Anda di halaman 1dari 5

Teori perkembangan kognitif dan bahasa yang dikemukakan oleh ahli-ahli psikologi

yang terkemuka.
Pengenalan Perkembangan Bahasa
Bahasa adalah satu bentuk komunikasi sama ada verbal atau non verbal. Bahasa mengandungi perkataanperkataan yang digunakan oleh sesebuah komuniti dengan peraturan tatabahasa dan perbendaharaan kata yang
tertentu.
Kepentingan Perkembangan Bahasa
Perkembangan bahasa bagi seseorang kanak-kanak adalah sangat penting kerana bahasa merupakan
pemangkin perkembangan kanak-kanak tersebut. Semasa mereka berinteraksi dengan orang dewasa dan rakan
sebaya, mereka membina kefahaman dan idea-idea tentang perkara yang berlaku di persekitaran mereka.
Menurut Berk (2001), bahasa memudahkan proses pengajaran dan ia berkait rapat dengan kemahiran
membaca dan menulis. Manakala Santrock (2007) menyatakan bahawa bahasa akan memudahkan pelajar
mempelajari konsep-konsep abstrak. Selain itu, kemahiran bahasa menjadi alat kepada perkembangan kendiri
dan sosial.
Teori Dalam Kemahiran Bahasa
Perspektif Behavioris
Skinner (1957) menyatakan ibubapa memainkan peranan yang penting dalam menyediakan
perbendaharaan kata yang betul kepada anak-anaknya. Ibubapa atau penjaga kanak-kanak boleh membantu
perkembangan bahasa kanak-kanak dengan memberi peneguhan yang sesuai setiap kali kanak-kanak menyebut
perkataan atau ayat dengan betul dan difahami.
Mengikut perseptif behavioris, setiap gerakbalas atau tingkahlaku yang menggunakan bahasa diteguhkan.
Contohnya: Apabila seorang kanak-kanak berkata, Saya dahaga, nak minum. Ibunya bertindak balas dengan
memberi minuman kepada kanak-kanak tersebut. Tindak balas ibunya hasil daripada perkataan dan bahasa yang
digunakan oleh anaknya betul.
Kanak-kanak akan lebih gemar bercakap apabila ibubapanya seringkali memuji dan meneguhkan
percakapannya. Ibubapa boleh memberi tindakbalas dengan melakukan gerakbalas yang selaras dengan
percakapan kanak-kanak, memuji kanak-kanak apabila dapat menyebut sesuatu dengan betul atau berinteraksi
dengan kanak-kanak menggunakan laras bahasa yang betul.
Perspektif Kognitif
Teori sosio kognitif pula menekankan tentang peranan pemodelan. Contoh: kanak-kanak meniru
percakapan orang dewasa. Kanak-kanak mungkin mempelajari beberapa aspek dalam kemahiran bahasa apabila
melihat dan mendengar percakapan orang lain. Mereka seterusnya akan meniru dan akan mengulanginya apabila
diteguhkan.
Vygotsky melihat bahasa sebagai alat utama untuk interaksi sosial, pemindahan budaya dan menjana
pemikiran individu. Kanak-kanak mempelajari bahasa secara berinteraksi setiap hari dengan orang-orang di
persekitaran. Orang-orang dewasa akan mengubahsuai pertuturan mereka supaya sesuai dengan kefahaman
kanak-kanak. Percakapan seperti bayi dan kanak-kanak kecil dengan ayat-ayat mudah dan pendek disertai
dengan intonasi yang pelbagai memberi bantuan kepada kanak-kanak untuk mempelajari bahasa. Ini
memudahkan perkembangan bahasa berlaku.

Perspektif Nativis
Perspektif Nativis berasaskan kepada teori perkembangan otat yang lebih cenderung melihat
perkembangan bahasa berlaku secara dalaman dan diwarisi. Teori ini dipelopori oleh Naom Chomsky yang
menyatakan proses perkembangan bahasa seseorang individu lebih kompleks daripada peneguhan kepada
gerakbalas yang betul oleh Perspektif Behavioris atau mempelajari daripada orang dewasa melalui peniruan
seperti yang ditegaskan oleh perspektif Sosio Kognitif.
Chomsky mencadangkan perkembangan bahasa individu adalah merupakan proses dalaman dan
dipengaruhi oleh individu itu sendiri. Ini bermaksud individu dilahirkan dengan keupayaan berbahasa yang
tersendiri yang mana Chomsky melabelkannya sebagai Tatabahasa Universal. Tatabahasa universal ini adalah
asas kepada semua bahasa yang ada. Kemahiran ini disifatkan oleh Chomsky sebagai satu pembelajaran bahasa
yang ada pada setiap individu semenjak dilahirkan.

