Anda di halaman 1dari 2

RASHIDATUL AQILAH BT MUNIM (A194361)

PERKEMBANGAN BAHASA (KUIZ)

1. Bahasa adalah satu bentuk komunikasi sama ada verbal atau non verbal. Bahasa
mengandungi perkataan-perkataan yang digunakan oleh sesebuah komuniti
dengan peraturan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang tertentu.Fungsi utama
bahasa ialah untuk berkomunikasi. Komunikasi merupakan proses pemindahan
maklumat idea keinginan antara individu. Ini bermakna bahasa pertuturan
merupakan salah satu daripada aspek dalam komunikasi. Manakala, pertuturan
bermaksud cara kita mengeluarkan bunyi dan perkataan, termasuk artikulasi,
suara, dan kepetahan. komunikasi yang dilakukan secara lisan yang dihasilkan
daripada aktiviti oleh organ–organ pertuturan. Penghasilan pertuturan
memerlukan koordinasi neuro-muscular yang sempurna. Pertuturan terhasil
daripada aktiviti organ pertuturan ini terhasil bunyi yang kita sebut sebagai bunyi
bahasa. Bahasa ialah alat sosial bagi memahami perkembangan komunikasi.
Mempelajari bahasa penting untuk komunikasi dan untuk menjadi menjaga
konteks sosial. Situasi komunikasi dan proses komunikasi penting untuk
membantu perkembangan bahasa. Untuk menguasai komunikasi,seseorang
perlulah menguasai bahasa dan pertuturan terlebih dahulu supaya komunikasi
menjadi lebih lancar dan teratur.

2. Pada pendapat saya, pemerolehan bahasa oleh kanak-kanak bersifat dipelajari. Ini
kerana, percakapan kanak-kanak dipelajari oleh penjaga mereka. Komunikasi
antara anak-anak dan ibu bapa sangat penting dan mempengaruhi perkembangan
bahasa mereka. Kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi
bahasa.Pemerolehan bahasa yang tepat adalah dengan meliputi proses kognitif
rumus bahasa dan proses bahasa. Interaksi membolehkan kanak-kanak
menggambarkan makna kognitif melalui bentuk bahasa yg tepat.Melalui interaksi
kanak-kanak, mereka dapat menambahkan pengetahuan dengan cara berkongsi
pengalaman dengan ibu bapa.Perbezaan gaya bahasa dalam interaksi kanak-kanak
dengan orang dewasa mendorong perkembangan bahasa kanak-kanak.
Pemerolehan bahasa dengan interaksi bahasa ibu bapa dengan kanak-kanak
berlaku sejak bayi lagi maka peranan penjaga penting dalam interaksi tersebut.
Pemerolehan bahasa dipandu dan dihasilkan oleh perkembangn kognitif. Jika ibu
bapa mengunakan bahasa yg bebeza sewaktu bercakap dengan anak-anak dan
orang dewasa lain, perkembangan bahsa anak-anak terbantut. Oleh itu,ibu bapa
perlu guna bahasa yg bersesuaian dengan kanak-kanak dan sama dengan orang
dewasa lain. Semakin matang kanak-kanak semakin kompleks bahasa mereka.
Dengan itu, perbezaan ini menghasilkan perbezaan individu dalam pemerolehan
bahasa.
3. Memberikan perhatian yang baik dan mendengar membantu kanak-kanak
mengembangkan bahasa mereka. Pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku
apabila ibu bapa atau anggota keluarga mengajar kanak-kanak bercakap dan
memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru
atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang diberi ini adalah suatu
bentuk “attention” yang diberi oleh ibu bapa. Ia adalah untuk mengukuhkan
sesuatu perlakuan bahasa yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak.Contoh
ganjaran yang diberikan adalah pujian, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan
lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap. Dengan ini,kanak-kanak
menguasai bahasa dengan lebih cepat.

4. Perkembangan bahasa kanak-kanak bermula dari sederhana sehingga yang


kompleks. Pada awalnya, bayi tidak dapat dapat berinteraksi secara jelas dengan
orang lain.Bayi menggunakan tubuh mereka, menangis dan vokal yang tidak
dikenali untuk mengkomunikasikan keinginan, keperluan dan kecenderungan
mereka. Sehingga usia sebulan, bunyi yang terkeluar daripada mulut bayi cuma
terhad dalam bentuk tangisan. Nadanya menangis juga berbeza dari segi
kenyaringan, kuat dan perlahan. Selepas itu, mereka meningkat umur satu
setengah bulan sehingga tiga setengah bulan, ia mengelurakan satu bunyi yang
dipanggil mendekut (cooing) ‘kukur’. Bunyi tersebut seperti konsonan c,k dab g.
Pada waktu ini, mereka boleh bertindak terhadap sesuatu bunyi. Sebagai contoh,
kepalanya akan menoleh dan matanya akan melihat ke arah bunyi ibunya
memanggilnya. Seterusya, umur enam bulan, bayi kurang berkukur tetapi mula
menyebut perkataan yang bunyinya membawa maksud tertentu. Seperti mama,
baba, dan dada. Perkembangan pada peringkat ini merupakan peringkat asas
untuk bercakap ke peringkat seterusnya. Latihan ini akan menolong
mempercepatkan proses pembelajaran dengan melengkapkan kemahiran asas
yang perlu bagi mengawal mekanisme percakapan yang lebih rumit. Walau
bagaimanapun, kita menganggarkan bahasa pertama bermula apabila kanak-kanak
berumur setahun.Iaitu munculnya kata pertama yang dipanggil “true word”.True
word ialah ada persamaan fonetik dengan sebutan oleh penutur
dewasa.Kanak-kanak menggunakannya secara konsisten bagi menandakan
sesuatu objek atau situasi.

Anda mungkin juga menyukai