Anda di halaman 1dari 2

Malah, individu yang sanggup mempelajari bahasa Inggeris akan mendapati diri

mereka lebih senang memperoleh peluang pekerjaan terutama dalam era globalisasi ini.
Majikan zaman ini lebih meminati pekerja yang mampu menguasai lebih banyak bahasa
kerana mereka mudah untuk berurusan dengan pengguna dan boleh dihantar bekerja di mana-
mana cawangan syarikat tersebut di seluruh dunia. Diri seseorang yang menguasai bahasa
asing ini juga boleh memohon pekerjaan di dalam dan di luar negara kerana sedar bahasa
bukanlah penghalang lagi. Sesungguhnya, pekerja yang mahir dalam pelbagai bahasa akan
mendapati diri mereka senang memperoleh kerja.

Malahan, kemahiran dalam bahasa Inggeris telah dilihat sebagai satu tuntutan era
globalisasi ini. Maknanya, mereka yang menguasai bahasa Inggeris ini dilihat sebagai unik,
menarik, dan berkebolehan berbanding dengan individu yang hanya tahu bertutur dalam
bahasa ibunda mereka. Kemahiran sebegini menjadikan diri mereka lebih sesuai untuk
menghadapi pelbagai cabaran yang timbul akibat perubahan dalam pemikiran dan cara
manusia menjalani kehidupan harian mereka itu. Maka, berbahasa Inggeris itu dilihat sebagai
satu keperluan utama dalam menjalani kehidupan zaman moden ini.

Pada masa yang sama, individu yang boleh bertutur dalam bahasa Inggeris akan
mudah menyesuaikan diri mereka dalam sebarang suasana, situasi dan tempat. Mereka tidak
akan berasa janggal apabila berada dalam majlis yang menggunakan bahasa Inggeris tersebut.
Pemahaman tentang sesuatu perkara juga akan menjadi lebih mudah kerana mereka boleh
menjelaskan maksud bahasa asing itu ke dalam bahasa ibunda dengan lebih tepat. Lantaran
itu, penguasaan bahasa luar ini menjadikan manusia itu lebih mudah untuk menyesuaikan
dirinya dalam sebarang situasi dan tempat.

Sementara itu, kemajuan ekonomi negara yang telah melepasi sempadan negara,
mengakibatkan Malaysia memerlukan penduduk yang mampu berbahasa Inggeris dengan baik
agar dapat bersaing dengan mereka dari seluruh dunia. Pendidikan bahasa Inggeris amat
penting bagi melahirkan masyarakat yang dapat berkomunikasi dengan masyarakat
antarabangsa. Sebagai contohnya, perkongsian dalam bidang ekonomi, sosial mahupun bidang
teknologi memerlukan mereka yang mahir berbahasa Inggeris. Umumnya, mereka yang gagal
menguasai bahasa ini akan berdepan dengan pelbagai rintangan yang dapat mengganggu
komunikasi serta boleh menggagalkan peluang yang tersedia pada peringkat antara bangsa.
Justeru, pendidikan bahasa Inggeris di sekolah berperanan membina masyarakat yang lebih
berdaya saing pada peringkat global suatu hari nanti.

Intihanya, bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat perlu dipelajari dan
dikuasai oleh semua pelajar. Seseorang yang dapat menguasai bahasa ini akan lebih
berkeyakinan dan mampu merebut peluang yang tersedia sama ada pada peringkat nasional
atau pada peringkat antara bangsa. Namun begitu, biar bagaimana penting sekalipun bahasa
Inggeris ini digunakan oleh masyarakat antarabangsa namun penggunaan bahasa Malaysia
sebagai bahasa rasmi negara amat perlu dipertahankan dan dipertingkatkan martabatnya. Kita
tidak mahu bahasa rasmi kita pupus akibat kelalaian kita mengagungkan bahasa Inggeris
umpama kata pepatah Melayu “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran”. 

Kesimpulannya, masyarakat Malaysia termasuk golongan pendidikan kurang


menggunakan bahasa Inggeris disebabkan tidak menguasai bahasa Inggeris. Oleh yang
demikian hal ini yang menyebabkan mereka kurang berminat untuk menggunakan Bahasa
Inggeris sebagai bahasa komunikasi dalam hal seharian. Seperti yang kita sedia maklum,
semua manfaat yang dihuraikan memang boleh diperoleh apabila seseorang itu menguasai
bahasa Inggeris.Masyarakat harus berfikiran ke hadapan dan harus sedar bahawa sikap
mempelajari bahasa Inggeris ini bukanlah sesuatu yang negatif tetapi satu perkara yang bijak
untuk diamalkan pula. Masyarakat yang berpandangan jauh akan mula memahirkan diri
mereka dalam menguasai bahasa Inggeris sebelum terlewat. Bak kata pepatah, tepuk dada
tanya selera yang menjelaskan bahawa sikap mempelajari bahasa Inggeris ini banyak
ditentukan oleh sikap seseorang itu sendiri.

Anda mungkin juga menyukai