelajar
mampu menarik minat mereka?

1.5 KEPENTINGAN KAJIAN


Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauh mana keberkesanan komunikasi antara
pelajar dalam penggunaan bahasa Inggeris. Keberkesanan bertutur dalam bahasa Inggeris
menjadi satu isu yang tidak harus dipandang rendah. Terutamanya dalam kalangan
masyarakat di Malaysia yang pelbagai etnik seperti kaum Melayu, Cina, India, serta
Bumiputera. Masalah penggunaan bahasa Inggeris boleh dilibatkan dalam aspek bahasa
ibunda dan bahasa kedua. Kebanyakan masyarakat Malaysia menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa ibunda mereka. Terdapat juga masalah dari segi bahasa slanga dan dialek
yang mempengaruhi penguasaan bahasa. Hal ini menyebabkan segelintir rakyat Malaysia
tidak mempunyai keyakinan yang tinggi untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris namun
secara amnya, bahasa Inggeris merupakan bahasa global yang boleh membawa seseorang
individu jauh ke mata dunia.

7
Selain itu, kajian ini penting untuk dijadikan rujukan kepada penyelidik penyelidik
lain pada masa akan datang untuk membuat perbandingan kajian di lain generasi akan
datang. Kajian ini secara amnya menunjukkan masalah penggunaan bahasa Inggeris dalam
kalangan pelajar pelbagai etnik dan disertakan juga cadangan untuk mengatasi masalah
tersebut. Dengan ini, kajian ini sekali gus dapat membantu dalam penguasaan serta
penggunaan bahasa Inggeris dalam aspek komunikasi dalam kalangan pelajar agar
masalah ini dapat dibendung.

1.6 DEFINISI KONSEP


Penguasaan- pelajar-komunikasi- bahasa-Inggeris
I.

Definisi Penguasaan
Menurut Awang Sariyan

(1985),

menegaskan

maksud

penguasaan

ialah

penguasaan secara sistematis. Apa yang dimaksudkan dalam kajian di sini adalah
penguasaan berlandaskan proses proses komunikasi secara sistematis seterusnya
dapat meningkatkan kefahaman dalam bahasa Inggeris.
Penguasaan bermaksud perihal menguasai atau menguasakan. Apabila dirujuk
kepada kata akar bagi perkataan ini iaitu kuasa, ia membawa maksud daya atau
kemampuan.
II.

Definisi Pelajar
Menurut Zainal Abidin (1995), ajar adalah kata asal bagi pelajar yang bermaksud
didik, latih, pelihara, jaga, asuh, bimbing, hukum, pukul dan marah. Pelajar pula
bermaksud penuntut, murid, orang yang sedang mengaji, orang yang menyelidiki
ilmu.

III.

Definisi Komunikasi
Menurut Everett M. Rogers, komunikasi adalah proses yang mana satu idea
dialihkan dari sumber kepada satu penerima atau lebih, dengan maksud untuk
mengubah tingkah laku mereka.

8
IV.

Definisi Bahasa
Menurut Gorys Keraf (1997), bahasa adalah alat komunikasi antara anggota
masyarakat berupa simbol bunyi yang dihasilkan oleh alat ucap.
Menurut Fodor (1974), bahasa adalah sistem simbol dan tanda yang bermaksud
hubungan simbol dengan makna yang bersifat konvensional.

V.

Definisi Inggeris
Menurut Baugh AC dan Cable T. (2002), Inggeris adalah bahasa Jermanik barat
yang merupakan bahasa dominan di United Kingdom, Amerika Syarikat, kebanyakan
negara Komanwel termasuk Australia dan Kanada, dan bekas koloni British yang
lain. Ia adalah bahasa dominan atau bahasa rasmi di kebanyakan negara yang
dahulunya dibawah pemerintahan British.

BAB 2
SOROTAN KAJIAN

2.1 PENGENALAN
Bab ini mengandungi tinjauan akan kajian akademik yang telah dilakukan yang berkait
dengan kajian ini.

2.2 ISU-ISU DALAM MEMPEROLEH PENGUASAAN BAHASA KEDUA


Kajian yang berkaitan dengan bagaimana pelajar memperoleh penguasaan bahasa
kedua selepas mereka telah memperoleh penguasaan akan bahasa pertama mereka adalah
pengertian kepada penguasaan bahasa kedua menurut Ellis (1985). Proses ini mengambil
pelaburan tenaga dan masa yang lama dari kedua-dua pihak, baik pelajar mahupun guru
bahasa mereka. Brown (2007) pula menyatakan bahawa proses yang terlibat dalam
pembelajaran bahasa tidak mempunyai panduan yang mudah dan bukanlah suatu
pembelajaran yang dapat dilakukan oleh seorang individu tanpa bantuan. Ellis (1985)
menghujahkan bahawa proses menguasai dan memahirkan diri dalam penggunaan bahasa
kedua merupakan proses yang rumit dan kompleks serta melibatkan beberapa faktor yang
berkait rapat.
Antara isu-isu yang berkait yang dirumuskan oleh Ellis (1985) adalah faktor situasi, input
linguistik, perbezaan antara pelajar, proses pembelajaran pelajar dan output linguistik. Ellis
(1985) menghujahkan bahawa faktor situasi mempengaruhi sumber input linguistik dan
kaedah-kaedah yang dicipta oleh pelajar bahasa kedua. Keadaan atau situasi dimana para
pelajar didedahkan kepada bahasa kedua mereka sama ada dalam bentuk formal,
pengajaran di dalam kelas ataupun tidak formal di luar kelas memberi kesan terhadap
pengetahuan

mereka

akan

bahasa

kedua

tersebut.

