Anda di halaman 1dari 5

2.

1 JENIS-JENIS KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH (KBT)

2.1.1 Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir diajarkan kepada murid-murid melalui soalan dan aktiviti yang
memerlukan pemikiran kritis dan kreatif dalam aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan
menulis. Kemahiran berfikir sama ada dari segi mengkonsepsikan idea, menyelesaikan masalah
atau membuat keputusan adalah penting dalam kehidupan harian dan kerjaya murid pada masa
depan. Antara kemahiran berfikir yang perlu diserapkan dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa ialah:

1. Mencirikan

2. Mengelaskan, mengumpulkan mengkategorikan

3. Menghubungkaitkan

4. Membandingkan dan membezakan

5. Menyusun mengikut keutamaan

6. Menentukan urutan

7. Mengenalpasti kenyataan benar dan palsu

8. Membezakan fakta dan pendapat (I think, Ibelieve, I feel, In my opinion)

9. Menganalisis

10. Mengesan kecondongan pendapat

11. Mengenalpasti sebab dan akibat

12. Meramalkan

13. Mensintesiskan

14. Mengitlak

15. Menganalogikan
16. Membuat inferens

17. Membuat kesimpulan

18. Menginterpretasikan, mentafsirkan

19. Menilai

20. Menjana idea

21. Mereka cipta

22. Merumuskan, meringkaskan

23. Menyelesaikan masalah

24. Membuat keputusan untuk membolehkan murid-murid menguasai kemahiran


tersebut, alat berfikir seperti penyusunan grafik, soalan (bertumpu, bercapah dan lingkaran
soalan) serta peta minda perlu digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran .

2.1.2 Kemahiran Belajar Cara Belajar

Kemahiran Belajar Cara Belajar diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap
teknik pembelajaran yang berkesan. Kemahiran Belajar yang perlu dikuasai ialah menentukan
bahan yang optimum, pemerolehan maklumat dan memproses maklumat. Penguasaan kemahiran
ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, kecekapan, kemahiran dan bertindak untuk
menghadapi dunia yang semakin mencabar dan sering berubah. Melalui pengalaman yang
dilalui sendiri oleh murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan
dalam kehidupan sebenar dan merupakan pembelajaran seumur hidup. Antara aspek Kemahiran
Belajar Cara Belajar ialah:

1. Kemahiran mendengar iaitu mendengar secara aktif dan intensif

2. Kemahiran merujuk termasuk kemahiran perpustakaan

3. Kemahiran membaca ( untuk pemahaman, membaca pantas)

4. Kemahiran mencatat dan menulis pantas


5. Kemahiran menghasilkan laporan

6. Kemahiran mengorganisasian termasuk membina peta konsep, struktur senarai, jadual,


carta alir dan hierarki

7. Pengurusan masa dan gaya pembelajaran termasuk penetapan matlamat diri,rancangan


pembelajaran, pengawalan tingkah laku belajar dan senarai semak.

8. Persediaan menghadapi peperiksaan

9. Peperiksaan, teknik menjawab soalan pelbagai pilihan dan soalan esei

10. Strategi belajar termasuk kaedah mengingat jangka panjang

11. Strategi belajar dalam kumpulan

2.1.3 Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)

Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) perlu diajarkan kepada murid
supaya mereka boleh menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan
menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian dan
memperolehi maklumat melalui internet. Kemahiran generik ini berasaskan empat bentuk
penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran iaitu:

1. TMK untuk pembelajaran tutorial. Pembelajaran secara tutorial menggunakan


komputer dan perisian pendidikan sama ada dalam CD-ROM, cakera keras atau laman web,
membolehkan kandungan pelajaran disampaikan dalam urutan yang ditetapkan dan dikawal oleh
sistem. Pembangun perisian kini mereka bentuk perisian pendidikan bercirikan sistem tutorial
pintar (intelligent tutorial system) dan berupaya menyesuaikan maklumat mengikut tahap
keupayaan murid.

2. TMK untuk tujuan penerokaan. Penggunaan TMK secara penerokaan yang berasaskan
pendekatan konstruktivisme ini membolehkan murid membuat inkuiri penemuan dan mengakses
maklumat daripada CD-ROM, internet dan portel maklumat, mengkaji sesuatu fenomena secara
simulasi dan demonstrasi dengan langkah menggunakan perisian untuk membuat tugasan dan
menggunakan perisian aplikasi umum seperti atau prosesnya dikawal oleh murid sendiri.

3. TMK sebagai alat aplikasi. Murid berupaya pemproses kata, hamparan elektronik,
perisian untuk mereka bentuk (CAD) serta alat aplikasilain seperti penyemak ejaan, tesaurus dan
sebagainya.

4. TMK sebagai alat pemudah komunikasi. Kaedah ini membolehkan murid menghantar,
menerima dan berkongsi maklumat dengan guru atau murid lain menerusi perkembangan terkini.
Komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod termasuk teks, grafik, audio, video atau
kombinasinya.

2.1.4 Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD)

Kajian masa depan ialah satu pendekatan pembelajaran untuk mendidik murid agar lebih
prihatin terhadap sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau (membuat
ramalan), masa kini (menjangka akibat) dan masa depan (mengendalikan perubahan). Ini
bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta mengendalikan perubahan
supaya murid mendapat manfaat yang maksimum.

2.1.5 Kemahiran Kecerdasan Pelbagai

Setiap individu memiliki kebolehan dan kecerdasan yang berbeza. Kecerdasan pelbagai
ini merangkumi kecerdasan verbal-linguistik, logik-metamatik, muzik, kinestatik, visual ruang,
interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi
kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan
kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang
berbeza. Kecerdasan yang dikenalpasti adalah:

1. Kecerdasan verbal-linguistik. Kebolehan menggunakan kata-kata (sebutan) dengan


berkesan secara lisan dan penulisan, mengingat maklumat, meyakinkan orang lain dan
menguasai sistem bahasa.
2. Kecerdasan logik-matematik. Kebolehan menggunakan nombor secara berkesan,
menguasai prinsip sebab akibat, kecekapan membuat jangkaan menggunakan logik.

3. Kecerdasan visual-ruang. Kebolehan mengesan serta menggambarkan bentuk,


ruang, warna dan garisan serta kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik.

4. Kecerdasan kinestatik. Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea dan


perasaan, menyelesaikan masalah, termasuk kemahiran fisikal seperti koordinasi, kelenturan,
kepantasan dan keseimbangan.

5. Kecerdasan muzik. Kebolehan mengesan irama dan lagu termasuk membezakan dan
mengubah rentak dan tempo.

6. Kecerdasan interpersonal. Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta


hasrat orang lain.

7. Kecerdasan intrapersonal. Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan dan
kelemahan, hasrat dan kehendak termasuk kemahiran mengesan persamaan atau perbezaan
persepsi individu. Kecerdasan ini membantu individu menangani perasaan serta mengawal
kemarahan dan kesedihan.

8. Kecerdasan naturalis. Kebolehan mengenal dan mengklasifikasikan flora, fauna dan


galian. Ia merangkumi kebolehan mengesan artifak sejarah dan budaya. Kreativiti guru
menyesuaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan gaya pembelajaran dan jenis
kecerdasan murid yang dididiknya akan memberikan rangsangan untuk murid belajar dengan
penuh minat dan lebih menguasai ilmu yang dipelajarinya. Proses ini juga memungkinkan murid
mula menyedari potensi dan kecerdasan dalam diri mereka.

Anda mungkin juga menyukai