Anda di halaman 1dari 5

Tujuan

Memenuhi keperluan

Kemahiran berkomunikasi merupakan suatu elemen penting yang harus ada dan dikuasi oleh
setiap pelajar,sama ada bagi memenuhi keperluan mereka ketika proses pembelajaran ,
persiapan menempuh alam pekerjaan ataupun dalam interaksi sosial . Kajian ini dijalankan
untuk mengenal pasti tahap penguasaan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pelajar
pendidikan. Kajian berbentuk tinjaun ini melibatkan 152 orang sampel pelajar semester 6
program Sarjana Muda Pendidikan menggunakan boring soal selidik sebagai instrumen
kajian. Dapatan menunjukkan kemahiran berkomunikasi pelajar pendidikan adalah tahap
yang tinggi. Namun begitu, tahap kebolehan berbahasa Inggeris masih berada pada tahap
yang rendah. Hasil analisis ujian-t, juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang
signifikan antara tahap kemahiran komunikasi mengikut jantina. Kajian juga mendapati
bahawa kemahiran komunikasi mempunyai hubungan yang signifikan dengan pencapaian
akademik pelajar. Berdasarkan kajian ini, pihak yang bertanggungjawab harus memberikan
perhatian dalam memastikan bakal guru terus memiliki pengetahuan Bahasa yang baik sama
ada Bahasa Melayu mahupun Bahasa Inggeris yang seterusnya dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi dalam kalangan bakal guru di Malaysia.

Mengenalpasti tahap penguasaan dan penggunaan

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan dan penggunaan
Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar Pendidikan Islam.Dalam kalamngan PKPG di
Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, seramai 120 orang pelajar tahun 4,
Sarjana Muda Teknologi Pendidikan (Kemahiran Hidup) di Universiti Teknologi
Malaysia,Skudai telah dijadikan responden untuk kajian ini . Kaedah kajian ini yang
digunakan adalah berbentuk tinjauan menggunakan instrument soal selidik. Dapatan kajian
ini dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 11.5 bertujuan untuk mendapatkan nilai
peratus, kekerapan min, Ujian-t dan korelasi. Hasil kajian mendapati secara keseluruhan
penguasaan dan penggunaan Bahasa Inggeris responden adalah pada tahap sederhana dan
tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris manakala
terdapat perbezaan yang signifikan terhadap penguasaan baga Inggeris merentas jantina.
Melihat perbezaan tahap kekhuatiran berkomunikasi

Ini dilakukan untuk mengkaji peranan komunikasi dalam kalangan pelajar. Banyak
kekhuatiran komunikasi telah dilakukan di Amerika Syarikat namun masih kurang kajian
yang dilakukan dalam kalangan pelajar di Malaysia terutamanya yang melibatkan IPTA dan
IPTS. Secara objektifnya, untuk melihat perbezaan tahap kekhuatiran berkomunikasi Kolej
Universiti Islam Antarabangsa Selangor mengikut jantina , program dan faktor demografi.
Kekhuatiran berkomunikasi boleh dikaji dari empat konteks iaitu kumpulan, mesyuarat,
interpersonal dan pengucapan awam. Program dan latar belakang pelajar yang berbeza
menjadi faktor utama tahap kekhuatiran komunikasi yang tinggi. Kaedah kuantitatif iaitu soal
selidik dan kualitatif iaitu temubual dan pemerhatian akan digunakan bagi mengenalpasti
faktor-faktor lain yang mempengaruhi tahap kekhuatiran komunikasi pelajar. Hasil dan
cadangan yang disediakan sedikit sebanya dapat membantu golongan pensyarah dan institusi
untuk tujuan penambahbaikan sistem pembelajaran dan pendekatan yang digunakan.

Mengenalpasti tahap penguasaan , sikap dan minat pelajar

Ini dijalankan berbentuk deskriptif atau lebih dikenali sebagai kaedah tinjauan. Seramai 325
orang pelajar Diploma in Constuction Technology dari Kolej Kemahiran Tinggi Mara di
daerah Batu Pahat telah dipilih sebagai sampel,Data yang diperoleh melalui instrument soal
selidik telah dianalis untuk mendapatkan pengukuran min , sisihan piawai , dan Pekali
korelasi Pearson untuk melihat hubungan hasil dapatan data . Manakala, frekuensi dan
peratusan dan peratusan digunakan bagi mengukur penguasaan pelajar. Hasilnya,
menunjukkan bahawa tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar adalah berada pada tahap
sederhana manakala faktor utama yang mempengaruhi penguasaan Bahasa Inggeris tersenut
adalah minat diikuti oleh sikap. Hasil dapatan menggunakan pekali Korelasi Pearson juga
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sikap dengan pemguasaan
Bahasa Inggeris dan anatara minat dengan penguasaan Bahasa Inggeris. Semakin positif
sikap dan minat pelajar terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris semakin
tinggi pencapaian mereka. Hasil dari ini, diharapkan dapat membantu pelajar dalam
meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dengan memupuk sikap positif dalam diri serta
meningkatkan minat terhadap Bahasa Inggeris dengan lebih baik.
Membolehkan proses akses maklumat dapat membantu pendidikan dan pengetahuan
umum masyarakat