Apabila

pelajar

mempunyai

pendedahan, mereka akan mencipta strategi sama ada secara kognitif atau secara tidak
sedar untuk memberikan struktur kepada pemahaman mereka. Ellis (1985) mencetuskan
perbincangan isu dalam faktor linguistik ini iaitu sejauh manakah perbezaan dan persamaan
yang wujud dalam penguasaan bahasa kedua dalam situasi formal dan tidak formal. Ellis
(1985) juga mengetengahkan isu berkaitan dengan input linguistik, iaitu sejauh manakah
input yang diperoleh oleh para pelajar bahasa kedua mempengaruhi proses penguasaan
bahasa kedua. Selain itu, isu perbezaan antara para pelajar bahasa juga dibincangkan

10
kerana ianya juga mempengaruhi kebolehan serta kecekapan mereka untuk menguasai
bahasa kedua. Menurut Ellis (1985) perbezaan utama yang perlu diberikan perhatian adalah
umur, aptitud, intelek, motivasi dan keperluan, personality, kemahiran kognitif serta bahasa
pertama mereka.
Proses pembelajaran pelajar juga perlu diberikan perhatian kerana proses yang dilalui
para pelajar menunjukkan cara pemahamannya. Ellis (1985) menyatakan bahawa terdapat
dua jenis proses pembelajaran pelajar iaitu kognitif dan linguistik. Ellis (1985) menerangkan
bahawa proses kognitif ini pula dibahagikan kepada tiga kategori iaitu strategi pembelajaran
untuk memahami ilmu bahasa kedua yang baru, strategi penggunaan dimana para pelajar
menggunakan ilmu bahasa kedua tersebut dan strategi komunikasi apabila komunikasi tidak
berjalan lancar disebabkan kekurangan ilmu manakala proses linguistik pula melibatkan
prinsip universal peraturan tatabahasa dimana semua pelajar bahasa memilikinya. Akhir
sekali adalah output linguistic yang berkait dengan hasil yang dilakukan oleh para pelajar
bahasa setelah menerima input linguistik. Menurut Ellis (1985), informasi bagaimana para
pelajar bahasa kedua memperoleh penguasaan bahasa kedua adalah produk utama
daripada output linguistik kerana kesilapan yang mereka lakukan memberikan gambaran
akan strategi yang mereka implemen untuk mengendalikan kedua-dua proses pembelajaran
dan penggunaan bahasa kedua mereka.

2.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGUASAAN BAHASA KEDUA

2.3.1 Umur dan penguasaan bahasa


Umur berkait rapat dengan kajian penguasaan bahasa disebabkan perbezaan ketara
yang wujud dengan kebolehan para pelajar bahasa dalam menguasai bahasa pertama
mereka dan bahasa kedua mereka. Penguasaan yang di kecapi sewaktu kecil apabila

11
sedang menguasai bahasa pertama mereka membawa persoalan akan pengaruh umur
terhadap kecekapan memperoleh penguasaan bahasa. Para guru bahasa perlu mempunyai
pengetahuan akan faktor umur ini. Brown (2007) menyatakan bahawa bakal guru bahasa
perlu menjalani pengajian akan proses penguasaan bahasa pertama supaya mereka dapat
meningkatkan pemahaman akan kaedah pengajaran bahasa kepada para pelajar bahasa
pertama serta ianya juga dipelajari oleh para guru bahasa kedua. Menurut Brown (2007) ini
adalah kewujudan perbezaan kecekapan penguasaan antara para pelajar bahasa pertama
dan kedua dan ini menandakan bahawa para guru bahasa boleh mempelajari sesuatu dari
kajian sistematik bahasa pertama.
Namun begitu, Brown (2007) menyatakan bahawa kebanyakan diskusi mengenai faktor
umur adalah berpusat kepada persoalan sama ada wujudnya tempoh masa kritikal untuk
memiliki kemahiran penguasaan bahasa, dimana tempoh masa hidup secara biologi,
penguasaan bahasa adalah lebih mudah dan apabila penguasaan menjadi sukar. Brown
(2007) juga menghujahkan akan debat klasik tentang pengaruh umur yang menyatakan
tempoh kritikal untuk penguasaan bahasa kedua berlaku ketika akil baligh, apabila mereka
tidak berkemampuan untuk memperoleh penguasaan bahasa kedua dan ini membawa
kepada beberapa pandangan yang tidak tepat, iaitu pada umur 12 atau 13 para pelajar
bahasa tidak akan dapat menguasai bahasa kedua mereka secara menyeluruh. Para guru
bahasa perlu mengkaji secara teliti akan pengaruh umur supaya mereka dapat mencari
kaedah pengajaran baru untuk disesuaikan dengan umur para pelajar bahasa kedua. Para
guru bahasa juga seharusnya tidak mengamalkan sikap yang suka mengkritik progress para
pelajar bahasa dimana cara penggunaan mereka tidak sama dengan cara penggunaan para
pelajar bahasa pertama yang menjadi kayu pengukur mutu penguasaan bahasa kedua oleh
para guru bahasa kerana ini merendahkan motivasi mereka. Ini dinyatakan oleh Brown
(2007) iaitu terdapat kemungkinan dalam kehidupan seharian kita apabila bertemu dengan
pengguna bahasa kedua, kita terlalu cepat untuk mengkritik kegagalan pengguna bahasa
kedua yang telah dewasa dengan mengkritik segala kesalahan kecil yang mereka lakukan.

