Anda di halaman 1dari 6

2.1.

6 Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme

Pendekatan konstruktivisme dalam pembelajaran dapat melahirkan pelajar yang boleh


membina pemahaman dan pengetahuan baru mereka sendiri secara aktif berdasarkan
pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin,
dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat. Konstruktivisme menekankan pemikiran
kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran yang autentik, serta pembinaan
pengalaman melalui interaksi sosial. Pembelajaran Konstruktivisme berasaskan format 5E seperti
berikut:

1. Engage (menghubungkait) - merangsang rasa ingin tahu murid dengan memberikan


tugasan , mengemukakan soalan dan mencetuskan minat.

2. Explore (meneroka) - memenuhi rasa ingin tahu melalui penyiasatan, pertanyaan,


menggalakkan kerja berkumpulan dan menjalankan eksperimen.

3. Explain (menerangkan) - menerangkan konsep, istilah, menyoal balas penerangan,


meminta bukti dan alasan dan penjelasan.

4. Elaborate (menghuraikan) - mengembangkan konsep dalam konteks lain, membuat dan


meneliti hubung kaitan konsep / topik dalam perkara lain serta membuat hubung kaitan konsep /
topik dengan situasi sebenar.

5. Evaluate (menilai) - menguji kefahaman murid, menunjukkan kefahaman atau


pengetahuan konsep, mengukur pengetahuan dan kemahiran murid dan mengemukakan soalan
terbuka.

2.1.7 Kemahiran Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran ini adalah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman
sendiri individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran kontekstual disampaikan dalam
persekitaran yang pelbagai secara konkrit yang melibatkan latihan amal adab berfikir.
Pembelajaran berlaku apabila murid-murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan dan
pengalaman baru secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dengan kehidupan
mereka. Antara prinsip pembelajaran kontekstual ialah:

1. kandungan pelajaran disampaikan dalam persekitaran yang pelbagai

2. berpusatkan murid

3. menekankan pembelajaran secara konkrit

4. berasaskan kecekapan dengan melibatkan latih amal (hands-on) dan berfikir

5. menekankan interaksi

6. pembelajaran koperatif

7. akses kepada maklumat

3.0 PERLAKSANAAN AKTIVITI KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH DALAM


PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU

Sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran perkara yang perlu diambil kira
ialah perancangan yang teliti di peringkat awalnya. Perancangan yang dibuat perlulah mengikut
huraian sukatan pelajaran yang dipilih bagi memudahkan pelaksanaan pengajaran dan
pembelajaran yang akan dibuat. Oleh itu, dalam menjalankan perlaksanaan aktiviti kemahiran
bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan kemahiran
bernilai tambah yang telah dipilih, saya menggunakan kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi. Tujuan penggunaan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi ini adalah
untuk meninjau sejauh mana pembelajaran bernilai tambah ini dapat meningkatkan penguasaan
murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu serta dapat menguasai kemahiran asas Teknologi
Maklumat sejajar dengan pembelajaran abad ke 21. Kemahiran bernilai tambah yang digunakan
oleh guru dapat dapat menarik minat serta membantu pelajar mengingat dan memperkukuh
penguasaan Bahasa Melayu.
Sebagai contoh, guru menetapkan objektif pelajaran berdasarkan hasil pembelajaran
Tahun 1 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), kemahiran mendengar dan bertutur,

1.4: Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada
pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila dan

1.4.2: Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan kata panggilan dengan tepat bagi
keluarga asas dalam situasi formal dan situasi tidak formal secara bertatasusila.

3.1    Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

Dalam meningkatkan penguasaan kemahiran murid dalan kata nama ini, guru telah

menggunakan menggunakan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi iaitu guru

menggunakan power point untuk memberi penerangan kepada murid dan murid juga

menggunakan kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi untuk menyiapkan tugasan

yang diberi.

Aktiviti yang dijalankan

  Empat aktiviti yang dijalankan iaitu

a) Menjawab soalan guru di dalam kumpulan.

b) Membaca dan menyebut perkataan yang diberikan oleh guru.

