Anda di halaman 1dari 6

“Jangan macam ni bang...

“Saya kata jangan cakap apa-apa dengan saya!” tengking Marzan lagi.

Gaya bahasa yang seterusnya ialah metafora. Metafora merupakan perbandingan


yang tidak jelas tidak melibatkan kata-kata seperti, bak, umpama, ibarat dan
sebagainya.Contoh bagi gaya bahasa ini yang terdapat dalam cerpen ialah:

“Tapi abang janji jangan marah..” ulang Syida lagi dengan mempamerkan
wajah yang diselubungi awan kerisauan. Marzan pula berkerut dahi
memerhatikan Syida.

“Belum apa-apa lagi abang dah berkerut dahi,”ujar Syida sambil mengelap
manik-manik peluhnya itu.

Cerpen ini juga turut memuatkan gaya bahasa simile. Gaya bahasa ini merupakan
unsur perbandingan terhadap sesuatu keadaan dan lazimnya menggunakan kata-kata
seperti laksana, umpama, ibarat, macam, seperti dan sebagainya. Contoh penggunaan
gaya bahasa ini dalam cerpen ialah :

Sungguh bagai dikata

Melalui cerpen Ramadhan Terakhir ini juga, terdapat penggunaan peribahasa


dalam cerpen ini. Contoh penggunaan peribahasa ialah :

seperti kacang lupakan kulit


bagaikan mencurah air di daun keladi.

Gaya bahasa lain yang terdapat dalam cerpen ini juga termasuklah gaya bahasa
pengulangan (anafora). Gaya bahasa ini bermaksud pengulangan pada permulaan
ayat ungkapan, baris dan rangkap. Contoh penggunaan gaya bahasa ini dalam cerpen
ialah :
·         . Pulanglah nak..pulanglah nak..ayah tetap berbangga kerana anak ayah berjaya
dalam hidup

Pengarang juga turut memuatkan puisi untuk mengindahkan lagi bahasa cerpen
ini. Contohnya:

Hari ini kami pergi..


kami telah tinggalkan semua ini,
Hari ini kami telah pergi,
Semua ini tidak akan bermakna lagi,
Esok hari di aidilfitri,
Hanya sekadar impian hati yang tidak akan kesampaian,
Kerana kami telah pergi untuk menghadap ILAHI…
Hari ini kami pergi, 
di Ramadhan terakhir kali,
Sedekahkanlah bacaan yasin agar terubat rindu ini.

2.6    Nilai dan Pengajaran


Melalui pembacaan cerpen Ramadhan Terakhir ini, kita telah mendapat banyak
pengajaran dan nilai-nilai murni. Buka bertujuan sekadar untuk mengisi masa lapang dan
peneman di kala kesunyian, cerpen ini juga telah menyelitkan beberapa unsur-unsur
tentang nilai dan pengajaran yang dapat kita jadikan tauladan dan pembimbing dalam
menjalani kehidupan di dunia dan mendapat berkat di akhirat kelak.

2.6.1        Nilai
Antara nilai yang terdapat dalam cerpen Ramadhan Terakhir ini ialah nilai kasih
sayang. Nilai ini dapat dilihat pada Haji Fuad dan Hajah Salmah yang menyayangi anak
angkat mereka seperti anak-anak mereka yang lain.
Disamping itu juga, nilai yang terdapat dalam cerpen ini ialah nilai
kemasyarakatan. Antara nilai kemasyarakatan yang ditonjolkan ialah sikap tolong
menolong. Dalam hidup bermasyarakat, sikap saling tolong menolong sesama insan dan
masyarakat amatlah perlu bagi mengekalkan keharmonian dan keamanan hidup berjiran.
Contoh yang dapat diambil ialah apabila masyarakat bersama-sama menolong
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Asyura apabila kedua-dua ibu bapa
angkatnya meninggal secara tiba-tiba. Selain itu, terdapat juga nilai kebudayaan dalam
cerpen ini. Antara nilai kebudayaan yang ditonjolkan oleh pengarang ialah
tentang kegigihan. Kegigihan amat perlu dalam setiap individu dalam mencapai sesuatu
yang dikehendaki kerana kejayaan tidak akan datang dengan sendirinya. Kita perlu
mencontohi sikap anak-anak Hajah Salmah yang berusaha dengan gigih dalam menuntut
ilmu sehingga beliau berjaya dalam hidup dan mendapat pekerjaan yang baik dibandar.
Nilai kebudayaan yang seterusnya ialah tentang jasa dan pengorbanan. Hal yang
demikian bermaksud sedang kita ingin mencapai sesuatu, kita juga telah membuat jasa
dan pengorbanan dalam mengharapkan hasil yang lebih baik bukan sahaja untuk diri kita,
tetapi pada orang lain. Tetapi jangan lupa untuk terus menghargai jasa dan pengorbanan
ini. Ini ditunjukkan oleh Haji Fuad dan Hajah Salmah yang sanggup berkorban mendidik
dan membesarkan anak-anak mereka dan juga anak angkat mereka dengan baik hingga
menjadi orang yang berjaya.

