Anda di halaman 1dari 56

RIS

SEMESTER 1 SESI 2010/2011

KOD & NAMA KURSUS


SR

KRL 3033

KRL 3043
LATIHAN ILMIAH
KUMPULAN

UPSI 107 ( A 141 PJJ )


DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

NESAMALAR A/P EASUPATHAM

D20102 042470

012-4850901

SAMUEL

PENSYARAH

TARIKH SERAH :

DR AZHAR BIN AHMAD

29 NOVEMBER 2014

TAHAP PENGUASAAN KONSEP OPERASI TOLAK


NOMBOR BULAT DENGAN MENGUMPUL
SEMULA DI KALANGAN MURID
SK TOH TANDEWA SAKTI, TAPAH

NESAMALAR A/P EASUPATHAM SAMUEL

IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH)


FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2014
i

PENGHARGAAN

Salam Sejahtera. Saya bersyukur kepada Tuhan kerana membantu saya menyiapkan
kajian ini yang bertajuk Tahap Penguasaan Konsep Operasi Tolak Nombor Bulat Dengan
Mengumpul Semula Di Kalangan Murid Sk Toh Tandewa Sakti, Tapah dengan jayanya.
Saya

ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan ikhlas kepada penyelia projek, Dr

Azhar Bin Ahmad atas bimbingan dan dorongan yang diberi sepanjang tempoh kajian ilmiah
ini.
Ribuan terima kasih juga kepada keluarga tersayang yang banyak berkorban masa
dan tenaga serta memberi sokongan sepanjang saya menyiapkan kajian ini. Kerjasama
daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) serta pihak Sekolah Kebangsaan
Toh Tandewa Sakti Tapah yang terlibat amatlah dihargai.
Penghargaan juga ditujukan kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara
langsung atau tidak langsung membantu menjayakan kajian untuk Sarjana Muda Pendidikan
ini.

ii

ABSTRAK

Kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penguasaan konsep operasi tolak nombor bulat
dengan mengumpul semula di kalangan murid Sk Toh Tandewa Sakti, Tapah. Pemahaman
konsep dalam operasi asas matematik adalah sangat penting dalam matapelajaran Matematik.
Pemahaman konsep yang tidak konkrit menyebabkan murid menghadapi kesulitan dalam
mempelajari kemahiran yang lebih kompleks dalam matematik. Tujuan kajian ini adalah
untuk mengkaji tahap penguasaan murid dalam konsep operasi tolak nombor bulat dengan
mengumpul semula. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis kesalahan yang
melibatkan penguasaan konsep operasi tolak. Responden untuk kajian ini terdiri daripada 30
orang murid tahap sederhana dan lemah dari Tahun Tiga Ikhlas, Sekolah Kebangsaan Toh
Tandewa Sakti, Tapah. Pengumpulan data dalam kajian ini melibatkan dua instrumen iaitu
ujian diagnostik dan temubual. Min markah ujian diagnostik dijadikan petunjuk tahap
penguasaan murid dalam konsep operasi tolak dengan mengumpul semula. Keputusan ujian
diagnostik dan temubual digunakan untuk mengenalpasti jenis-jenis kesalahan yang
melibatkan operasi tolak. Secara umumnya, kajian mendapati bahawa lebih separuh daripada
responden ( 56.7% ) tidak menguasai konsep operasi tolak dengan mengumpul semula. Jenisjenis kesalahan yang kerap dilakukan oleh murid adalah kesalahan menyusun nombor
mengikut nilai tempat, tidak faham operasi tolak, kecuaian dalam menolak dan tidak
mengumpul semula juga telah dikenalpasti melalui instrumen temubual berdasarkan ujian
diagnostik. Dapatan kajian ini diharap dapat membantu guru-guru khasnya guru matematik,
pihak pentadbir sekolah dan juga pihak yang berkaitan untuk melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran serta pemulihan matematik yang berkesan di sekolah.

iii

ABSTRACT

This study was to investigate Sk Toh Tandewa Sakti, Tapah students mastery level of
subtraction with regrouping of whole numbers. Understanding the basic concepts of
mathematical operations is very important in Mathematics. Without concrete understanding of
mathematical concepts, students face difficulties in learning complex mathematical skills. The
aim of this study was to investigate the student mastery level of the concept of subtraction
operations with regrouping of whole numbers. This study was also carried out to identify the
types of mistakes involving concepts in subtractions operations. Respondents for this study
consisted of 30 pupils from moderate and low level achievers of Year Three Ikhlas, Sekolah
Kebangsaan Toh Tandewa Sakti, Tapah. Data collection in this study involves two
instruments, namely diagnostic tests and interviews. Mean scores from the diagnostic tests
were used as indicators of the level of student mastery of the concept of operations in
subtraction with regrouping. Diagnostic test results and interviews were used to identify the
types of mistakes involving subtraction operations. In general, the study found that more than
half of the respondents (56.7%) did not master the concept of subtraction operations with
regrouping. The types of mistakes that were often done by students were mistakes to arrange
numbers in the correct place value, failure to understand subtraction operations, negligence in
carrying out subtraction operations and not regrouping in subtractions have been identified
through interviews based on diagnostic testing instruments. The findings were intended to
help teachers, especially mathematics teachers, school administrators and the relevant parties
to implement the teaching and learning of mathematics and mathematics remedial effectively.