12
Perbezaan di antara golongan kanak-kanak dan golongan dewasa dari segi kecekapan
penguasaan dibincangkan oleh Brown (2007) yang menyatakan bahawa kanak-kanak
secara amnya tidak sedar akan proses yang mereka lalui untuk menguasai bahasa pertama
mereka dan mereka juga tidak mengambil endah akan aspek sosial atau pandangan yang
diletakkan ke atas sesuatu bahasa dan ini membawa kepada kemungkinan bahawa para
pelajar bahasa yang terlalu mengambil berat akan apa yang sedang dilakukan dan akan
masyarakat sekeliling, menghadapi kesukaran dalam menguasai bahasa kedua mereka.
Pelbagai pandangan yang diletakkan pada bahasa Inggeris di Malaysia mungkin dapat
menjadi punca yang mempengaruhi penguasaan mereka untuk berkomunikasi dalam
bahasa tersebut. Aspek ego bahasa juga dibincangkan dalam kajian Brown yang
menerangkan faktor yang berkemungkinan menjadi penyebab remaja atau para pelajar
bahasa kedua peringkat menengah menghadapi kesukaran dalam menguasai bahasa
kedua mereka.
Menurut Brown (2007) ego bahasa bergantung kepada keselesaan bahasa pertama
untuk melindungi ego para pelajar bahasa kedua yang sedang dalam peringkat umur remaja
dimana ego bahasa mereka yang telah sebati dengan identity mereka berasa tergugat
disebabkan kesilapan yang dilakukan dalam penggunaan bahasa kedua yang menyebabkan
mereka sering berasa malu. Brown (2007) menyatakan bahawa kanak-kanak lebih berani
kerana perbezaan dalam kesedaran mereka akan peraturan bahasa dan dalam
kemungkinan untuk mereka melakukan kesilapan dalam pertuturan. Ianya berbeza dengan
golongan remaja yang tidak mahu dipandang rendah dan terlalu mementingkan persepsi
individu-individu sekeliling akan kesilapan yang mereka. Golongan dewasa yang telah
bertahun-tahun menggunakan bahasa pertama mereka akan menghadapi masalah yang
lebih rumit berbanding dengan golongan remaja dalam konteks ego bahasa mereka.
Brown (2007) juga menyatakan bahawa dalam pengajaran bahasa kedua, faktor umur
perlu diambil kira dan dibezakan dimana sikap para remaja pada umur sebegitu mungkin
menjadi faktor kepada kesukaran yang mereka hadapi dalam menguasai bahasa kedua.

13
Para guru bahasa perlu membuat perbandingan dan memastikan kaedah pengajaran yang
fleksibel mengikut kesesuaian umur agar pelajar berasa selesa dengan suasana yang
dicipta dalam kelas. Akhir sekali, Brown (2007) mengetengahkan semula faktor tersebut
dengan menyatakan perbandingan antara golongan dewasa dan golongan kanak-kanak
adalah argumen yang sangat relevan.

2.3.2 Faktor personaliti


Faktor personaliti para pelajar bahasa yang berbeza-beza dapat mempengaruhi kaedahkaedah yang mereka gunakan untuk memahirkan diri dalam penguasaan bahasa kedua.
Para guru perlu memberi perhatian kepada setiap pelajar dari aspek personaliti supaya
dapat menyesuaikan kaedah pendekatan dengan jenis personaliti pelajar. Menurut Brown
(2007) pemahaman yang lebih mendalam berkaitan dengan proses pembelajaran bahasa
dapat di kecapi dan mutu kaedah pengajaran ditingkatkan berdasarkan kajian sistematik
dan teliti akan peranan personaliti dalam penguasaan bahasa kedua. Brown (2007) juga
menyatakan bahawa aspek yang penting dalam teori penguasaan bahasa kedua adalah
berkaitan dengan pemahaman perasaan manusia, kepercayaan dan nilai yang mereka
pegang.

Keyakinan akan diri sendiri, rela untuk berkomunikasi, keraguan, berani mengambil
risiko dan motivasi adalah antara aspek personality yang akan dibincangkan. Perbezaan
para pelajar bahasa kedua yang mempunyai keyakinan diri dalam mempelajari dan
menggunakan bahasa kedua sangat ketara dalam cara mereka menyesuaikan diri dalam
penggunaan bahasa tersebut. Menurut Brown (2007) ianya boleh dikatakan sebarang aktiviti
kognitif yang efektif mesti mempunyai perasaan atau keyakinan akan kemampuan diri untuk
mahir dalam aktiviti tersebut. Brown (2007) juga menyatakan bahawa keyakinan manusia
datang daripada pengumpulan pengalaman dan dari penilaian yang berlaku di sekeliling

14
mereka serta kejayaan guru juga dapat dikaitkan dengan kebolehan mereka untuk
menumpukan perhatian yang holistik terhadap aspek linguistik dan juga terhadap personaliti
pelajar.
Kerelaan untuk berkomunikasi juga berkait dengan personaliti pelajar kerana ianya
menggambarkan keselesaan pelajar dalam bereksperimen dengan bahasa kedua mereka.
Para pelajar yang rela untuk berkomunikasi mempunyai personaliti yang tidak takut untuk
melakukan kesilapan dan untuk mencuba. Kerelaan untuk mencuba menunjukkan usaha
pelajar untuk keluar dari zon selesa mereka. Dalam konteks keraguan Brown (2007)
menyatakan bahawa semua insan membina kaedah perlindungan dalam proses memahami
diri masing-masing untuk melindungi ego mereka. Brown (2007) juga menyatakan bahawa
pelbagai mekanisme defensif dicipta ketika dalam zaman remaja untuk melindungi ego yang
mereka miliki disebabkan kehadiran perubahan. Para pelajar bahasa kedua yang berada
dalam alam remaja menghadapi masalah untuk melakukan kesilapan disebabkan ego
bahasa yang mereka miliki. Oleh itu, kesilapan yang perlu mereka lakukan demi
pemantapan penguasaan bahasa kedua tidak akan berlaku dan ini akan mempengaruhi
kecekapan mereka untuk berkomunikasi dalam bahasa kedua tersebut.
Keberanian mengambil risiko berkait rapat dengan hujah di atas. Menurut Brown (2007),
keberanian untuk mengambil risiko mempengaruhi kejayaan penguasaan bahasa kedua
dan para pelajar harus belajar untuk menerima kesalahan yang akan mereka lakukan.
Kesalahan dan kesilapan adalah sebahagian daripada proses mencapai penguasaan
bahasa kedua dan para guru bahasa perlu mendidik pelajar akan fakta ini. Perasaan takut
dan malu untuk melakukan kesilapan dalam proses pembelajaran akan hanya melambatkan
kemajuan mereka. Motivasi serta tujuan pembelajaran bahasa kedua juga memainkan
peranan yang penting. Kebanyakan pelajar hanya menggunakan bahasa kedua mereka di
dalam kelas bahasa kedua mereka sahaja kerana keadaan di luar kelas bahasa kedua
tersebut. Mereka tidak dapat berinteraksi dalam bahasa kedua mereka disebabkan individuindividu sekeliling yang tidak mempraktikkan penggunaannya.

15

2.3.3 Faktor sosio-budaya


Menurut Brown (2007) sosio-budaya memainkan peranan dalam menentukan perlakuan
sesuatu kelompok serta dalam menentukan perkara-perkara yang dianggap sensitif dan
juga sebagai panduan kepada perkara yang normal dan menepati jangkaan masyarakat.
Brown (2007) juga menyatakan bahawa budaya amat penting dalam konteks pembelajaran
bahasa kedua kerana bahasa merupakan sebahagian daripada budaya dan kedua-duanya
amat berkait rapat kerana dalam proses menguasai bahasa kedua, pelajar telah melibatkan
diri dalam memperoleh budaya kedua melalui bahasa tersebut.
Antara aspek sosio-budaya yang perlu diberikan perhatian dalam konteks bahasa adalah
kewujudan stereotaip dan sikap terhadap bahasa tersebut. Menurut Brown (2007)
kewujudan stereotaip adalah disebabkan sikap atau persepsi masyarakat terhadap budaya
masyarakat tersebut. Stereotaip boleh menghalang kemajuan pelajar dalam menguasai
bahasa kedua kerana mereka berada dalam keadaan dimana mereka sering didedahkan
kepada stereotaip masyarakat sekeliling. Brown (2007) menyatakan bahawa para pelajar
bahasa kedua dapat mengambil kesan yang positif daripada sikap positif terhadap sesuatu
bahasa manakala sikap negatif terhadap bahasa boleh menjadi penghalang terhadap
penguasaan disebabkan motivasi yang rendah dan kekurangan interaksi dalam bahasa
kedua mereka. Ini dapat memberikan gambaran akan cabaran yang dihadapi oleh para
pelajar bahasa dalam usaha mereka untuk menguasai penggunaan bahasa tersebut.
Suasana pembelajaran di dalam kelas bersama guru bahasa berbeza dengan suasana di
luar kelas dimana mereka dipengaruhi oleh persepsi masyarakat akan penggunaan bahasa
tersebut dan ini boleh penyebab mengapa mereka jarang berkomunikasi dalam bahasa
kedua tersebut.

2.4 PENGAJARAN BAHASA KOMUNIKATIF

16
Menurut Larsen-Freeman (2000) target menyeluruh pengajaran bahasa komunikatif
adalah untuk mengaplikasikan perspektif pendekatan komunikatif dengan menjadikan
kemahiran komunikatif sebagai objektif pengajaran bahasa melalui kesedaran akan nilai
interdependen yang wujud diantara bahasa dan komunikasi. Tugas para guru bahasa
adalah untuk menjamin kelancaran dalam kecekapan berkomunikasi dalam bahasa kedua
ini selari dengan penguasaan mereka akan aspek linguistic bahasa yang lebih berstruktur
berbanding dengan komunikasi. Larsen-Freeman (2000) juga menyatakan bahawa target
para guru bahasa dalam penggunaan pengajaran komunikatif adalah untuk memastikan
para pelajar bahasa kedua dapat berkomunikasi dalam bahasa tersebut. Pelajar bahasa
kedua secara amnya lebih memahami fungsi struktural bahasa kedua tetapi kurang
pemahaman akan fungsinya dalam konteks perbualan dan komunikasi. Larsen-Freeman
(2000) menghujahkan bahawa komunikasi adalah suatu proses dan pengetahuan atau ilmu
struktural bahasa tidak memadai.
Para guru bahasa memainkan peranan yang penting dalam pengajaran komunikatif ini.
Larsen-Freeman (2000) menyatakan bahawa para guru bertindak sebagai fasilitator dalam
kelas bahasa tersebut dimana tugasnya adalah untuk mewujudkan suasana yang
menggalakkan proses komunikasi di antara para pelajar. Untuk menjamin kecekapan
komunikasi para pelajar, mereka memerlukan persekitaran yang membantu mereka untuk
memahami penggunaan bahasa tersebut dan persekitaran seperti ini juga membantu
mereka untuk memperbetulkan

kesilapan yang akan mereka lakukan. Menurut Larsen-

Freeman (2000) pelajar adalah komunikator dan mereka terlibat secara aktif dalam
merungkai makna serta dalam usaha mereka untuk memahami dan memahamkan akan
mesej yang cuba disampaikan.
Pengajaran komunikatif ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri. Menurut LarsenFreeman (2000), ciri-ciri yang jelas pengajaran bahasa komunikatif adalah semua aktiviti
yang dilakukan bertumpu kepada satu target iaitu komunikasi. Para guru bahasa perlu
memastikan aktiviti-aktiviti yang dilakukan membawa kepada komunikasi di antara pelajar.