PERINGKAT-PERINGKAT PERKEMBANGAN BAHASA


Perkembangan bahasa akan dibincangkan melalui beberapa peringkat perkembangan kanak-kanak iaitu:
i.
ii.
iii.
iv.

Peringkat pranatal
Peringkat bayi
Peringkat kanak-kanak
Peringkat remaja.

Peringkat pranatal
Pada minggu ke-30 sehingga ke-38, peparunya berkembang baik dan sudah berfungsi. Janin boleh
mendengar bunyi kuat dan memberikan respons dengan menggerakkan kaki dan lengan.
Peringkat bayi
Semenjak lahir bayi sentiasa mengeluarkan bunyi-bunyian. Tujuan komunikasi awal ini adalah untuk
menarik perhatian ibubapa, penjaga dan orang-orang yang berada di sekitarnya. Bunyi dan isyarat pergerakan
yang
dilakukan
oleh
bayi
berlaku
melalui
turutan
yang
tertentu
pada
tahun
yang
pertama:Menangis,Cooing,Babbling dan membuat isyarat:
Pada usia 8-12 bulan, bayi menunjukkan kefahaman pada perkataan yang disebut. Bayi selalu mula
menyebut perkataan pertama pada usia 10-15 bulan.
Sebelum perkataan pertama disebut, bayi selalunya telah berinteraksi dengan ibubapa, penjaga melalui
isyarat dan bunyi-bunyi mereka yang tersendiri. Perkataan pertama adalah kesinambungan daripada proses ini.
Perkataan pertama bayi adalah perkataan yang penting dan dekat dengan mereka seperti orang-orang yang
terdekat (papa, mama), kenderaan (kereta, car) mainan (bola), makanan (susu), anggota badan (mata), pakaian
(baju) atau ucapan (bye-bye). Kadang-kala satu patah perkataan mereka boleh membawa pelbagai makna.
Contohnya bola mungkin membawa maksud itu bola atau saya nak bola.
Secara purata, bayi memahami lebih kurang 50 perkataan pada usia 13 bulan, tetapi mereka masih tidak
dapat menyebutnya sehingga dalam usia 18 bulan. Ini kerana, bagi bayi perkataan-perkataan yang difahami
selalunya melebihi perkataan-perkataan yang diguna atau yang dapat disebut. Perbendaharaan kata bagi bayi
akan meningkat dengan cepat setelah mereka dapat menyebut perkataan yang pertama.

Dalam usia 18 bulan mereka akan dapat menyebut dalam lingkungan 50 patah perkataan. Bilangan ini
meningkat sehingga 200 patah perkataan pada usia 24 bulan (2 tahun). Peningkatan perbendaharaan kata yang
cepat ini dipanggil vocabulary spurt.

Peringkat kanak-kanak
Jadual 1 : Model tahap perkembangan membaca di kalangan kanak-kanak yang dicadangkan oleh Chall, 1979
Aras

Umur

Penerangan

0 4
tahun

Kanak-kanak mula menguasai kemahirankemahiran asas untuk membaca. Mereka


memahami peraturan dalam membaca iaitu
bermula dari kiri ke kanan. Mereka mula
mengenali huruf, boleh menulis dan membaca
nama sendiri. Dengan sokongan daripada ibu
bapa dan guru pra sekolah, kanak-kanak ini
menguasai kemahiran membaca yang asas.

5 7
tahun

Kebanyakan kanak-kanak mula belajar


membaca pada peringkat ini. Mereka mula
mengenali suku kata bunyi perkataan dan cara
menyebut. Mereka mula membaca perkataan
mudah dengan menggabungkan suku kata.

7 9
tahun

Kanak-kanak mula semakin fasih dalam


membaca. Mereka boleh mengenali perkataan
dan membaca ayat. Walau bagaimanapun,
membaca pada peringkat ini masih hanya di
peringkat pembacaan sahaja. Kanak-kanak
pada peringkat ini kadang-kadang hanya
membaca tetapi tidak memahami apa yang
dibaca.

