Anda di halaman 1dari 23

41

UNIT 2


TAKSONOMI KEMAHIRAN BERFIKIR


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir unit ini, anda diharap dapat:
1. Menerangkan definisi kemahiran berfikir.
2. Membincangkan taksonomi kemahiran berfikir.


PENGENALAN

Tahukah anda? Manusia yang dicipta oleh Tuhan sebagai khalifah atau pemimpin di muka
bumi ini mempunyai berbagai keistimewaan dan kelebihan berbanding dengan makhluk-makhluk lain?
Kelebihan dan keistimewaan ini ialah kerana manusia dikurniakan akal. Akal fikiranlah yang membezakan
secara kualitatif, di antara manusia dan haiwan. Akal atau minda adalah sumber ilmu intelek (intellectual
knowledge) yang menghasilkan pengetahuan melalui proses pemikiran dan pentaakulan minda (akal).
Akal adalah tempat bersemadinya kearifan dan kebijaksanaan (hikmah). Akal adalah merupakan kurniaan
Tuhan yang sangat berharga kepada hambaNya. Melaluinya manusia boleh membuat pentaakulan
(rationalize), membentuk konsep (conceptualize), dapat memahami (comprehend) dan sebagainya.
Sejarah membuktikan bahawa manusia bertindak tanpa menggunakan akal dan buah fikirannya
boleh terjerumus ke dalam darjat kehaiwanan, bahkan lebih dahsyat daripada itu. Kemahiran
mengggunakan buah fikiran yang baik dan berguna inilah yang bakal mengangkat darjat keinsanan
manusia berbanding haiwan. Keputusan-keputusan dan tindakan-tindakan yang dibuat oleh manusia
ada kaitan dengan kemahiran berfikir. Sekiranya keputusan dan tindakan itu membawa natijah positif
kepada dirinya dan orang lain, ia dikatakan keputusan yang berhikmah dan bijaksana. Sebaliknya, jika
keputusan tidak bermanfaat kepada diri, orang lain dan alam sekelilingnya, keputusan itu dikatakan
tidak bijak atau tidak berhikmah.
42

Lihatlah bulan, lihatlah langit, lihatlah bintang dan fikirkan. Menyedari kebesaran Tuhan
melalui ciptaanya seperti bumi, bulan, bintang dan matahari adalah tanda seseorang itu sebenarnya
menggunakan akalnya untuk berfikir. Justeru itu, berfikir adalah sesuatu yang menjadi tuntutan dan
seharusnya dilakukan oleh manusia dalam setiap aktiviti dan tindak tanduk yang dilakukan. Namun
begitu, tidak ramai antara kita yang memahami pengertian serta selok-belok berfikir yang sewajarnya.

ISI KANDUNGAN
Apa itu kemahiran berfikir?
Kemahiran berfikir boleh didefinisikan satu proses mental. Kemahiran berfikir adalah kemahiran intelek
seperti kemahiran menghafal dan mengingat kembali fakta dan penerangan, memberi penjelasan,
membuat analisis, mengeluarkan pendapat, membuat keputusan, menyelesaikan masalah atau
merancang. Kemahiran berfikir adalah proses berfikir yang lebih tinggi.
Berfikir...

melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku dalam mindaatau sistem kognitif
seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah. (Mayer, 1977)
merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam
bentuk tertentu. (Fraenkel, 1980)
ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan.
(Beyer, 1991)

PROSES BERFIKIR
Pada kebiasaannya apabila anda berhadapan dengan sesuatu perkara misalnya suatu
objek, anda secara automatik akan mula menyoal diri sendiri? Soalan-soalan yang
anda mungkin bertanya ialah :
1. Apakah objek itu?
2. Apakah kegunaannya?
3. Bagaimanakah menggunakannya?
4. Adakah ia memberi manfaat?

43

Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam proses berfikir. Untuk
mencari jawapan, anda menggunakan aspek yang berikut:

Pengetahuan (apa yang anda tahu tentang objek itu)
Kemahiran (menyoal diri sendiri tentang objek itu)
Sikap atau nilai (keinginan untuk mengetahui tentang objek itu
Oleh yang demikian proses berfikir melibatkan interaksi antara pengetahuan, kemahiran
kognitif dan sikap atau nilai seperti dalam Rajah 1.


Rajah 1: Proses Berfikir


Taksonomi Kemahiran Berfikir
Anda perlu tahu istilah berikut yang selalu digunakan untuk mengkategorikan kemahiran berfikir:
(a) Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) dan Kemahiran berfikir Aras Tinggi (KBAT/HOT)

Pemikiran Aras Rendah ialah penggunaan pemikiran secara terhad, di mana pelajar hanya disogokkan
dengan jawapan-jawapan yang menyebabkan pelajar malas untuk berfikir. Pelajar akan hanya mengingat
bahan-bahan yang telah dipelajari daripada pelbagai fakta yang spesifik sehingga kepada perbuatan
mengingat semula teori yang lengkap. Menurut Onosko dan Newmann (1994) dan Rajendran (1998)
berikut adalah ciri-ciri KBAR:
1) Penggunaan pemikiran secara terhad
2) Bersifat rutin dan mekanistik
3) Mengingat kembali maklumat yang terancang.
PENGETAHUAN
SIKAP/NILAI
KEMAHIRAN
KOGNITIF
44