c) Menyiapkan hasil kerja menggunakan komputer

d) Latihan kuiz secara individu

3.2 Perlaksanaan aktiviti pengajaran


Aktiviti pembelajaran bernilai tambah bermula dengan guru menayangkan slaid
menggunakan power point dan menyampaikan kandungan pelajaran untuk satu topik kecil dan
memberi tunjuk ajar topik kata nama. Kemudian guru bersoal jawab dengan murid tersebut dan
meminta murid memberikan kata nama yang terdapat dalam Bahasa Melayu. Selepas itu guru
meminta murid untuk membaca kata nama yang ditayangkan di slaid power point. Kemudian
guru bertanya kepada murid untuk memberikan contoh-contoh lain jenis-jenis kata nama yang
terdapat dalam bahasa Melayu melalui perbincangan dalam kumpulan untuk menyelesaikan
tugasan yang diberi. Pada masa ini kemahiran mendengar dan bertutur digunakan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Murid mendengar soalan yang diajukan oleh guru dan seterusnya
menjawab soalan guru itu tadi. Seterusnya, murid diberi masa untuk membuat tugasan secara
berkumpulan di dalam kelas untuk menaip kata nama dalam power point. Seorang murid
dikehendaki menaip satu kata nama. Kemudian, guru menyemak tugasan mereka semasa sedang
mneyiapkan tugasan. Setelah itu, guru membincangkannya di dalam kelas. Apabila selesai satu
topik kecil, murid menjawab secara individu soalan kuiz pendek yang memakan masa 30 minit.

Daripada hasil menggunakan kaedah pembelajaran menggunakan Teknologi


Maklumat dan Komunikasi, kemahiran bernilai tambah ini begitu sesuai dengan masalah atau
isu yang sedang dihadapi ketika ini iaitu kekeliruan menggunakan kata nama dengan betul. Ini
kerana, daripada penggunaan pembelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi koperatif
ini dapat membantu murid dalam permasalahan pembelajaran mereka.
.

Di samping itu juga, penilaian formatif juga boleh dijalankan untuk mengukur tahap
pencapaian murid terhadap hasil pembelajaran yang menjadi objektif dalam pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan ini. Contohnya, apabila seorang murid diminta melakonkan
semula atau membuat improvisasi berdasarkan tayangan yang diperlihatkan, penilaian bukan
sahaja dibuat dari segi kebahasaan (ketepatan memilih kata dan kelancaran sebutan), malah guru
boleh meletakkan ukuran kreativiti dan penghayatan untuk menilai tahap kecerdasan kinestatik.
Di sini jelas menunjukkan bahawa kemahiran bernilai tambah diintegrasikan dengan isi pelajaran
teras (hasil pembelajaran) secara terancang pada waktu pengajaran dapat membantu peningkatan
pembelajaran murid. Bagi mengendalikan pengajaran demikian, guru harus bijak memilih dan
menggunakan teknik pengajaran yang sesuai supaya kemahiran bahasa dan kemahiran generik
dikuasai murid. Perkara-perkara berikut perlu diingat dalam aktiviti dan langkah pengajaran dan
pembelajaran semasa mengintegrasikan kemahiran bernilai tambah. Oleh sebab itu kemahiran
Teknologi dan Komunikasi dipilih dalam aktiviti pengajaran ini kerana ia bersesuaian dengan
aktiviti yang dicadangkan.

Selain daripada itu, setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P), pasti ada
penyerapan komponen Kemahiran Bernilai Tambah (KBT). Tujuannya adalah bagi memastikan
murid mencapai objektif pembelajaran di samping pengisian kurikulum yang direncanakan oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) tercapai. Fungsi KBT adalah memastikan unsur positif
dan mapan yang terkandung dalam kurikulum sebelumnya sekaligus melahirkan pendidikan
yang berkualiti. Dalam aktiviti dan langkah P & P bahasa Melayu yang dirancang, komponen-
komponen kemahiran bernilai tambah yang diserapkan dapat memberi pengalaman dan
pengetahuan tentang sesuatu kemahiran yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian
murid-murid. Misalnya, kemahiran belajar cara belajar yang mengandungi aspek mengingat
jangka panjang serta kemahiran mendengar.

4.0 Kesimpulan

Oleh itu, kemahiran bernilai tambah yang diintegrasikan secara penyerapan dalam
Kurikulum Bahasa Melayu yang mengabungjalinkan hasil pembelajaran dengan kemahiran
bahasa, tatabahasa dan kosa kata menjadi prinsip asas dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu. Kemahiran bernilai tambah merupakan asas yang penting untuk melahirkan
murid yang bersedia untuk menghadapi kehidupan di dunia yang sebenar. Wajarlah, kemahiran
ini diserapkan dalam pengajaran khasnya mata pelajaran Bahasa Melayu supaya murid dapat
memahami dan menggunakannya di masa depan. Di samping itu juga, guru-guru memerlukan
pengetahuan dan kemahiran profesional untuk merancang pengujian, memerhatikan
pembelajaran, menganalisis dan menginterpretasi pembelajaran, memberi tindak balas kepada
murid-murid dan menyokong murid-murid dalam dalam pengujian kendiri. Guru-guru juga
haruslah disokong untuk mempertingkatkan kemahiran ini dalam melalui perkembangan staf
secara berterusan.
(3 784 patah perkataan)

Anda mungkin juga menyukai