Anda di halaman 1dari 2

Teori Pembelajaran Konstruktivsme

Konstruktivisme adalah teori mengenai pembelajaran terbentuk hasil dari pembinaan


pengetahuan berdasarkan pengalaman. Pembelajaran terbina hasil pencantuman
maklumat dengan pengetahuan sedia ada. Tokoh-tokoh Konstruktivisme terdiri daripada
Jean Piaget, Seymour Papert, Jerome Bruner, Lev Vygotsky dan John Dewey.

Jean Seymour Jerome  Lev John


Piaget Papert Bruner Vygotsky Dewey

            Pelajar yang belajar dan  berinteraksi dengan objek dan perkara-perkara dalam
pembelajaran akan memahami apa yang dipelajari. Pelajar-pelajar akan membina sendiri
konsep dan penyelesaian terhadap masalah yang diberi.  Tokoh-tokoh konstruktivisme
melihat pembelajaran sebagai pembinaan mental. Pelajar belajar mencantum maklumat
baru dengan maklumat lepas yang diketahui. 

            Teori pembelajaran konstruktivisme berasas kepada penglibatan aktif pelajar


dalam menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal tentang aktiviti pembelajaran di
mana ianya relevan dan menarik. Pelajar membina pengetahuan sendiri dengan menjana
idea dan pendekatan berdasarkan pengetahuan sedia ada dan pengalaman. Mengaitkannya
dengan situasi baru, mencantum dan menambah maklumat baru dengan pembinaan
intelektual sedia ada.  Guru harus mengambil berat akan struktur kognitif sedia ada
pelajar. Maklumat baru yang telah diolah akan disesuaikan dan menjadi sebahagian dari
pelajar, maka kerangka baru ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan
konstruktivisme.

        J. Bruner merupakan salah seorang tokoh teori pembelajaran konstruktivisme.


Menurut Bruner pembelajaran adalah satu proses aktif di mana pelajar membina idea
baru berdasarkan pengetahuan semasa atau lepas. Pelajr memilih dan mengubah
maklumat, membina hipotesis, membuat keputusan bergantung kepada struktur kognitif
untuk berbuat demikian. Contoh struktur kognitif adalah skema dan model mental yang
menyediakan makna dan mengatur pengalaman serta membenar individu pergi disebalik
maklumat yang diberi. Kurikulum hendaklah diatur dalam bentuk spiral agar pelajar terus
membina atas perkara-perkara yang telah dipelajari.

        Bruner(1966) telah mengariskan  bahawa terdapat empat aspek utama dalam teori
pengajaran iaitu :
1.  Keadaan mudah terpengaruh ke arah pengajaran (Predisposition towards
learning)
2. Penstrukturan maklumat agar pelajar mudah mencapai maklumat tersebut. (The
ways in which a body of knowledge can be structured so that it can be most
readily grasped by the learner)
3. Susunan yang efektif untuk mempersembahkan bahan. (The most effective
sequences in which to present material)
4. Secara semulajadi memberi ganjaran atau dendaan kepada pelajar. Kaedah terbaik
bagi menstruktur maklumat seharusnya menghasilkan keputusan yang ringkas,
generalisasi  pernyataan baru dan meningkatkan manipulasi maklumat (The
nature and pacing of rewards and punishments. Good methods for structuring
knowledge should result in simplifying, generating new propositions, and
increasing the manipulation of information)

Anda mungkin juga menyukai