4) Menggambarkan, membandingkan, merumuskan, menghubungkait, penyelesaian.
Pemikiran Aras Tinggi (KBAT/HOT) pula merupakan aras yang paling tinggi dalam hieraki proses kognitif.
Ianya berlaku apabila seseorang mendapat maklumat baru, menyimpan, menyusun, serta mengaitkannya
dengan pengetahuan sedia ada dan akan memanjangkan maklumat itu untuk mencapai sesuatu tujuan
atau penyelesaian situasi rumit. Bereiter & Scardamalia (1987) dalam Kemahiran Berfikir Aras Tinggi,
pelajar perlu dilatih mengambil bahagian dalam menentukan objektif, mewujudkan wacana, menentukan
tindakan motivasi, analitik dan inferens yang dinamakan literasi tinggi (highliteracy). Ciri-ciri KBAT/HOT
adalah seperti berikut:
1) Menggunakan tahap pemikiran secara maksimum untuk menghadapi cabaran
2) Interpretasi, analisis, dan manipulasi maklumat
3) Bersifat kritikal terhadap maklumat,idea, dan pendapat.
4) Membuat kesimpulan, inferens, dan generalisasi.
5) Komunikasi berkesan, membuat jangkaan, penyelesaian masalah, menilai idea, memberikan pendapat,
dan membuat pemilihan, dan keputusan
Kemahiran berfikir biasanya diajar sebagai aktiviti tambahan kepada pelajar-pelajar supaya mereka
menerima pendidikan yang lebih luas selain daripada kurikulum sekolah yang sedia ada. Di Malaysia,
pelajar-pelajar di Maktab Rendah Sains MARA sebagai contoh, belajar kurikulum berfikir di mana mereka
diberikan silibus CoRT DeBono yang diterapkan dalam program Schoolwide Enrichment Model (SEM).
Kini, kita dapat membezakan antara pelajar yang cemerlang dengan pelajar biasa berdasarkan kemahiran
berfikir mereka (Mohd & Hassan, 2001). Pakar-pakar bidang berfikir telah mencipta dan menggunakan
pelbagai istilah untuk menerangkan tentang kemahiran berfikir. Dimensi Pembelajaran Marzano (1992)
misalnya membolehkan seseorang individu lebih memahami tentang kemahiran berfikir diri sendiri serta
kelemahan dan kekuatan diri. Dimensi ini menerangkan kemahiran berfikir yang sangat kompleks tentang
proses belajar sehingga kita dapat memahami setiap aspek dan mengetahui bagaimana aspek-aspek
tersebut berinteraksi. Jika aspek-aspek tersebut dapat dikuasai dengan baik, ia akan menjadi satu alat
yang berguna untuk membantu pelajar belajar, seterusnya dapat meningkatkan prestasi pencapaian dan
memperbaiki kelemahan diri. Dengan adanya KBAT, pelajar berupaya mengecapi kejayaan bukan sahaja
dalam bidang akademik tetapi juga di alam pekerjaan kelak.
Model Taksonomi Bloom (1956) menjelaskan penggunaan soalan mempunyai kaitan secara langsung
dengan KBAR dan KBAT. Corak penyoalan menggunakan soalan aras rendah adalah berbahaya kepada
penjanaan pemikiran aras tinggi kerana KBAT hanya boleh digembelingkan melalui soalan aras tinggi
(Bloom, 1956, 1994., Kissock dan Iyortsuun, 1982). Taksonomi Bloom telah mengkategorikan kemahiran
berfikir mengikut aras tertentu yang dikenali sebagai level of thought processes. Mereka berpendapat
bahawa domain kognitif boleh dikategorikan kepada 6 kelas, iaitu aras pengetahuan yang bermula di
peringkat rendah hingga kepada peringkat yang lebih tinggi iaitu penilaian.
45


Rajah 2: Aras Domain Kognitif

Jadual 1 : Aras Taksonomi Bloom
TAKSONOMI
BLOOM
TAHAP CONTOH SOALAN

KEMAHIRAN
BERFIKIR ARAS
RENDAH
(KBAR)
o Pengetahuan
Untuk mengingat kembali sesuatu istilah,
fakta atau konsep.

o Pemahaman
Kebolehan menerapkan/memahami istilah,
fakta atau konsep dlm situasi yg berlainan
dgn perkataan sendiri.



Apakah nama awak?



Jelaskan makna fotosintesis

KEMAHIRAN
BERFIKIR ARAS
TINGGI
(KBAT/HOT)
o Aplikasi
Kebolehan menggunakan konsep dan istilah
dlm situasi yg baru.

o Analisis
Kebolehan membahagikan konsep atau
kaedah kpd bahagian2 dan mengenalpasti

Anda dibekalkan dengan alat
untuk proses fotosintesis, cuba
lakukan...

Fotosintesis perlu air, cahaya
dan sebagainya
46

perkaitan antaranya.

o Sintesis
Kebolehan mencantumkan unsur-unsur
supaya mendapat satu corak yang bermakna.
o Penilaian
Kebolehan menilai idea, konsep atau tindakan




Pelajar-pelajar diberi maklumat
dan data.



Pelajar diminta membuat refleksi




Tahukah anda?
Apabila seseorang menghafal dan memberi maklumat itu semula tanpa perlu
berfikir, itu yang dinamakan robot. Dia melakukan apa yang telah diprogramkan.


(b) Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif

Kemahiran berfikir boleh dibahagikan kepada kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kemahiran berfikir
kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran
berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea
baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Strategi berfikir pula merupakan proses
berfikir yang lebih tinggi peringkatnya dan mengandungi beberapa langkah yang melibatkan beberapa
kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Kesemua kemahiran yang digunakan dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran adalah pada akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan atau
menyelesaikan masalah. Kemahiran berfikir menaakul adalah sebagai pelincir dalam membantu kita
membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.
Perkaitan antara kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif, kemahiran berfikir menaakul dan
strategi berfikir adalah seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 3.



KEMAHIRAN
BERFIKIR
47

























Rajah 3: Kemahiran Berfikir

Kemahiran berfikir dalam model ini telah disusun mengikut hierarki daripada kemahiran asas kepada
kemahiran yang lebih kompleks. Dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran berfikir perlu
diperkenalkan mengikut urutan. Murid perlu mempelajari dan menguasai yang asas sebelum mempelajari
kemahiran berfikir yang lebih kompleks. Sekiranya dalam pengajaran dan pembelajaran, kemahiran berfikir
yang akan dipelajari adalah membuat urutan, murid seharusnya telah mempelajari dan menguasai
kemahiran yang sebelumnya iaitu kemahiran mencirikan, membanding dan membeza, serta mengumpul
dan mengelas.