iv

ISI KANDUNGAN
BAB

PERKARA
HALAMAN

PENGHARGAAN

ii

ABSTRAK

iii

ABSTRACT

iv

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

ix

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

xi

SENARAI LAMPIRAN

xii

BAB 1 PENGENALAN
1.1 Pendahuluan

1.2 Latar Belakang Kajian

1.3 Masalah Kajian

1.4 Kerangka Konsep

1.5 Tujuan Kajian

1.6 Persoalan Kajian

1.7 Batasan Kajian

1.8 Kepentingan Kajian

1.9 Definisi Istilah

2.0 Rumusan

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

2.2 Tinjauan Literatur

2.2.1 Penggunaan Inkuiri Berpusatkan Murid Yang Tidak


Berkesan

2.2.2 Kurang Penekanan Kepada Kepentingan Penguasaan


Fakta Berkaitan Naombor Dan Kemahiran Mencongak
Dengan Cepat

10

2.2.3 Berpindah kepada model abstrak terlalu awal


2.3 Rumusan
BAB 3

10

12

METODOLOGI
3.1 Pendahuluan

13

3.2 Reka Bentuk Kajian

13

3.3 Tempat Kajian

13

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian

14

3.5 Instrumen Kajian

14

3.6 Kajian Rintis

16

3.7 Prosedur Kajian

16

3.8 Prosedur Pengumpulan Data

16

3.9 Prosedur Analisis Data

17

3.9.1 Analisis Deskriptif Terhadap Min

17

3.9.2 Persoalan Kajian 1

17

3.9.3 Persoalan Kajian 2

17

3.10 Rumusan

vi

17

BAB 4 :

ANALISIS DATA

4.1

Pendahuluan

18

4.2

Profil Responden Kajian

18

4.2.1

Bilangan Responden Mengikut Jantina

19

4.2.2

Bilangan Responden Mengikut Bangsa

20
21

4.2.3

Gred Matepelajaran Matematik Responden Dalam

PKSR 1 2014
4.3 Analisis Dapatan Kajian

22

4.3.1 Analisis Keputusan Ujian Diagnostik Tentang Tahap


Penguasaan Murid Dalam Konsep Operasi Tolak
Dengan Mengumpul Semula.

24

4.3.2 Analisis Temubual Jenis-Jenis Kesalahan Dalam


Operasi Tolak Dengan Mengumpul Semula
Berdasarkan Ujian Diagnostik
4.4

Rumusan

25
28

BAB 5 : PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1

Pendahuluan

30

5.2

Perbincangan Berdasarkan Soalan Kajian

30

5.2.1

Analisis Keputusan Ujian Diagnostik Untuk


Mengetahui Sejauh Manakah Tahap Penguasaan Murid
Dalam Konsep Operasi Tolak Dengan Mengumpul
Semula.
30

5.2.2

Analisis Temubual Berstruktur Untuk Mengenalpasti


Jenis-Jenis Kesalahan Dalam Operasi Tolak.

32

5.3

Cadangan Kajian Lanjutan

32

5.4

Penutup

33

BIBLIOGRAFI

35

LAMPIRAN

38

viii

SENARAI JADUAL

JADUAL

TAJUK

MUKASURAT

Jadual 1

Instrumen Pengumpulan Data

15

Jadual 2

Taburan Jantina Pelajar

19

Jadual 3

Taburan Pelajar Mengikut Bangsa

20

Jadual 4

Taburan Pelajar Mengikut Gred Bagi Matapelajaran Matematik

21

Dalam PKSR 1 2014


Jadual 5

Tahap Pencapaian Ujian Diagnostik

23

Jadual 6

Min Dan Sisihan Piawai Ujian Diagnostik

24

Jadual 7

Keputusan Temubual Kesalahan Pelajar Dalam Operasi Tolak

25

Berdasarkan Kategori Kesalahan Dalam Ujian Diagnostik


Jadual 8

Kategori Kesalahan Pelajar P2 Mengikut Item Soalan

26

Jadual 9

Contoh Kesalahan Pelajar P2 Mengikut Kategori

27

ix

SENARAI RAJAH

RAJAH

TAJUK

MUKASURAT

Rajah 1

Kerangka Konsep Kajian

Rajah 2

Peratus Pelajar Mengikut Jantina

19

Rajah 3

Peratus Pelajar Mengikut Bangsa

20

Rajah 4

Peratusan Pelajar Mengikut Gred Matematik Dalam

21

Peperiksaan PKSR 1 2014


Rajah 5

Graf Pencapaian Ujian Diagnostik

23

Rajah 6

Graf Gred Ujian Diagnostik

24

SENARAI SINGKATAN

PKSR

Penilaian Kendalian Sekolah Rendah

KSSR

Kurikulum Standard Sekolah Rendah

KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia

LINUS

Literacy and Numeracy Screening

SPSS

Statistical Packages For The Social Sciences

MPKI

Minister Key Performance Indicator

xi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKASURAT

Lampiran A

Soalan Ujian Diagnostik

38

Lampiran B

Soalan / Instrumen Temubual

39

Lampiran C

Transkrip Temubual Pelajar P2

40

Lampiran D

Analisis Data SPSS

Lampiran E

Ujian Diagnostik Pelajar P2

41 - 42

xii

43

BAB 1

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan

Matematik adalah daya penggerak di belakang pembangunan sesebuah negara.