Seluruh dunia telah menerima bahawa Bahasa Inggeris merupakan Bahasa antarabangsa yang
digunakan oleh semua lapisan masyarakat. Menurut Nordin (2008), Bahasa ini menjadi satu
bahasa perantara bagi sesetengah negara yang majoriti penduduknya bukan beragama Islam.
Ini menunjukkan betapa luasnya penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat,
Penguasaan Bahasa Inggeris sangat penting kerana dunia telah mengiktiraf bahasa ini sebagai
bahasa sejagat (Nordin et al, 2007). Dalam era abad ke 21 ini , Malaysia memerlukan tenaga
mahir yang mampu berkomukasi dalam Bahasa Inggeris dengan baik dan berkesan . Hal ini
disokong oleh Chew (2008) bahawa penguasaan Bahasa Inggeris penting untuk
membolehkan proses akses maklumat dapat membantu pendidikan dan pengetahuan umum
masyarakat.

Merupakan satu pelajaran wajib selain Bahasa Malaysia

Bahasa Inggeris merupakan salah satu pelajaran wajib selain Bahasa Malaysia yang
merupakan bahasa kebangsaan negara. Malah Bahasa Inggeris diwajibkan lulus di peringat
Sijil Pelajaran Malaysia mulai tahun 2016. Maka Bahasa Inggeris bukan sahaja bertujuan
membekalkan pelajar dengan kemahiran tetapi juga dapat digunakan sebagai saluran untuk
memperolehi ilmu pengetahuan yang berguna dan relevan kepada kehidupan
seharian(Yahaya , 2010) .Ini berkaitan dengan kegagalan graduan Institut Pengajian Tinggi
mendapat pekerjaan adalah kerana mereka tidak mempunyai nilai komersial dan mempunyai
kelemahan berbahasa Inggeris . Justeru itu,kita perlu bangkit terutama bangsa Melayu bagi
mengatasi halangan tersebut .

Persediaan semasa berkerja

Menurut Zanzali & Che Din (2008), penguasaan bahasa Inggeris memainkan peranan yang
penting dalam dunia pekerjaan. Sebagai pelajar pendidikan islam , sekiranya kita tidak
mampu menulis dan bertutur tata dalam bahasa Inggeris , misalnya kita sebagai guru agama ,
sekiranta guru tidak mampu berbahasa Inggeris dengan baik , hasrat untuk membawa pelajar
ke peringkat tinggi dalam penguasaan bahasa ini tidak mungkin dapat dilaksanakan . Guru
seharusnya menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Penguasaan Bahasa Inggeris dala
kalangan guru amat penting bagi memastikan ilmu yang disampaikan kepada pelajar berjalan
dengan langsung. Hee (2006) menegaskan bahawa tidak dapat dinafikan bahawa penguasaan
Bahasa Inggeris akan menjadi sangat penting dalam masyarakat Malaysia yang
berindustri.Industri memerlukam pekerja-pekerja , pakar-pakar professional , pengurus-
pengurus berkaliber yang dapat menguasai banyak bahasa , khusunya Bahasa Inggeris dengan
baik.

Mewujudkan perkembangan sosial sejagat

Sekolah merupakan institusi sosial yang sangat menekankan kepentingan komunikasi


berkesan di dalam kelas bagi mewujudkan perkembangan sosial sejagat. Pembelajaran
berkesan merupakan proses interaktif yang memberi ruang kepada pelajar untuk berinteraksi,
saling bantu, menjalankan tanggungjawab membina keyakinan diri dan seumpamanya. Ia
dijalankan dalam suasana yang menarik dan menyeronokkan supaya dapat menjadi
pendorong kepada pelajar bagi menyalurkan pendapat dan fikiran secara berkesan. Selain itu,
komunikasi berkesan juga memberi penekanan dari aspek kemahiran sosial supaya dapat
membantu pelajar bertindak balas dengan persekitaran dan mengawal diri dalam menghadapi
cabaran bagi mencapai dan meningkatkan kecemerlangan diri.

Anda mungkin juga menyukai