Anda di halaman 1dari 9

1.

0 PENGENALAN

Setiap manusia mempunyai perkembangan yang tersendiri seperti perkembangan


fizikal,mental, fikiran, bahasa, dan banyak lagi. Perkembangan yang mempengaruhi manusia
bermula dari mereka bayi sehingga memasuki alam dewasa. Perkembangan yang ada pada
manusia ialah perubahan yang bersifat kualitatif. Hal ini disebabkan kerana perkembangan
yang ada pada kita tidak dapat dipupuk tetapi ianya juga dapat dilihat jelas dengan mata kita
sendiri. Pelbagai perubahan perubahan yang akan terjadi sepanjang perkembangan manusia
terjadi. Dr. Sharifah Nor Puteh (2007) berpendapat bahawa pendidikan awal yang berkualiti
amat perlu bagimeningkatkan perkembangan menyeluruh seorang kanak-kanak. Seperti yang
diketahui, perkembangan kanak-kanak melibatkan pelbagai perkembangan. Antaranya ialah
fizikal, kognitif, bahasa, sosioemosi dan kendiri kanak-kanak.

Kesimpulannya, perubahan itu bersifat kualitatif iaitu perubahan dari segi fungsi. Proses
perkembangan membawa perubahan ke arah sifat-sifat yang sejagat serta mengikut aturan
semula jadi Menurut kajian yang di buat oleh ahli psikologi, perkembangan manusia yang
terdiri daripada aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani adalah
dipengaruhi oleh 2 faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. 2 faktor utama ini
dikaitkan dengan pertumbuhan iaitu perubahan fizikal tubuh badan manakala perkembangan
pula pada asasnya ialah perubahan tingkahlaku mental individu.

Dalam tugasan ini, saya akan terangkan lebih jelas isu yang berkaitan penguasaan bahasa
dan pertuturan kanak-kanak pada kini dari segi latar belakang isu, faktor yang mempengaruhi
perkembangan bahasa, dan implikasi tperkembangan bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran (PdP).

1
2.0 LATAR BELAKANG ISU YANG DIBINCANGKAN : MENGINTEGRASI
‘BERMAIN‘ DALAM KOMUNIKASI BAHASA INGGERIS DALAM KALANGAN
KANAK-KANAK PRASEKOLAH
Bahasa ialah suatu sistem simbol yang mempunyai makna. Bahasa Dikawal oleh
tatabahasa, iaitu sejumlah hukum atau peraturan yang mengawal penggunaan simbol seperti
kata dalam susunan huruf. Sebagai suatu sistem simbol yang mempunyai makna, bahasa
mempunyai kaitan rapat dengan konsep dan pemikiran penggunanya. Konsep dan pemikiran
bertindak sebagai kandungan bahasa dan bahasa adalah merupakan buah fikiran. Oleh hal
yang demikian, bahasa digunakan untuk menyampaikan konsep, membuat penyataan, dan
juga bertindak sebagai alat komunikasi antara penutur dengan pendengar. Dalam sistem
komunikasi, bahasa dapat diklasifikasi mengikut 2 cara penggunaan yang berbeza. Pertama,
bahasa dapat digunakan untuk membuat penyataan, iaitu menggambarkan bentuk-bentuk
hubungan dalam dunia. Penggunaan bahasa sebegini dikenali sebagai bahasa deskriptif.
Dalam ujaran yang berbentuk deskriptif makna dinilai secara semantik, iaitu bahasa difahami
melalui kompenen makna yang ada dalam kata.

Bahasa adalah semua bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat sebutan manusia
seperti rongga mulut, hidung, paru-paru dan yang lain. Setiap bahasa mempunyai susunan
tertentu, sama ada dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan, susunan perkataan, tatabahasa atau
sintaksis yang dikatakan bersistem. Tiap-tiap bahasa mempunyai bentuk-bentuk tertentu
seperti perkataan, frasa, klausa dan ayat. Setiap pertuturan dalam bahasa mempunyai makna
bagi penutur dan pendengar. Bahasa juga berubah dan berkembang selagi wujudnya interaksi
antara penutur. bunyi-bunyi bahasa dihasilkan satu demi satu (satu lambang mewakili satu
bunyi) oleh pergerakan alat-alat sebutan secara linear. Bahasa adalah kreatif, iaitu sebagai
contoh dalam bahasa Melayu terdapat 28 huruf yang dapat membentuk beribu-ribu perkataan.
Dengan penyingkiran masa dan tempat, manusia boleh menggunakan bahasanya untuk
bercakap tentang sesuatu perkara atau peristiwa yang berlaku pada masa yang sama, sebelum
atau selepasnya. Wujud dua pola dalam bahasa, iaitu sebagai contoh dalam bahasa Melayu
ada vokal dan konsonan.Bahasa boleh dipelajari dalam konteks budaya dan kebudayaan.