17
Larsen-Freeman menyatakan bahawa dalam aktiviti-aktiviti dalam kelas yang dilaksanakan
oleh guru bahasa yang terlalu rigid dan tidak fleksibel akan membantutkan proses
komunikasi kerana dalam konteks komunikasi, setiap individu mempunyai pilihan akan
perkara yang mereka ingin sampaikan serta dalam cara penyampaiannya. Oleh itu, para
guru bahasa perlu mengamalkan pemikiran yang fleksibel akan penggunaan bahasa kedua
tersebut dalam konteks komunikasi supaya para pelajar bahasa kedua dapat bereksperimen
dengan bahasa kedua tersebut dan menilai pencapaian mereka.
Larsen-Freeman (2000) menyatakan bahawa komunikasi asli adalah apabila komunikasi
tersebut berlaku dengan tujuan dimana para pelajar mempunyai kesempatan untuk menilai
jika tujuannya mendapat hasil yang diinginkan dari pendengar dan jika pendengar tidak
dapat membalas dalam keadaan yang dijangkakan, maka proses komunikasi tidak
berlangsung. Kebolehan komunikasi menyeluruh bukan sahaja melibatkan para pelajar
untuk menyebut perkataan dalam bahasa kedua tetapi perlu melibatkan pemahaman
dimana pertukaran mesej berlangsung dan ianya difahami oleh kedua-dua pihak dalam
sesuatu sesi komunikatif bahasa kedua tersebut. Oleh itu, para guru bahasa perlu
menitikberatkan bahan pengajaran mereka. Larsen-Freeman (2000) menyatakan bahawa
pengajaran komunikatif ini melibatkan material-material autentik yang digunakan untuk
membantu dalam pengajaran.

Zarinah Jamaluddin (2012) juga menyatakan bahawa

pengetahuan guru bahasa akan strategi yang digunakan oleh pelajar membantu dalam
memastikan fleksibiliti kaedah pengajaran yang mereka.

2.5 PENGUASAAN BAHASA KEDUA DALAM KELAS KOMUNIKATIF


Menurut Ellis (2008) mengikut saranan beberapa ahli akademik kaedah paling efektif
dalam pengukuhan berkesan dalam kemahiran penguasaan bahasa kedua dalam suasana
kelas adalah dengan memastikan penglibatan pelajar dalam kelas tersebut. Para guru
bahasa perlu mengkaji perbezaan penguasaan bahasa kedua dalam kalangan pelajar

18
dalam dua jenis suasana kelas; yang pertama lebih mementingkan input linguistik formal
dan yang kedua lebih bertumpu kepada fungsi komunikatif bahasa kedua tersebut. Ellis
(2008) menyatakan bahawa kini terdapat bukti akan kebolehan para pelajar bahasa kedua
untuk memperoleh penguasaan bahasa secara semula jadi dalam kelas yang
menumpukan kepada aspek komunikatif. Oleh sebab demikian, para guru bahasa perlu
membiasakan diri mencari kaedah-kaedah pengajaran baru yang berkait dengan konteks
pengajaran komunikatif untuk meningkatkan mutu pengajaran demi memastikan proses
pembelajaran di dalam kelas dapat membuahkan hasil yang ketara dan memuaskan.
Zarinah Jamaludin (2012) menyatakan bahawa untuk meninggalkan impak yang positif
dalam memastikan pembelajaran yang lebih berkesan, para guru perlu melakukan
penambahbaikan terhadap kaedah pengajaran selari dengan strategi yang digunakan oleh
para pelajar.

BAB 3
METODOLOGI
3.1 PENDAHULUAN
Penyelidikan atau kajian adalah sebagai satu kegiatan pengumpulan, pengolahan
dan analisis data yang dilakukan secara sistematik dan cekap untuk memecahkan sesuatu
persoalan. Oleh yang demikian, mana-mana kajian yang dilakukan memerlukan metodologi
sebagai cara untuk mendapatkan dapatan atau hasil daripada penyelidikan tersebut. Semua

19
metodologi yang digunakan pula haruslah bersistematik dan mempunyai kualiti agar dapat
memenuhi kriteria ilmiah yang diperlukan.
Bab metodologi ini merujuk kepada kajian yang dilaksanakan serta cara maklumat
bagi dapatan kajian diperoleh. Ahmad Mahdzan Ayob(1993:44) menetapkan bahawa kaedah
kajian sebagai segala langkah atau prosedur untuk mencapai segala objektif yang mana
aktiviti kajiannya sudah tentu dijalankan mengikut kaedah sains. Pengkaji juga telah memilih
teknik-teknik yang dapat membantu kajian yang dilakukan dengan lebih teratur dan
merangkumi semua aspek.
Secara amnya, terdapat dua bentuk kajian asas digabungkan untuk menghasilkan
dapatan kajian yang tepat dan bermakna. Dua bentuk kajian yang dimaksudkan adalah
kajian perpustakaan dan kajian lapangan.

3.2 RESPONDEN KAJIAN


Responden utama kajian ini adalah pelajar-pelajar tingkatan lima dari Sekolah
Menengah Jenis Kebangsaan Chong Hwa High School, Kuala Lumpur. Responden ini terdiri
daripada 20 orang pelajar perempuan dan 10 orang pelajar lelaki di mana jumlah
keseluruhan adalah 30 orang responden.
Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua yang dititikberatkan dalam sistem
pendidikan. Namun begitu, tahap penguasaan komunikasi bahasa Inggeris masih berada di
tahap yang berbeza walaupun pelajar diajar oleh guru yang sama dalam waktu
persekolahan yang sama.
Pengkaji juga telah mendapatkan seorang guru bahasa Inggeris untuk ditemu ramah
berkaitan persoalan-persoalan yang wujud melalui kajian ini. Nama guru tersebut ialah Pn.
Zarinah binti Jamaludin. kesimpulannya, pengkaji telah mendapatkan responden yang terdiri
daripada golongan pelajar dan guru bahasa Inggeris.