Masyarakat hari ini mempunyai ciri-ciri permintaan yang tinggi, persaingan serta perubahan
yang berterusan berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi baru. Menyedari
kepentingan ini, sistem pendidikan negara berhasrat untuk melahirkan masyarakat yang
berketrampilan serta mahir dalam penggunaan matematik dalam kehidupan harian. Oleh itu
peranan guru terutamanya guru matematik adalah penting

dalam memupuk kebolehan

terutamanya dalam kemahiran asas matematik. Setiap murid perlu dirangsang dan dibimbing
untuk menguasai kemahiran asas matematik.

Pelajar sekolah rendah perlu menguasai kemahiran operasi asas nombor bulat selepas
memahami konsep asas nombor. Empat operasi asas untuk mengira adalah tambah, tolak,
darab dan bahagi.

Kemahiran operasi asas matematik ini bukan sahaja penting untuk

mendapatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang tetapi ia sangat penting dalam


kehidupan seharian. Matematik digunakan setiap hari dalam kehidupan harian dalam apa
sahaja aspek. Jika tidak menguasai, murid ini seterusnya tidak akan berjaya dalam apa jua
bidang di masa hadapan.

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap penguasaan murid dalam konsep operasi tolak
nombor bulat dengan mengumpul semula. Bagi murid-murid adalah amat sukar untuk
memahami konsep penolakan dalam matematik. Justeru itu kajian perlu dibuat untuk
mengkaji

tahap penguasaan murid dalam konsep operasi tolak nombor bulat dengan

mengumpul semula serta mengenalpasti jenis-jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh
murid melibatkan operasi tolak.

1.2 Latar Belakang Kajian

Perubahan landskap pendidikan di Malaysia adalah seiring dengan perkembangan pesat


dalam pemikiran teknologi, ekonomi dan globalisasi. Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) yang diperkenalkan pada tahun 2011 memberi penekanan terhadap kemahiran 4M
iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Asas kemahiran mengira akan menjadi aset
kepada murid-murid yang perlu memahami konsep mengira yang lebih kompleks seperti
pecahan, nombor perpuluhan, nilai negatif dan sebagainya. Kegagalan menguasai kemahiran
operasi asas matematik seperti operasi tambah, tolak, darab dan bahagi akan menimbulkan
kebencian dalam diri murid-murid terhadap kemahiran mengira serta menimbulkan kesulitan
dalam melaksanakan operasi penyelesaian masalah seharian.
Memandangkan kepentingan penguasaan kemahiran asas matematik, Program Linus
Numerasi digubal khusus bagi menangani masalah penguasaan kemahiran asas matematik
yang dihadapi oleh murid. Melalui program ini murid-murid diberi pengalaman yang cukup
untuk membina asas yang kukuh dalam membuat pengiraan supaya mereka boleh mengikuti
pembelajaran matematik dengan lebih bermakna dan berkesan.

1.3 Masalah Kajian

Pemahaman konsep adalah sangat penting dalam matapelajaran Matematik. Pemahaman


konsep yang tidak konkrit menyebabkan murid selalu membuat kesalahan dalam operasi
matematik. Murid-murid perlu diajar untuk memahami konsep sesuatu operasi bukan dengan
menghafal sesuatu konsep. Bagi murid-murid yang hanya menghafal akan melakukan
kesilapan dalam mencari beza sesuatu nilai. Sebagai contoh, untuk beza nilai 5 dan 7, muridmurid yang menghafal kemungkinan besar akan melakukan penolakkan 5 7 sedangkan
murid-murid yang memahami konsep penolakkan memahami bahawa nilai kecil tidak dapat
menolak nilai yang besar. Terdapat juga murid yang keliru tentang konsep 5 + 7 = 7 + 5
dan menganggap 5 7 = 7 5 . Miskonsepsi matematik ini menyebabkan murid-murid
tidak mengumpul semula untuk operasi tolak.
Pelbagai program telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengatasi masalah tidak
penguasaan konsep pada tahap rendah. Misalnya, bermula tahun 2010, Program LINUS telah
dilaksanakn bagi menggantikan Program KIA2M (Kelas Intervensi Asas Membaca dan
2

Menulis). Program LINUS adalah singkatan dari Literacy & Numeracy Screening di mana
Minister Key Performance Indicators (MPKI) KPM telah menyasarkan bahawa semua
murid normal berkeupayaan untuk menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun
mengikuti pendidikan rendah menjelang 2012. Literasi adalah merujuk kepada kebolehan
untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan majmuk yang mudah
serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.
Numerasi pula adalah kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik serta
memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran
matematik dalam kehidupan seharian. Program ini telah dilaksanakan bermula pada tahun
2010 (Kohort 1) melibatkan murid-murid di Tahun 1 yang telah melalui Saringan 1 (Mac),
Saringan 2 (Jun) dan Saringan 3 (September). Namun masalah murid tidak menguasai operasi
asas masih berleluasa lagi terutamanya bagi topik operasi tolak.
Hal ini berlaku di sekolah saya di mana ramai murid tahun tiga masih tidak dapat
menolak nombor dengan betul terutamanya untuk penolakan nombor dengan mengumpul
semula. Mengikut pemahaman mereka, nombor besar mestilah tolak nombor kecil. Maka
mereka tidak mengumpul semula tetapi menggunakan nombor besar yang di bawah untuk
menolak nombor kecil yang di atas apabila menolak dalam bentuk lazim. Maka dengan ini
penyelidik mengambil peluang ini untuk mengkaji tahap penguasaan murid dalam
pemahaman konsep operasi tolak dengan mengumpul semula.

