Anda di halaman 1dari 11

http://dahalmi.wordpress.

com/2009/03/17/isu-ppsmi-suatu-
kajian-dan-analisis/

Isu PPSMI : Suatu Kajian dan Analisis
Posted on March 17, 2009 | 2 Comments
Isu pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris(PPSMI) kini hangat di
bahaskan masyarakat sehingga mendorong beberapa pihak berdemonstrasi dengan tujuan mendesak
kerajaan memansuhkannya.
PPSMI telah mulai di gunakan di sekolah sekolah rendah dan menengah pada tahun 2003 sewaktu
pemerintahan Tun Mahathir dahulu sebagai langkah mempersiapkan sumber tenaga manusia untuk menuju
kearah negara maju dan dalam menghadapi era globalisasi.
Sejak itu, selama enam tahun, PPSMI telah berhadapan dengan pelbagai masalah yang berkaitan
perlaksaannya, selain kesan negatif terhadap Bahasa Melayu dan pendidikan pelajar Melayu dan pelajar di
luar bandar.
Polemik masyarakat tentang isu ini mudah difahami kerana masyarakat Melayu sesungguhnya cukup
perihatin dengan prestasi anak anak mereka di sekolah dan nasib masa depan bangsa yang bergantung
kepadanya. Ia sebenarnya bukan isu politik, tetapi suatu isu melibatkan seluruh rakyat Malaysia, tidak
mengira fahaman politik mereka.
Oleh itu terdapat ramai pemimpin politik yang memiliki pandangan yang bertentangan tentang isu ini
samaada mereka berada dalam kem BN atau Pakatan Rakyat.Cuma bezanya yang menyokong PPSMI
tidak begitu lantang bersuara, berbanding yang menentangnya, agaknya kerana terikat dengan pendirian
rasmi parti politik masing masing.
Hanya perlu di ingatkan isu ini mudah menaikkan emosi aktivis aktivis dan segelintir pengikut mereka.
Tidak hairanlah bagi Hishamuddin Tun Hussein dan Tun Mahathir mengingatkan rakyat jangan terlalu
beremosi sehingga membiarkan demonstrasi jalanan menjadi penentu arah yang boleh menggadaikan masa
depan Bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Lebih elok perkara ini ditangani secara bijak berasaskan kajian
saintifik yang dikemukakan.
Tun Mahathir dan Mukhriz merupakan dua orang pemimpin Melayu yang mempertahankan PPSMI.
Pendirian Tun Mahathir tentang perlunya Bahasa Inggeris bagi meningkatkan kemampuan bangsa dalam
ilmu sains dan matematik ada kebenarannya. Malah ia juga mampu meningkat kemampuan negara
sewaktu berhadapan dengan gelombang globalisasi.
Sudah tentu ramai juga mentakrifkan pendirian Tun Mahathir sebagai hanya mempertahankan tindakan
beliau semasa menjadi Perdana Menteri dahulu, dan Mukhriz sebagai anak yang setia.
Tapi, kita boleh juga mentakrifkan pendirian Anwar Ibrahim, Tuan Guru Hadi Awang dan Khairi untuk
memansuhkan PPSMI sebagai pendirian politik semasa yang popular di kalangan masyarakat Melayu.
Apapun keputusan kerajaan, hendaklah berpandu kepada kepentingan Bangsa Melayu dan kepentingan
Negara dalam jangka panjang. Pendekatan yang tepat amat penting. Oleh itu ia tidak harus dibuat terburu
buru secara emosional dan dengan demonstrasi jalanan, tetapi sebaliknya berpandukan hasil kajian yang
telah dan sedang dibuat kerajaan. Malah banyak hasil kajian serupa di buat oleh negara lain dan di
peringkat antarabangsa juga sepatutnya diberi perhatian.
Hasil Beberapa Kajian
Mengikut kajian antarabangsa yang dinamakan Trends in Mathematics and science study, yang di petik
oleh Wikipedia menyatakan prestasi pelajar Malaysia telah merosot dengan mendadak dari tahun 2003
hingga 2007. Malah kemerosotan ini adalah yang terburuk dialami diantara 59 buah negara dalam kajian.
Perlu diingat ini berlaku sejak PPSMI dimulakan pada 2003.
Dalam kategori High Benchmark(skor 550), hanya 18% pelajar Malaysia dalam kategori ini dalam tahun
2007 berbanding 30% pada tahun 2003. Sebagai perbandingan lebih daripada 70% pelajar Singapura,
Taiwan dan Korea tergolong dalam kategori ini.