20

3.3 INSTRUMEN KAJIAN


Pengkaji telah menggunakan tiga jenis instrumen kajian iaitu, soal selidik,
pemerhatian dan juga temu bual untuk mendapatkan data-data berkaitan dengan kajian ini.
Tujuan utama pengkaji menggunakan tiga jenis instrumen kajian ini adalah untuk
mendapatkan data atau maklumat yang tepat dan berkualiti bagi memenuhi syarat kajian ini.
3.3.1 Soal Selidik
Soalan yang terdapat dalam soal selidik ini telah dibuat dengan bantuan jurnal-jurnal
dan tesis-tesis terdahulu yang berkaitan dengan penguasaan bahasa Inggeris dan bahasa
Melayu di sekolah. Pengkaji juga berbincang sesama mereka untuk mendapatkan soalansoalan yang berkualiti serta menjawab kepada persoalan-persoalan yang wujud dalam
kajian ini. Terdapat dua bahagian dalam borang soal selidik ini iaitu, Bahagian 1 dan
Bahagian 2.

Bahagian 1:Latar belakang pelajar


Bahagian ini adalah untuk menjawab soalan berkaitan perkara-perkara seperti
maklumat diri, jantina, kaum, bahasa pertama responden dan pendedahan pertama kepada
bahasa Inggeris.
Bahagian ini penting kerana pengkaji dapat mengkaji hubung kait antara latar
belakang diri pelajar dengan pendedahan pertama mereka kepada bahasa Inggeris.
Pengkaji juga akan dapat menyimpulkan sama ada terdapat hubungan antara latar belakang
pelajar dengan pendedahan awal terhadap bahasa Inggeris.

21

Bahagian 2:Pengaruh bahasa Inggeris


Bahagian ini pula menekankan lebih tentang pendapat pelajar berkaitan bahasa
Inggeris. Mereka juga ditanya bahan atau cara apa yang mereka gunakan untuk
mendedahkan diri mereka dengan bahasa Inggeris. Pelajar ini juga ditanya sama ada
mereka mempunyai keyakinan untuk berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Inggeris. Di
sini, pengkaji ingin mengkaji tahap keyakinan seorang pelajar ada dalam diri dia untuk
menggunakan bahasa Inggeris dalam kehidupan hariannya.
Akhirnya, pelajar ditanya pendapat mereka terhadap bahasa Inggeris itu sendiri.
Response ini akan membantu pengkaji untuk mengenali pasti sebab atau punca utama
tahap penguasaan dalam komunikasi bahasa Inggeris. Ini juga menunjukkan bahawa
tingkah laku pelajar memainkan peranan yang penting dalam penguasaan sesuatu bahasa
itu.

3.3.2 Pemerhatian
Melalui pengalaman pengkaji berada di dalam kelas sebagai pelajar sebelum ini
memang menunjukkan bahawa bukan semua pelajar memberikan tumpuan semasa guru
sedang mengajar. Oleh yang demikian, pengkaji telah membuat keputusan untuk
menjadikan pemerhatian sebagai salah satu instrument kajian dalam kajian ini.
Pengkaji telah membuat keputusan bahawa pemerhatian yang akan dilakukan
merupakan sebuah pemerhatian berstruktur. Pemerhatian akan dilakukan melalui
penyediaan senarai semak agar dapat membantu pengkaji dalam proses tersebut. Antara

22
aspek yang terdapat dalam senarai semak tersebut adalah penglibatan pelajar dalam aktiviti
kelas, tahap pelajar memberikan tumpuan dalam kelas, motivasi yang diberikan oleh guru
tersebut kepada pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa Inggeris serta aktiviti yang
dijalankan oleh guru di dalam kelas sama ada dapat membantu tahap penguasaan
komunikasi bahasa Inggeris dalam diri seorang pelajar ataupun tidak.
Walau bagaimanapun instrumen kajian ini hanyalah gambaran awal untuk
menguatkan lagi dapatan kajian yang lain atau menyokong data-data yang diperoleh
daripada soal selidik dan temu bual bersama guru bahasa Inggeris tersebut. Instrumen
kajian ini juga akan membantu pengkaji mengenal pasti secara lebih mendalam apakah
masalah yang dihadapi oleh pelajar dan guru kerana pengkaji itu berada di tempat kajian itu
sendiri.

3.3.3 Temu bual


Temu bual yang dilakukan oleh pengkaji secara semiformal tanpa berpandukan
kepada satu struktur yang tetap. Namun terdapat beberapa soalan utama yang ingin di
tanyakan kepada guru tersebut. Antara soalan yang ditanya kepada beliau adalah cara yang
beliau gunakan untuk memberi galakan kepada pelajar menggunakan bahasa Inggeris.
Seterusnya, pengkaji juga ingin mengetahui pendapat guru tersebut berkaitan sifat pelajar
terhadap bahasa Inggeris itu. Hal ini akan membantu sedik sebanyak bagi pengkaji untuk
membuat kesimpulan secara betul dan tepat.
Akhirnya guru tersebut juga ditanya akan kemampuan serta kesukaran yang pelajar
alami semasa membaca dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Temu bual ini juga akan
digunakan sebagai dapatan kajian sokongan di mana response pelajar disokong dengan
pandangan guru mereka.