Bahasa Inggeris merupakan bahasa perantaraan ataupun bahasa komunikasi yang paling
selalu digunakan merentasi negara. Oleh yang demikian, keupayaan dan kemahiran untuk
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan, khususnya dari aspek komunikasi
adalah sangat penting untuk mewujudkan kelestarian global yang baik, sejajar dengan hasrat
dan mmatlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2017 (KSPK 2017) dari aspek

2
kemahiran Abad ke – 21, iaitu kelestarian global. Seterusnya, bahasa merupakan satu alat
komunikasi yang penting. Menurut kajian daripada Reddy (2016), Bahasa Inggeris
merupakan “Lingua franca” yang paling banyak digunakan diseluruh dunia. Secara globalnya,
terdapat 375 juta orang yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa ibunda dan 750
juta orang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Selain itu, anggaran untuk
orang yang sering menggunakan Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi adalah sebanyak 1
sehingga 2 bilion. Di samping itu, Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi ataupun bahasa
kebangsaan kepada 70 Negara (Nishanthi, 2018). Pada abad ke-21 ini, Bahasa Inggeris
memainkan peranan yang sangat penting dari pelbagai aspek seperti uuntuk tujuan perniagaan
dan perdagangan, pendidikan, pekerjaan, pencapaian maklumat, penghiburan dan juga sebagai
bahasa rasmi dalam hubungan antarabangsa.

Dalam kajian ini, telah menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang positif di antara
kemahiran berbahasa dan kawalan sosioemosi kanak-kanak, khususnya dalam pengawalan
tingkah laku (Long, 2017; Whiteside, Gooch, &Norbury, 2017), dimana keupaayaan
penguasaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam kalangan kanak-kanak prasekolah
adalah berkaitan rapat dengan perkembangan sosial, emosi dan tingkah laku kanak-kanak
yang lebih baik berbanding dengan kanak-kanak yang menguasai satu bahasa sahaja.
Disamping itu, kanak-kanak yang beruapaya untuk menguasai turut menunjukkan
pencapaian akademik yang lebih baik dan lebih berupaya untuk menumpu perhatian
semasa sesi pembelajaran dan adalah lebih bersemangat untuk belajar hasil daripada kawalan
tingkah laku yang lebih baik.

Seterusnya, menurut dalam teori kognitif oleh VVygotsky beliau menekankan tentang
peranan pemodelan. Sebagai contohnya kanak-kanak meniru percakapan dan gaya bahasa
orang dewasa. Kanak-kanak mempelajari beberapa aspek dalam kemahiran bahasa apabila
melihat dan mendengar percakapan orang lain. Mereka akan meniru dan mengulangi apa yang
mereka lihat dan dengar. Vygotsky (1896), memandang bahasa sebagai suatu alat utama
untuk interaksi sosial, pemindahan budaya dan menjana pemikiran bagi individu. Kanak-
kanak akan mempelajari bahasa secara interaksi pada setiap hari dengan orang-orang yang
beradadi sekeliling mereka khususnya ibu bapa kerana mereka merupakan orang paling rapat
dengan kanak-kanak dirumah dan merupakan kesinambungan sesi pembelajaran disekolah.

3
3.0 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PENGGUNAAN BAHASA ASING (BAHSA
INGGERIS)
Perkembangan bahasa adalah suatu proses yang bermula dari awal kelahiran seseorang
ketika masih dalam proses belajar. Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula dari yang
sederhana sampai kepada yang lebih kompleks. Biasanya, bahasa bermula daripada
mengingati kata-kata sederhana yang berkaitan tanpa makna, tapi sebagai kanak-kanak yang
membesar, kata-kata yang memperoleh makna dengan hubungan antara kata-kata yang
terbentuk. Pada waktunya, ayat bermula dari kata-kata yang bergabung bersama untuk
mencipta makna yang logik. Apabila meningkat usia seseorang, makna-makna baru dan
persatuan-persatuan baru dicipta dan kosa kata meningkat dengan lebih berdasarkan perkataan
dipelajari. Oleh itu, terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penggunaan penggunaan
bahasa inggeris. Antaranya ialah,

