Anda di halaman 1dari 10

Pendidikan Sains

22

PENGGUNAAN PETA MINDA UNTUK MENINGKATKAN DAYA


MENGINGAT DAN MINAT MENGULANG KAJI
BAGI PELAJAR TAHUN 4 DALAM TOPIK
PEMBIAKAN TUMBUHAN
Wong Leng Sim
Amir Hamzah Sharaai
Institut Pendidikan Guru, Kampus Tuanku Bainun, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang
: lengsim88@hotmail.com
Diterima untuk diterbitkan pada: 1 April 2012
ABSTRAK
Penyelidikan tindakan ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji
penggunaan nota bentuk peta minda dalam meningkatkan daya ingatan
pelajar Tahun 4 dalam topik Pembiakan Tumbuhan serta mengkaji
peningkatan minat pelajar terhadap penggunaan nota bentuk peta minda
untuk membuat ulangkaji. Responden bagi kajian ini melibatkan 26
orang pelajar Tahun 4 di sebuah sekolah di Seberang Jaya, Pulau Pinang
yang terdiri daripada 16 orang lelaki dan 10 orang perempuan. Data
dikumpulkan melalui ujian pra, ujian pasca, soal selidik serta temu bual
ke atas persepsi pelajar terhadap membuat catatan nota bentuk peta
minda dan bentuk linear. Keputusan ujian pra dan pasca dianalisis
menggunakan statistik deksriptif manakala soal selidik persepsi pelajar
dianalisis dengan mengira peratus. Statistik dekriptif menunjukkan min
peratus peningkatan markah antara ujian pra dan pos adalah 26.94%.
Selain daripada itu, dapatan data juga dianalisis dengan menggunakan
ujian-t untuk menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara min
ujian pra dan pasca. Minat pelajar terhadap pembelajaran Sains dan
membuat ulangkaji dengan menggunakan nota bentuk peta minda juga
telah meningkat berbanding dengan nota bentuk linear. Kajian ini dapat
membuktikan bahawa kaedah penggunaan peta minda untuk membuat
catatan nota dapat meningkatkan pencapaian dan minat belajar pelajar
dalam topik Pembiakan Tumbuhan.
Kata kunci: peta minda, daya ingat, minat, ulang kaji, sains

PENGENALAN
Peta minda adalah satu alat yang berfungsi seperti pemikiran visual yang dapat membantu
pelajar mengorganisasi maklumat dengan berstruktur, memahami, mensintesis, ingat kembali
dan juga menghasilkan idea-idea baru dengan mudah. Dalam perkataan lain, mengingat
informasi maklumat melalui peta minda boleh membantu otak kita bekerja dengan lebih cepat
(Bletsas, 2011).
Penggunaan peta minda dapat menyeimbangkan kedua-dua belah hemisfera otak dan tidak
mementingkan mana-mana satu hemisfera otak sahaja. Menurut Tony Buzan (2009), semua
kanak-kanak suka benda-benda berwarna-warni dan suka melukis. Melukis peta minda
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
9 10 September 2012

Pendidikan Sains

23

merupakan satu aktiviti yang seronok untuk kanak-kanak. Dan apabila kanak-kanak gemar
melukis peta minda, otak mereka juga akan berasa suka terhadap peta minda juga. Hasil
segera yang boleh didapati adalah daya ingatan kanak-kanak semakin bertambah baik.
Keberkesanan peta minda dapat dipertingkatkan dan diperkaya dengan warna, gambar, kod
dan dimensi untuk menambah elemen-elemen kreativiti sendiri. Penggunaan dan penambahan
elemen-elemen individu dalam peta minda dapat membantu perkembangan kreativiti, memori
dan khususnya peringatan maklumat seseorang.
PERNYATAAN MASALAH
Pelajar biasanya menghadapi masalah untuk mengingat fakta Sains dan ini telah
menyebabkan minat belajar pelajar semakin merosot terutamanya pelajar yang berprestasi
rendah dalam bidang akademik. Selain daripada itu, sikap guru yang biasanya menggunakan
catatan nota baris demi baris, muka surat demi muka surat (catatan bentuk linear) pada akhir
pengajaran sebagai pengukuhan pengajaran didapati cenderung menjadikan pelajar berasa
bosan dan melupakan isi pengajaran. Catatan bentuk linear hanya menggunakan satu warna
sahaja (biasanya warna hitam) menyebabkan pelajar berasa bosan dengan nota yang panjang
lebar dan pelajar hanya mempelajari sebahagian kecil dari fakta yang mereka belajar. Selain
daripada itu, pelajar juga tidak berminat untuk mengulang kaji dengan catatan nota bentuk
linear yang mereka buat.
OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif-objektif yang ingin dicapaikan adalah seperti berikut:
1. Memperkenalkan peta minda sebagai alat untuk membuat catatan nota dan mengkaji
keberkesanannya.
2. Mengkaji peningkatan daya mengingat pelajar dengan menggunakan kaedah peta minda
ke atas pelajar yang berprestasi rendah dalam mata pelajaran Sains.
3. Mengkaji minat pelajar terhadap pengunaan nota peta minda untuk membuat ulangkaji.
PERSOALAN KAJIAN
1. Adakah penggunaan peta minda untuk membuat catatan nota bagi tajuk Pembiakan
Tumbuhan dapat meningkatkan prestasi pelajar?
2. Adakah penggunaan peta minda untuk membuat catatan nota dapat meningkatkan minat
pelajar untuk membuat ulangkaji?

METHODOLOGI
Analisis:
Ujian pra dan ujian pasca
Ujian pra dan pasca dianalisis dengan membuat perbandingan peningkatan gred pelajar
setelah mengumpulkan markah pencapaian pelajar dalam ujian. Terdapat empat kategori gred
seperti Jadual 1.
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
9 10 September 2012

Pendidikan Sains

24

Jadual 1: Kategori markah


Kategori
Soalan betul
Cemerlang
16-20
Memuaskan
11-15
Lemah
6-10
Sangat lemah
1-5
Data dianalisis secara statistik deskriptif iaitu menganalisis data dengan mengira peratus, min
dan sisihan piawai bagi data ujian pra dan pasca. Data yang diperolehi melalui ujian pra dan
ujian pasca adalah seperti Jadual 2 di bawah:
Jadual 2: Pencapaian Pelajar Dalam Ujian Pra Dan Ujian Pasca
Markah Tahap
Ujian Peratus Ujian
Peratus
Perbezaan
pencapaian
pra
( %)
Pasca
(%)
peratus (%)
16-20
Cemerlang
0
0.00%
5
19.23%
+ 19.23%
11-15
Baik
4
15.38%
14
53.85%
+ 38.47%
6-10
Kurang
13
50.00%
7
26.92%
- 23.08%
memuaskan
1-5
Lemah
9
34.62%
0
0.00%
- 34.62%
Jadual 2 di atas telah menunjukkan tiada lagi pelajar yang mendapat gred lemah tetapi
terdapat pelajar yang mendapat gred cemerlang. Selain daripada itu, bilangan pelajar yang
mendapat gred kurang memuaskan juga semakin berkurang tetapi bilangan pelajar yang
mendapat gred baik pula bertambah. Daripada keseluruhan data di atas, ia telah menunjukkan
bahawa bahawa kaedah penggunaan nota bentuk peta minda adalah lebih berkesan daripada
kaedah penggunaan nota bentuk linear dalam meningkatkan prestasi sampel dalam topik
Pembiakan Tumbuhan Tahun 4.
Jadual 3: Analisis Keputusan Ujian Pra Dan Ujian Pasca
Analisis Perkara
Ujian Pra (%)
Ujian Pasca (%)
183
333
Jumlah
7.04
12.81
Min
2.68
2.60
Sisihan Piawai
Merujuk kepada Jadual 3, didapati min markah ujian telah meningkat daripada 7.04
meningkat kepada 12.81 dengan peningkatan sebanyak 5.77. Ini telah jelas menunjukkan
strategi membuat catatan nota bentuk peta minda boleh meningkatkan pencapaian pelajar
dalam topik Pembiakan Tumbuhan berbanding dengan kaedah mencatat nota dalam bentuk
linear. Selain daripada itu, sisihan piawai untuk ujian pra ialah 2.68 dan bacaan untuk ujian
pasca pula adalah 2.60. Dalam dapatan kajian ini, sisihan piawai adalah kecil. Dengan kata
lain, sisihan piawai yang rendah ini telah menunjukkan dapatan markah adalah homogenous,
maknanya jurang markah pelajar yang rendah dengan tinggi adalah kecil.
Kesimpulannya, peningkatan min markah pelajar dalam ujian pra dan ujian pasca telah
menunjukkan bahawa daya ingatan pelajar untuk topik Pembiakan Tumbuhan telah
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
9 10 September 2012

Pendidikan Sains

25

meningkat dengan menggunakan kaedah mencatat nota bentuk peta minda untuk membuat
ulangkaji.
Bagi membuktikan bahawa data yang dianalisis daripada analisis deskriptif sebelum ini
mempunyai perbezaan yang signifikan antara ujian pra dan pasca, ujian-t telah diujikan (lihat
Jadual 4).
Jadual 4: Pair Sample Test

Mean
UjianPra - -5.76923
UjianPasca

Paired Differences
95%
Confidence
Interval
of
the
Std.
Difference
Std.
Error
Deviation Mean
Lower
Upper
t
3.26567
.64045
-7.08826 -4.45020
-9.008

df
25

Sig. (2-tailed)
.000

Hasil ujian-t telah menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (t = -9.01, p =
0.00) di antara ujian pra dan ujian pasca dengan nilai p < 0.05. Dalam erti kata lain, hasil
dapatan data telah menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min markah ujian
pra dengan min markah ujian pasca bagi responden.
Analisis dapatan soal selidik
Cara menganalisis data soal selidik ini adalah jenis statistik deskriptif. Lapan item soal selidik
dianalisis dengan mengira peratus pemilihan setiap responden terhadap setiap skala bagi
setiap item dijumlahkan. Tiga set soal selidik telah diberi kepada pelajar iaitu seperti Jadual
5, Jadual 6, Jadual 7 dan Jadual 8.
Analisis respons soal selidik 1

No. Pernyataan

1.

2.

3.
4.

Jadual 5: Dapatan Soal Selidik 1


Setuju
(%)
(bil.)

Menyalin nota dapat membantu


saya mengingat apa yang diajar
oleh guru.
Salin nota dapat membantu saya
fikir semula dengan senang apa
yang diajar oleh guru.
Salin nota dapat membantu saya
mempelajari Sains.
Saya boleh ingat balik apa yang
diajar oleh guru dengan lebih
senang jika saya menyalin nota.

26.92%

Tidak
setuju
(bil.)
19

3.85%

25

96.15%

30.77%

18

69.23%

34.62%

17

63.38%

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
9 10 September 2012

(%)

73.08%

Pendidikan Sains

5.
6.
7.
8.

Jadual 5: Dapatan Soal Selidik 1 (sambungan)


Menyalin nota membuat saya suka
13
50.00%
13
Sains.
Menyalin nota membantu saya
13
50.00%
13
membuat ulangkaji.
Menyalin nota adalah cara
11
42.31%
15
mempelajari Sains yang baik.
Saya suka menyalin nota.
4
15.38%
22

26

50.00%
50.00%
57.69%
84. 62%

Secara amnya, dapatan soal selidik 1 telah menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar tidak
setuju bahawa penggunaan nota bentuk linear dapat membantu mereka mengingat isi
pengajaran. Namun begitu, terdapat 50% responden yang berpendapat bahawa mereka suka
menyalin nota bentuk linear dan percaya bahawa nota bentuk linear dapat membantu mereka
mengulang kaji manakala 50% responden yang lain tidak berpendapat sedemikian
Analisis respons soal selidik 2
Jadual 6 adalah jadual yang menunjukkan peratusan dan kekerapan bagi dapatan soal selidik
yang mengkaji minat pelajar terhadap penggunaan nota bentuk peta minda untuk mencatat
nota dan membuat ulangkaji.

No. Pernyataan

1.

2.

3.
4.

5.
6.
7.
8.

Jadual 61: Dapatan Soal Selidik 2


Setuju
(%)
(bil.)

Peta minda dapat membantu saya


mengingat apa yang diajar oleh
guru.
Peta minda dapat membantu saya
fikir semula dengan senang apa
yang diajar oleh guru.
Peta minda dapat membantu saya
mempelajari Sains.
Saya boleh ingat semua apa yang
diajar oleh guru dengan lebih
senang jika saya menggunakan
peta minda untuk membuat nota.
Peta minda membuat saya suka
Sains.
Peta minda membantu saya
membuat ulangkaji.
Peta
minda
adalah
cara
mempelajari Sains yang baik.
Saya suka mengguna peta minda
untuk membuat nota.

17

65.38%

Tidak
setuju
(bil.)
9

15

57.69%

11

42.31%

19

73.08%

26.92%

18

69.23%

30.77%

18

69.23%

30.77%

13

50.00%

13

50.00%

25

96.15%

3.85%

20

76.92%

23.08%

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
9 10 September 2012

(%)

34.62%

Pendidikan Sains

27

Secara amnya, penggunaan peta minda telah menimbulkan perasaan positifi kebanyakan
pelajar terhadap pembelajaran Sains. Ia dapat dibuktikan dengan dapatan soal selidik di mana
lebih daripada 50% pelajar yakin bahawa penggunaan peta minda dapat membantu mereka
belajar dan membuat pelajar suka akan subjek Sains.
Analisis respons soal selidik 3
Jadual 7 adalah jadual yang menunjukkan peratusan dan kekerapan bagi dapatan soal selidik
3 yang mengkaji minat pelajar terhadap penggunaan nota bentuk linear dan peta minda untuk
membuat catatan nota dan membuat ulangkaji. Soal selidik ini bertujuan mengkaji minat
pelajar dan pilihan pelajar terhadap penggunaan nota bentuk linear dan peta minda untuk
mencatat nota dan membuat ulangkaji.

No. Pernyataan

1.

2.

3.
4.
5.

6.

7.
8.

Jadual 72: Dapatan Soal Selidik 3


Peta
(%)
minda

Kaedah
___________
dapat
membantu saya mengingat apa
yang diajar oleh guru.
Kaedah
___________
dapat
membantu saya fikir semula
dengan senang apa yang diajar oleh
guru.
Kaedah
___________
dapat
membantu saya mempelajari Sains.
Kaedah ___________ adalah lebih
mudah difaham dan dibaca.
Saya lebih suka menggunakan
kaedah
__________
untuk
membuat nota.
Kaedah ___________ membuat
saya suka membaca nota yang
dibuat.
Kaedah ___________ adalah cara
mempelajari Sains yang baik.
Saya lebih suka menggunakan
kaedah _________ untuk membuat
ulangkaji.

Nota
(%)
bentuk
linear
9
34.62%

17

65.38%

20

76.92%

23.08%

21

80.77%

19.23%

12

46.15%

14

53.85%

18

69.23%

30.77%

18

69.23%

30.77%

12

46.15%

14

53.85%

17

65.38%

34.62%

Dapatan data daripada soal selidik 3 telah jelas menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar
setuju akan keberkesanan penggunaan nota bentuk peta minda untuk meningkatkan daya
ingatan mereka dan mereka juga setuju bahawa peta minda dapat membantu mereka
mengulang kaji dengan lebih berkesan daripada nota bentuk linear. Namun begitu, terdapat
juga pelajar yang berpendapat bahawa nota bentuk linear adalah senang dibaca dan
merupakan satu cara mempelajari ilmu Sains yang baik.
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
9 10 September 2012

Pendidikan Sains

28

Analisis dan intepretasi data: Temu bual


Jadual 8: Respon Daripada Enam Responden Terhadap Penggunaan Nota Bentuk
Linear Dan Nota Bentuk Peta Minda
Soalan/
Menyalin
Membuat
Nota bentuk
Nota bentuk
Suka ulang
Responden nota dalam nota dalam linear / peta
linear / peta
kaji dengan
bentuk
bentuk
minda
minda
nota jenis
linear
linear /
membantu
memudahkan linear / peta
susah atau peta minda mengingat?
ulang kaji?
minda?
seronok?
lebih
susah?
Seronok
Nota bentuk Peta minda
Peta minda
Peta minda
R1
linear
Seronok
Nota bentuk Peta minda
Peta minda
Peta minda
R2
linear
Seronok
Nota bentuk Peta minda
Peta minda
Peta minda
R3
linear
Seronok
Peta minda
Nota bentuk
Nota bentuk
Nota bentuk
R4
linear
linear
linear
Seronok
Peta minda
Nota bentuk
Nota bentuk
Nota bentuk
R5
linear
linear
linear
Susah
Nota
bentuk
Peta
minda
Peta
minda
Peta minda
R6
linear
Daripada maklum balas yang didapati daripada responden, kebanyakan daripada mereka
berpendapat bahawa mereka suka membuat peta minda dan membuat ulangkaji dengan nota
peta minda.
PERBINCANGAN
Dapatan daripada analisis data ujian pra dan pasca telah menunjukkan bahawa terdapat
peningkatan 5.77 dan sisihan piawai untuk ujian pra ialah 2.68 dan ujian pasca ialah 2.60 bagi
kumpulan sasaran dalam topik Pembiakan Tumbuhan telah meningkat. Berdasarkan analisis
data yang telah dibuat terhadap dapatan ujian pra dan ujian pasca, pelajar-pelajar dilihat
berjaya meningkatkan daya mengingat dalam topik Pembiakan Tumbuhan dengan lebih baik
dengan membuat ulangkaji menggunakan nota peta minda berbanding dengan nota bentuk
linear. Minat pelajar terhadap pembelajaran Sains dan minat untuk membuat ulangkaji juga
telah didapati meningkat selepas penggunaan peta minda untuk membuat catatan nota
berdasarkan analisis soal selidik dan temu bual yang telah dibuat.
Dapatan daripada soal selidik 1 telah menunjukkan pelajar adalah kurang berkeyakinan dan
kurang suka terhadap nota bentuk linear. Hanya terdapat 50% pelajar yang berpendapat
menyalin nota dapat membantu mereka membuat ulangkaji dan membuat mereka suka mata
pelajaran Sains. Seramai 84.62% pelajar tidak suka akan menyalin nota bentuk linear.
Dapatan soal selidik 2 pula menunjukkan peningkatan minat pelajar terhadap pembelajaran
Sains dan membuat ulangkaji dengan nota bentuk peta minda jika berbanding dengan nota
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
9 10 September 2012

Pendidikan Sains

29

bentuk linear. Dapatan soal selidik telah menunjukkan bahawa terdapat peningkatan minat
pelajar untuk membuat ulang kaji dengan penggunaan nota bentuk peta minda.
Ini adalah selaras dengan kajian Hasnah (2008) yang menunjukkan kaedah U-kaji Peta Minda
dapat menyakinkan murid tentang wujudnya kaedah lebih mudah dan berkesan untuk
mengingat fakta Sejarah dan kaedah P&P Peta Minda pula membantu guru mempelbagaikan
teknik P&P.
Dapatan kajian ini juga selari dengan hasil kajian oleh Nurushahiza (2009) yang mengkaji
tentang penggunaan peta minda sebagai kerangka isi karangan bahasa Inggeris bagi pelajar
tingkatan 2 telah menunjukkan bahawa peratusan pelajar yang sederhana adalah sebanyak
96.87% berbanding dengan 84.38% sebelum diperkenalkan dengan peta minda.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang boleh dibuat bagi kajian tindakan pengkaji adalah strategi membuat catatan
nota dengan menggunakan peta minda telah terbukti dapat meningkatkan pencapaian dan
daya ingatan pelajar Tahun 4 dalam topik Pembiakan Tumbuhan. Selain daripada
peningkatan pencapaian pelajar dalam ujian, adalah didapati juga minat pelajar untuk
membuat ulangkaji juga telah meningkat selepas pelajar diperkenalkan dengan kaedah
membuat catatan nota bentuk peta minda jika berbanding dengan masa pelajar mengulang
kaji dengan nota bentuk linear.
CADANGAN
Daripada kajian yang telah dijalankan, didapati terdapat segelintir pelajar yang kurang
berminat dan bermotivasi untuk melukis peta minda, oleh itu, adalah diharapkan sistem token
juga diperkenalkan kepada pelajar. Sistem token digunakan bertujuan untuk memotivasi dan
menggalakkan pelajar melukis peta minda dan mengulang kaji catatan nota bentuk peta
minda.
Guru boleh melakukan pengubahsuaian kaedah dengan fotostat peta minda buatan guru
kepada pelajar dan meminta pelajar mewarnakan peta minda sahaja. Ini adalah kerana
melalui kajian yang telah dibuat, didapati terdapat sebahagian pelajar yang tidak minat untuk
melukis dan ini telah membuat mereka rasa tidak minat akan penggunaan peta minda untuk
mencatat nota.

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
9 10 September 2012

Pendidikan Sains

30

RUJUKAN

Alis Bin Puteh. (2009). Kajian tindakan di sekolah: Satu pengenalan. Jitra: Pure Honey
Enterprise
Asan, A. (2007). Concept Mapping in Science Class: A Case study of fifth grade students.
Educational Technology & Society, 10(1), 186-195.
Bletsas, F. (10 February, 2011). The Importance of Mind Maps. Retrieved 12 September 2011,
from http://my-mind-maps.com/
Buzan, T., & Buzan, B. (2006). The mind map book: Full colour illustrated edition. London:
BBC Active.
Buzan, T. (2003). Mind maps for kids. London: Thorsons
Buzan, T. (2004). Mind maps for kids: Rev up for revision. London: Thorsons
Hasnah binti Musa. (2008). Cemerlang sejarah dengan peta minda. Jurnal Pradigma, 7, 3644.
Jones, B. D., Ruff, C., Petrich, B., Snyder, J., & Koonce, C. (May, 2011). The effects of mind
mapping activities on undergraduate students motivation.
Ismail B. Kailani, & Khairuzaman Bin Ismail. (n.d.). Mengenal pasi faktor-faktor yang
menyebabkan pelajar kurang cemerlang dalam mata pelajaran sains. Satu kajian
tinjauan di sebuah sekolah menengah luar bandar. Retrieved September 5, 2011,
from
http://eprints.utm.my/11384/1/Mengenal_Pasti_Faktor.pdf
Mansor bin Kasim, & Makrof bin Md. Daud. (2008). Kesan teknik peta minda dalam
mencatat nota terhadap guru-guru conversion sains. Wacana Intelektual IPG KPM, 14,
63-71.
Mohd Nasarruddin Bin Ahmad. (2010). Cemerlang sains dengan peta minda. Retrieved
March 5, 2011, from http://www.petaminda.com/
Nurulshahiza Bt Abd Mutalib. (2009). Peta minda sebagai kerangka isi karangan bahasa
inggeris bagi tingkatan 2. Jurnal Pedagogi Peribumi, 1, 57-66.
Rusilah Jais, Yusminah Mohd Yusof, Nur Ashiqin Najmuddin, Ismudin Rasip & Siti
Arbaiah Darus (n.d.). Penggunaan peta minda bagi matapelajaran matematik di
kalangan pelajar perakaunan. Retrieved 11 September 2011, from
http://skbbsintok.net/bank/KMM%20%20Penggunaan%20Peta%20Minda%20Bagi%
20Mata%20Pelajaran%20Matematik%20Di%20Kalangan%20Pelajar%20Perakaunan
.pdf
Supawadee Inthawong. (2009, May 14). Bridging the memory gap through mind map.
Bangkok Post Lifestyle. Retrieved from
http://www.bangkokpost.com/lifestyle/family/16677/bridg
Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |
Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
9 10 September 2012

Pendidikan Sains

31

Tee. T. K., Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad, Widad Bt. Othman Yee. M.H. (b)
(2009). Penilaian aras kemahiran berfikir menerusi ujian SEA, rubrik kemahiran
berfikir dan rubrik peta minda. Persidangan Kebangasaan Pendidikan Sains Dan
Teknologi 2009 (PKPST 2009). m.s 5-14
Tee. T. K., Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad, Widad Bt. Othman Yee. M.H.
(n.d.) Kepentingan peta minda sebagai alat berfikir dalam mengambil nota kuliah.
Retrived 16 September 2011, from
http://eprints.uthm.edu.my/609/1/Jailani_(ICE_2010).pdf
Widayati Harun. (2006). Keberkesanan penggunaan grafik dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah bagi mata pelajaran ekonomi rumah tangga: Satu kajian
tindakan. Ilmiah, 12, 103-112.
Wong, C. M., & Dr. Abdul Ghani Abdullah. (2006). Keberkesanan penggunaan peta konsep
janaan pelajar dalam mata pelajaran sejarah. Jurnal penyelidikan Pendidikan, 8, 89-97.
Yeo, L. S. (5 March, 2011). Peta minda tony buzan. Kosmo online. Retrived from
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0322&pub=Kosmo&sec
=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm

Persidangan Kebangsaan Pembangunan dan Pendidikan Lestari 2012 |


Institut Pendidikan Guru Kampus Tuanku Bainun, Bukit Mertajam Pulau Pinang,
9 10 September 2012

Anda mungkin juga menyukai