(c) Pemikiran Vertical dan Lateral

Kedua-dua istilah ini digunakan oleh Dr. Edward de Bono. Pemikiran vertical bermakna penaakulan logik.
MENAAKUL

Logik
Rasional
STRATEGI BERFIKIR
Mengkonsepsikan
Menyelesaikan masalah
Membuat keputusan
KRITIS

Mencirikan
Membandingkan dan
membezakan
Mengumpul dan
mengelaskan
Membuat urutan
Menyusun mengikut
keutamaan
Menganalisis
Mengesan kecondongan
Menilai
Membuat kesimpulan
KREATIF

Menjanakan idea
Menghubung kaitkan
Membuat inferens
Meramalkan
Membuat hipotesis
Mensintesiskan
Mengitlak
Membuat gambaran
mental
Menganalogikan
Mereka cipta
48

Contoh: Ali cedera di lututnya. Basikalnya kemek. Bagaimanakah kecederaan itu boleh berlaku?
Pemikiran lateral bermakna menghasilkan idea yang banyak, pelbagai dan baru iaitu pemikiran kreatif.
Contoh: Bagaimanakah kita boleh ukur tinggi sesuatu pokok?

(d) Pemikiran Bertumpu dan Bercapah

Dalam pemikiran bertumpu, kemahiran berfikir ditumpukan kepada sesuatu perkara, masalah atau isu
tertentu. Contohnya,

Ada paku dan calar-calar pada tayar.
Apa yang menyebabkan tayar bocor ?
Kita perlu mencari bukti atau kenyataan yang menyebabkan tayar itu bocor.










Dalam pemikiran bercapah, kita mahu menghasilkan idea yang banyak, pelbagai dan baru. Contohnya,
Apakah kegunaan tayar terpakai ?

Berfikir yang patut dikuasai oleh murid:
Sebab
tayar bocor
Kegunaan
tayar
terpakai

49

1. Membuat kaitan
2. Membanding dan membeza
3. Mengkelaskan
4. Menilai
5. Menyusun
6. Mengenal pasti pernyataan benar atau salah
7. Mengenal pasti pernyataan berasaskan fakta atau salah
8. Mengenal pasti pernyataan berat sebelah
9. Mengenal pasti sebab dan memberi sebab
10. Mengenal pasti kesan atau akibat, dan meramal akibat
11. Memuat inferens atau kesimpulan awal
12. Membuat generalisasi
13. Mentafsir
14. Mengenal pasti idea utama, idea sokongan, dan butir-butir terperinci
15. Membuat rumusan
16. Membuat keputusan
17. Menyelesaikan masalah

Anda akan dapati kemahiran berfikir tersebut bukanlah sesuatu yang baru.
Kemahiran berfikir itu telah sedia ada dalam kurikulum sains atau mana-mana pelajaran lain. Mungkin ada
kemahiran lain tetapi murid anda perlu menguasai kemahiran berfikir seperti di atas semasa anda
mengajar.

DOMAIN KOGNITIF

Bertolak dari definisi kemahiran berfikir yang telah ditegaskan oleh penulis yang menyatakan bahawa
kemahiran berfikir adalah berkait rapat dengan kebolehan seseorang insan menggunakan kedua-dua
domain kognitif dan afektif dalam usaha untuk mendapatkan atau memberikan informasi,
menyelesaikan masalah atau membuat keputusan. Dalam lain perkataan, kemahiran berfikir adalah
kemahiran seseorang menggunakan otak (domain kognitif/aqal) dan hati (domain afektif/qalbu) sebagai
landasan kepada keyakinan (belief) atau tindakan (actions). Dari definisi tersebut dapatlah difahamkan
bahawa domain kognitif adalah kebolehan berfikir berlandaskan kebolehan menggunakan otak. Bloom
mengkategorikan domain kognitif kepada enam aras. Aras-aras tersebut terdiri dari; pengetahuan
(literal), kefahaman (comprehension), aplikasi (application), analisis (analysis), sintaksis (synthesis) dan
penilaian (evaluation).

50

Aras pemikiran (levels of thought processes) yang diketengahkan oleh Bloom boleh
dibahagikan kepada dua kategori penting: aras rendah (low-order or convergent) dan aras tinggi
(higher-order or divergent). Pemikiran aras rendah adalah terdiri dari aras pengetahuan dan
kefahaman. Sementara pemikiran aras tinggi, menurut Bloom adalah bermula dari aras aplikasi
membawa kepada penilaian. Pemikiran aras rendah adalah dikatakan tidak begitu baik untuk menaja
pemikiran kritis dan kreatif. Menurut Bloom, pemikiran kritis dan kreatif hanya boleh diperbaiki melalui
latihan berfikir yang melibatkan aras tinggi iaitu aras aplikasi sehingga penilaian. Bloom dalam
kajiannya berhubung dengan objektif pengajaran yang dijalankan di Amerika Syarikat mendapati
bahawa guru-guru amat gemar menggunakan soalan-soalan dan aktiviti-aktiviti pengajaran beraras
rendah. Jika tendensi ini tidak diubah, besar kemungkinan pelajar-pelajar akan menjadi pasif dan tidak
kritikal atau kreatif. Perbincangan mendalam tentang aras pemikiran dalam domain kognitif ini akan
dibuat apabila kita membincangkan tajuk COGAFF Taxonomy nanti.

Menurut Beyer dalam model berfikirnya yang dikenali sebagai Functional Thinking, domain
kognitif merangkumi beberapa kebolehan yang terdiri daripada, membuat keputusan (decision-making),
menyelesaikan masalah (problem-solving) dan menjana konsep (conceptualizing) sebagai aras yang
tertinggi. Ini diikuti oleh pemikiran kritis (critical thinking), dan pemikiran kreatif (creative thinking) pada
tahap sedikit rendah dari yang pertama. Tahap seterusnya adalah terdiri dari kebolehan memproses
(processing) dan pentakulan (reasoning) dan tahap yang terendah sekali adalah terdiri dari kebolehan
mengingat (recalling) dan menyimpan fakta (recording).