Data di atas secara objektif menandakan pencapaian kita yang amat rendah berbanding negara negara
tersebut, dan penurunan mendadak berlaku sewaktu PPSMI mulai digunakan di sekolah sekolah.
Penurunan yang berlaku bukan diluar jangkaan, kerana masalah pasti timbul di awal penggunaan PPSMI.
Tetapi adakah trend ini akan terus menurun atau sebaliknya meningkat pulih apabila guru dan pelajar
dijangka bertambah fasih berbahasa Inggeris dimasa hadapan.
Banyak kajian telah dibuat tentang susana pembelajaran dalam bahasa bukan ibunda, boleh menjadi
petunjuk dalam perkara ini.
Kajian antarabangsa dan tempatan rata rata mendapati pembelajaran dalam bahasa ibunda menghasilkan
prestasi yang lebih tinggi daripada pembelajaran dalam bahasa asing. Antara sebab yang di petik
termasuklaklah kesukaran pelajar memahami konsep matematik dan sains dalam bahasa asing dan juga
kesukaran guru dalam menguasai bahasa asing.
Bagaimanapun masalah ini tidak timbul dalam negara seperti Singapura, Filipina dan India dimana banyak
sekolah masih menggunakan Inggeris sebagai bahasa pengantar. Malah pelajar Singapura mampu
mencapai tahap antara yang terbaik di dunia.
Di Hong Kong yang mulai menukarkan bahasa pengantar dimajoriti sekolah kepada bahasa ibunda sejak
beberapa tahun yang lalu mendapati prestasi pelajar dalam bahasa ibunda lebih baik daripada yang belajar
dalam bahasa Inggeris(ref. Bilingual Research Journal, Summer 2003, by Yip, Din Yan and others).
Hasil kajian di atas nampaknya menunjukkan penggunaan bahasa asing sebagai pahasa pengantar dalam
sains dan matematik sahaja, sementara semua mata pelajaran lain masih dalam bahasa ibunda, mengekang
pencapaian dalam sains dan matematik di sekolah sekolah. Ini kerana suasana sedemikian hanya
menggalakkan pelajar berinteraksi dalam bahasa ibunda sahaja dan membantut penguasaan bahasa
Inggeris.
Bagaimanapun, perlu diingatkan data PPSMI di Malaysia hanya terdapat untuk lima tahun pertama
penggunaannya (2002-2007). Biasanya, data sebegini terlalu singkat untuk dijadikan asas penilaian, kerana
sudah pasti ia banyak menunjukkan kelemahan PPSMI di peringkat awal learning curve. Saya pasti data
untuk lima tahun selepas ini akan menunjukkan peningkatan, meskipun di bawah pencapaian optima,yang
lazimnya berlaku diperingkat berikutnya dalamlearning curve.
Pada sudut lain pula, boleh dirumuskan pencapaian pelajar dalam semua mata pelajaran adalah baik sama
ada sekolah menggunakan bahasa pengantar Inggeris atau bahasa ibunda keseluruhannya,
sungguhpun teething problems dialami dalam proses peralihan bahasa pengantar (masalah ini dialami oleh
pelajar dalam bahasa Inggeris di Hong Kong). Kelemahan di peringkat awal penggunaan bahasa Inggeris
di negara itu juga selari dengan learning curve pelajar di sana.
Bahasa Melayu tidak Mampu
Perlu diingatkan sesebuah negara tidak perlu menukar bahasa pengantar di sekolah kepada bahasa Inggeris
jika bahasa ibunda mampu menjadi bahasa ilmu sains dan matematik. Dalam suasana begini pencapaian
pelajar adalah terbaik tatkala belajar dalam bahasa ibunda.
Masalahnya pada masa kini bahasa Melayu tidak mampu menjadi bahasa sains dan matematik yang boleh
mengangkat martabat bangsa ke tahap global. Perkara ini banyak di bincang oleh Tun Mahathir dalam blog
beliau.
Oleh itu jika kita ingin maju melalui Wawasan 2020 serta menerajui tamadun dunia Islam di masa
hadapan, peranan bahasa Inggeris dalam pembelajaran negara tidak dapat diketepikan. Ini lah satu satunya
pertimbangan utama, walaupun masyarakat bimbang kesan negatifnya terhadap jatidiri bangsa Melayu,
kedaulatan bahasa Melayu dalam negara dan kesan sampingan yang negatif kepada pelajar melayu,
terutama di luar bandar.
