Anda di halaman 1dari 2

Seperkara lagi, Motivasi Rabey (2001), mentakrifkan motivasi sebagai pemanduan ke

arah pemikiran yang positif dalam kalangan individu. Individu itu mencipta motivasi untuk
diri sendiri. Motivasi didorong oleh pergerakan tindak balas terhadap diri masing-masing.
Motivasi akan bertindak responsif terhadap tiga syarat iaitu neutral, maju atau sebaliknya.
Ransangan dalaman mahupun luaran mampu menjadikan seseorang bermotivasi. Dalam
konteks kajian terhadap keberkesanan penggunaan Bahasa Inggeris, motivasi menjadi kayu
pengukur kepada setiap individu dalam menguasai Bahasa Inggeris. Dalam kajian Feng
(2008), motivasi ekstrinsik didefinisikan sebagai pelbagai bentuk ransangan luar dan
persekitaran yang mempengaruhi peningkatan Bahasa Inggeris yang baik. Manakala motivasi
intrinsik tidak berlaku daripada ransangan persekitaran luaran. Oleh itu terdapat ramai rakyat
Malaysia yang kurang berkeyakinan menggunakan Bahasa Inggeris mereka dalam
komunikasi di tempat kerja kerana mereka kurang motivasi dalam diri mereka. Mereka juga
kurang motivasi untuk menggunakan bahasa Inggeris kerana mereka mengandaikan bahawa
sekiranya mereka menggunakan bahasa tersebut akan melambatkan proses komunikasi
semasa membuat urusan.

Di samping itu, sikap juga mempengaruhi keberkesanan penggunaan Bahasa


Inggeris di tempat kerja. Sikap Menurut Arbuthnott (2009), pengetahuan saintifik dan
maklumat umum dapat mendidik masyarakat dan seterusnya berpotensi untuk mempengaruhi
sikap dalam kalangan masyarakat tersebut. Kajian ini juga menunjukkan bahawa usaha untuk
pendidikan umum akan menjadi lebih berkesan dalam memotivasikan perubahan sikap
seseorang individu. Oleh itu, sewaktu proses pembelajaran, guru perlulah memberi dorongan
atau motivasi kepada pelajar supaya memperolehi pemahaman yang berkesan. Ini kerana
hasil yang diperolehi semasa pembelajaran akan dapat digunakan semasa alam pekerjaan.
Sekiranya sikap yang menyebabkan kurangnya keberkesanan penggunaan Bahsa Inggeris
adalah sikap yang kurang minat terhadap Bahasa Inggeris ini maka akan terdapat ramai
rakyat Malaysia yang kurang berminat menggunakan Bahasa inggeris sebagai bahasa
komunikasi mereka walaupun ada yang dapat bertutur. Ini akan melumpuhkan komunikasi
Bahasa Inggeris dalam bidang pekerjaan seharian. Dalam kajian Boske (2007), beliau
mendapati ada kolerasi positif di antara sikap dan tindakan daripada kepelbagaian
masyarakat. Beliau menjelaskan bahawa apabila semakin banyak para pengawal masyarakat
majmuk, maka semakin tinggi kemungkinan bahawa tindakan mereka akan mencerminkan
kepelbagaian pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk bekerja sama dengan
budaya dan bahasa yang terdiri daripada pelbagai populasi.

3.0 Kebaikan komunikasi dalam bahasa Inggeris

Bahasa Inggeris telah dilihat sebagai bahasa yang tidak digunakan secara meluas
atau kerap oleh seseorang itu. Penggunaan bahasa asing terutama bahasa Inggeris mula
mendapat tempat dalam kalangan pelajar dan pihak media massa turut mempromosikan
penggunaan bahasa ini. Sebenarnya, bahasa Inggeris ada membawa banyak manfaat kepada
seseorang itu. Sudah pasti kebaikan utama seseorang yang mahir dalam bahasa asing ialah
diri mereka lebih mudah untuk menguasai sesuatu ilmu tersebut. Banyak bahan kajian
terutama dalam bidang teknologi dan sains yang diterbitkan dalam bahasa asing terutama
bahasa Inggeris. Ilmu yang ada dalam bahan bacaan ini hanya boleh dikutip oleh pembaca
yang mahir dalam bahasa Inggeris tersebut. Jadi, mereka yang menguasai bahasa luar boleh
mempelajari pelbagai bidang ilmu yang amat penting itu.

Selain itu, penguasaan bahasa Inggeris juga membolehkan manusia untuk


berhubung dengan masyarakat dunia luar pula. Komunikasi yang lancar dan baik boleh
dilaksanakan jika kedua-dua individu yang terlibat dalam perbualan itu memahami satu
bahasa terutama bahasa Inggeris. Maksud dan isi tersirat yang wujud dalam komunikasi itu
akan dapat difahami dengan tepat jika individu terbabit memahami dan menguasai bahasa
Inggeris secara mendalam. Jelaslah, penguasaan bahasa Inggeris memudahkan komunikasi
dengan masyarakat luar berlaku dalam suasana yang baik terutama dalam urusan perniagaan,
politik dan sosial pula.

Anda mungkin juga menyukai