Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan

1.0 Pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih kepada pengerusi majlis. Saya juga
mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada
guru-guru dan pelajar-pelajar kerana sudi melapangkan masa untuk menghadiri majlis pada pagi
ini. Kehadiran guru-guru dan pelajar-pelajar pada pagi ini menunjukkan sokongan, semangat dan
komitmen dalam isu sekolah yang sihat dan selamat. Hari ini saya akan memberi ceramah
tentang kepentingan amalan kebersihan dan keselamatan di sekolah. Sekolah ialah tempat
kita belajar dan menimba ilmu. Lantarannya persekitaran kawasan sekolah yang kondusif akan
mempengaruhi keselesaan dan keberkesanan pelajar menuntut ilmu dan menelaah pelajaran.
Sebagai pelajar, kita seharusnya menjaga kebersihan dan keselamatan di sekolah. Setiap pelajar
akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Bak kata peribahasa, “hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih.” Oleh itu, pihak sekolah perlu mengatur strategi yang
berkesan untuk menerapkan kebersihan dan keselamatan sekolah pada kalangan murid-murid.

Sidang hadirin yang dihormati,

Kebersihan merupakan satu amalan yang utama dalam kehidupan seharian dan juga
merupakan tuntutan masyarakat pada hari ini. Amalan kebersihan menerusi aktiviti yang
dijalankan secara teratur dan terancang serta mencapai tahap piawaian yang ditetapkan dapat
menjamin tahap kebersihan sesebuah sekolah. Manakala kepentingan penjagaan keselamatan
disekolah hendaklah diterapkan baik secara langsung atau tidak langsung dalam proses
pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar kelas. Latihan dan pendidikan keselamatan
hendaklah berterusan dan konsisten. Ia hendaklah sentiasa dihebahkan melalui perhimpunan
sekolah, papan notis, mesyuarat PIBG serta pengumuman. Pengurusan sekolah harus
mengotakan apa yang dikatakan kerana polisi dan peraturan tidak bermakna jika ianya tidak
dikuatkuasakan. Oleh itu, pihak pengurusan sekolah dan semua warga sekolah mempunyai
peranan penting dalam membudayakan aspek penjagaan keselamatan di sekolah.
Polisi sekolah selamat pula ialah mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram
dan menyakinkan. Ia bersesuaian dengan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif
dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa depan.

Sekolah selamat ialah tempat pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam
suasana selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia merupakan tempat di mana iklim
pembelajaran dapat menggalakkan penerimaaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-
kanak. (Stephen, 1996) Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan
ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang
jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Young,
1999).

Menurut the National Education Association di Amerika Syarikat, NEA (1996) sekolah
yang selamat ialah sekolah yang mempunyai iklim pembelajaran yang selamat serta tingkahlaku 
pelajar yang sihat. Ia juga mempunyai fokus akademik yang kukuh, sentiasa menyokong
pelajar mencapai standard yang tinggi, dapat mewujudkan hubungan yang positif antara guru dan
pelajar di samping dapat membawa penglibatan ibu bapa dan masyarakat ke arah yang lebih
bermakna.

2.0 OBJEKTIF

Secara umumnya membina perlakuan amalan kebersihan sebagai budaya hidup yang
berterusan dalam menjalani kehidupan seharian perlu diperkukuhkan dan diperkembangkan di
sekolah supaya dapat menjadi amalan sepanjang hayat. Amalan kebersihan yang dilksanakan
dapat meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah terhadap kebersihan, keindahan
dan keceriaan, serta keselamatan disekolah. Memupuk semangat bertanggungjawab serta
kesediaan bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat amalan kebersihan
sekolah.Melaksanakan aktiviti amalan kebersihan sekolah.Mewujudkan iklim, serta identiti
sekolah sebagai institusi yang sihat, bersih, indah dan ceria.

KONSEP & RASIONAL

Program ini dilaksanakan selaras dengan konsep, hidup sihat di sekolah. la bertujuan untuk
mewujudkan alam sekitar sekolah yang selamat, bersih, indah dan ceria. Alam sekitar

Anda mungkin juga menyukai