Anda di halaman 1dari 30

KKP 6013 DR SAMSIAH BT MOHD JAIS OLEH :SANJAY VENGATRAVANA M20122001768

Teori Erik Erikson


manusia berpotensi mengalami perkembangan

psikologi yang sihat dan mampu mengatasi kesulitan mengikut masa dan peringkat perkembangan tertentu.

PRINSIP-PRINSIP TEORI ERIKSON


1. 2. 3. 4.

5.

Manusia mempunyai keperluan asas yang sama. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap yang tertentu. Setiap tahap mempunyai konflik dan konflik ini mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap yang berikutnya. Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikutnya.

EMOSI
berasal daripada perkataan Greek iaitu emovere yang

membawa maksud untuk keluar. satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindakbalas yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

4 jenis emosi bayi


gembira Marah Sedih takut

Bersosial

1 bulan Bayi sangat suka disentuh, dipegang dan berkukur (cooing) dan senyum. Pada bulan pertama, bayi akan mula mengkaji dengan melihat wajah anda. Dia suka melihat wajah anda dan memahami mimik muka. Apabila anda mengeluarkan lidah dan lihat dia akan melakukan perkara yang sama.

3 bulan

Sekarang bayi akan mengambil masa yang banyak untuk melihat apa yang lalu disekelilingnya. Dia tidak akan memancarkan senyuman sebenarnya melainkan kepada ibubapanya. Akan datang dia akan mahir dalam kata senyum (smile talk) iaitu permulaan interaksi dengan anda dengan melemparkan senyuman berserta bunyi menggogok.

4 bulan

Pada umur ini bayi lebih bersikap terbuka terhadap orang baru, menyambut mereka dengan teriakan riang. Masih lagi, tidak ada seorang pun yang boleh rapat dengan ibu dan ayah. Bayi akan menunjukkan reaksi yang lebih terhadap ibu dan bapanya untuk memastikan yang anda ada ikatan.

7 bulan

Kebanyakan masa, si kecil akan cuba menguasai kemahiran untuk berhubung dengan kanak-kanak yang lain. Apabila 2 bayi berumur bawah 1 tahun diletakkan bersebelahan dengan satu set permainan, mereka biasanya akan bermain di sisi yang berlainan tetapi bukan bermain bersama.

12 bulan

Pada tahap ini, kanak-kanak sudah mula nampak seperti antisosial menangis bila ditinggalkan atau gelisah bila berada dalam dakapan selain daripada ibubapanya. Kebanyakan bayi melalui kegelisahan apabia berpisah, yang mana mengambil masa di antara 10 dan 18 bulan. Kanak-kanak lebih suka anda tidak bergaul dengan orang lain dan akan gelisah bila anda didapati tidak berada di sekitarnya. Kadangkadang hanya kehadiran anda sahaja yang dapat menenangkannya.

13 hingga 24 bulan

Kanak-kanak mula tertarik dengan dunia, bagaimana semua benda berhubung dengannya. Sebagaimana mereka belajar untuk bercakap dan berkomunikasi dengan orang lain, mereka juga belajar untuk berkawan. Mereka sangat gembira berkerjasama dengan kanak-kanak lain, sama ada sama umur atau lebih tua. Di antara umur 1 dan 2 tahun, walaubagaimanapun, kanak-kanak dengan keras menjaga barang permainannya, yang mana sangat susah untuk ibubapa berfikir anak-anak mereka harus belajar untuk berkongsi. Ibubapa harus mengingatkan anak-anak mencontohi rakan mereka dan meluangkan banyak masa memerhatikan mereka.

Memahami perkataaan, tingkah laku dan konsep

Bayi tidak lagi dapat bercakap dalam bahasa kita atau memahami sepenuhnya memahami apa yang kita cakap padanya tetapi bayi cepat belajar. Kajian menunjukkan, bayi mula mendengar suara ibubapanya sejak di dalam perut lagi. apabila lahir, bayi mula membunyikan ke dalam perkataan kita dan bentuk ayat untuk menangkap apa yang kita cakap. Bayi juga menggunakan kekuatan penyerapannya untuk belajar tentang sesetengah perkara yang rumit seperti sayang, kepercayaan, masa, serta kesan dan sebab yang wujud di dalam dunia fizikal dan emosi.

Lahir hingga 1 bulan

Setiap saat ketika bayi berjaga, bayi menggunakan derianya untuk mendapatkan data baru dengan mencarinya sendiri. Bayi tidak mempunyai lagi maklumat yang digunakan oleh orang dewasa dan kanak-kanak untuk menjelaskan apa yang mereka telah dapat tetapi bayi membina pengetahuan setiap hari. Ramai pakar mengatakan bayi memahami lebih daripada apa yang ibu bapa jangkakan tentang mereka. Sebagai kemahiran hidup, bayi dengan penuh perasaan menyesuaikan diri terhadap orang di sekelilingnya. Dia boleh memahami bagaimana perasaan kita dan apa yang kita fikirkan melalui nada suara kita, gerakkan mulut, hembusan nafas, rasa kulit kita, dan kerlip mata kita.

