Anda di halaman 1dari 6

d)    Guru hendaklah memikirkan tentang keperluan belajar para pelajar.

Keperluan belajar pelajar-pelajar di sini bukanlah bermaksud bahasa itu dipelajari


sebagaimana ia dipilih, digred dan dipersembahkan serta diamalkan, tetapi ianya
disampaikan dalam bentuk supaya para pelajar dapat menambah pengetahuannya dari
semasa ke semasa. Untuk mewujudkan satu pembelajaran yang berkesan dan licin, para
pelajar mestilah diperkenalkan dengan unit-unit pembelajaran. Unit-unit pembelajaran ini
walaupun sedikit, tetapi harus mengandungi benda-benda baru. Selain daripada itu, unit-
unit pembelajaran tadi mestilah berkaitan antara satu sama lain. Pelajar-pelajar boleh
mengembangkan pengetahuan mereka dengan mengaitkan apa yang dipelajari itu dengan
pengalaman atau pengetahuan yang diperolehi daripada pelajaran-pelajaran yang lalu.
Keperluan belajar sebenarnya tidak terhad kepada pertimbangan-pertimbangan terhadap
bahasa tetapi para pelajar memerlukan juga keperluan-keperluan intelek dan emosi.
Pembelajaran bahasa bukanlah mudah. Pelajar-pelajar memerlukan galakan, motivasi dan
pelbagai rangsangan yang lain. Ini sebahagian besarnya adalah tugas guru, tetapi bahan-
bahan pengajaran boleh membantu dengan menggunakan perkara-perkara yang
dirangsang secara intelektual. Satu lagi perkara yang perlu diingat oleh guru-guru ialah
bahan-bahan mestilah boleh digunakan untuk sesi pengajaran secara kelas, berkumpulan
dan individu. Ini adalah kerana, pelajar-pelajar juga harus dilayan secara individu dan
sebagai ahli kumpulan bergantung kepada beberapa faktor, termasuklah jenis latihan
yang mereka jalankan, kemahiran yang sedang dilakukan atau strategi pembelajaran yang
diperuntukkan kepadanya.  
 
e)    Guru hendaklah memikirkan tentang perkaitan antara aspek bahasa, proses
pembelajaran dan pelajar. Ketiga-tiga aspek ini adalah penting dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa. Ketiga-tiganya mestilah ditekankan sama rata. Bahan-bahan
pengajaran tidak sepatutnya hanya menekankan kepada aspek-aspek bahasa dan
penggunaannya tetapi harus juga mengambil kira tentang perkembangan pelajar. Namun
begitu patutlah diketahui, tiada satupun cara belajar yang terbaik dan biasanya para
pelajar menggunakan strategi pembelajaran yang berlainan, kerap menukar strategi dari
semasa ke semasa.
Pendekatan yang baru dalam proses pembelajaran sekarang lebih cenderung
berpusatkan individu, iaitu yang berkaitan dengan kehendak dan emosi seseorang dan
tidak menumpukan perhatian kepada gejala-gejala yang menghalang pembelajaran.
Namun begitu, proses pembelajaran, walaupun menarik tidak dapat membantu pelajar
melainkan jika diamalkan dengan cara yang sistematik dan komprehensif. Aktiviti-
aktiviti jika diwujudkan janganlah hanya sekadar untuk mewujudkan suasana gembira,
tetapi harus mengambil kira nilainya sebagai latihan-latihan pembelajaran bahasa.
Memanglah perkara-perkara yang dilakukan oleh pelajar-pelajar kita di dalam kelas itu
menarik dan menyeronokkan(enjoyable) tetapi mereka seharusnya dirawat dari segi
potensi pengajaran bahasa mereka.
 
f)     Guru hendaklah menggunakan penggerak pelajar-pelajar untuk memudahkan
pembelajaran mereka. Pelajar yang mempunyai penggerak untuk mempelajarai sesuatu
akan dapat mempelajarinya dengan lebih mudah jika dibandingkan dengan mempelajari
sesuatu yang tidak diminatinya. Penggerak yang berkesan timbul daripada keperluan
yang ditunjukkan oleh minat murid. Walaupun manusia belajar untuk tujuan memenuhi
keperluan hidup tetapi minat terhadap perkara-perkara yang belum diketahuinya dapat
ditimbulkan dengan mengaitkan perkara itu dengan perkara-perkara yang diminatinya.
Oleh sebab itu, guru hendaklah memulakan pengajarannya dengan perkara-perkara yang
telah diketahui oleh para pelajar dan dari situ membawa kepada perkara-perkara yang
lebih mendalam yang menguatkan minat dan keperluan sedia ada.

4.0 Penutup
Cerpen Ramadhan Terakhir sangat menarik dan amat sesuai untuk dijadikan
sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran kerana cerpen ini memberi pengajaran yang
berguna kepada masyarakat. Cerpen ini memberi kesedaran kepada masyarakat betapa
perlunya kita menghargai ibu bapa kita semasa mereka masih ada di dunia ini. Ini
memberi pengajaran kepada para pelajar supaya menjadi orang yang berguna dan dapat
membalas jasa ibu bapa apabila mereka berjaya nanti. Para pelajar juga akan sedar betapa
besar pengorbanan seorang ayah dan ibu dan sangat luas kasih sayang yang mereka
curahkan kepada anak-anak. Oleh itu, para pelajar juga akan sedar betapa pentingnya
menjaga hati mereka dan mencurahkan kasih sayang dengan sebaiknya kepada ibu bapa
mereka.

Cerpen merupakan satu pengajaran yang menarik untuk dipelajari walaupun ia


sedikit sukar untuk difahami oleh murid-murid. Namun begitu sekiranya guru
memainkan peranannya, ia akan dapat menarik minat murid-murid agar memberi
perhatian yang baik semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Sekaligus murid
akan dapat memahami tajuk cerpen dengan lebih jelas. Guru perlulah mempelbagaikan
kaedah, teknik dan cara mengikut prinsip-prinsip kesesuaian cerpen yang ada agar
objektif pengajaran itu tercapai. Dengan penerangan yang jelas serta teknik yang sesuai,
murid-murid akan dapat memahami perkara-perkara yang berkaitan dengan aspek yang
dipelajari.

Selain tujuan kita ingin memupuk minat murid terhadap karya-karya


sastera terutamanya karya sastera tempatan, guru perlu juga memotivasi dirinya sendiri
agar lebih kerap menggunakan dan mengenal karya-karya sastera yang pelbagai ini. Guru
perlu rajin dalam mencari sumber lain selain daripada hanya bergantung kepada
penggunaan buku teks sahaja.

Akhirnya, untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera aktiviti berterusan
juga perlu diusahakan bukan sahaja di bilik darjah, malahan aktiviti susulan di luar darjah
seperti, pihak sekolah mengadakan pertandingan mendeklamasikan sajak, berbalas
pantun, berpidato, peraduan berbahas dan menulis cerpen. Dengan yang demikian
khazanah kesusasteraan kita akan sentiasa disanjung dan menjadi kebanggaan oleh
generasi masa kini.

Kesimpulannya, jelas menunjukkan bahawa kesedaran antara pendidik khasnya


para guru tentang kepentingan dunia sastera dalam pendidikan semakin menyerlah
disamping adanya unsur Komsas dalam matapelajaran Bahasa Melayu. Keupayaan guru-
guru dalam membuat pertimbangan yang betul dalam pemilihan kaedah mengajar
terhadap bahan kesusasteraan dalam Komsas merupakan salah satu aspek yang penting
yang menjamin pencapaian matlamat dan objektif pendidikan dan keberkesanan
pengajaran Komsas dalam bilik darjah.

 
5.0 Rujukan
1. Abd Aziz Abd Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

2. Arazmi Seman. (1994). Ulasan Dan Kajian Kesusasteraan Melayu SPM. Pulau
Pinang:Pustaka Delta Pelajaran Sdn Bhd.

3. Che Zainon Omar, Samsuddin Mahmod, Faziah Sulaiman, Mohd Fauzi Abdullah,
Abdul Hamid Mukri & Jamilah Ahmad et. Al. (2004). Modul Pengajaran &
Pembelajaran KOMSAS Tingkatan 4 dan 5. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa &
Pustaka.

4. Dr. Nadzeri Isa. (2013). Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu. Selangor Darul
Ehsan: Open Universiti Malaysia.
5. Institut Bahasa. (1992). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa & Pustaka

6. Ishak Ramly. (2003). Teknik Mengajar Sastera. Bentong; PTS Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

7. Zainon Omar et.al. (2004). Modul Pengajaran Dan Pembelajaran KOMSAS


Tingkatan 4 dan %. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

8. http://cikgu-ghafar.blogspot.com/

9. http://fadzilpunyablog.blogspot.com/2011/01/analisis-cerpen-lambaian-malar-
hijau.html

10. http://miqaelarshad.blogspot.com/2012/03/koleksi-cerpen-miqael-arshad.html

Anda mungkin juga menyukai