Kelunturan jatidiri Melayu tidak harus dibimbangi kerana kinipun masih ramai antara kita jenerasi lama
yang dididik dalam bahasa Inggeris, termasuk saya sendiri. Kita masih Melayu, mampu menulis dalam
bahasa Melayu dengan baik, tetap menyokong hak hak Melayu, dan amat penting, sanggup berjuang
meninggikan martabat Melayu dalam negara dan dimata dunia.
Suatu Cadangan
Berpandukan hujah hujah dan penemuan dalam kajian kajian di atas, PPSMI seperti diamalkan sekarang
memerlukan beberapa perubahan yang radikal. Ini kerana terdapat kelemahan asas dalam amalan sekarang
yang tidak mungkin mampu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris oleh pelajar. Ini pasti berpanjangan
dan menjejaskan prestasi mereka dalam sains dan matematik.
Tetapi ini tidak bererti dasar pengunaan PPSMI sekarang perlu digugurkan, kerana ia pasti menjejaskan
kemampuan pelajar Melayu dan negara dalam bidang matematik dan sains, dan seterusnya dayasaing
negara di peringkat global.
Pendekatan hanya menggunakan PPSMI di peringkat sekolah menengah juga tidak praktikal kerana
kesukaran pelajar menguasai bahasa Inggeris pada usia yang agak lambat.
Satu opsyen yang terbaik ialah dengan cara mengwujudkan beberapa sekolah beraliran Inggeris
diseluruh negara. Dalam pendekatan begini, sekolah sekolah yang ingin menukarkan ke aliran
Inggeris perlu membuat permohonan kepada kerajaan dan kelulusan boleh dibuat mengikut
kesesuaian sekolah masing masing. Untuk menjaga martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan, jumlah sekolah yang boleh perpindah kepada aliran Inggeris bolehlah di hadkan
kepada 20%-25% daripada jumlah sekolah diseluruh negara.
Dengan opsyen ini semua sekolah yang diluluskan hendaklah menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantar dalam semua mata pelajaran, kecuali mata pelajaran Bahasa Melayu.( opsyen ini telah
dilaksanakan di Hong Kong selepas tahun 1997)
Opsyen di atas akan memberi peluang maksimum kepada pelajar menguasai Sains dan Matematik dan juga
bahasa Inggeris. Dengan adanya kelompok pelajar ini ia mampu mengwujudkan suasana pendidikan yang
lebih dinamik sambil menyediakan tenaga kerja yang lebih mantap untuk tugasan di luar negara , tugasan
terjemahan, sektor pelancongan dan tugasan dalam syarikat multinasional.. Disamping itu ia juga mampu
memantapkan kualiti IPTS yang kini merupakan suatu sektor yang penting, malah perlu bagi memberi
saingan sihat lagi dinamik kepada IPTA dalam negara.
Bagi sekolah yang tidak terlibat, ia bolehlah diteruskan dalam bentuk sekolah kebangsaan yang
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa mengantar termasuk untuk mata pelajaran sains dan
matematik. Bagaimanapun pengajaran bahasa Inggeris di sekolah sekolah ini perlulah diperkukuhkan,
dengan meletakkannya sebagai bahasa wajib untuk lulus peperiksaan.
Dengan pendekatan ini, hanya akan wujud dua aliran sekolah di Malaysia, iaitu Sekolah Kebangsaan dan
Sekolah Jenis Kebangsaan (Inggeris). Aliran untuk setiap pelajar harusnya ditentukan oleh kerajaan,
dimana pelajar dari kaum Melayu, Cina,India dsb. berpeluang juga mempelajari bahasa dan sastera ibunda
mereka.
Ia akan melahirkan generasi yang lebih bersatupadu dan suasana pendidikan yang kompetitif dan dinamik
perlu bagi melahirkan satu bangsa berkonsepkansatu Malaysia yang maju dan disegani di peringkat
global.
Opsyen ini juga mampu memantapkan bahasa Melayu dalam semua bidang pelajaran termasuk
sains dan matematik.
Opsyen ini dijangka sensitif dari segi politik semasa, tetapi setiap masalah pasti boleh ditangani jika
kerajaan memiliki kesungguhan untuk melaksanakannya secara terancang dan dengan bijaksana..
Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

















