Anda di halaman 1dari 3

1.

0 Pengenalan

Bahasa Inggeris sememangnya penting bagi merealisasikan hasrat kerajaan untuk


memajukan negara bagi mencapai Wawasan 2020 supaya setanding dengan negara lain.
Penggunaan dan penguasaan Bahasa Inggeris hendaklah dititikberatkan kerana bahasa
Inggeris merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan secara meluas. Penggunaan Bahasa
Inggeris di Malaysia diajar secara formal dan dimasukkan sebagai silibus pada seawal
pendidikan pra-sekolah (Siti Hamim Stapa, Nadzrah Abu Bakar dan Rozmel Abdul Latiff ,
2007). Mata pelajaran Bahasa Inggeris wajib diambil oleh semua pelajar dari darjah satu
hingga tingkatan lima. Malah, penggunaan bahasa Inggeris juga diperhebatkan di universiti-
universiti tempatan dalam proses pembelajaran. Bahasa Inggeris juga merupakan bahasa
yang paling utama atau bahasa nombor satu dunia. Ia dilihat sebagai bahasa yang
membolehkan penduduk dunia berinteraksi secara mudah dan berkesan di era perkembangan
pesat dan teknologi moden seperti pengenalan televisyen satelit, telefon selular dan rangkaian
komputer malahan hampir 99 peratus maklumat dalam internet adalah dalam bahasa Inggeris
(Ahmad Zahri Jamil, 2002).

Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi
berdasarkankepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berpengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara (Kementerian Pelajaran Malaysia).’ Ia
menjelaskan penggunaan Bahasa Inggeris bukan hanya untuk memenuhi keperluan dan
pendidikan asas semata-mata, namun yang lebih penting ia dapat membantu di dalam
keperluan pekerjaan dan sosial individu di masa akan datang. Penggunaan Bahasa Inggeris
adalah satu cabaran dalam sistem pendidikan kerana ia merupakan bahasa asing dalam sistem
pendidikan Malaysia.

Menurut Kern (2000), kebanyakan program bahasa asing bertujuan untuk


memperkembangkan kompetensi pelajar dalam bidang ini. Dalam era globalisasi dan dunia
tanpa sempadan, graduasi perlu melengkapkan diri dari segala aspek untuk menerajui
pentadbiran negara kita. Graduasi yang cemerlang dilahirkan oleh pusat pengajian yang
terdiri dari pensyarah yang serba boleh. Menurut Azizi Yahaya, Shahrin Hashim dan
Fadhlina Mohd Azizuddin (2010), penggunaan bahasa Inggeris di dalam bidang sains dan
teknologi, perubatan perdagangan dan lain-lain memang jelas, lebih-lebih lagi dalam era
globalisasi dan pengetahuan-ekonomi.

Kemahiran dalam komunikasi pula dilihat merangkumi komunikasi secara lisan,


bertulis dan mendengar. Komunikasi adalah mengenai jelas, padat, fokus, mendengar,
menyesuaikan dan menyampaikan mesej kepada individu lain. Definisi komunikasi iaitu
proses di mana manusia menghantar dan menerima mesej serta manusia berkongsi atau
bertukar idea, pendapat dan maklumat (Mohd Yahya Mohamed Ariffin, 2010). Di dalam
dunia pekerjaan, kemahiran dalam komunikasi merupakan kekuatan kepada sesebuah
organisasi atau syarikat. Komunikasi seseorang pekerja dilihat berkesan apabila mesej yang
disampaikan boleh difahami dengan jelas dan tepat oleh penerima. Komunikasi dilihat oleh
majikan antara kemahiran yang perlu ada oleh pekerja atau graduates kerana komunikasi
amat penting di tempat kerja sama ada komunikasi di antara pengurus dengan pekerja,
komunikasi pekerja dengan pengurus, komunikasi sesama pekerja dan komunikasi dengan
pelanggan (Mohd Yahya Mohamed Ariffin, 2010). Contohnya, dalam sektor perkhidmatan.
Kemahiran komunikasi memainkan peranan yang penting untuk mengeratkan hubungan
dengan pelanggan. Keupayaan berkomunikasi dengan baik juga memudahkan pekerja
menyesuaikan diri dengan pelbagai pihak termasuk pihak pengurus atasan, rakan sekerja,
pelanggan dan orang awam (Mohd Yahya Mohamed Ariffin, 2010). Keadaan ini akan
memberi kesan yang baik kepada perkembangan dan nama syarikat.

Dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi, komunikasi bahasa Inggeris


banyak digunakan seolah-olah ia menjadi satu hakikat bahawa untuk memperolehi ilmu dan
maklumat mesti menerusi bahasa Inggeris. Ini menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa
teknologi yang sangat penting. Toh Wah Seng (2005) berpendapat kualiti guru merujuk
kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Sikap ialah faktor yang sukar dikawal.
Ilmu dan kemahiran dapat diubah melalui program-program perkembangan profesionalisme.
Mereka perlu menghadiri pelbagai kursus dalam melengkapkan diri dengan seribu satu
kebolehan untuk diwarisi oleh pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi. Kualiti guru merujuk
kepada ilmu pengetahuan, kemahiran dan sikap guru. Sikap ialah faktor yang sukar dikawal.
Ilmu dan kemahiran dapat diubah melalui program-program perkembangan profesionalisme.

Saya bersetuju bahawa ramai rakyat Malaysia mempunyai kesukaran berkomunikasi


dalam Bahasa Inggeris ditempat kerja terutamanya ia berkaitan dengan perkara-perkara
mengenai perniagaan.

Anda mungkin juga menyukai