23
Perkara ini akan membantu pengkaji dalam membuat beberapa aktiviti seperti yang
dicadangkan dalam kajian ini. Seterusnya, kajian ini akan membantu guru untuk mengenal
pasti masalah pelajar mereka dan guru tersebut boleh membantu pelajar ini. Akhirnya, tahap
penguasaan bahasa Inggeris dapat ditingkatkan dengan aktiviti yang dicadangkan.

3.4 KEDAH PENGUMPULAN DATA


Kajian ini dilakukan berdasarkan dua kaedah utama. Dua kaedah ini adalah rujukan
data sekunder dan pengumpulan data primer. Data-data primer merupakan data-data yang
boleh diperoleh daripada buku, jurnal serta tesis yang terdapat di perpustakaan. Pengkaji
juga menggunakan teknologi maklumat untuk membantunya menyiapkan kajian ini. Pengkaji
menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat terkini. Kaedah ini dapat membantu
pengkaji merujuk lebih banyak kajian secara atas talian.
Seterusnya, data-data sekunder pula didapatkan melalui instrumen kajian seperti
yang dinyatakan di atas iaitu soal selidik, pemerhatian ke atas pelajar serta temu bual
dengan guru. Data-data yang diperoleh dikumpul dengan teliti untuk dianalisis. Kaedah ini
akan membantu dalam penghasilan dapatan kajian nanti. Dapatan yang diperoleh melalui
instrumen kajian ini akan dianalisis dan diberi keterangan dan penjelasan berkaitan
dengannya.
3.5 KAEDAH PENGANALISISAN DATA
Bagi menganalisis data, pengkaji menggunakan tiga kaedah dalam proses menganalisis
data kajian. Antaranya adalah metod induktif, metod komparatif dan analisis.

3.5.1 Metod induktif

24
Metod induktif adalah kesimpulan yang dibuat dari sifat khusus kepada sifat umum.
Sebagai contoh, pengajaran bahasa akan biasanya dimulakan dengan pemberian contoh
kepada hukum-hukum bahasa yang dipelajari oleh pelajar sebelum guru tersebut membuat
kesimpulan secara menyeluruh tentang hukum tersebut.
Apabila dilihat dari segi kajian yang dijalankan oleh pengkaji ini, pengkaji akan
membuat kesimpulan berdasarkan data yang diperoleh melalui tiga instrumen kajian yang
dinyatakan di atas untuk membuat satu konklusi umum terhadap persoalan yang telah
wujud. Seterusnya, pengkaji juga akan mencari kaedah yang terbaik dalam menyelesaikan
masalah komunikasi yang dihadapi pelajar. Pengkaji juga akan memberikan cadangan
aktiviti yang boleh dilaksanakan di dalam kelas untuk menarik minat pelajar terhadap
bahasa Inggeris.

3.5.2 Metod Komparatif


Metod komparatif adalah perbandingan terhadap segala data yang diperoleh dengan
data-data lain yang diperoleh untuk menghasilkan satu kesimpulan yang berkualiti dan
bermakna. Daripada apa yang dirumuskan, pengkaji akan memberikan cadangan dan
menentukan kaedah yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tahap penguasaan
komunikasi bahasa Inggeris yang berbeza dalam kalangan pelajar sekolah. Dengan kaedah
ini juga, pengkaji dapat menganalisis perubahan yang terdapat dalam dapatan kajian
sebelum ini.

3.5.3 Analisis
Analisis merupakan interpretasi tentang data-data yang telah dikumpul dari soal
selidik yang telah diberikan kepada responden kajian. Analisis daripada dapatan kajian itu
pula kemudiannya akan dibuat kesimpulan secara keseluruhan. Selepas itu, kekuatan dan

25
kelemahan kajian ini akan dikenal pasti oleh pengkaji dan pengkaji akan memberikan
cadangan untuk memperbaiki permasalahan yang wujud semasa kajian dijalankan. Pengkaji
juga akan memberi langkah-langkah untuk mengatasi masalah tahap penguasaan
komunikasi yang berbeza dalam kalangan pelajar sekolah.

3.6 PROSEDUR KAJIAN


Sebelum menjalankan kajian ini, pengkaji telah mendapatkan surat kebenaran untuk
menjalankan kajian di sekolah dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan
Sultan Idris. Seterusnya, pengkaji telah memohon kebenaran untuk menjalankan kajian di
sekolah dari pihak pentadbiran sekolah.
Pengkaji kemudiannya berbincang dengan guru mata pelajaran bahasa Inggeris
untuk menetapkan masa untuk berjumpa dengan pelajarnya bagi mengumpul data-data soal
selidik serta masa yang sesuai untuk menemu bual guru tersebut. Pengkaji juga meminta
kebenaran dari guru tersebut untuk masuk ke kelasnya dan mengumpul data
pemerhatiannya.
Setelah itu, pengkaji memilih sebuah kelas tingkatan lima untuk mengedarkan
borang soal selidik kepada pelajar kelas tersebut. Pemerhatian juga dijalankan dalam kelas
itu apabila guru tersebut sedang mengajar pelajarnya bahasa Inggeris. Pengkaji telah
menggunakan dua hari persekolahan untuk mengumpul data tersebut kerana lapangan
kajian pengkaji adalah sekolah tersebut.
Oleh yang demikian, pengkaji telah mengumpul semua data yang diperlukan
mengikut metodologi yang telah ditetapkan olehnya.