DOMAIN AFEKTIF

Setelah anda didedahkan dengan konsep, definisi dan domain kognitif dalam kemahiran berfikir, kita
akan membincangkan pula satu lagi domain penting yang telahpun disebut di atas, iaitu domain afektif.
Krathwohl dan rakan-rakan, (1964) adalah antara penyelidik yang julungkali menggunakan terminologi
afektif (affective) dalam memperkenalkan satu lagi domain penting dalam hidup manusia. Ia digunakan
sebagai satu lagi objektif pengajaran di samping aras-aras yang terdapat dalam domain kognitif yang
telah diperkenalkan oleh Bloom dan rakan-rakan pada tahun 1956. Krathwohl mengkategorikan domain
afektif sebagai terdiri daripada; penerimaan (receiving), tindak-balas (responding), menilai (valuing),
51

menyelaraskan sistem nilai (organizing a value set), dan mengamalkan sesuatu mengikut sistem nilai
yang kompleks (characterizing by value complex).

Morgan dan Saxton (1991) mentakrifkan soalan-soalan domain afektif sebagai questions of
feelings (soalan berasaskan perasaan). Pendapat ini adalah serasi dengan apa yang dinyatakan oleh
Bolton (1973) learning needs to be felt for it to be effective (pembelajaran melalui perasaan sahaja
yang akan lebih efektif). Domain ini amat penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana
pertaliannya yang cukup kuat dengan domain kognitif dalam proses KB. Kepentingan domain afektif ini
akan dibincangkan dengan lebih mendalam dalam tajuk yang menyentuh COGAFF Taxonomy nanti.

Dengan kelahiran istilah Kecerdasan Emosi (Emotional Intelligence atau EQ) seperti yang
diketengahkan oleh Daniel Goleman dan menjadi bagitu popular dewasa ini menjadikan konsep EQ dan
domain afektif bagitu penting. Domain afektif dan emosi adalah dua istilah yang berbeza tapi sama
dari segi makna dan penekanan. Kedua-dua istilah adalah menegaskan tentang kepentingan elemen
perasaan, sistem nilai, sistem kepercayaan, keyakinan dalam proses membuat keputusan, memberikan
pendapat, pembentukkan personaliti dan pegangan hidup seseorang. Perbincangan tentang tajuk yang
berhubung dengan domain afektif dan EQ ini dan kepentingannya kepada kehidupan akan dibuat
dengan lebih mendalam dalam tajuk-tajuk yang menyentuh tentang COGAFF Taxonomy dan
kecerdasan emosi atau Emotional Intelligence nanti.

METAKOGNITIF

Metacognition ditafsirkan sebagai elemen yang mempunyai kaitan rapat dengan kesedaran seseorang
tentang proses yang dilakukan semasa berfikir. Menurut Brown (1980) metacognition adalah
merupakan ilmu pengetahuan atau kesedaran yang terdapat kepada seseorang yang
membolehkannya, sebagai pelajar, mengawal proses berfikir dan aktiviti pembelajaran yang
dilakukannya. Gardner (1992) berpendapat kebolehan mengawal proses berfikir ini adalah dipengaruhi
oleh umur dan pengalaman seseorang. Seseorang pelajar yang lebih tua dari segi umur dan tinggi dari
aspek persekolahan boleh menyedari, mengawal dan mengamalkan strategi berfikir berhubung dengan
satu-satu masalah lebih baik daripada pelajar yang muda dan rendah tahap persekolahannya.

52

Beyer dalam model Functional Thinkingnya menyatakan dengan lebih jelas bahawa
metacognition adalah merangkumi kebolehan seseorang, merancang (planning), memantau
(monitoring), dan menilai (assessing) satu keputusan atau idea yang hendak diutarakan. Beyer
menjelaskan bahawa metacognition terletak diluar kebolehan berfikir (cognition) itu sendiri.
Menurutnya metacognitive operations are applied to the strategies and skills used to produce meaning
rather than directly to data and experience. Metacognition seeks to control these meaning-making
operations to guide, to correct, to adjust and direct the selecting, sequencing, and executing of the
cognitive operations by which one seeks to make meaning.

Dengan ini metacognition, dapatlah disimpulkan sebagai kebolehan seseorang dalam
mengaplikasikan strategi yang betul dalam proses melahirkan idea tetapi bukannya buah fikiran yang
dilahirkan atau bukan hasil sebenar berfikir itu sendiri. Seseorang yang ingin menyelesaikan satu
masalah ekonominya terpaksa mengalami proses merancang, memantau dan menilai keputusan yang
akan dibuat. Proses merancang, memantau dan menilai ini tidak ada kaitan langsung dengan
keputusan yang akan dibuat atau diambil dalam penyelesaian masalah tersebut.


PEMIKIRAN REFLEKTIF (PR)

Konsep pemikiran reflektif (reflective thinking) mula diperkenalkan oleh John Dewey pada tahun 1911
dalam bukunya yang ditulis khas untuk guru-guru yang bertajuk How we think. Dewey beranggapan
bahawa pembelajaran atau ilmu akan bertambah hanya apabila seseorang telah melalui proses
pemikiran reflektif atau reflection. Pemikiran reflektif adalah menjadi premis asas kepada penambahan
ilmu. Perkataan reflective thinking atau pemikiran reflektif yang pada mulanya digunakan oleh Dewey
adalah sama ertinya dengan pemikiran kritis, penyelesaian masalah dan pemikiran aras tinggi
(Samuel Shermis, 1999).

Dewey mendefinisikan pemikiran reflektif sebagai active, persistent, and careful consideration
of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds that support it and the further
conclusion to which it tends (Dewey, 1933) . Menurut Dewey, pemikiran reflektif dapatlah ditakrifkan
sebagai mengambilkira atau pengiktirafan kepada satu-satu kepercayaan atau apa yang dianggap
53

sebagai ilmu pengetahuan dalam lingkungan dasar yang memperkuatkan keyakinan tersebut dan
kesimpulan yang boleh diandaikan darinya.