Pertama, Budaya dan Persekitaran. Dalam konteks ini, Persekitaran mempunyai


peratusan pengaruh yang sangat kuat terhadap kemahiran berbahasa atau bersosial. Tambahan
pula, dorongan dan bimbingan daripada ibu bapa dan guru adalah penting dalam
perkembangan bahasa kanak-kanak. Sebagai contoh, semasa dirumah, proses perkembangan
bahasa berlaku secara tidak langsung melalui perbualan harian antara seisi keluarga yang
bercakap menggunakan dua bahasa iaitu campuran bahasa Melayu dan bahasa inggeris.
Namun demikian, kajian mengenai masa interaksi antara ibu bapa dan kanak-kanak serta
status sosioekonomi ibu bapa tersebut juga antara salah satu yang dapat mempengaruhi
pemerolehan perbendaharaan kata kanak-kanak. Menurut Betty Hart dan Todd Risley
(Santrock,2007) mendapati ibu bapa daripada golongan yang profesional akan menyediakan
suasana persekitaran yang lebih baik untuk perkembangan bahasa kanak-kanak berbanding
dengan golongan bukan profesional contohnya menyediakan perpustakaan mini dan
penggunaan teknologi seperti komputer di rumah membolehkan kanak-kanak itu meneroka
menerusi aktiviti pembacaan dan penerokaan maklumat, berbanding kalangan golongan
bukan profesional yang hanya bergantung kepada pembelajaran bahasa di sekolah sahaja.

Seterusnya, pengaruh rakan sebaya. Peringkat kanak-kanak merupakan peringkat ilmu


dan pengetahuan mula dipindahkan secara formal melalui aktiviti yang dijalankan di sekolah.

4
Sejak awal dari umur 4 tahun, ada sebilangan ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke
pra-sekolah dengan tujuan memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak terhadap alam
persekolahan yang sebenar. Namun ibu bapa juga harus sedar, selain daripada usahausaha
yang mereka lakukan itu, kejayaan daripada anak-anak ini juga bergantung kepada beberapa
faktor. Antara salah satunya yang akan dibincangkan adalah berkaitan dengan pengaruh rakan
sebaya terhadap pendidikan kanak-kanak. Telah terbukti bahawa, beberapa kajian ilmiah
membuktikan bahawa kumpulan rakan sebaya ini mempunyai peranan dalam aktiviti sosial.
Didalam sekolah, khususnya dalam bilik darjah kanak-kanak akan berhadapan dan berkawan
atau berinteraksi dengan rakan sekelas mereka. Secara tidak langsung kanak-kanak lain akan
terpengaruh dengan tutur kata rakan mereka yang menggunakan atau meniru bahasa inggeris.
Dalam masa yang sama, kanak-kanak itu tadi akan terikut-ikut kerana rakannya tadi
menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa hariannya dirumah.

Kehendak ibu bapa juga merupakan salah satu faktor kanak-kanak terdedah dengan
penggunaan bahasa inggeris. Hal ini disebabkan oleh ‘trend’ masa kini yang mana
kebanyakan pasangan yang sudah berkahwin akan mengajar anak mereka bercakap bahasa
inggeris seawal umur dan awal usia kandungan akibat daripada melihat video pendek dalam
aplikasi TikTok anak artis tanah air yang fasih berbahasa inggeris sebagai contoh, anak artis
dan jutawan Malaysia iaitu Aeril Zafril dan Wawa Zainal. Oleh itu, ibu bapa masa kini turut
terpengaruh untuk membiasakan diri bercakap bahasa inggeris kepada anak mereka dan
menjadikan perkara tersebut sebagai rutin harian ataupun kebiasaan. Perkara ini, sejajar
dengan teori Vygotsky. Menurut Vygotsky, pemikiran bahasa dan proses penaakulan
berkembang melalui interaksi sosial.

Beliau juga lebih gemar memberi penekanan kepada persekitaran kanak-kanak


terutamanya persekitaran sosial, lebih dari Piaget (Christine & Penny,2005). Dalam teori
beliau, Vygotsky menyatakan bahawa bahasa tutur dan pengaruh orang lain dalam dunia
sosial kanak-kanak merupakan pengaruh penting dalam perkembangan kognitif mereka.
Kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan ahli keluarga terlebih dahulu sebelum mereka
bergaul dengan masyarakat. Ibu bapa adalah orang pertama yang akan memberi mereka
maklumat bahasa pertuturan dan cara berinteraksi. Oleh yang demikian ibu bapa perlu
sentiasa berinteraksi dengan kanak-kanak sejak awal lagi supaya perkembangan mereka dapat
dijana dari awal.

Akhir sekali, pengaruh daripada tayangan video animasi daripada televisyen dan internet.
Yang mana seperti kita ketahui, setiap apa yang kanak-kanak lihat dan dengar, mereka akan
5
cuba untuk meniru. Justeru, kita sebagai orang dewasa perlu menunjukkan tingkah laku dan
pertuturan yang baik dihadapan kanak-kanak kerana mereka ibarat seperti span yang cepat
menyerap air. Kanak-kanak akan cuba memahami dan meniru bahasa dan percakapan dalam
video animasi yang ditonton kemudian mengulangi perkataan dengan tujuan peneguhan.