1.4 Kerangka Konsep

Kerangka konsep disediakan untuk berfungsi sebagai pemandu kepada kajian ini agar ia
menjurus kepada tujuan dan matlamat yang dikehendaki. Guru memainkan peranan yang
penting dalam pembentukkan asas matematik murid-murid. Walaupun peranan guru ini tidak
dapat dinafikan namun kebanyakkan murid adalah lemah dalam pemahaman konsep
matematik (Brady&Bowd,2005) . Bagi kanak-kanak adalah amat sukar bagi memahami
konsep penolakan dalam matematik. Dalam matapelajaran Matematik, selain dari mengenal
nombor kanak-kanak perlu

diberi kefahaman instrument, kefahaman relasional, dan

kefahaman logik. Bloom (1989) telah menyenaraikan 3 jenis tingkah laku pemahaman iaitu
terjemahan, pentaksiran, dan ekstrapolasi. Sebagai seorang guru, kita harus memahami
kesemua perkara tersebut bagi memudahkan guru memahami murid-murid dalam merancang
3

pengajaran yang berkesan dalam membentuk konsep penolakan.

Masalah utama murid dalam operasi tolak ialah tidak menguasai kemahiran menolak
dua nombor secara mengumpul semula. Punca utama masalah ini berlaku adalah kerana
murid tidak memahami proses penolakkan yang melibatkan kemahiran pinjaman nilai dari
rumah nombor apabila nilai tidak mencukupi untuk menolak nombor tersebut. Kesalahan ini
dapat dikesan semasa guru membuat semakan buku latihan, keputusan ujian dan kuiz di
dalam kelas.
Rajah 1 menunjukkan kerangka konsep kajian yang akan digunakan dalam kajian ini.

TIDAK FAHAM
OPERASI TOLAK

NILAI TEMPAT

KECUAIAN

FAKTOR-FAKTOR
KESALAHAN
DALAM OPERASI
TOLAK

MENGUMPUL
SEMULA

TAHAP PENGUASAAN KONSEP OPERASI TOLAK

1.5 Tujuan Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap penguasaan murid dalam konsep operasi
tolak nombor bulat dengan mengumpul semula. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti
jenis-jenis kesalahan yang melibatkan penguasaan konsep operasi tolak. Kegagalan untuk
menguasai kemahiran operasi tolak ini akan menyebabkan masalah ini berlarutan sehingga
peringkat yang lebih tinggi. Jika penguasaan konsep dan kemahiran operasi tolak dan jenisjenis kesalahan operasi tolak ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman atau
kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal. Ini akan dapat dilihat dalam peperiksaan di
mana murid mungkin memberi jawapan seperti yang tidak dikehendaki oleh guru.

Hasil kajian ini diharap dapat membantu guru-guru dalam membimbing murid-murid
dalam memahami kemahiran operasi tolak. Diharap juga kajian ini dapat membantu guruguru membuat perancangan aktiviti yang sesuai untuk menangani masalah ini. Urutan
pengajaran dan pembelajaran juga dapat disusun dari mudah ke lebih kompleks supaya murid
dapat mempelajarinya dan seterusnya menunjukkan penguasaan yang baik dalam kemahiran
matematik.

1.6 Persoalan kajian

Kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap penguasaan konsep operasi tolak di kalangan
murid-murid tahun tiga di SK Toh Tandewa Sakti, Tapah. Berikut adalah persoalan yang
berkaitan dengan kajian ini.
i) Sejauh manakah tahap penguasaan murid dalam konsep operasi tolak nombor
bulat dengan mengumpul semula?
ii) Apakah jenis-jenis kesalahan dalam operasi tolak yang melibatkan:
a) Kesalahan menyusun nombor dalam bentuk lazim mengikut nilai tempat.
b) Kesalahan tidak faham operasi tolak
c) Kesalahan mengumpul semula.
d) Kesalahan kecuaian

1.7 Batasan Kajian

Kajian ini dijalankan ke atas populasi di SK Toh Tandewa Sakti, Tapah. Had umur
sampel adalah dianggap sama iaitu sembilan tahun. Pemilihan yang dibuat daripada semua
murid tahun tiga yang berada di sekolah ini iaitu seramai 30 orang murid. Murid-murid yang
dijadikan sampel dalam kajian ini memperolehi kemudahan asas yang sama. Memandangkan
bilangan sekolah yang dipilih adalah terhad, maka segala kenyataan dan juga keputusan yang
diperolehi daripada kajian ini adalah hanya boleh diguna pakai dalam kajian ini sahaja.