Sehubungan dengan konsep pemikiran reflektif, Lambright menyatakan, The purpose of
Socratic seminars (thinking) is to enlarge understanding of ideas, issues, and values. The intent is to
create dialogue that gives voice to rigorous thinking about possible meaning seminars are structured
to take the student from the unclear to the clear, from the unreasoned to reasonedfrom the
unexamined to the examined (Lambright, 1995). Pemikiran Socratis adalah bertujuan untuk
memperluaskan kefahaman tentang satu-satu idea, isu, dan sistem nilai. Ia berharap agar dapat
mempergunakan dialog sebagai alat untuk menyuarakan pemikiran yang aktif yang menjanakan satu
maksud seminar adalah bertujuan membawa atau memimpin pelajar dari kekaburan kepada jelas,
dari yang diterima tanpa pentakulan kepada sesuatu yang difikir secara mendalamdari yang tidak
diusul kepada sesuatau yang diusul dengan teliti.

Pemikiran reflektif sama seperti pemikiran kritis memberi penekanan kepada tujuan atau
maksud idea atau buah fikiran yang ingin disampaikan. Ia mempunyai kaitan rapat dengan apa yang
diketengahkan oleh Bloom berhubung dengan aras pemikiran. Pengetahuan aras rendah yang
memerlukan pengingatan atau memorization yang dikatkan dengan aras literal atau pengetahuan
dalam Taksonomi Bloom, walau pun tidak dinafikan kepentingannya, tidak menjana pemikiran reflektif.
Lambright menyatakan if you want to teach reflective thinking, we suggest that you devise an
exercise that requires students to practise critical thinking and simultaneously demonstrate their
progress in achieving that complex skill. appropriate evaluation must go beyond acquiring facts and
learning theories.
Pemikiran reflektif adalah merangkumi kebolehan memahami fakta, idea, mengaplikasikan
prinsip, menganalisis, membuat sintaksis dan kebolehan menilai. Menurut Samuel Shermis (1999),
pemikiran reflektif dan pengajarannya melibatkan semua domain yang diperkenalkan oleh Bloom dalam
Taksonomi Kognitifnya. Dapatlah disimpulkan bahawa pemikiran reflektif samalah seperti pemikiran
Kritis berdasarkan domain kognitif seperti yang diketengahkan oleh Bloom dan Beyer dan tidak
memberi penekanan kepada perkembangan domain afektif secara khusus.

Weast (1996) menyenaraikan kebolehan yang terdapat dalam pemikiran reflektif:
54


- Mengenal pasti kesimpulan (Identifying the authors conclusion);
- Mengenal pasti sebab dan bukti (Identifying the reasons and the evidence)
- Mengenal pasti bahasa yang kabur dan melampau (Identifying vague and ambitious
language)
- Mengenal pasti nilai yang di ramal dan konflik nilai (Identifying value assumptions
and value conflicts)
- Menilai pentakulan berdasarkan statistik (Evaluating statistical reasoning)
- Menilai persampelan dan pengukuran (Evaluating sampling and measurements)
- Menilai pentakulan secara logik (Evaluating logical reasoning )
- Mengenal pasti informasi yang tertinggal atau tersingkir (Identifying omitted
information)
-Kebolehan menyuarakan pendapat dan nilai peribadi melalui cara yang terbaik dan
berhemah (Articulating ones own values in thoughtful, fair-minded way).

Kebolehan-kebolehan ini telah dan masih digunakan dalam pengajaran KB di sekolah-sekolah
hingga ke hari ini.

TAKSONOMI COGAFF

Terminologi COGAFF lahir dari gabungan perkataan Cognitive dan Affective. Taksonomi COGAFF
dilahirkan berdasarkan integrasi taksonomi domain kognitif (yang dipopularkan oleh Bloom pada tahun
1956) dan taksonomi domain afektif (yang diperkenalkan oleh Krathwohl pada tahun 1964). Ia
diperkenalkan oleh Ghazali Mustapha pada tahun 1998 dalam kajian kedoktorannya yang bersabit
dengan penggunaan soalan dalam pengajaran pemikiran kritis dan kretif di Malaysia. Bertolak dari
kepentingan dan peranan soalan dalam menjana kemahiran berfikir seperti yang ditegasakan oleh
Socrates, Bloom dan lain-lain, Ghazali Mustapha dalam kajiannya telah menggunakan soalan yang
digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran mereka sebagai landasan untuk menilai sejauh mana
guru-guru memberi penekanan kepada pengajaran kemahiran berfikir. Beliau mendapati bahawa lebih
dari 80% soalan yang dikemukakan dalam pengajaran mereka adalah beraras rendah (aras
pengetahuan dan kefahaman). Pendapat ini adalah sejajar dengan apa yang dikemukakan oleh Bloom
55

dalam kajian serupa terhadap kecenderungan guru-guru dalam mengemukakan soalan dalam
pengajaran mereka. Bloom mendapati pada tahun 1994, selepas lebih kurang 40 tahun berlalu dari
kajian asalnya (pada 1956) tentang kecenderungan serupa, mendapati bahawa kebanyakan soalan
yang dikemukakan adalah beraras rendah dan keadaan ini, menurut Bloom, adalah tidak cenderung
kepada pembentukan kemahiran berfikir.

COGAFF Taxonomy mengambil kira kepentingan kedua-dua domain kognitif dan afektif
sebagai landasan kepada kemahiran berfikir seperti yang telah disentuh sepintas lalu sebelum ini.
Seterusnya akan dibincangkan rasional dan keesahan kepada penggabungan kedua-dua domain
tersebut.

Gabungan kognitif dan afektif: Rasional dan keesahannya

Keesahan dan rasional gabungan domain kognitif dan efektif seperti yang dicadangkan dalam
Taksonomi COGAFF dapat dilihat dalam konteks berikut:
1. Walaupun evaluation (penilaian) diletakkan sebagai domain tertinggi dalam
Taksonomi Bloom, ini tidaklah bermaksud bahawa ia adalah langkah terakhir yang boleh
dibuat dalam penyelesaian masalah atau membuat keputusan seperti apa yang disahkan
sendiri oleh Bloom (1956:185).
Evaluation represents not only the end process in dealing with cognitive behaviours, but also
a major link with affective behaviours where values, liking and enjoying are central
processes involved.

2. Pertalian domain kognitif dan afektif dalam perkembangan mental seseorang adalah tidak
dapat dipisahkan dalam pandangan bercorak holistic dalam apa sahaja system pendidikan
saperti yang ditegaskan oleh Furst (1994:32)
one can reasonably argue that the cognitive and feeling sides of mental life can neither be
conceptually nor practically separated.

3. Disebabkan tiada kemungkinan yang aspek kognitif boleh dipisahkan dari
perasaan (afektif), seperti tidak mungkin kita pisahkan pengetahuan dari nilai (knowledge
from values) kerana Furst menyatakan,
The distinction creates educational and philosophical problems by separating the world of
knowledge from the world of values.
56


4. Dalam konteks pendidikan di Malaysia, amat jelas dinyatakan pertalian kedua-dua domain
ini harus diberi perhatian yang setimbal kerana jelas saperti apa yang dinyatakan dalam
Falsafah Pendidikan Negara,
education in Malaysia attempts to provide a balance between knowledge and skills on one
side and in the inculcation of values on the other. It is important to note that Malaysian
education provides for the teaching of the two kinds of values. Md. Jadi, (1997:96)

Seterusnya mari kita bincangkan Taksonomi COGAFF dan peranannya dalam menjana
kemahiran berfikir.Taksonomi COGAFF boleh digunakan dalam empat cara yang penting:

Pertama, ia boleh digunakan sebagai alat pengukur aras pemikiran (levels of thought
processes) soalan, aktiviti atau objektive pengajaran yang digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran. Ia membantu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan memberi landasan kepada
perubahan tingkah laku yang mahu dilihat dalam satu-satu pengajaran dan pembelajaran.

Kedua, penggunaan Taksonomi COGAFF dalam pengajaran dan pembelajaran boleh
menyedarkan guru tentang aras atau domain pemikiran mana yang ingin di beri perhatian atau focus
penyoalan atau pengajaran. Guru peka tentang samada ingin menggunakan soalan aras rendah atau
sebaliknya.

Ketiga, Ia boleh digunakan untuk menilai buku-buku atau bahan rujukan yang digunakan dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Penilaian adalan dijalankan dengan melihat atau menganalisa
domain atau aras dua elemen penting dalam pengajaran iaitu; soalan dan aktiviti yang digunakan.
Dengan melihat aras pemikiran yang terdapat kepada soalan-soalan dan aktiviti yang digunakan dalan
sesebuah buku, kita dapat menilai samada soalan-soalan atau aktiviti-aktiviti yang digunakan beraras
rendah (convergent thought process) atau tinggi (Divergent thought process). Buku yang terdapat
dalamnya soalan-soalan beraras rendah adalah tidak sesuai digunakan untuk mengajar pemikiran kritis
dan kreatif. Sebaliknya buku yang menggunakan soalan-soalan dan aktiviti-aktiviti yang beraras tinggi
adalah baik untuk pembangunan pemikiran kritis dan kreatif.

Keempat, penggunaan taksonomi COGAFF yang rapi oleh guru, boleh menggalakkan
penglibatan pelajar yang aktif. Mereka digalakan berfikir dan berinteraksi atau berbincang antara satu
57

dengan lain bila berdepan dengan soalan-soalan aras tinggi seperti penilaian dan afektif kerana
menurut Perrot (1982), soalan aras ini jarang digunakan dan ini menjadi antara sebab mengapa pelajar-
pelajar menjadi pasif dalam penglibatan mereka dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Rajah 3 di bawah menjelaskan bagaimana Taksonomi COGAFF boleh digunakan dalam
pembentukan soalan pelbagai aras pemikiran atau domain dan kata-kunci berkaitan dengan setiap aras
atau domain pemikiran.
ARAS/DOMAIN Penerangan/definisi
Contoh soalan
Kata
Kunci
Kebolehan Jenis
domain
7.0 Afektif Soalan pada aras ini
menggalakkan pelajar
respon dengan penyataan
perasaan, emosi, sikap,
nilai, sistem kepercayaan,
dan pendapat yang
berbagai.
Nyatakan perasaan anda
tentang tindakan
pembakaran terbuka
sesuka hati?
Perasaan,
Emosi,
Pendapat,
Nilai, sikap,
Kepercayaa
n,
Keyakinan,
dll. Yang
berkaitan
dengan
perasaan
atau hati
Penyataan
perasaan,
emosi, nilai,
sikap,
keyakinan dll.
Yang
berkaitan
Divergent
6.0 Penilaian Soalan pada aras ini
menggalakkan pelajar
menggunakan kriteria
untuk menilai atau
mengadili sesuatu.
Adakah kesimpulan yang
dibuat oleh kumpulan itu
sejajar dengan data yang
diperolehi dari kajian
tersebut?
Nilai,
Hakimi,
Membina
satu
penilaian
atau pengha-
Kiman
Menilai/di
-vergent
5.0 Sintaksis Soalan pada aras ini
melihat tentang kreativiti
pelajar dalam melahirkan
idea-idea yang tulin atau
Cipta,
Bina,
Mencipta
idea baru
Divergent
58

ciptaan yang baru.
Apakah cara yang anda
fikirkan baik untuk
menyelesaikan masalah
yang di timbulkan dalam
teks tersebut ?
Reka,
Gubah, dll.
4.0 Analisis Soalan pada aras ini
menggalakkan pelajar
supaya dapat melihat
aspek-aspek berasingan
tentang satu atau
beberapa masalah dan
bagaimana aspek-aspek
tersebut punya kaitan
antara satu dengan yang
lain.
Kenapa mereka membakar
hutan? Mengapakah
tindakan tidak diambil
terhadap mereka yang
melakukan pembakaran
terbuka sesuka hati?
Kenapa? Menggunaka
n informasi
Divergent

3.0 Aplikasi

Soalan pada aras ini
melihat kebolehan pelajar
mengaplikasikan idea dari
satu-satu sumber kepada
satu situasi lain. Mereka
berupaya mengaplikasikan
pengetahuannya kepada
satu situasi yang baru.
Dengan menggunakan
cadangan yang diutarakan
oleh penulis dalam teks
tersebut, cuba selesaikan
masalah berikut.

Bagaimana,
selesaikan





Aplikasikan
informasi
kepada satu
situasi yang
lain

Divergent
Aras
rendah

2.0 Kefahaman Soalan pada aras ini
memerlukan pelajar
menunjukan kemampuan
dalam menggunakan idea.
Mereka menggunakan
idea sepertimana yang
Nyatakan,
Beri definisi,
Beri maksud
Kefahaman converge
nt
59

terdapat dalam teks atau
sumber asal idea tersebut.
Nyatakan maksud konsep
tersebut seperti yang
dinyatakan dalam teks itu?
1.0 Pengetahuan Soalan pada aras ini
membolehkan pelajar
mengingat kembali fakta,
konsep, generalisasi atau
teori. yang telah dipelajari.
Siapa yang menyebabkan
angkara itu berlaku ?
Siapa,
Bila,
dimana,
apa,
bagaimana
Mengualangi,
mengingati
converge
nt
Rajah 3: Taksonomi Cogaff
Nota : setiap soalan yang dinyatakan mestilah dikategorikan dalam satu kategori atau aras pemikiran
sahaja.
Aras satu dan dua dalam Taksonomi COGAFF, seperti juga dalam Taksonomi Bloom adalah di
anggap beraras rendah (low-order) atau literal dalam domain pemikiran. Penggunaan aras ini
walaupun tidak dinafikan kepentingannya adalah tidak berkesan dalam membangunkan pemikiran kritis
dan kreatif. Penggunaan berlebihan objektif pengajaran, soalan, dan aktiviti pengajaran pada aras satu
dan dua (pengetahuan dan kefahaman) adalah dianggap tidak sesuai sekiranya kita berharap untuk
membentuk pelajar yang berfikiran kritis atau kreatif. Ini adalah disebabkan soalan-soalan pada aras
rendah ini cuma menggalakkan pelajar mengingat fakta secara literal dari apa yang dilihat, didengar
atau dibaca. Guru-guru adalah digalakkan, di samping penggunaan soalan, aktiviti pengajaran pada
aras rendah iaitu pada tahap pengetahuan dan kefahaman dan juga menggunakan sebanyak mungkin
peluang untuk menngunakan aras tinggi (higher-order) iaitu aras tiga hingga tujuh dalam membentuk
soalan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran sekiranya mereka bercita-cita untuk membentuk
pelajar menjadi kritis dan kreatif. Sementara pemberatan dan penekanan pada aras afektif dalam hal
yang bersabit dengan soalan dan aktiviti pengajaran adalah amat perlu sekiranya kita ingin membentuk
pelajar yang mempunyai nilai-nilai murni dan EQ (emotional intelligence) yang tinggi sebagai seorang
insan.

60

Walaubagaimanapun, kajian-kajian yang dijalankan oleh Bloom, 1956, 1994; Krathwohl, 1964,
Kissock & Iyortsuun, 1964., Perrot, 1982, Ghazali Mustapha, 1995, 1998, 1999 memberi indikasi yang
cukup kuat bahawa guru-guru amat suka menggunakan soalan-soalan jenis memori atau literal (aras 1
dan 2 ) dalam pengajaran mereka. Keadaan ini menurut Bloom, sekiranya tidak berubah, tidak
menggalakkan pertumbuhan pemikiran kritis dan kreatif di kalangan pelajar.

Aras satu hingga enam dalam Taksonomi COGAFF adalah menggunakan domain kognitif
seperti yang diperkenalkan oleh Bloom dalam taksonominya yang dikenali sebagai Taxonomy of
educational objectives : Cognitive domains yang dicipta pada tahun 1956. Sementara aras ketujuh iaitu
aras atau domain afektif adalah disesuaikan dengan domain afektif seperti yangg diperkenalkan oleh
Krathwohl pada tahun 1964 dalam taksonominya yang dikenali sebagi taxonomy of Educational
Objectives : Affective domains. Krathwohl mengkategorikan domain ini kepada : penerimaan,
penglibatan, penilaian dan menyusun-galurkan sistem nilai. Taksonomi COGAFF menggunakan domain
afektif sebagai merangkumi segala elemen yang ada kaitan dengan perasaan, emosi, sikap, nilai,
keyakinan dan system kepercayaan. Dengan kata lain segala penyataan yang ada hubungan dengan
hati atau qalbu akan dikategorikan dalam domain afektif.

Penegasan tentang domain afektif ini memberi peluang kepada kita untuk memahami konsep
emotional intelligence (EQ) atau kecerdasan emosi seperti yang dipopularkan oleh Daniel Goleman.
Goleman menyatakan bahawa EQ punya kaitan yang rapat dengan emosi atau perasaan manusia. Di
sini dapat kita lihat pertalian yang rapat antara domain afektif atau aras ke tujuh dalam Taksonomi
COGAFF dengan EQ seperti yang diperkenalan oleh Goleman.

RUMUSAN

1. Kemahiran berfikir ditafsirkan sebagai satu proses intelektual yang melibatkan pembentukan
konsep (conceptualizing), aplikasi, analisis, sintaksis, dan/atau menilai informasi yang terkumpul
atau dihasilkan melalui pengamatan, pengalaman, refleksi, pentaakulan, atau komunikasi sebagai
landasan kepada satu keyakinan (kepercayaan) dan tindakan.
2. Dalam kurikulum KBKK, kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua komponen yang penting iaitu;
kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif.
61

3. Kemahiran berfikir secara kritis merujuk kepada keberkesanan seseorang dalam menggunakan
minda dalam menilai keesahan atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, pandangan dan boleh
memberi respons berdasarkan kepada bukti dan sebab musabab.
4. Kemahiran berfikir secara kreatif pula bolehlah di definisikan sebagai kebolehan menggunakan
minda dalam menjana idea-idea yang baru, kemungkinan yang baru, ciptaan yang baru
berdasarkan kepada keaslian dalam penghasilannya.
5. Kemahiran berfikir berkaitan dengan domain kognitif, domain afektif, metakognisi dan pemikiran
reflektif.
6. Taksonomi COGAFF dilahirkan berdasarkan integrasi taksonomi domain kognitif (yang
dipopularkan oleh Bloom pada tahun 1956) dan taksonomi domain afektif (yang diperkenalkan oleh
Krathwohl pada tahun 1964).