10

13
tahun

Pada peringkat usia ini, kanak-kanak lebih


mahir mendapatkan maklumat dan informasi
daripada pembacaan. Mereka mula membaca
dengan kefahaman. Tetapi mereka masih
belum
memahami
pembacaan
yang
memerlukan analisa atau yang melibatkan
perspektif yang berbeza. Kanak-kanak yang
masih belum menguasai kemahiran membaca
pada peringkat ini, akan mengalami kesukaran
untuk menguasai kemahiran akademik subjek-

subjek yang lain.

14
tahun
ke
atas

Hampir keseluruhan pelajar merupakan


pembaca yang mahir pada peringkat ini.
Kefahaman mereka tentang bahan yang
dibaca
meningkat,
mereka
berupaya
memahami pembacaan yang kompleks
melibatkan
pelbagai
perspektif.
Ini
membolehkan mereka berbincang secara
analitikal tentang kesusasteraan, sejarah,
ekonomi dan politik.

Peringkat Remaja
Kemahiran bahasa bagi remaja meningkat dengan penggunaan ayat yang lebih kompleks. Setara dengan
perkembangan kognitif mereka lebih abstrak, mereka sekarang dapat menganalisis pelbagai bentuk makna
perkataan dalam sesuatu ayat. Remaja juga sudah boleh memanipulasi bahasa kepada bentuk peribahasa,
perumpamaan, sajak, puisi dan sebagainya serta memahami bahasa yang ironik, berbentuk kritikal dan abstrak
seperti sajak, puisi, cerpen, laporan dan sebagainya.
Mereka boleh menyusun idea sebelum menulis mengenalpasti antara pendahuluan idea-idea utama dan
penutup. Mereka juga mencipta dialek mereka sendiri menggunakan slanga dan jargon semasa berinteraksi
sesama mereka. Ini juga merupakan salah satu ciri perkembangan sosial remaja yang ingin mempunyai identiti
sendiri dan tergolong dalam kumpulan yang tertentu.
Pengaruh biologi dan persekitaran terhadap perkembangan bahasa
Pengaruh biologi
Naom Chomsky (1957) menegaskan individu telah diprogramkan secara genetik untuk menguasai bahasa.
Beliau menyatakan kanak-kanak dilahirkan dengan alat penguasaan bahasa atau LAD (Language Acquisition
Device) - mekanisme penguasaan bahasa yang membolehkan mereka mengesan ciri-ciri dan peraturan dalam
penggunaan bahasa yang digunakan di persekitaran. Kanak-kanak secara semulajadi mempunyai kebolehan
untuk mengesan tatabahasa dan cara penggunaan bahasa tersebut. Contohnya: kata ganti nama, kata tanya.
Menurut kajian, kecederaan pada kawasan Broca dan kawasan Wernicke yang sama kedua-duanya
terletak di hemisfera kiri otat boleh menyebabkan seseorang individu hilang keupayaan dalam berbahasa.
Kawasan Broca adalah bahagian dalam otat yang mengawal pergerakan otot yang menghasilkan pertuturan.
Manakala kawasan Wernicke adalah bahagian yang terlibat dalam memproses kefahaman berbahasa. Individu
yang mengalami kecederaan di kawasan ini boleh bercakap tetapi percakapannya sukar difahami dan individu
tersebut juga mempunyai kesukaran untuk memahami percakapan orang lain. (Santrock, 2007)
Pengaruh persekitaran
Keluarga dan persekitaran mempunyai pengaruh kuat ke atas kemahiran berbahasa. Sokongan serta
pengaruh ibubapa dan guru penting dalam perkembangan bahasa kanak-kanak. Kajian mendapati jumlah masa
interaksi antara ibubapa dan kanak-kanak serta status sosioekonomi ibubapa mempengaruhi perbendaharaan
kata kanak-kanak.

Daripada kajian Betty Hart dan Todd Risley (Santrock, 2007) mendapati ibubapa dari golongan
professional kurang bercakap dan kurang menerangkan sesuatu perkara dengan lebih lanjut kepada anak-anak.
Dalam kajian lain, mendapati kanak-kanak yang mempunyai ibu yang kerap berkomunikasi dengan mereka
mempunyai empat kali ganda lebih perbendaharaan kata daripada anak-anak yang mempunyai ibu yang pendiam.
Kajian oleh pra sekolah di Amerika (1998-99) mendapati ibubapa yang membaca kepada anak-anak
mereka tiga hingga empat kali minggu akan menyebabkan anak-anak ini mempunyai kemahiran berbahasa yang
baik berbanding dengan ibubapa yang kurang berbuat demikian.

Anda mungkin juga menyukai