Anda di halaman 1dari 4

“Alhamdulillah, saya sihat aje seadaanya, kenapa, mak?

Teknik penceritaan atau plot yang lain ialah teknik monolog dalaman. Teknik
monolog dalaman iaitu bermonolog atau bercakap dalam hati telah digunakan dalam
cerpen ini. Monolog dalaman telah digunakan semasa Haji Fuad memujuk Hajah Salmah
supaya tidak bersedih apabila anak-anaknya mengatakan tidak dapat pulang beraya
bersama mereka. Contoh penggunaan teknik monolog dalaman dalam pembinaan plot
cerpen ini ialah:
            Hati ayahnya berputis syahdu, bersyair di dalam hati, berlagu rindu tatkala
ruang itu kian sempit, mudah sekali terguris apatah lagi ia dicalar-calarkan dengan
sikap dan perangai anak-anaknya itu.
‘Anakku, tidak pernah terlintas difikiran ayah untuk melupakanmu dan tidak pernah
sekali rasa itu ditinggal mati, apatah lagi untuk ayah cuba membunuh perasaan ini bila
rindu bertamu. Dahulu pernah sekali ayah cuba mengusir rasa itu tapi begitu mudah ia
datang kembali, apabila potret anak-anak ayah ditatapi. Pulanglah…pulanglah nak…
ayah tetap berbangga kerana anak ayah berjaya dalam hidup, pulanglah nak… kerana
ayah tetap berbesar hati melihat anak ayah menjadi anak yang soleh dan solehah,
pulanglah nak.. ibumu di sini selalu pedih mengalirkan air mata mengenangmu yang
tidak pernah mahu pulang di aidilfitri..’

2.3 Watak dan Perwatakan

Penulis telah memperkenalkan dan menonjolkan beberapa watak dan perwatakan


setiap watak dalam cerpen Ramadhan Terakhir ini dengan baik. Penulis tidak
menonjolkan terlalu banyak watak dalam cerpen ini. Ini menunjukkan penulis hanya
ingin pembaca terus memberi perhatian terhadap watak dan perwatakan watak utama di
samping watak-watak sampingan yang lain dalam memberi lebih rasa dan hidupnya
cerpen yang telah dikarangnya ini.
Watak dan perwatakan yang terdapat dalam cerpen ini bermula dengan watak
utama iaitu Asyura. Asyura merupakan seorang anak angkat yang tinggal di kampung
bersama dengan keluarga angkatnya. Dia telah kehilangan keluarga kandungnya yang
mana telah meninggal dalam satu kebakaran. Bapa angkatnya merupakan sahabat kepada
ayah kandungnya.
Perwatakan Asyura dalam cerpen ini ialah seorang anak yang baik.  Selain itu,
Asyura juga mempunyai perwatakan sebagai seorang yang mempunyai jiwa yang halus
dan sensitif. Asyura mempunyai jiwa dan hati yang begitu sensitif walaupun pada
zahirnya kelihatan dia begitu tabah. Ini dibuktikan apabila dia mengenangkan sikap
abang dan kakak angkatnya yang tidak mengambil berat tentang ibu bapa angkatnya
hatinya menjadi sayu dan sedih akan perkara tersebut namun ia tidak menunjukkan reaksi
yang seumpama itu.
Asyura juga merupakan seorang anak muda yang bertanggungjawab. Watak
Asyura merupakan seorang yang penuh dengan tanggungjawab walaupun dia merupakan
anak bongsu dalam keluarga tersebut tetapi sikap matangnya begitu menyerlah. Hal yang
demikian dapat dibuktikan apabila Asyura merasa dirinya sangat bertanggungjawab
untuk menjaga dan memelihara ibu bapanya yang mula dimamah usia.
Cerpen ini juga turut memuatkan watak sampingan sebagai penguat jalan cerita
dan berperanan penting dalam perkembangan plot sesebuah cerpen. Antara watak
sampingan cerpen Ramadhan Terakhir ini ialah Hajah Salmah. Watak Hajah Salmah
adalah sebagai seorang isteri dan ibu tua yang mempunyai sebuah keluarga.
Hajah Salmah mempunyai perwatakan seperti mengambil berat dan
bertanggungjawab terhadap anak-anaknya. Hajah Salmah sangat mengambil berat
terhadap anak-anaknya dan sangat mementingkan pendidikan dan merasa satu kerugian
pada mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan pendidikan dalam hidup. Hal
yang demikian dapat dibuktikan apabila anak-anaknya berjaya dengan pekerjaan yang
baik di kota dan mempunyai keluarga yang bahagia.
Hajah Salmah juga merupakan seorang yang penyayang. Ini dibuktikan apabila
dia menjaga dan mendidik anak angkatnya dengan penuh kasih sayang. Anak angkatnya
iaitu Asyura tidak rasa tersisih berada dalam keluarga tersebut kerana dia dilimpahi
dengan kasih sayang yang secukupnya. Dia dijaga oleh Hajah Salmah seperti anak
kandungnya sendiri.
Watak sampingan yang seterusnya ialah Haji Fuad. Watak Haji Fuad sebagai
suami kepada Hajah Salmah dan bapa kepada anak-anaknya. Perwatakan Haji Fuad
adalah seorang yang sabar dan redha dengan apa yang sedang berlaku. Ini dapat dilihat
apabila dia menyabarkan hati Hajah Salmah dengan sikap anak-anak mereka walaupun
dia sendiri sebenarnya berasa amat rindu untuk bertemu dengan anak-anaknya.
Watak Haji Fuad juga adalah seorang yang bertanggungjawab. Ini dapat
dibuktikan dengan kejayaan yang diperolehi oleh anak-anaknya dan mempunyai keluarga
yang baik. Dia dapat mendidik dan membesarkan anak-anaknya sehingga mereka dapat
pekerjaan di ibu kota. Dia juga bertanggungjawab menjaga anak angkatnya dengan baik.
Haji Fuad juga seorang yang penyayang dimana dia dapat mencurahkan kasih sayang
sepenuhnya kepada anak-anaknya. Dia memberi kasih sayang yang sama rata terhadap
anak kandungnya dan anak angkatnya. Ini terbukti apabila Asyura merasa kasih sayang
yang sepenuhnya apabila berada di dalam keluarga tersebut.
Watak sampingan yang seterusnya adalah anak-anak Haji Fuad dan Hajah Salmah
iaitu Syida dan Shukri. Perwatakan mereka dalam cepen ini ialah seorang yang tidak
bertanggungjawab terhadap ibu bapa mereka. Ini dapat dibuktikan apabila Hajah
Salmah yang terpaksa menelefon anak-anak mereka untuk bertanya khabar dan
bertanyakan tentang kepulangan mereka untuk menyambut Hari Raya. Mereka juga tidak
bertanya khabar ibu bapa mereka sama ada sihat atau sebaliknya.

2.4 Latar

Latar yang terdapat dalam cerpen Ramadhan Terakhir ini terbahagi kepada 3 latar
iaitu latar masa, tempat dan masyarakat. Berikut adalah latar-latar yang  terdapat dalam
cerpen ini iaitu latar masa, tempat dan masyarakat.
Latar masa yang terdapat dalam cerpen Ramadhan Terakhir ini ada banyak latar
masa. Antara latar masa yang terdapat dalam cerpen ini ialah cerpen ini berlangsung
dalam jangka masa satu malam sahaja iaitu semasa Syida cuba memujuk suaminya
semasa dia sedang menggosok baju. Selain itu, latar  masa ialah pada seminggu yang
lepas, iaitu semasa Hajah Salmah menelefon anak-anaknya untuk bertanya khabar dan
kepulangan pada Hari Raya. Latar masa berikutnya ialah pada malam raya dimana
menunjukkan Syida membuat persiapan Hari Raya dan Haji Fuad yang berada disurau.
Seterusnya ialah latar tempat. Cerpen ini berlatarkan hanya pada beberapa tempat
sahaja. Latar tempat yang terdapat dalam cerpen ini ialah di rumah Asyura iaitu rumah
Haji Fuad dan Hajah Salmah. Latar tempat yang berikutnya ialah rumah Shida dan Shukri
dimana menunjukkan Shida dan Shukri berbincang dengan pasangan mereka untuk
pulang ke kampung menyambut Hari Raya. Latar tempat yang seterusnya adalah di surau
tempat Haji Fuad sembahyang berjemaah.
Latar yang terakhir ialah latar masyarakat. Latar masyarakat yang terdapat
dalam cerpen ini ialah masyarakat kampung. Masyarakat orang kampung telah
digambarkan melalui watak Haji Fuad dan Hajah Salmah. Kehidupan masyarakat
kampung yang seronok menyambut hari lembaran dimana kanak-kanak riang bermain
mercun. Mereka juga akan menziarahi sahabat handai semasa hari lebaran dimana penulis
mengatakan Asyura telah menyediakan duit raya kepada kanak-kanak yang akan beraya
di rumah mereka. Mereka masih mengekalkan adat dan tradisi sejak  berzaman dimana
masyarakat saling kunjung mengunjungi semasa menyambut Hari Raya.
Latar masyarakat seterusnya ialah masyarakat yang mengambil berat tentang
jiran tetangga. Ia ditunjukkan semasa orang kampung membawa jasad Haji Fuad untuk
pulang ke rumah. Masyarakat yang mementingkan sikap tolong-menolong di antara satu
sama lain dimana orang kampung berkumpul di rumah Haji Fuad untuk membacakan
Yassin dan mententeramkan Asyura yang terkejut denga kepemerrgian ibu bapa
angkatnya dalam waktu yang sama.

 2.5 Gaya Bahasa

Melalui cerpen Ramadhan Terakhir ini, kita dapat teliti dan lihat bahawa bahasa-
bahasa yang digunakan dalam cerpen ini amat mudah dan senang difahami. Dialog
banyak digunakan oleh pengarang terutama dalam melahirkan ketegangan yang berlaku.
Contohnya:

“Abang..” sebut Syida lembut.

“Awak jangan bercakap dengan saya!” tengking Marzan.

Anda mungkin juga menyukai