4.0 KELEBIHAN & KELEMAHAN


4.1 KELEBIHAN
1) Boleh mengikuti pelbagai pertandingan disekolah seperti bercerita, pidato dan
sebagainya dalam bahasa inggeris
2) Boleh bercakap dengan orang luar negara. Ini disebabkan oleh ibu bapa mereka
yang suka melancong ke luar negara dan kanak-kanak berkemungkinan akan
mendapat kawan baru
3) Kanak-kanak akan mudah faham membaca buku cerita dalam bahasa inggeris
dan kemudian menceritakan semula kepada rakannya
4) Memudahkan kanak-kanak untuk menjawab soalan peperiksaan bagi mata
pelajaran bahasa inggeris

4.2 KELEMAHAN
1. Mengalami kesukaran untuk berinteraksi dengan orang yang tidak fasih berbahasa
inggeris
2. Tidak faham sesuatu jalan cerita yang terkandung dalam buku cerita bahasa Melayu
3. Tidak ramai orang yang ingin berkongsi cerita
4. Sukar untuk menjawab soalan peperiksaan bagi mata pelajaran bahasa Melayu

6
5.0 RUMUSAN
Bahasa adalah suatu medium komunikasi global yang penting pada masa ini. Manusia
menggunakan pertuturan khususnya sebagai alat termudah untuk menyampaikan maklumat
dan perasaan agar berlaku kitaran hidup yang seimbang dan sempurna. Penting untuk kita
sebagai individu pendidik agar memahami perkembangan bahasa dalam kalangan kanak–
kanak supaya tumbesaran mereka dapat menyumbang kepada kemodenan negara
kelak.Perkembangan bahasa dapat dilihat daripada tiga perspektif iaitu perspektif
behaviorisme, perspektif kognitif dan perspektif nativis serta berkembang dalam tiga
peringkat seperti peringkat bayi , peringkat kanak – kanak dan peringkat remaja.

Melihat dalam konteks fahaman Skinner (1957) , ibu bapa merupakan guru pertama
kanak–kanak seawal usia bayi dalam menyediakan sejumlah perbendaharaan kata dan
peneguhan yang betul dan mudah difahami. Hal ini disokong apabila melihat sifat bayi yang
lembut dan bergantung kepada individu lain dalam mengharapkan percambahan bahasanya
sendiri. Justeru , dapatlah disimpulkan bahawa perkembangan bahasa individu amat
bergantung kepada usaha dan persekitarannya dalam membentuk kemahiran berbahasa yang
baik dan sempurna. Individu yang dipengaruhi oleh pengaruh yang lemah dan salah
pendekatan berbahasanya akan membesar dengan situasi yang sama. Misalnya , kanak –
kanak menjadi bisu meskipun tidak bisu apabila membesar bersama ibu bapa yang bisu dan
tidak terdedah dengan persekitaran luar yang normal. Oleh itu , ibu bapa dan guru hendaklah
memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak dalam mencorakkan
perwatakan kanak-kanak tersebut ke arah pembentukkan keperibadian yang unggul dalam
arus globalisasi kini.

7
6.0 RUJUKAN
Devi, A., Fleer, M., & Li, L. (2018). ‘We set Up a small world’: preschool teachers’
involvement in Children’s imaginative play. International Journal of Early Years Education,
26(3), 295-311.
https://www.tandfonline.com/doi/abs/10.1080/09669760.2018.1452720
doi:10.1080/09669760.2018.1452720

Muhammad Safuan Mat Salleh (2011). Implikatur dalam Perbualan Pelajar.


Tesis PhD. Universiti Putra Malaysia

Babbling. (On-line). Available: http://en.wikipedia.org/wiki/Babbling


Calculating Percent Accuracy for Grammatical Morphemes in ObligatoryContexts.
(On-line).
Available:http://www/clas.ufl.edu/users/bwiohn/4004/

Grammatical Morpheme Accuracy2 .html


CHILDES – Child Language Data Exchange System. (On-line). Available:
http://childes.psy.cmu.edu/

Leonard, L. B. & Finneran, D. (2003). Grammatical Morpheme Effects on MLU:


“The Same Can Be Less” Revisited. Journal of Speech, Language, and Hearing Research, Vol.
23. August. 878-888.

Muhajir, S. A., Hudani, N., Sombuling, A. (2018). Excessive smartphone usage among

8
Early adolescents: Impact On social competence. Jurnal Psikologi
Malaysia.http://journalarticle.ukm.my/14927/1/347-1567-1-PB.pdf [9September2020]

Randejelovic, P., Stojiljkovic, N., Radulovic, N.,Ilic, I., Stojanovic, N., & Ilic, S. (2019).
The association of smartphone usage with subjective sleep quality and sleepiness among medical
students. Biological Rhythm Research, Daytime50(6), 857-

865. https://doi.org/10.1080/09291016.2018.1499374.

Anda mungkin juga menyukai