http://www.bharian.com.my/bharian/articles/IsuPPSMI_Pilihsekolah/Article/

Isu PPSMI: Pilih sekolah
2011/11/10 - 06:31:59 AMCetakEmel Kawan
29
MUHYIDDIN bersama Pengerusi Media
Prima Berhad, Datuk Johan Jaafar (kanan) dan Ahmad selepas sesi rakaman rancangan Soal Jawab di Sri
Pentas.
Ibu bapa boleh semak sekolah ajar dalam bahasa Inggeris Disember

KUALA LUMPUR: Mulai bulan depan, ibu bapa pelajar Tahun Enam yang mengikuti program
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) boleh
menyemak sekolah yang menawarkan program sama di Tingkatan Satu bagi sesi persekolahan
2012.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia bagi memastikan proses
peralihan berjalan lancar.
Beliau berkata, proses semakan itu hanya membabitkan pelajar yang mengikuti program PPSMI
sepenuhnya iaitu kira-kira lima peratus daripada jumlah kelas di 7,495 sekolah rendah.


Ibu bapa pelajar boleh memindahkan anak mereka ke sekolah lain jika sekolah yang ditawarkan
tidak melaksanakan program atau dasar berkenaan.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pelajar yang tidak mengikuti PPSMI atau
menggunakan dwibahasa dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) Matematik dan Sains, tidak
perlu membuat semakan kerana dijangka tiada masalah berbangkit.

Saya sudah arah kementerian dan Ketua Pengarah supaya semakan dibuat bermula Disember
ini. Kita mengambil tempoh lebih awal sikit. Biasanya mereka masuk Januari, kita minta mereka
menyemak di sekolah mana dan guru akan beritahu untuk memastikan tidak ada kejanggalan.

Kita akan maklumkan semua sekolah. Pegawai Pendidikan Daerah akan memanggil pengetua
dan guru besar untuk memaklumkan cara mengelakkan masalah tadi (kejanggalan)... kalau ibu
bapa tidak membawa anak pun tak apa, cuma untuk menyemak kesesuaian sekolah menengah
yang mengamalkan dasar yang sama, katanya.
Beliau berkata demikian dalam rancangan Soal Jawab yang dihoskan Pengarah Eksekutif Berita
dan Operasi Editorial Media Prima Berhad, Datuk Ahmad A Talib melalui TV3, malam tadi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, bagi murid Tahun Satu yang memulakan sesi persekolahan
awal tahun ini, dasar PPSMI sudah dimansuhkan dan digantikan dengan dasar Memartabatkan
Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Katanya, proses berperingkat atau dikenali sebagai soft landing itu akan berterusan sehingga
murid Tahun Satu tahun ini menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sepenuhnya
dalam bahasa Melayu pada 2016, manakala Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2021.