3.7 RUMUSAN

26
Mempunyai metodologi yang jelas dan tersusun amat penting untuk sesebuah kajian
sebelum ia dijalankan. Hal ini kerana, kajian yang dijalankan akan memberikan dapatan
yang berkualiti apabila ketepatan penggunaan kaedah yang sesuai dengan objektif kajian
serta persoalan kajian yang telah ditentukan oleh pengkaji.
Metodologi kajian seharusnya menggunakan teknik yang teknik yang betul dan
bersistematik agar dapat menghasilkan dapatan kajian yang mempunyai kesahihan dan
berkualiti tinggi. Metodologi ini juga diharapkan dapat membantu guru-guru bahasa Inggeris
dalam mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar untuk menguasai komunikasi
bahasa Inggeris. Guru juga boleh menjadikan kajian ini sebagai rujukan untuk
mempertingkatkan lagi mutu bahasa Inggeris di sekolah.

BAB 4
KESIMPULAN DAN CADANGAN
Berdasarkan analisis data dan perbincangan mengenai hasil dapatan, dapatlah disimpulkan
bahawa :
i) Hasil dapatan yang diperoleh menunjukkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan
adalah pada tahap sederhana. Mereka tidak dapat menguasai kemahiran berkomunikasi
secara lisan dan bertulis dalam bahasa Inggeris dengan baik, tidak menguasai pengetahuan

27
dalam mata pelajaran yang diajar dalam bahasa Inggeris dengan baik dan kurang
penguasaan bagi bahasa tersebut di dalam kelas. Tahap penggunaan bahasa Inggeris
dalam kalangan juga adalah pada tahap sederhana. Dapatan menunjukkan bahawa
sebilangan besar kurang menggunakan bahasa Inggeris sama ada dalam komunikasi,
membuat rujukan ataupun aktiviti harian mereka.
ii) Dapatan kajian menunjukkan kebanyakan pelajar terdedah dalam penggunaan Bahasa
Inggeris sejak berumur 7 15 tahun. Pendedahan dalam bahasa Inggeris pada usia
tersebut turut memberi impak dalam penguasaan bahasa, terutamanya bahasa yang asing
bagi mereka. Selain itu juga, kami mendapati bahawa pelajar kurang berkomunikasi dalam
bahasa Inggeris antara sesama dan juga antara keluarga. sekali gus gagal mengaplikasikan
penggunaan dalam perbualan seharian mereka. Melainkan pelajar kerap menggunakan
alatan media bagi pendedahan mereka terhadap bahasa Inggeris. Dapatan kajian ini boleh
dihujah oleh Klein (1986), jika seseorang ingin mempelajari sesuatu bahasa, maka dia
perlulah selalu berkomunikasi dengan menggunakan bahasa tersebut. Klein juga
mengatakan bahawa salah satu aspek yang diperlukan dalam pembelajaran bahasa kedua
ialah menggunakan bahasa tersebut setiap hari.
iii) Dapatan kajian juga menunjukkan tahap keyakinan pelajar dalam aspek penggunaan
bahasa Inggeris. Majoritinya mengatakan mereka tidak yakin dalam pengaplikasian bahasa
Inggeris dari segi akademik seperti menulis serta lisan. Hal in adalah kerana mereka
merasakan susah untuk menggunakan bahasa Inggeris bagi tujuan komunikasi serta dalam
akademik. Salah satu mengatakan bahawa penggunaan tatabahasa dalam bahasa Inggeris
adalah sukar untuk difahami.

28

BIBLIOGRAFI
Azirah Hashim. (Pnyt.). (2003).Language policies and Language education issues in
Malaysia.Dalam Jennifer Lindsay & Tan Ying Ying (Pnyt.), Language trends In Asia.
(hlm 93-101). Singapore: Asia Research Institute.
Awang Sariyan. (1985). Dari kata ke idealogi: Persoalan stilistik Melayu. Petaling Jaya
Selangor: Fajar Bakti.
Baugh, AC., Cable, T. (2002). A history of the English language (5th ed). Routledge.
Brown. (2007). Principles of language learning and teaching. United States of America:
Pearson Longman.
Ellis. (1985). Understanding second language acquisition. Hong Kong: Oxford University
Press.
Ellis. (2008). The study of second language acquisition. China: Oxford University Press.
Fakulti Komunikasi dan Jurnal. (2013). Pengertian komunikasi menurut para ahli.
http://www.uin.faculty.languages.org
Harison Mohd Sidek. (2010). Bahasa ke dua. Negeri Sembilan: Universiti Sains Islam
Malaysia.
Hasnah Nataening. (2004).Pendekatan komunikatif dalam pengajaran Bahasa Melayu di
sekolah agama rakyat selatan Thailand (Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak
diterbitkan). Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia.
Kaladevi Subramaniam. (2009). Error analysis of the written English essays of secondary
school students in Malaysia: A case study. European Journal of Social Sciences,
8(3), 483-487.

Larsen-Freeman. (2000). Techniques and principle in language teaching. China: Oxford


University Press.
Noran Fauziah Yaakub & Ahmad Mahdzan Ayob. (1993). Guru dan perguruan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
Norhana Abdullah. (2008).Reaffirming priorities: The roles of Bahasa Melayu and English in
Malaysia. Dalam Haliza Harun (Pnyt.), Issues on English as a Second Language
Pedagogy: A Research Based Perspective. (hlm 119-130). Negeri Sembilan:
Universiti Sains Islam Malaysia
Pengertian

Bahasa.

(2009).

Sepuluh

pengertian

Bahasa

menurut

para

ahli.

http://wismasastra.com/2009/05/25.pdf
Richards & Rodgers. (1986). Approaches and methods in language teaching .United States
of America: Cambridge University Press.
Sheema Liza Idris & Kamisah Arifin. (2007). An error or not an error: ESL students
identification and correction of errors. Gading Business and Management Journal,
11(2), 9.
Zarinah Jamaludin. (2012).Investigating article use in the written English of Chinese and
Malay MUET students

(Tesis Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan).

International Islamic University, Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai