Anda di halaman 1dari 3

Intihanya, semua warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan sekolah.

Dalam hal ini, guru,pelajar-pelajar dan kakitangan sekolah perlu bersama-sama menjaga
persekitaran sekolah supaya bersih dan ceria.

7.0  ASPEK KESELAMATAN

Konsep keselamatan diri perlu dilihat berdasarkan aspek emosi dan fizikal. Dalam aspek
emosi, keselamatan diri dipersepsi sebagai seseorang itu berasa selesa dan mesra terhadap gerak
balas dirinya terhadap orang lain seperti keluarga, rakan dan masyarakat sekitarnya. Aspek
fizikal pula melibatkan seseorang itu bebas daripada penderitaan atau kesakitan yang berpunca
daripada kecederaan. Keselamatan diri boleh didefinisikan sebagai keupayaan seseorang untuk
melindungi dirinya daripada mendapat kemudaratan secara fizikal dan mental, sebagai gerak
balas terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam dirinya serta di sekelilingnya.
Keselamatan kanak-kanak di dalam sekolah ini adalah selamat dan terkawal. Ini adalah kerana
pihak sekolah mengenal pasti punca-punca awal di sekolah yang berisiko mengancam
keselamatan warga sekolah.

7.1 ASPEK KESELAMATAN DALAM BILIK DARJAH DAN MAKMAL

          7.1.1 Ruang Pembelajaran


Ruang dalam kelas berfungsi untuk merangsang pembelajaran kanak-kanak. Ia berupaya
memantapkan peningkatan kemahiran kognitif seperti kemahiran berbahasa, kemahiran berfikir
dan kemahiran bersosial. Nilai-nilai murni yang ditanamkan di kalangan kanak-kanak seperti
bekerjasama, bertolak ansur dan keyakinan diri. Selain itu, ruang ini juga berfungsi
untuk membolehkan kanak-kanak menjalankan pembelajaran kendiri mengikut tahap kebolehan
mereka.

Ruangan ini dalam pemerhatian saya di pantau oleh guru sepenuhnya. Tidak terdapat sebarang
alatan yang bersepah yang boleh membahayakan kanak-kanak jika terpijak atau terlanggar.
Sampah juga tidak ada. Oleh sebab itu ruangan pembelajaran ini bersih dan selamat untuk
digunakan.  Jenis-jenis ruang dalam kelas dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu pusat
pembelajaran seperti Pusat Bahasa dan Komunikasi, Pusat Kreativiti dan Estetika, Pusat
Kognitif, Pusat Manipulatif, Pusat Teknologi, Pusat Main Peranan serta Pusat Kerohanian dan
Moral dan  Ruang Berkumpul.
          7.1.2  Infrastruktur Bilik Darjah
Susun atur perabot alaf 21 bukan sahaja bukan sahaja setakat bersih dan ceria tetapi
mestilah memudahkan pergerakan kanak-kanak dalam kelas berjalan lancar. Susun atur perabot
juga tidak melindungi pandangan guru untuk melihat pergerakan pelajar. Secara umumnya,
komponen utama dalam infrastruktur sesebuah bilik darjah ialah pelannya dari segi reka bentuk,
saiz serta peralatan atau kelengkapan yang terdapat di dalamnya.
.

          7.1.3  Alat-Alat Bantu Mengajar


Alat-alat bantu mengajar merupakan alat yang kerap digunakan oleh guru dalam
memperkukuhkan kaedah pengajaran mereka. Penggunaan ICT pada masa kini seperti projektor
LCD, komputer riba dan pelbagai perisian komputer memerlukan pengendalian yang teliti kerana
alatan ini menggunakan kuasa elektrik untuk beroperasi. Risiko-risiko kemalangan yang boleh
berlakua akibat daripada penggunaan alat-alat bantu mengajar di dalam bilik darjah ialah
renjatan elektrik dan kebakaran. Oleh itu, guru memainkan peranan semasa dengan mengawasi
alatan ini supaya kejadian yang tidak diingini berlaku. Pihak sekolah perlulah selalu melakukan
penyenlenggaraan secara berkala dan sempurna supaya dapat menjaga keselamatan murid dan
sekolah.

        7.1.4  Prosedur Keselamatan


Prosedur keselamatan disekolah iaitu tahu, faham dan buat perlu diingatkan kepada
semua warga sekolah. Tahu dan faham bermaksud semua pihak iaitu pelajar dan guru
mengetahui dan memahami sebab peraturan dan panduan diwujudkan. Buat pula bermaksud
patuh dan melakukan apa yang digariskan dalam setiap peraturan.

8.0 ASPEK KESELAMATAN PERSEKITARAN SEKOLAH


Keselamatan pelajar dalam persekitaran sekolah adalah selamat dan terkawal.
Persekitaran sekolah yang berteraskan kepada empat elemen iaitu kecantikan, keindahan,
keselamatan dan keselesaan (4K) amat berguna dalam membentuk dan menjamin suasana yang
kondusif terhadap aspek pengajaran dan pembelajaran. Setiap kawasan di persekitaran yang ada
di luar bangunan ini diwujudkan untuk kemudahan pelajar. Keselamatan semasa menggunakan
persekitaran sekolah ini sudah pun difikirkan oleh pihak sekolah. Oleh itu, terdapat beberapa
hazard atau risiko yang perlu diambil berat agar keselamatan pelajar dan juga guru terjamin.
Terdapat tiga jenis risiko iaitu risiko persekitaran, risiko peralatan dan risiko tingkah laku.
Konsep SAFE digunakan dalam penjagaan keselamatan di sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai