Anda di halaman 1dari 6

Kepentingan Bahasa Inggeris

Kepentingan Penggunaan Bahasa


Inggeris dalam pendidikan.

............Menjelang tahun 2003,


bahasa Inggeris telah mula
digunakan dalam pendidikan di
Malaysia. Sistem ini dimulakan
apabila bahasa Inggeris dijadikan
bahasa penghantar untuk mata
pelajaran sains dan matematik.
Pelaksanaannya dijalankan secara
berperingkat-peringkat yang
dimulakan kepada pelajar tahun 1
serta pelajar tingkatan 1.
Beberapa tahun kemudian, semua
pelajar sekolah rendah dan
sekolah menengah telah
menggunakan bahasa Inggeris
sepenuhnya dalam pendidikan
sains dan matematik. Biarpun
program ini diliputi dengan
pelbagai kontravesi namun
tindakan kerajaan melaksanakan
dasar penggunaan bahasa
Inggeris dalam pendidikan
memberi pelbagai kebaikan.

............Antara faedah menguasai


bahasa Inggeris dalam pendidikan
adalah bagi membolehkan pelajar
menguasai isi pelajaran yang
kebanyakannya bersumberkan
bahasa Inggeris. Sebagai
contohnya, memandangkan
beberapa mata pelajaran penting
seperti sains, matematik,
teknologi maklumat dan
sebagainya menggunakan bahasa
Inggeris maka kegagalan pelajar
menguasai bahasa ini akan
melemahkan penguasaan pelajar
dalam mata pelajaran yang
disebutkan tadi. Pepatah Melayu
pernah menyebut, “kalau tidak
dipecahkan ruyung, masakan
dapat sagunya”. Begitulah juga
halnya, jika penggunaan bahasa
Inggeris tidak dimulai dari
sekarang, selagi itulah para
pelajar akan ketinggalan dalam
mata pelajaran tersebut. Justeru,
penggunaan bahasa Inggeris
adalah amat perlu dikuasai agar
para pelajar dapat memperoleh
ilmu npengetahuan yang
kebanyakannya hanya dapat
diperoleh melalui kemahiran
berbahasa Inggeris.

............Selain itu, bahasa


Inggeris juga penting dalam
pendidikan di negara kita selaras
dengan objektif pendidikan yang
ingin melahirkan individu yang
mampu bersaing dalam dunia
global. Penguasaan bahasa
inggeris yang dimulakan dari
sekolah mampu melahirkan
individu yang dapat
berkomunikasi dengan berkesan
dengan individu lain dari seluruh
dunia. Sebagai contohnya,
kemahiran berbahasa Inggeris
amat penting apabila seseorang
individu ditugaskan di luar Negara
atau membawa misi negara di
luar negara. Kegagalan
berkomunikasi dengan berkesan
menggunakan bahasa Inggeris
akan menjejaskan pelbagai
peluang baik berupa peluang
ekonomi mahupun sosial.
Jelasnya, pendidikan bahasa
Inggeris di peringkat sekolah
mampu melahirkan individu yang
“berdiri sama tinggi dan duduk
sama rendah” dengan masyarakat
lain di seluruh dunia.

............Penggunaan bahasa
Inggeris dalam pendidikan juga
penting kerana dengan
penguasaan bahasa tersebut para
pelajar yang mendapat keputusan
peperiksaan baik dapat
berpeluang untuk melanjutkan
pelajaran di luar Negara.
Memandangkan bahasa Inggeris
telah diterima sebagai bahasa
antarabangsa, kebanyakan
universiti teragung di seluruh
dunia menggunakan bahasa
Inggeris sebagai bahasa
penghantar. Jika seseorang
pelajar dapat menguasai bahasa
tersebut dengan baik maka
peluang mereka untuk
melanjutkan pelajaran ke luar
negara adalah lebih cerah.
Sebagai contohnya, institusi
pendidikan swasta seperti
kebanyakan institusi pendidikan
swasta di negara kita juga telah
mengimplementasi penggunaan
bahasa inggeris sebagai bahasa
penghantar mereka di institusi
pendidikan tinggi swasta. Oleh
yang demikian, para pelajar yang
bercita-cita untuk melanjutkan
pelajaran ke institusi pendidikan
tinggi perlulah menguasai bahasa
Inggeris dengan baik.

............Pada masa yang sama,


penggunaan bahasa Inggeris juga
penting kepada para pelajar bagi
tujuan mendapatkan pekerjaan
pada masa depan. Perlu diingat
bahawa majikan akan lebih
tertarik untuk mengambil pekerja
yang mampu berkomunikasi
dalam pelbagai bahasa
termasuklah berbahasa Inggeris.
Sebagai contohnya, pekerjaan
dalam bidang telekomunikasi,
penyiaran, teknologi maklumat
dan sebagainya amat
memerlukan penggunaan bahasa
Inggeris. Oleh itu, lepasan
sekolah atau universiti yang
mahir berbahasa Inggeris lebih
mudah mendapat pekerjaan
berbanding dengan mereka yang
kurang menguasai bahasa
Inggeris. Tambahan pula, mereka
yang mahir berbahasa Inggeris
lebih diminati oleh majikan dari
syarikat-syarikat besar yang
biasanya menawarkan
pendapatan lebih lumayan.
Jelasnya, bahasa Inggeris amat
penting dipelajari di sekolah demi
memanfaatkan pelajar bagi
tujuan membina kerjaya pada
masa yang akan datang.

______Sementara itu, kemajuan


ekonomi negara yang telah
melepasi sempadan negara,
mengakibatkan Malaysia
memerlukan penduduk yang
mampu berbahasa Inggeris
dengan baik agar dapat bersaing
dengan mereka dari seluruh
dunia. Pendidikan bahasa Inggeris
amat penting bagi melahirkan
masyarakat yang dapat
berkomunikasi dengan
masyarakat antarabangsa.
Sebagai contohnya, perkongsian
dalam bidang ekonomi, sosial
mahupun bidang teknologi
memerlukan mereka yang mahir
berbahasa Inggeris. Umumnya,
mereka yang gagal menguasai
bahasa ini akan berdepan dengan
pelbagai rintangan yang dapat
mengganggu komunikasi serta
boleh menggagalkan peluang
yang tersedia pada peringkat
antara bangsa. Justeru,
pendidikan bahasa Inggeris di
sekolah berperanan membina
masyarakat yang lebih berdaya
saing pada peringkat global suatu
hari nanti.

______Intihanya, bahasa Inggeris


merupakan bahasa yang amat
perlu dipelajari dan dikuasai oleh
semua pelajar. Seseorang yang
dapat menguasai bahasa ini akan
lebih berkeyakinan dan mampu
merebut peluang yang tersedia
sama ada pada peringkat nasional
atau pada peringkat antara
bangsa. Namun begitu, biar
bagaimana penting sekalipun
bahasa Inggeris ini digunakan
oleh masyarakat antarabangsa
namun penggunaan bahasa
Malaysia sebagai bahasa rasmi
negara amat perlu dipertahankan
dan dipertingkatkan martabatnya.
Kita tidak mahu bahasa rasmi kita
pupus akibat kelalaian kita
mengagungkan bahasa Inggeris
umpama kata pepatah Melayu
“yang dikejar tak dapat, yang
dikendong keciciran”.