2 hingga 3 bulan

Bayi akan terus menyerap apa sahaja di dalam persekitarannya. Aktiviti kegemarannya ialah melihat apa yang bergerak di sekitarnya, dan mula memahami kita akan menyuap dan meyejukkan makanan dan bermain dengannya bila dia memerlukan kita. Dia akan menggembirakan kamu dengan senyuman sebenarnya. Melalui senyuman bayi menunjukkan yang dia gembira dan suka terhadap ransangan yang diberi. Pada umur 3 bulan, bayi akan menambah bunyi gurgling dalam senyumannya, iaitu bermulanya satu bentuk perbualan awal bayi.

4 hingga 7 bulan

Bayi sudah mengetahui namanya dan memahami yang anda sedang bercakap dengannya. Dia akan memandang ke arah anda bila anda bercakap dengannya. Dia mula menyesuaikan diri terhadap bunyi suara anda juga. Bila bunyi suara gembira, bayi akan beraksi gembira, dan bila anda berkata keras terhadapnya dia akan sedih dan boleh menangis. Bayi juga mula mengenali di antara orang asing dan orang yang mereka kenal, bayi akan menangis bila kita meletakkannya di tangan seseorang yang tidak kenali.

8 hingga 12 bulan

Bayi mula memahami permintaan yang mudah. Misalnya perintah jangan. Bayi akan berhenti dengan memandang wajah anda bila anda mengatakan jangan menyentuh alatan elektrik. Bayi juga menguji tindakan anda terhadap tingkah laku yang mereka lakukan. Contohnya, bayi akan membuang makanan ke atas lantai hanya untuk melihat apa yang akan anda lakukan, dan kemudian meyimpan tindakan anda di dalam kotak memori atau ingatannya. Akan datang, bayi akan menguji sekali lagi untuk melihat sama ada anda akan bertindak dalam kaedah yang sama

12 hingga 18 bulan Pada umur 18 bulan,bayi seharusnya mampu memahami dan menggunakan sekurangkurangnya 50 perkataan. Dan dia akan mampu mengikut arahan anda, walaupun jika mengandungi 2 arahan berbeza. Contohnya Ambil bola itu dan letakkan ke dalam kotak. 19 hingga 24 bulan Kanak-kanak pada waktu ini, mula memahami bukanlah satu keperluan bertemu dengan anda (ibu). Dia cuba menerangkan pada dirinya sebagai contoh memeluk tubuhnya dengan meletakkan tangan di celah ketiak bila anda mahu dia memegang tangan anda. Dia jua mula memahami konsep mudah seperti ruang dan dimensi. Ini bermaksud kemungkinan sekarang dia boleh meletakkan bersama satu asas puzzle, dan tahu perbezaan di antara segi tiga dan segi empat dan boleh meletakka setiap bentuk pada lubang yang bersesuaian dengan bentuknya pada shape-sorter. Bayi juga dapat mengenalpasti sebab dan akibat. Dia tahu bila dia tekan tuil buka jackin-the-box sebagai contoh, clown akan terpancul keluar. Kemahiran baru ini akan hadir bersama bila bayi bersedia dengan latihan tandas (toilet train).

Interaksi sosial bayi

Pengalaman sosial pertama bayi ialah dengan ibu bapa dan adik-beradiknya. Respons sosial pertama bayi ialah berbalas pandangan dan senyuman dengan ibu bapanya. Bayi juga ketawa apabila digeletek atau diusik oleh ibu bapanya.

Bayi mula berinteraksi dengan bayi lain apabila usianya mencapai 5 bulan. Apabila mereka

sudah boleh bergerak di persekitaran, mereka akan mula merangkak dan memanjat badan orang yang paling rapat dengannya seperti ibu atau bapanya. Mereka mula merapati orang yang disukai apabila mereka telah boleh berdiri tegak. Selain itu, mereka juga pandai mengangkat tangan minta didukung. Bayi yang berusia 9 bulan sudah mula menawarkan alat permainan kepada orang lain. Walau bagaimanapun ia akan menangis atau melawan sekiranya ada orang cuba mengambil barangnya. Perlakuan ini adalah disebabkan oleh sifat egosentrisme yang dimiliki bayi. Sifat agresif bayi bertambah mengikut perkembangan usia tetapi pada masa yang sama, sifat bekerjasama pula turut meningkat. Kajian telah menunjukkan kesedaran kendiri (self-awareness) bayi muncul ketika bayi berusia 18 bulan. Pada masa yang sama bayi juga mempunyai pengenalan diri (self-recognition) yang ditunjukkan melalui keupayaan bayi mengenali imej diri. Sebagai bukti, satu pemerhatian telah dijalankan oleh Lewis dan rakan-rakan tentang kesedaran kendiri di kalangan bayi yang berusia di antara 6 hiungga 24 bulan. Dalam kajian tersebut, pengkaji melihat kekerapan tingkah laku bayi menyentuh hidung di depan sebuah cermin setelah hidung mereka dibubuh pewarna merah. Kajian mendapati terdapat peningkatan dari segi kekerapan menyentuh hidung di kalangan bayi berusia 18 bulan. Ini menunjukkan bayi berusia 18 bulan sudah mengenali diri sendiri kerana mereka tahu bahawa hidung mereka tidak bewarna merah.