1.8 Kepentingan Kajian

Kajian ini mempunyai beberapa kepentingan berikut:

a) Hasil kajian ini diharapkan dapat memberi input yang bermakna kepada guru-guru
matematik di sekolah ini sebagai panduan dalam amalan pengajaran dan
pembelajaaraan matematik.
b) Kajian ini juga boleh dijadikan kajian rintis untuk kajian berskala di peringkat daerah,
negeri ataupun negara.
c) Kajian ini juga dapat memberi inspirasi kepada guru-guru matematik untuk terus
menjalankan kajian dalam bilik darjah untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran
guru dan meningkatkan kefahaman serta prestasi murid.

1.9 Definisi Istilah

Perkataan tahap membawa maksud peringkat atau tingkat (Kamus Dewan, 2010: 1569).
Maksud tahap dalam kajian ini adalah ukuran pada tingkat penguasaan murid dalam konsep
operasi tolak nombor bulat dengan mengumpul semula.

Maksud penguasaan pula menurut Kamus Dewan (2010: 834,835) , adalah perihal
menguasai atau menguasakan. Apabila dirujuk kepada kata akar bagi perkataan ini iaitu
kuasa, ia membawa maksud daya atau kemampuan untuk melakukan atau mengerjakan
sesuatu . Maka perkataan penguasaan yang digunakan disini ialah untuk menunjukkan perihal
kemampuan untuk menguasai operasi tolak yang dipelajari oleh murid tersebut.

Perkatan konsep mengikut Kamus Dewan (2010:816) membawa maksud pengertian am


atau idea yang mendasari sesuatu dan konsep juga boleh dinyatakan dalam bentuk takrif yang
mengandungi maklumat, ciri dan syarat. Di dalam kajian ini konsep ialah idea atau maklumat
ciri atau syarat yang mendasari operasi tolak. Operasi bermaksud menerangkan cara sistem
(Kamus Dewan 2010:1099) manakala tolak bermaksud mengurangi atau membuang (kamus
Dewan 2010:1704). Maka operasi tolak membawa maksud cara sistem mengurangkan
kuantiti daripada satu kuantiti keseluruhan dan melihatkan baki yang tinggal.

Sampel utama dalam kajian in adalah murid tahun tiga yang merupakan responden
kepada pengkaji. Maksud murid berdasarkan Kamus Dewan(2010:1057), murid didefinisikan
sebagai orang atau anak yang sedang belajar atau berguru (seperti murid sekolah, penuntut di
maktab dan sebagainya). Murid yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah murid-murid dari
Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti, Tapah.

2.0 Rumusan

Bab ini membincangkan latar belakang kajian, masalah kajian, tujuan kajian, persoalan
kajian, kepentingan kajian dan definisi istilah. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan dalam
kemahiran asas iaitu operasi tolak matematik mempengaruhi tahap penguasaaan dalam
konsep operasi tolak matematik. Ini seterusnya akan membawa kepada kelemahan dalam
pencapaian matematik di kalangan murid-murid. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan
khususnya untuk mencari punca kepada kelemahan murid dalam tahap penguasaan konsep
operasi tolak nombor bulat dalam mengumpul semula di sekolah penyelidik.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1 Pendahuluan

Tinjauan Literatur merupakan ulasan maklumat yang diperoleh daripada jurnal, buku,
dokumen dan penyelidikan-penyelidikan lepas yang dilakukan oleh penyelidik. Ia juga
adalah satu proses dalam penyelidikan untuk mengenalpasti samaada masalah atau tajuk
penyelidikan yang telah dirancang ini telah dilaksanakan oleh penyelidik lain. Tinjauan
literatur ini
rujukan

dibuat untuk menggabungkan bahagian-bahagian penulisan pelbagai bahan

yang berasingan dan mendapat perspektif baru dalam topik tahap penguasaan

konsep operasi tolak ini. Ianya juga dapat menghubungkan idea dan teori dengan amalan
berkaitan topik penyelidikan ini.

2.2 Tinjauan Literatur

Perkembangan pengetahuan murid tentang nilai tempat nombor bulat bermula sejak
dari tadika lagi dan

terus dibina setelah mereka memasuki sekolah rendah.

Menurut

Dokumen Standard Kurikum Standard Sekolah Rendah (KSSR) matlamat Kurikulum


Standard Sekolah Rendah bagi mata pelajaran Matematik adalah untuk membina pemahaman
murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik
yang mudah dan berketrampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik
secara berkesan dan bertanggungjawab dalam kehidupan seharian. Sejak dari tahun satu lagi
murid-murid diajar untuk menentukan nilai tempat bagi nombor, mengenal pasti pasangan
nombor untuk membentuk satu nombor yang berkaitan dan menambah dan menolak dalam
lingkungan 100.

Menurut Baroody (2006) dari segi kognitif adalah lebih rumit untuk mengira ke
belakang daripada mengira ke hadapan . Oleh itu , sekiranya murid-murid yang belum mahir
bergantung kepada strategi mengira ke belakang semata-mata bila membuat operasi tolak
kemungkinan besar mereka akan mendapat jawapan yang salah. Beliau menyatakan bahawa
8

murid menghadapi masalah menguasai kombinasi asas kerana mereka mungkin kurang
pengetahuan formal yang mencukupi. Pengetahuan formal yang mencukupi merupakan asas
penting untuk memahami dan untuk mempelajari Matematik dengan jayanya. Di samping
itu juga pengetahuan formal yang mencukupi dapat membantu murid

merangka

penyelesaian masalah dan melakukan menaakul secara berkesan. Westwood (2008) dalam
kajian pedagogi matematik, menunjukkan bahawa punca penyumbang utama kesukaran
dalam pembelajaran matematik adalah kualiti pengajaran guru yang rendah . Martin( 2007),
seperti yang dipetik dalam Westwood (2008),

pula berpendapat

potensi

untuk

meningkatkan literasi matematik adalah berkait langsung dengan pedagogi yang digunakan
untuk mengajar sesuatu perkara dan bukannya perkara itu sendiri. Melalui kajian Boaler
(1999); Booker (2004); Lamb (2004) dan Weiss & Pasley (2004), seperti yang dipetik di
Westwood (2003), telah mengenalpasti pedagogi sebagai halangan utama kepada penerapan
strategi berkesan matematik dalam pelajar.

Tahap penguasaan konsep operasi tolak nombor bulat dengan mengumpul


semula di kalangan murid adalah rendah disebabkan oleh:
2.2.1 Penggunaan Inkuiri Berpusatkan Murid Yang Tidak Berkesan
Pendekatan inkuiri penemuan dalam pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih berkesan hanya sekiranya murid dapat

matematik akan

memahami penemuan matematik

mereka dan dapat mengaitkannya dengan skema pengetahuan sedia mereka. ( Kirschner et
al, 2006; Mayer , 2004, seperti yang dipetik dalam Westwood (2008). Beliau menunjukkan
bahawa cara yang berkesan untuk memperkenalkan strategi formal dalam penolakan adalah
dengan

mengembangkan

pemahaman penolakan yang merujuk kepada 'perbezaan'

(difference) dan bukan hanya ' mengambil keluar'

(take away). Apabila murid-murid

menggunakan strategi pengiraan iaitu mengira dalam turutan menaik atau menurun , adalah
penting bagi mereka untuk membuat scaffolding untuk pemahaman konsep yang bermakna
supaya perkaitan dapat diwujudkan antara prosedur tidak formal mereka dengan strategi
pilihan (Ginsburg, dirujuk dalam Baroody, 1984).

2.2.2 Kurang penekanan kepada kepentingan penguasaan fakta

berkaitan nombor

dan kemahiran mencongak dengan cepat


Kemahiran dalam pengiraan masih

merupakan

kemahiran penting dalam

penyelesaian masalah matematik. Kemahiran mencongak dengan cepat perlu diajar dalam
konteks pengajaran prinsip-prinsip operasi algoritma supaya pelajar mempunyai kefahaman
yang boleh diaplikasikan dan bukan hanya sekadar belajar algoritma secara bersendirian.
Kemahiran ini boleh diaplikasikan secara automatik sekiranya latihan yang mencukupi diberi
kepada pelajar. Pendekatan penyiasatan , jika digunakan secara bersendirian , biasanya
kurang berkesan (Westwood,2003).

2.2.3 Berpindah kepada model abstrak terlalu awal


Pada peringkat awal perkembangan kefahaman murid , hubungan kuantitatif dari
pengalaman sebenar dan penggunaan bahan-bahan konkrit adalah perlu. Peralihan secara
beransur-ansur perlu dibuat daripada model konkrit kepada penggunaan model abstrak.
Broker (1999), seperti yang dipetik di Westwood (2003 ) , berpendapat peralihan terlalu
awal kepada model abstak boleh membawa kepada kekeliruan murid jika murid tidak
mendapat latihan secukupnya dengan model konkrit. Kanak-kanak juga akan mula
kehilangan makna asas operasi nombor dan sebagai jalan keluar akan menghafal peraturan
dan prosedur yang dipelajari ( Booker seperti yang dipetik di Westwood, 2003).
Kita boleh menggalakkan penggunaan strategi membilang menaik dengan hanya
mengubah cara kita mengemukakan tugasan kepada murid-murid . Kanak-kanak cenderung
untuk memilih strategi yang menjadi model struktur masalah ( Carpenter dan Moser ,
dirujuk dalam Baroody , 1984). Terdapat empat jenis masalah yang berbeza yang boleh
dibuat dari penolakan seperti 8-3 = ? . Ini termasuk masalah yang berkait (join problems) ,
masalah yang berasingan (separate problems), bahagian-bahagian seluruh masalah (partpart whole problems) dan perbandingan masalah (compare problems)