Kata Kunci

1. Kemahiran berfikir
2. Kemahiran berfikir secara kritis
3. Kemahiran berfikir secara kreatif
4. Domain kognitif
5. Domain afektif
6. Metakognisi
7. Pemikiran Reflektif
8. Taksonomi COGAFF


Penilaian Kendiri

1. Jelaskan dua komponen penting dalam kemahiran berfikir.
2. Terangkan bagaimana metakognisi dan pemikiran reflektif mempengaruhi kemahiran berfikir.
3. Apakah rasionalnya taksonomi COGAFF menggabungkan domain kognitif dan afektif?

Jawapan

1. Dalam kurikulum KBKK, kemahiran berfikir dibahagikan kepada dua komponen yang penting
iaitu; kemahiran berfikir secara kritis dan kemahiran berfikir secara kreatif. Kemahiran berfikir
secara kritis merujuk kepada keberkesanan seseorang dalam menggunakan minda dalam
62

menilai keesahan atau kebaikan satu-satu idea, buah fikiran, pandangan dan boleh memberi
respons berdasarkan kepada bukti dan sebab musabab. Jenis-jenis kebolehan yang boleh di
kategorikan sebagai pemikiran kritis termasuklah; membanding dan membeza (compare and
contrast), membuat ketegori (categorization), menerangkan sebab akibat (cause and effect),
meneliti bahagian dan hubungan bahagian yang kecil dengan keseluruhan, membuat andaian,
membuat ramalan dan inferensi. Sementara kemahiran berfikir secara kreatif pula bolehlah di
definisikan sebagai kebolehan menggunakan minda dalam menjana idea-idea yang baru,
kemungkinan yang baru, ciptaan yang baru berdasarkan kepada keaslian dalam
penghasilannya. Ia boleh diberikan dalam bentuk idea yang nyata ataupun abstrak. Kebolehan
berfikir secara kreatif ini boleh dilihat dalam contoh-contoh berikut: mencipta idea yang baru,
mencipta analogi dan metaphora. Harus diingat bahawa kedua-dua kemahiran berfikir secara
kritis dan kreatif ini adalah bertujuan untuk menolong atau membantu seseorang dalam
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.

2. Metakognisi dan pemikiran refpektif dikatakan mempengaruhi kemahiran berfikir adalah kerana
metakognisi dijelaskan sebagai kebolehan seseorang dalam mengaplikasikan strategi yang
betul dalam proses melahirkan idea. Contohnya, seseorang yang ingin menyelesaikan satu
masalah ekonominya terpaksa mengalami proses merancang, memantau dan menilai
keputusan yang akan dibuat. Pemikiran reflektif pula merangkumi kebolehan memahami fakta,
idea, mengaplikasikan prinsip, menganalisis, membuat sintaksis dan kebolehan
menilai. Pemikiran reflektif sama seperti pemikiran kritis memberi penekanan kepada tujuan
atau maksud idea atau buah fikiran yang ingin disampaikan. Ia mempunyai kaitan rapat dengan
apa yang diketengahkan oleh Bloom berhubung dengan aras pemikiran. Pengetahuan aras
rendah yang memerlukan pengingatan atau memorization yang dikaitkan dengan aras literal
atau pengetahuan dalam Taksonomi Bloom.

3. Rasionalnya Taksonomi COGAFF menggabungkan domain kognitif dan efektif dapat dilihat
dalam konteks berikut:
i) Walaupun evaluation (penilaian) diletakkan sebagai domain tertinggi dalam
63

Taksonomi Bloom, ini tidaklah bermaksud bahawa ia adalah langkah terakhir yang boleh
dibuat dalam penyelesaian masalah atau membuat keputusan seperti apa yang disahkan
sendiri oleh Bloom (1956:185).
ii) Pertalian domain kognitif dan afektif dalam perkembangan mental seseorang adalah tidak
dapat dipisahkan dalam pandangan bercorak holistic dalam apa sahaja sistem pendidikan
seperti yang ditegaskan oleh Furst (1994:32)
iii) Disebabkan tiada kemungkinan yang aspek kognitif boleh dipisahkan dari
perasaan (afektif), seperti tidak mungkin kita pisahkan pengetahuan dari nilai (knowledge
from values)
iv) Dalam konteks pendidikan di Malaysia, amat jelas dinyatakan pertalian kedua-dua domain
ini harus diberi perhatian yang setimbal kerana jelas saperti apa yang dinyatakan dalam
Falsafah Pendidikan Negara.





Rujukan

Beyer, B.K. (1992). Practical Strategies for the Teaching of Thinking. London: Allyn and Bacon, Inc.

Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., and Masia, B.B., (1964). Taxonomy of Educational Objectives: The
classification of Educational Goals. Handbook II: Afective Domain. New York: David McKay.

Goleman, D. (1995). Emotional Intelligence: Why it can matter more than IQ. New York: Bantam Books.

Dewey, J. (1993). How we think: A restatement of the relation of reflective thinking to the educative
process. Boston: Houghton Mifflin Company.

Lambright, L. (1995). Creating a dialogue Socratic Seminars and educational reform. Community
College Journal, 65, 30-34.

Shermis, S.S (1999). Critical Thinking: Helping students learn reflectively. Bloomington, Indiana: Phi
Delta Kappa Educational Foundation.

Weast, D. (1996). Alternative teaching strategies: The case for critical thinking. Teaching Sociology, 24,
189-194.

Anda mungkin juga menyukai