Menjawab soalan sama ada MBMMBI mampu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di
kalangan pelajar, Muhyiddin berkata, kementerian melaksanakan pelbagai langkah
penambahbaikan termasuk aspek perguruan dan pengisian kandungan kurikulum mata
pelajaran berkenaan.

Katanya, seramai 47,887 guru Bahasa Inggeris sentiasa diberikan kursus bagi memastikan kualiti
pengajaran ditingkatkan, di samping latihan kepada 6,000 guru di institut perguruan seluruh
negara dan pengambilan secara kontrak guru bersara yang kini 200 orang.

Di samping itu, katanya, kementerian turut membawa masuk 360 master teacher pakar Bahasa
Inggeris daripada 10 negara termasuk United Kingdom, Kanada, Denmark dan Australia untuk
memerhati dan memberikan pandangan untuk menambah baik kualiti P&P guru Bahasa Inggeris
serta pengambilan 50 tenaga pengajar dari Amerika Syarikat bermula awal tahun depan.

Cabaran kita, bagaimana nak tentukan ada peningkatan lebih ketara dalam penguasaan bahasa
Inggeris... satu yang tak ada ialah ukurannya... saya fikirkan adakah wajar kita wujudkan satu
lembaga untuk memberi penanda aras untuk mata pelajaran ini.

Mungkin kita boleh bekerjasama dengan Universiti Cambridge cara mengukur pencapaiannya...
bila kata di sekolah penguasaan bahasa Inggeris baik, adakah baik yang setanding dengan
antarabangsa.

Saya percaya cabaran besar tetapi harapan untuk melihat MBMMBI berjaya tidak mungkin
berlaku jika tidak ada kesungguhan ibu bapa dan komitmen pelajar, katanya.