(Carperter , Carey

& Kouba , 1990 seperti yang dipetik dalam Van de Walle , 2010).
Kita mendedahkan murid-murid kepada pelbagai strategi penyelesaian untuk
membuktikan bahawa penyelesaian masalah matematik tidak terikat kepada satu cara
semata-mata. Van de Walle (2010 ) menyatakan dalam kebanyakan kurikulum , penekanan
diletakkan di atas masalah bergabung atau berasingan (join-separate problems) dengan hasil
10

yang tidak diketahui. Ini menyebabkan murid mempunyai kefahaman yang terhad tentang
penolakan dan sering mengalami kesukaran apabila mencuba struktur masalah yang
berlainan . Kanak-kanak perlu didedahkan kepada kesemua bentuk empat struktur masalah
tersebut. Sebaik-baiknya murid-murid juga perlu meneroka pengiraan dalam bahagian
bahagian kecil (chunks) dan menggunakan fakta-fakta tambahan yang diketahui untuk
menyelesaikan masalah pengiraan operasi tolak ( Baroody , 1984). Oleh sebab itu adalah
penting untuk memberi soalan penyelesaian masalah

dalam perkataan dan bukannya

sekadar dalam bentuk simbolik seperti 9-2=? Murid perlu didedahkan kepada bukan hanya
masalah seperti mengambil keluar (take away) tetapi juga soalan berapa banyak lagikah
yang diperlukan untuk mengalak pengiraan secara menaik (counting up) (Baroody , 1984).
Tambahan pula, menyediakan kanak-kanak dengan pengalaman hubungan bahagian keseluruhan akan membantu kanak-kanak untuk melihat hubungan antara kombinasi
penolakan apabila mereka melaksanakan prosedur penolakan

secara informal

dalam

pengiraan turutan menurun.


Lanjutan kepada penyelidikan Baroody (1984 ) ini , Fuson ( 1984) membentangkan
beberapa lagi kerumitan untuk prosedur penyelesaian penolakan. Fuson (1984), menyatakan
bahawa prosedur penyelesaian lisan untuk penambahan dan penolakan adalah tidak selari.
Didalam penambahan kata-kata yang disebut adalah bersamaan dengan langkah terakhir
sesuatu penyelesaian manakala dalam penolakan (mengira menurun),

jari dilanjutkan

dengan setiap perkataan untuk mewakili bilangan ditolak manakala mengira menurun ini
menandakan perubahan dalam tingkah laku dari kiraan menaik. Menambah kepada
kesukaran, murid menggunakan dua kaedah kiraan menurun yang amat berbeza , dengan
menggunakan masalah 8-3 =? kanak-kanak sama ada mengira menurun dari dan termasuk 8
dan mengira ke belakang sehingga 3 perkataan telah disebut , bilangan perkataan seterusnya
ke bawah memberitahu berapa ramai yang tinggal. Dalam kaedah kedua kanak-kanak tidak
memadan nombor 8 dengan jari

tetapi bermula mengira dengan perkataan kedua dan

menurun hingga 3 sehingga diberikan jawapannya. Kedua-dua kaedah ini adalah betul tetapi
boeh menimbulkan kekeliruan.
Satu kajian dalam kelas yang dijalankan oleh Hildebrandt (1998 ) mencadangkan
bahawa pengalaman dengan permainan digalakkan untuk mengembangkan hubungan antara
strategi baru dengan yang skema perkara sebelumnya . Kajian ini menyimpulkan bahawa jika
strategi penyelesaian masalah tidak dibekalkan dalam permainan , murid akan mewujudkan
strategi mereka sendiri untuk memahami maklumat . Sebagai pendidik adalah penting
11

bahawa kita mendedahkan pelajar kepada beberapa strategi penyelesaian sebagai bukti
bahawa tidak ada hanya satu cara untuk menyelesaikan masalah matematik.
2.3 Rumusan
Kajian literatur ini
mengumpul semula.

memberi tumpuan kepada penolakan nombor bulat dengan

Ramai murid menghadapi kesukaran dalam memahami konsep

penolakan dua digit dengan mengumpul semula dan juga konsep nilai tempat dalam
matematik. Ini menjadi penghalang utama kepada murid untuk menguasai operasi penolakan.
Kajian penyelidikan ini akan menunjukkan bahawa halangan-halangan untuk mempelajari
operasi tolak dapat diatasi sekiranya kita dapat melambatkan pengenalan kepada algoritma
tradisional kepada murid dan memberi ruang kepada murid untuk menggunakan strategi
ciptaan mereka. Perhatian juga perlu diberi kepada kaedah pengajaran guru, iaitu murid
perlu didedahkan kepada operasi penolakan
Perwakilan

dan akhirnya

secara

berurutan dari

Konkrit

kepada

kepada Abstrak. Pengetahuan guru tentang kandungan

matapelajaran turut memberi kesan kepada bagaimana pelajar belajar penolakan dua angka.

12

BAB 3

METODOLOGI

3.1 Pendahuluan

Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik merekabentuk, mengumpul dan


menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu rumusan.
Ia menerangkan cara sesuatu masalah disiasat dan sebab sesuatu kaedah dan teknik tertentu
digunakan. Tujuan metodologi ialah untuk membantu memahami dengan lebih luas lagi
tentang pengaplikasian kaedah dengan huraian tentang proses kajian.

