Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan

Mengikut Huraian Sukatan Pelajaran KBSM Bahasa Melayu, Kemahiran Bernilai


Tambah (KBT) mengutamakan pengalaman bilik darjah yang sesuai dengan situasi kehidupan
dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Sebenarnya, kurikulum Bahasa Melayu
menyepadukan pelbagai kemahiran supaya dapat memenuhi keperluan semasa pengajaran dan
pembelajaran. Kemahiran Bernilai Tambah merupakan aspek yang sangat utama dalam
menjadikan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. Di mana Kemahiran Bernilai Tambah
ini sebenarnya merujuk ‘dunia sebenar’ seseorang pelajar. Kemahiran ini yang merangkumi
kemahiran berfikir, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kemahiran belajar cara
belajar, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan
pembelajaran kontekstual. Namun begitu, guru masih tidak dapat menggunakan kemahiran ini
sepenuhnya walaupun semua kemahiran ini wajar diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Menurut Kamarudin Hj. Husin (1995), kemahiran bernilai tambah merupakan satu
kemahiran yang diajarkan dalam bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam suasana dunia
sebenar murid dan dalam senario dunia yang global. Kemahiran bernilai tambah ini turut
melibatkan aktiviti-aktiviti yang memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti
mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Berdasarkan kepada definisi yang diberikan oleh
beliau ini, barulah dapat kita fahami bahawa kemahiran bernilai tambah ini merupakan sebarang
kemahiran yang boleh diajarkan kepada murid-murid dalam membantu meningkatkan keupayaan
dan potensi individu seseorang murid. Pelaksanaan atau penerapan kemahiran bernilai tambah ini
terhadap murid-murid seharusnya menjadi unsur atau nilai tambah terhadap diri murid-murid
untuk diaplikasikan dalam suasana sebenar murid tersebut iaitu dalam kehidupan seharian murid.

Tuan Jah Tuan Yusof (2011), juga telah sependapat dengan Kamarudin Hj. Husin(1995),
berkaitan takrifan kemahiran bernilai tambah ini. Beliau juga memberikan definisi yang sama
seperti takrifan sebelumnya yang memberi makna bahawa kemahiran bernilai tambah merupakan
satu kemahiran yang diajarkan kepada murid dan juga dapat diaplikasikan dalam keadaan dunia
sebenar. Namun begitu, beliau turut menambah bahawa kemahiran bernilai tambah ini adalah
sama dengan kemahiran generik. Kemahiran generik juga menjadi kemahiran yang dinamakan
sebagai kemahiran bernilai tambah. Manakala, dari segi pelaksanaan pula, pendekatan dan teknik
serta kaedah tertentu perlu digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Oleh itu, dapat kita fahami juga bahawa kemahiran bernilai tambah merupakan
kemahiran yang menjadi nilai tambah atau dapat digunakan oleh murid dalam meningkatkan
pemahaman dan keupayaan serta kebolehan diri mereka. Sebenarnya, kemahiran bernilai tambah
ini di dapati daripada kemahiran generik. Ia telah diubahsuaikan dengan sedikit pengubahsuaian
berdasarkan kaedah dan teknik pengajaran yang bersesuaian. Berdasarkan definisi yang telah
diberikan berkaitan kemahiran bernilai tambah ini, dapat kita simpulkan pengertian tersebut
mengikut pemahaman kita iaitu kemahiran bernilai tambah merupakan sebarang kemahiran yang
dapat diajarkan kepada murid-murid sebagai nilai tambah dalam memahirkan dan meningkatkan
keupayaan dan potensi diri mereka untuk kemajuan diri.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), bagi menerapkan kemahiran bernilai


tambah ini ke dalam diri setiap pelajar, terdapat beberapa komponen dalam kemahiran bernilai
tambah. Komponen-komponen inilah yang disebut sebagai kemahiran bernilai tambah yang
digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk diterapkan kepada pelajar melalui aplikasi
teknik dan kaedah pengajaran tertentu. Rasional Pengintegrasian Kemahiran Bernilai Tambah
dalam Kurikulum Semakan Kementerian Pelajaran mengambil kira saranan UNESCO dalam The
Treasure Within´ Report to UNESCO of the International Commision on Education for
theTwenty-first Century Learning´ (1995). Laporan ini telah mengemukakan konsep
pembelajaran seumur hidup sebagai syarat dalam menempuh cabaran abad ke-21 dan empat asas
utama pendidikan yang berikut:

a) Belajar untuk mengetahui (learning to know). Penggabungan pendidikan umum


dengan beberapa mata pelajaran terpilih yang dapat memberikan ruang untuk pendidikan seumur
hidup.

b) Belajar untuk membuat (learning to do). Kebolehan untuk menghadapi pelbagai


situasi alam pekerjaan serta mampu bekerja dalam satu pasukan.

c) Belajar untuk hidup bersama (learning to live together). Rasa persefahaman terhadap
orang lain melalui sejarah, tradisi dan nilai kerohanian mereka dan semangat saling bergantung
untuk kesejahteraan dan keharmonian hidup bersama.
d) Belajar menjadi insan sempurna (learning to be). Keupayaan berdikari dan
mengamalkan pertimbangan dengan rasa tanggungjawab dalam usaha mencapai matlamat
bersama.

Empat tunggak utama pendidikan ini menggariskan pendekatan untuk membangunkan


dan mempertingkatkan potensi individu seoptimum mungkin. Tunggak pertama dan kedua iaitu,
belajar untuk mengetahui dan belajar untuk membuat menjelaskan keperluan mengintegrasikan
kemahiran bernilai tambah yang releven dengan kehidupan semasa dan akan datang dengan
kandungan kurikulum teras merentas mata pelajaran dan disiplin ilmu. Gabungan kecekapan dan
pengetahuan yang diperolehi daripada sesuatu bidang ilmu atau matapelajaran, serta kemahiran
generik yang dikuasai oleh individu pelajar membolehkannya menjalankan tanggungjawab
mereka sebagai warganegara secara efisien dalam situasi perubahan teknologi yang berterusan.

Kemahiran bernilai tambah alaf baru mengutamakan pengalaman dibilik darjah sesuai
dengan situasi kehidupan dunia sebenar serta senario dunia yang global. Sehubungan itu,
kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan kemahiran lain agar dapat memenuhi keperluan
semasa pengajaran dan pembelajaran. Kemahiran Bernilai Tambah merupakan suntikan baru
kepada pengisian kurikulum, selain mengekalkan elemen pengisian kurikulum yang sedia ada
seperti penyerapan nilai murni, ilmu, kewarganegaraan dan patriotism serta peraturan
sosiobudaya. Tidak dapat dinafikan bahawa kemahiran bernilai tambah yang diterapkan secara
eksplisit dalam kurikulum semakan memperlihatkan komitmen Kementerian Pelajaran
Malaysian ke arah melahirkan pendidikan yang berkualiti.

Di samping itu juga, kepentingan pengajaran bernilai tambah merupakan salah satu cara
untuk memenuhi konsep pembelajaran seumur hidup dan menempuh cabaran abad ke-21.
Dengan adanya kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran kajiaan masa depan, pelajar dapat
bersedia untuk menghadapi segala masalah dan juga cabaran pada masa depan. Ini disebabkan
kaedah kajian masa hadapan merupakan satu pendekatan pengajaran yang mendidik pelajar agar
lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan
masa hadapan. Ini menunjukkan, pelajar dapat membuat ramalan, menjangka akibat, serta
mengendalikan perubahan. Selain itu, kemahiran bernilai tambah yang disarankan dalam
pengisian kurikulum sukatan pelajaran dapat memberi ilmu pengetahuan kepada murid-murid
secara tidak langsung. Biarpun murid ini tidak mempelajari kemahiran muzik dan kemahiran
berfikir misalnya, namun kesan penyerapan itu dapat diambil positif oleh setiap pengguna
kurikulum sukatan pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.

2.0 KONSEP KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)

Kurikulum Bahasa Melayu menyepadukan banyak kemahiran untuk memenuhi kehendak


pengajaran dan pembelajaran. Hal ini berdasarkan kepada perkara-perkara yang dinyatakan
dalam huraian sukatan pelajaran sekolah rendah dan falsafah pendidikan kebangsaan. Kemahiran
bernilai tambah merupakan aspek yang sangat penting dalam pengajaran dan pembelajaran
supaya berjalan lancar. Kemahiran bernilai tambah adalah kemahiran yang diajarkan di bilik
darjah serta dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan senario dunia global. Kemahiran
ini yang merangkumi pelbagai subkemahiran di bawahnya dapat membantu meningkatkan
keupayaan atau potensi pelajar daripada segala aspek.

Definisi Dalam Kamus Dewan (Edisi Keempat), kemahiran dinyatakan sebagai


kecekapan atau kepandaian tentang sesuatu perkara. Nilai pula ditakrifkan sebagai kualiti, kadar
atau taraf yang dimiliki oleh sesuatu sama ada benda, manusia atau apa saja bentuk entiti dan
tambah ditakrifkan sebagai sesuatu yang ditokok pada sesuatu yang lain supaya menjadi lebih
banyak. Pelaksanaan atau penerapan kemahiran bernilai tambah ini terhadap murid-murid
seharusnya menjadi unsur atau nilai tambah terhadap diri murid-murid untuk diaplikasikan
dalam suasana sebenar murid tersebut iaitu dalam kehidupan seharian murid.

Di sini, dapat kita fahami juga yang mana kemahiran bernilai tambah merupakan
kemahiran yang menjadi nilai tambah atau dapat digunakan oleh murid dalam meningkatkan
pemahaman dan keupayaan diri mereka. Sebenarnya, kemahiran bernilai tambah ini diadaptasi
daripada kemahiran generik dengan sedikit pengubahsuaian berdasarkan kaedah dan teknik
pengajaran yang bersesuaian.

Konsep dan prinsip Kemahiran Bernilai Tambah yang digariskan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia sejajar dengan kemahiran generik. Dalam literatur pendidikan, istilah
kemahiran generik sering diutarakan bagi menggambarkan kemahiran bernilai tambah yang
mana mempunyai pengertian yang arbitrari. Gagne mentakrifkan kemahiran generik sebagai
strategi kognitif sepertimana yang dinyatakan oleh para sarjana kognitif yang merujuknya
sebagai ilmu bebas domain. Stasz (1990) mentakrifkan kemahiran generik sebagai suatu literatur
pendidikan umum tentang keupayaan kognitif seperti belajar cara belajar, menganalisis dan
menyelasaikan masalah, inovasi dan komunikasi. Pengguna atau pekerja yang memiliki
kemahiran generik dapat mempelajari aplikasi baru yang disampaikan kepadanya dengan mudah.
Dalam hal ini kemahiran generik dilihat sebagai sangat penting namun masih kurang diberikan
penekanan. Bagi definisi yang diberikan di sini pula, kita memahami bahawa kemahiran generik
ini telah dikhususkan pemahamannya sebagai sebuah keupayaan kognitif iaitu melibatkan
kemahiran belajar, penyelesaian masalah dan komunikasi.

Kemahiran Bernilai Tambah merupakan kemahiran umum yang diaplikasikan merentas


semua domain mata pelajaran di sekolah rendah dan menengah. Kemahiran Bernilai Tambah
memerlukan masa yang lebih panjang untuk dikuasai berbanding dengan ilmu atau kemahiran
dalam mata pelajaran tertentu. Kemahiran Bernilai Tambah merupakan kemahiran yang
diperolehi melalui aplikasi kemahiran generik, serta melalui aplikasi pendekatan, kaedah dan
teknik tertentu dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kemahiran Bernilai
Tambah terdiri daripada:

1. Kemahiran berfikir

2. Kemahiran belajar cara belajar

3. Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)

4. Kajian masa depan

5. Kecerdasan pelbagai

6. Pembelajaran konstruktivisme

7. Pembelajaran kontekstual

Anda mungkin juga menyukai