Anda di halaman 1dari 2

1.

0 TAJUK
Model Ringkas Projek Rak Penyimpanan Alat Tangan

Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah Rendah bertujuan memberi asas dalam


melahirkan individu yang dapat berdikari dan yakin untuk menjalani kehidupan dalam
dunia teknologi yang sentiasa berubah. Mata pelajaran ini juga dapat mewujudkan
individu yang mahir dalam bidang reka cipta, pengurusan diri dan bidang perniagaan dan
keusahawanan. Malahan secara tidak langsung dapat melahirkan individu yang kreatif,
inovasi dan inventif serta boleh menghasilkan rekaan yang sesuai dengan perubahan dan
perkembangan teknologi untuk meningkatkan taraf hidup di samping memberikan
sumbangan ke arah menentukan hala tuju masa depan. Berlandaskan hasrat tersbut, saya
telah mereka cipta projek berasaskan kayu yang boleh digunakan sebagai bahan bantu
mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi murid-murid sekolah rendah.
Oleh itu, saya ingin memperkenalkam projek yang telah saya hasilkan yang dikenali
sebagai Rak Penyimpanan Alat Tangan. Rak ini mempunyai fungsi sebagai tempat
menyimpan alatan tangan di bengkel. Proses pembuatan rak ini sangat mudah, tidak
rumit, melibatkan kos yang rendah dan mampu dibina oleh murid sekolah sebagai projek
reka cipta mereka.

2.0 LATAR BELAKANG PROJEK

2.1 Pengenalan umum projek yang dihasilkan


Idea untuk mencipta rak penyimpanan alat tangan ini tercetus apabila melihat
kebanyakan barang-barang alatan tangan di bengkel kemahiran hidup yang tidak
tersusun rapi dan bengkel ini mempunyai ruangan yang sempit untuk meletakkan
perabot. Idea ini hasil gabungan tempat penyimpanan alatan tangan kecil dan
sederhana. Rak ini juga boleh di alih dan di letakkan dalam mana-mana ruang di
bengkel kemahiran hidup dan juga bilik di dalam rumah. Ianya akan lebih
menarik sekiranya penggunaan kayu berwarna dan bercorak diaplikasikan ke atas rak
tersebut. Ianya menekankan konsep moden kerana kotak ini sesuai digunakan bagi
golongan muda. Pencetusan idea ini untuk membuat rak penyimpanan alat tangan
adalah lebih kepada tempat penyimpanan alatan di mana ia lebih senang dan
kondusif kegunaannya. Ia boleh diletakkan di tempat yang selamat dan sesuai di
dalam bengkel dan di sebelah pintu masuk bengkel Kemahiran Hidup. Rak
penyimpanan ini berkonsepkan moden, comel dan ringkas kerana ianya direka untuk
golongan pelajar.

2.2 Kajian tentang projek seumpamanya yang sedia ada

Di pasaran terdapat pelbagai jenis rak atau kotak bertutup yang di pasarkan
dikedai perabot. Namun begitu, barangan ini dijual dengan harga yang agak mahal
jika hendak dibandingkan dengan kualiti pembuatannya yang rendah dan tidak tahan
lama. Reka bentuknya juga terhad dan tidak dapat menampung kuantiti barang yang
banyak dan berat di samping reka bentuknya yang kurang menarik. Oleh itu, untuk
menyelesaikan masalah ini, saya telah mencipta sebuah kotak serba guna yang lebih
berkualiti dan diperbuat daripada kayu. Ianya bukan sahaja murah dari segi kos tetapi
mempunyai jangka hayat yang panjang dan mudah untuk diletakkan di tempat yang
selamat. Tema reka bentuk saya ini lebih tertumpu kepada tempat penyimpanan alat-
alat bengkel Kemahiran Hidup. Rupa bentuknya yang kecil dan comel bukan sahaja
menarik tetapi ringan dan mudah dialih.

Anda mungkin juga menyukai