Kesedaran kendiri merupakan satu peningkatan yang besar

dalam keupayaan memahami orang lain serta berhubung dengan mereka. Sebaik sahaja mereka mempunyai kesedaran kendiri, mereka sedar tentang kecenderungan mereka memilih orang yang ingin bersama. Misalnya, mereka lebih menyukai rakan sepermainan yang sejantina atau lebih mengutamakan rakan yang terdiri daripada kanak-kanak berbanding dengan orang dewasa. Mereka juga dapat membentuk perasaan empati, memikirkan perasaan diri sendiri, dan tahu bahawa orang lain tidak akan tahu apa yang difikirkan oleh mereka. Pemahaman ini menyebabkan mereka membentuk keupayaan untuk berbohong. Sebagai kesimpulan, pembelajaran tentang kendiri manusia bermula sejak bayi.keupayaan ini mempengaruhi hubungan antara manusia dan menjadi asas kepada kecekapan sosial, hubungan rakan sebaya, dan identiti kejantinaan.

Tahap-tahap Perkembangan Sosial Emosi Bayi


Tahap 1 : Kepercayaan lawan ketidakpercayaan

(0 -18 bulan) Mempengaruhi perkembangan bayi melalui pengalaman. Belajar untuk mempercayai atau tidak mempercayai orang lain. Mempengaruhi sikapnya terhadap hidup dan interaksinya dengan orang lain. Kepercayaan akan memudahkan individu menghadapi serta mengatasi masalah dalam hidup.

Bayi mula membentuk perasaan percaya lawan tidak

percaya. Perasaan percaya pada persekitaran dan orang lain akan wujud sekiranya bayi tersebut mendapat penjagaan yang baik dari penjaganya; terutama daripada ibu. Sebaliknya, jika bayi tersebut tidak mendapat penjagaan yang sempurna maka akan timbul perasaaan tidak percaya pada tahap ini. Cara penjagaan bayi akan mempengaruhi emosi dan perasaan percaya dalam diri bayi tersebut.

Tahap 2 : Autonomi lawan malu/kekeliruan (18 bulan-3 tahun)


Konsep diri mula bertambah nyata.
Mula tahu apa yang dicakap dan dibuat merupakan

tindakannya bukan orang lain. Keinginan untuk bertindak bebas (autonomi) meningkat. Lebih gemar membuat sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Mungkin berpendapat cekap dan berkebolehan. Rasa diri kurang cekap malu dan mula meragui kebolehan diri.

Tingkah laku yang sentiasa diterima dan dipuji lebih

yakin. Sentiasa didenda/dimarah malu dan ragu-ragu. Cara terbaik, tingkah laku yang tidak diingini dikawal dan yang diingini dipuji dapat mengenal jenis-jenis tingkah laku yang digalakkan dan yang hendak dielakkan. Kecenderungan untuk berfungsi secara bebas hendaklah diterima atau didorong.

Tahap 3 : Inisiatif lawan bersalah (3-6 tahun)


Ingin meneroka dan mencuba sesuatu yang baru dan

mencabar inisiatif. Dapat belajar dan bergerak dengan cepat. Lebih peka kepada perkara betul dan salah. Berasa malu apabila diketawakan dan seterusnya membina sikap positif. Galakan akan menyedarkan kanak-kanak tentang potensi diri. Sering dikawal dari mencuba akan berasa kurang inisiatif.

Pada tahap ini kanak-kanak mula berinteraksi dengan

persekitaran. Banyak inisiatif dilaksanakan bagi memenuhi naluri ingin tahu yang tinggi. Mereka akan cuba melakukan kerja-kerja yang dibuat oleh orang dewasa. Perkembangan ketika ini tidak boleh disalah asuh kerana akan menyebabkan kanak-kanak hilang inisiatif, suka menyendiri dan akan menimbulkan masalah apabila memasuki alam persekolahan.

Tahap 4 : Ketekunan lawan rasa rendah diri (6-12 tahun) Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap. Tahap 5 : Identiti lawan kekeliruan identiti (12-18 tahun) Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama, jika tidak perasaan rendah diri akan timbul.

Tahap 6 : Kerapatan lawan pengasingan (18-35 tahun) Dewasa akan membina hubungan rapat atau sebaliknya merasa terasing jika tidak mahir membina hubungan.

Tahap 7: Generativiti lawan pemusatan kendiri "stagnasi" (35-60 tahun) Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang atau sebaliknya hanya memusatkan kepada perkembangan /aktiviti diri.

Tahap 8 : Kesepaduan lawan putus asa (60 tahun

akhir hayat) Kemuncak perkembangan di mana perasaan diterima dengan perasaan

Anda mungkin juga menyukai