2.6.2       Pengajaran

Pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam cerpen ini melalui hasil pembacaan


cerpen tersebut ialah kita perlu menghargai dan menyayangi kedua ibu bapa kita
selagi mereka masih ada. Sebagai seorang anak, kita sepatutnya tahu mengenai
kepentingan untuk menjaga hati dan perasaan ibu bapa kita. Mereka telah banyak
berkorban dan berjasa kepada kita dengan menjaga dan mendidik kita hingga menjadi
orang yang berguna. Oleh itu kita haruslah membalas jasa mereka dengan menunjukkan
rasa hormat, kasih sayang, menghargai dan mengambil berat tentang mereka.
Selain itu, pengajaran bagi cerpen ini ialah kita mestilah berusaha bersungguh-
sungguh dalam pelajaran agar dapat menjadi orang yang berjaya dan berguna
dalam hidup. Dalam mencapai sesuatu kejayaan, resepinya ialah kesungguhan dan
keazaman dan hasilnya kejayaan yang dapat kita manfaatkan bukan sahaja kepada diri,
malahan kepada masyarakat, bangsa dan negara. Ini dapat dilihat pada anak-anak Haji
Fuad yang berjaya dalam kehidupan mereka.
Melalui cerpen ini juga, pengajaran lain yang dapat kita teladani ialah kita
hendaklah tahu menghargai jasa seseorang. Apabila seseorang berjasa kepada kita,
tiada wang ringgit dan harta yang dapat membalas jasa mereka. Cukup sekadar kita
menghargai jasa mereka. Janganlah kita bertindak seperti kacang lupakan kulit. Seperti
Asyura yang tidak melupakan jasa ibu bapa angkatnya.
Begitu juga dengan pertolongan dan bantuan hendaklah diberi dengan jujur
dan ikhlas terhadap mereka yang memerlukan bantuan. Orang kampung yang ikhlas
membantu menguruskan jenazah Haji Fuad dan Hajah Salmah dengan baik. Ini kerana
keadaan Asyura yang tidak keruan serta anak-anaknya yang lain tidak ada disisi mereka.

3.0 Prinsip-prinsip
Prinsip-Prinsip Kesesuaian Bahan Cerpen Untuk Pengajaran
3.1    Kesesuaian bahan dengan matlamat dan objektif pengajaran dan
pembelajaran.Pemilihan bahan-bahan pengajaran harus menitikberatkan objektif
pembelajaran para pelajar. Objektif harus ditentukan dahulu, selaras dengan tujuan
keseluruhan program pengajaran, dan kemudian bahan-bahan diolah dan dipilih supaya
ianya sesuai dan berhubung dengan objektif tersebut. Tujuan program pengajaran
haruslah menentukan bahan-bahan yang akan digunakan dan bukan sebaliknya.
 
3.2   Bahan haruslah mengandungi unsur-unsur yang berkaitan dengan Falsafah
Pendidikan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bertujuan untuk
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu bagi
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.
Bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang dipilih sepatutnya mestilah boleh
membantu pelajar untuk memperkembangkan potensi mereka. Ini bermakna, bahan-
bahan itu haruslah mengandungi unsur-unsur intelek(pengetahuan) dan nilai-nilai murni
yang dipercayai Dapat mewujudkan insan yang boleh bertindak dan berfikir secara
dewasa. Pemilihan bahan-bahan haruslah bermatlamatkan kepada pendidikan dan
pembentukan individu yang menyeluruh dan bersepadu.
 
3.3    Kesedaran guru akan kegunaan bahasa dan pilih bahan-bahan pengajaran
yang boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa itu secara efektif.
Pengajaran guru mestilah mengambil kira apa yang hendak dipelajari oleh setiap orang
pelajar, iaitu apa yang mereka akan lakukan dengan ilmu yang telah diperolehi setelah
tamat belajar. Pelajar-pelajar perlu dibimbing untuk menyedari bahawa pembelajaran dan
aktiviti-aktiviti di sekolah adalah sebahagian daripada kehidupan mereka. Sesungguhnya
amat merugikan jikalau pelajaran yang dipelajari itu hanya tinggal dibangku sekolah
sahaja dan tidak ada pertaliannya dengan kehidupan seharian.
Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, apa yang perlu diperhatikan ialah
perbezaan di antara pengelibatan dalam latih tubi bahasa, berdialog atau main peranandi
satu bahagian dan satu bahagian lagi kebolehan menggunakan dalam situasi yang sebenar
Seperti kebolehan melahirkan pendapat dan perasaan tentang keadaan dan kejadian
sebenar kepada seseorang apabila berhubung. Pelajar yang melibatkan diri dalam teknik
simulasi di bilik darjah dan boleh pula mengaitkannya dengan proses interaksi dan
mengeluarkan pendapat adalah contoh yang sebenar aktiviti komunikasi.
Pada akhir pembelajaran, pelajar-pelajar akan tahu bagaimana cerpen boleh
berfungsi sebagai bahasa ilmu dan bahan kesedaran. Oleh itu, pelajar-pelajar harus
diperkenalkan dengan aspek sintaksis dan semantik dalam situasi untuk membolehkan
mereka faham akan penggunaannya. Semasa penyampaian bahan pengajaran dilakukan,
aktiviti yang dipelbagaikan harus diwujudkan supaya pelajar-pelajar mendapat latihan
yang cukup untuk menggunakan satu-satu struktur itu dalam situasi yang sebenar. Dalam
latihan ini, pelajar-pelajar digalakkan mengeluarkan pendapat sendiri.

Anda mungkin juga menyukai