http://jenrysaiparudin.wordpress.com/2012/11/10/jurnal-pendidikan-isu-ppsmi/

Jurnal Pendidikan ( Isu PPSMI )
November 10, 2012jenrysaiparudinLeave a commentGo to comments
JURNAL PENDIDIKAN (I) : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPSMI)
SEKOLAH RENDAH.
1.0 PENGENALAN JURNAL
Pendidikan sains di negara kita telah menjadi semakin penting, Lebih-lebih lagi negara kita ingin
mencapai status negara maju seperti dalam Wawasan 2020 yang disarankan oleh Tun Mahathir
Mohamad dijadikan sebagai matlamat negara pada masa akan datang sejak tahun 1991. Antara
wawasan yang disarankan adalah mewujudkan masyrakat yang saintifik, progresif, inovatif dan
penyumbang kepada kemajuan saintifik pada masa kini dan masa hadapan (Hussein
Ahmad,1992). Justeru, negara kita perlu mula mengorak langkah memasuki era serba sains dan
teknologi pada masa hadapan
Oleh yang demikian, persepsi guru sains terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains daripada
beberapa perspektif yang berbeza. Dua perspektif itu adalah faedah PPSMI terhadap guru dan
pelajar serta pendedahan maklumat dari segi kursus dan bahan sokongan PPSMI seperti media
massa, laman web dan lain-lain. Peningkatan umur serta kelulusan akademik dikatakan mungkin
mempengaruhi pemikiran dan persepsi guru terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains. Jadi
perkaitan antara perpesi guru dengan umur serta kelulusan akademik sains ditinjau. Di samping
itu, masalah yang mungkin dihadapi oleh guru semasa perlaksanaan projek PPSMI juga ditinjau. Ia
juga meninjau sama ada perbezaan tahap umur serta kelulusan akademik dapat mempengaruhi
masalah yang dihadapi oleh guru sains PPSMI dalam perlaksanaan pengajaran subjek sains .
Selain itu, perkaitan antara masalah yang dihadapi guru sains PPSMI dengan persepsi mereka
terhadap perlaksanaan pengajaran subjek sains turut ditinjau.
2.0 SINOPSIS TERHADAP JURNAL
Era globalisasi telah mempengaruhi pendidikan di Malaysia. Penggunaan bahasa Inggeris dalam
pengajaran Sains dan Matematik telah dilaksanakan bagi menghadapi suasana tuntutan baru
dalam pendidikan. Tujuan kajian ini adalah untuk meninjau persepsi guru-guru yang terlibat
dengan pelaksanaan pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris berkaitan dengan
dasar dan matlamat program tersebut
Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa responden turut memberikan persetujuan yang positif
terhadap kursus yang dihadiri, pengajaran dan pembelajaran, sokongan pengetua serta alat
bantuan mengajar dalam melaksanakan perubahan tersebut. Kajian juga mendapati bahawa
persepsi guru terhadap kemahiran mereka dalam Bahasa Inggeris adalah sederhana . Terdapat
hubungan yang signifikan tetapi lemah antara persepsi guru-guru terhadap matlamat pelaksanaan
PPSMI dengan latar belakang guru. Hasil daripada kajian ini juga disyorkan diperbanyakkan
kursus-kursus untuk meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris serta meningkatkan kualiti perisian
perisian proses pengajaran dan pembelajaran
3.0 PANDANGAN MENGENAI JURNAL
Satu strategi yang diambil oleh Kementerian Pelajaran dalam menangani cabaran tersebut adalah
dengan melakukan pembaharuan dalam pengajaran Sains dan Matematik di peringkat sekolah
rendah dan menengah dengan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya.
Bahasa Inggeris telah diakui sebagai sangat penting kerana dalam hampir semua keadaan, ia
digunakan untuk penyebaran ilmu dan pengetahuan. Dalam era globalisasi ekonomi dan kerajaan
yang berdaya saing, kemajuan teknologi memerlukan kita untuk memahami bahasa teknologi iaitu
Bahasa Inggeris. Laporan oleh The International Federation On Documentation (FID), badan yang
memantau penyebaran maklumat melaporkan 85% dapatan Sains dan Teknologi ditulis dalam
Bahasa Inggeris (Hazita Azman, 2003). Sejajar dengan itu, pada 8 Mei 2002, kerajaan Malaysia
telah mengumumkan dasar pengajaran Sains dan Matematik bagi Tahun 1, Tingkatan 1 dan
Tingkatan 6 Rendah bermula Januari 2003 dalam Bahasa Inggeris. Dasar ini telah diberi tanda
nama Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI). Polisi
ini juga bertujuan membantu mengurangkan kemerosotan tahap penguasaan Bahasa Inggeris di
kalangan pelajar Malaysia.
Perubahan pedagogi yang melibatkan pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dari lapisan masyarakat. Melihat suasana
demikian, pengkaji merasakan adalah perlu kajian terhadap persepsi guru-guru yang terlibat
dengan PPSMI diambilkira. Pertimbangan seseorang tentang kesesuaian perlaksanaan inovasi
selalu bergantung kepada persepsi seseorang. Persepsi yang positif terhadap perubahan adalah
penting kerana ia akan mempengaruhi tingkah laku pengajaran guru dalam bilik darjah.
Pendidikan adalah bidang yang sentiasa mengalami perubahan sesuai dengan keperluan negara.
Perubahan dalam pendidikan boleh diertikan sebagai proses pengubahsuaian dan penyusunan
semula unsur sedia ada dengan tujuan untuk memperkemas dan mempertingkatkan lagi beberapa
aspek dalam pendidikan. Perubahan ini mempengaruhi persepsi para guru dalam menghadapi
perubahan atau inovasi ini.
Nina Bascia et.al.(2000) menyatakan perspektif guru merupakan salah satu faktor yang selalu
terlepas pandang oleh perancang perubahan dalam pembangunan sesuatu inovasi. Guru sebagai
pelaksana perubahan mungkin mempunyai pandangan yang berbeza tentang sesuatu perubahan
yang dilaksanakan secara tergesa-gesa. Beliau menekankan peri pentingnya perspektif guru
sebagai maklumat dan panduan dalam merangka polisi. Perubahan itu merupakan satu
bahagian yang kecil tetapi memastikan keterlibatan guru dan menjadikan mereka sebahagian
dari perubahan adalah sesuatu yang jarang dilaksanakan.
4.0 ULASAN TERHADAP JURNAL
Sehubungan dengan itu, kajian telah dijalankan kerana persoalan yang wujud iaitu adakah guru-
guru yang mengajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris di sekolah menengah
mempunyai pengetahuan, latihan dan kemahiran dalam bidang tersebut? Apakah persepsi guru
terhadap latihan ? Apakah persepsi mereka terhadap dasar baru ini? Apakah persepsi mereka
terhadap sokongan daripada pengetua berhubung dengan pelaksanaan pengajaran Sains dan
Matematik dalam Bahasa Inggeris? Adakah persepsi terhadap kemahiran mereka dalam Bahasa
Inggeris mempengaruhi persepsi mereka terhadap dasar ini? Adakah terdapat perhubungan antara
persepsi guru terhadap matlamat 6 pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
dengan faktor latar belakang responden? Satu kajian yang terperinci perlu dijalankan untuk
mengetahui keadaan yang sebenarnya berlaku di sekolah.
Memandangkan dasar ini dilaksanakan dengan tergesa-gesa tanpa kajian-kajian ilmiah yang
meyakinkan dan langsung bertentangan dengan prinsip pendidikan yang menegaskan kelebihan
bahasa ibunda atau bahasa pertama dalam proses penyampaian ilmu, maka pertubuhan-
pertubuhan pendidikan daripada pelbagai kaum telah banyak kali menyuarakan perasaan bimbang
mereka terhadap dasar tersebut sepanjang tempoh 4 tahun ini.
Antaranya, Kongres Pendidikan Melayu Ke-2 yang dianjurkan pada bulan Mac 2005, secara lantang
menyatakan bahawa kira-kira 5 ratus ribu orang pelajar Melayu akan keciciran di bawah dasar
pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris akibat kegagalan
menguasai bahasa Inggeris.
Selain itu, pada 10 Disember 2005, kira-kira 3000 orang daripada pelbagai kaum secara individu
atau mewakili pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan telah menyertai Persidangan Membantah
Pengajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris yang dianjurkan dengan tujuan
menyampaikan suara rakyat kepada kerajaan supaya memandang serius dan menimbang
semula dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris
yang telah banyak membawa kesan negatif kepada semua aliran sekolah rendah, sama ada SK,
SJK(C) mahupun SJK(T).
Masyarakat Cina pada umumnya prihatin terhadap isu ini. Dalam pada itu, Gabungan Persatuan
Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (GPGSCM) telah menjalankan satu kajian soal selidik mengenai
kesan-kesan pelaksanaan formula 2-4-3 di SJK(C) pada akhir tahun 2005 dan awal tahun 2006
untuk menyoroti sejauh manakah pengaruhnya kepada SJK(C) supaya dapat memberi gambaran
yang sebenar dan saranan yang membina kepada kerajaan untuk menangani isu ini dengan
sempurna. Menurut dapatan kajian tersebut, pelaksanaan formula 2-4-3 bukan sahaja
meninggalkan impak negatif kepada guru-guru dan murid-murid, malah juga merupakan
penghakisan kepada sistem pendidikan SJK(C) yang selama ini menggunakan bahasa Cina
sebagai bahasa pengantar utama.
Memandangkan keadaan yang cukup tenat di SJK(C), maka kami, Pertubuhan-Pertubuhan Cina
Utama yang menandatangai bersama, dengan tulus ikhlasnya mengemukan memorandum yang
berjudul Pandangan Dan Cadangan Mengenai Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Mata
Pelajaran Sains Dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris untuk rujukan dan pertimbangan Yang
Amat Berhormat Dato Seri supaya mengambil langkah yang wajar untuk menyelesaikan isu ini
dengan sempurna.
Kajian-kajian ilmiah telah dijalankan oleh beberapa orang sarjana dan badan berwibawa tentang
kegagalan PPSMI dan kesemuanya telah dikemukakan kepada Kementerian Pelajaran dan telah
disiarkan dalam media am. Kita perlu mengambil iktibar tentang kesilapan masa lampau yang
mengorbankan sebahagian besar generasi muda kita melalui pelaksanaan PPSMI. Demikian juga,
fakta yang dikemukakan oleh Dr. Mohd. Puad Zarkhasi, seperti PPSMI gagal meningkatkan
penguasaan bahasa Inggeris para pelajar, kemerosotan keputusan Sains dan Matematik di
peringka Ujian Penilian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun
2008 sewajarnya dijadikan renungan dan asas keinsafan.
Badan yang bergerak atas nama Melayu sebagai golongan teras negara ini sewajarnya berfikir dan
bertindak atas dasar yang jelas, iaitu untuk mempertahankan dan memperkukuh dasar-dasar
negara yang sebahagiannya berasaskan golongan teras itu, termasuk kedudukan dan peranan
bahasa Melayu sebagai asas kenegaraan.
Walaupun , pengajaran sains (PPSMI) telah mula menampakkan hasil perlaksanaannya namun
atas gesaan dan tentangan dari pelbagai pihak PPSMI telah menemui jalan buntu. Peralatan ICT
yang mencecah jutaan ringgit hanya dapat digunakan dalam tempoh masa 6 tahun sahaja. Isu
pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) tampaknya masih terus
dibangkitkan oleh beberapa pihak meskipun Kementerian Pelajaran Malaysia telah memutuskan
bahawa program tersebut akan dimansuhkan pada tahun 2012 dan digantikan dengan program
Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkasakan Bahasa Inggeris (MBMMBI). Yang terkini ialah
seruan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) agar PPSMI diteruskan atas alasan lebih 50 peratus ibu
bapa setuju program itu diteruskan.
PENUTUP
Sebagai hujah ulangan yang telah sekian lama kita kemukakan, Dasar Bahasa Kebangsaan dan
Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan dua daripada beberapa dasar negara yang bermatlamat
membentuk makna diri atau jati diri dan juga perpaduan kebangsaan. Kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan negara telah diperundang-undangkan
dalam Akta Pendidikan 1961 dan kemudian Akta Pendidikan 1996.
Usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar hendaklah diupayakan
melalui pengajaran mata pelajaran bahasa itu, bukan melalui mata pelajaran lain. Cadangan
peningkatan dan penambahbaikan dalam sukatan pelajaran, bahan pengajaran dan pemelajaran,
kaedah pengajaran dan latihan guru bahasa Inggeris perlu dijadikan asas untuk mencapai harapan
peningkatan penguasaan bahasa Inggeris para pelajar. Maka itu, MBMMBI yang diputuskan oleh
Kementerian Pelajaran perlu diberi ruang dan kesempatan untuk dilaksanakan, bukan dengan
berpatah balik kepada pelaksanaan PPSMI.
RUJUKAN
Penyataan Media Prof. Dr. Awang Sariyan: Ulasan Gesaan JMM agar PPSMI Diteruskan Prof. Dr.
Awang Sariyan ; Penasihat Persatuan Linguistik Malaysia.;Mantan Penyandang Pertama Kursi
Pengajian Melayu Malaysia-China ; 15 September 2011
PERSATUAN Ibu Bapa untuk Pendidikan Malaysia (PAGE)
Nina Bascia et.al.(2000)
Sains dan Teknologi ditulis dalam Bahasa Inggeris (Hazita Azman, 2003)
The International Federation On Documentation (FID)
http://www.tutor.com.my/tutor/dunia.asp?y=2010&dt=0727&pub=DuniaPendidikan&sec=Berita&
pg=be_01.htm
About these ads

Anda mungkin juga menyukai