Bab ini menerangkan secara terperinci kaedah dan prosedur pengumpulan data bagi
penyelidikan ini. Aspek yang terkandung di dalam metodologi kajian ini adalah rekabentuk
kajian, tempat kajian, instrumen kajian, populasi kajian, prosedur kajian, prosedur
pengumpulan data dan prosedur analisis data.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Kajian yang dijalankan adalah berbentuk kaedah tinjauan yang mana isu kajian yang
dipilih adalah tahap penguasaan konsep operasi tolak nombor bulat dengan mengumpul
semula di kalangan murid-murid Sk Toh Tandewa Sakti Tapah. Rekabentuk kajian yang
digunakan adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Instrumen kajian kuantitatif yang
digunakan adalah ujian diagnostik manakala instrumen kajian kualitatif yang digunakan
adalah temubual berstruktur. Data-data yang diperolehi akan dianalisis untuk melihat tahap
penguasaan konsep operasi tolak mengumpul semula dan juga kesilapan murid dalam
melakukan operasi tolak.

3.3 Tempat kajian

Kajian ini di jalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Batang Padang. Sekolah
13

tersebut adalah SK Toh Tandewa Sakti, Tapah, Perak. Sekolah ini dipilih sebagai lokasi
kajian kerana ia merupakan sekolah di mana penyelidik bertugas. Penyelidik memilih sekolah
ini kerana penyelidik ingin mencari punca kelemahan pencapaian matematik khususnya
dalam operasi tolak dengan mengumpul semula. Sekolah ini terletak di pekan Tapah yang
merupakan sebuah bandar kecil dalam daerah Batang Padanag. Sekolah ini mempunyai
seramai 455 orang murid iaitu 226 orang murid lelaki dan 229 orang murid perempuan.
Seramai 41 orang guru ditempatkan di sekolah ini.

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian

Menurut Noraini Idris (2010) , populasi ialah kumpulan yang menarik perhatian
penyelidik, yang membolehkan penyelidik membuat generalisasi melalui dapatannya.
Populasi juga ialah kumpulan yang lebih besar yang akan memperoleh manafaat daripada
dapatan yang diperoleh. Manakala sampel dalam penyelidikan ialah kumpulan yang menjadi
sumber informasi yang diperlukan. Ia adalah suatu kumpulan (subset) peserta kajian yang
diplih daripada satu populasi.

Sampel kajian ini adalah terdiri daripada 30 orang murid tahun tiga yang dipilh secara
rawak iaitu murid-murid tahun 3 Ikhlas dari Sekolah Toh Tandewa Sakti, Tapah , Perak.
Sampel kajian ini dikategorikan kelas sederhana berdasarkan pengasingan murid- murid
mengikut kebolehan yang dibuat di awal tahun.

3.5 Instrumen Kajian

Pengutipan data kajian, samaada kualitatif atau kuantitaf memerlukan alat-alat kajian
yang sesuai untuk menjawab soalan kajian. Data merupakan bahan atau unit asas dalam
statistik. Data boleh diperolehi dalam bentuk ukuran atau bilangan. Data kualitatif boleh
dikutip melalui pemerhatian, soal selidik, penelitian dokumen, temubual dan sebagainya.
Data kuantitatif pula boleh dikutip , contohnya melalui borang soal selidik yang mempunyai
skala tertentu, ujian dan inventori. Jadual 1 menunjukkan instrumen-instrumen pengumpulan
data dan punca data berdasarkan soalan kajian dalam kajian tinjauan ini.

Kaedah pengumpulan data dalam kajian ini melibatkan dua instrumen iaitu ujian
diagnostik dan temubual. Ujian diagnostik ( Lampiran A) mengandungi sepuluh item
14

subjektif yang berlainan. Soalan-soalan ini dibuat sendiri oleh penyelidik.

Data-data markah ujian diagnostk yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan


perisian Statistical Packages For The Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan min dan
sisihan piawai. Min markah ujian diagnostik di jadikan petunjuk tahap penguasaan murid
dalam konsep operasi tolak dengan mengumpul semula. Keputusan ujian diagnostik juga
digunakan untuk mengenalpasti jenis-jenis kesalahan yang melibatkan operasi tolak.

Instrumen kedua yang digunakan ialah soalan temubual (Lampiran B). Temubual yang
dijalankan ialah temubual berstruktur. Kaedah temubual ini dijalankan pada lima orang
respondan. Lima orang responden yang dipilih untuk temubual ialah mereka yang lemah
dalam matapelajaran matematik. Temubual dengan responden dilakukan pada masa terluang
seperti masa rehat. Hasil temubual akan ditranskripsikan mengikut soalan , kod dan tema.

Jadual 1 Instrumen Pengumpulan Data

Soalan Kajian

Data

Instrumen

Punca

Sejauh manakah tahap

Tahap

Ujian

Murid yang

penguasaan murid dalam

Penguasaan murid Diagnostik

terpilih

Jenis kesalahan

Temubual

Murid yang

kesalahan dalam operasi

berdasarkan

terpilih

tolak ?

Ujian

konsep operasi tolak


dengan mengumpul
semula?

Apakah jenis-jenis

Diagnostik

15

3.6 Kajian Rintis Kebolehpecayaan dan Kesahan

Kajian rintis dalam kajian membantu penyelidik untuk mengemaskan perancangan untuk
mengumpul data seperti menentukan jenis yang diperlukan, prosedur yang harus diikuti
dalam proses pengumpulan data (Yin, 1994).

Disamping itu, penyelidik juga boleh

menyemak kesahan instrumen yang digunakan serta mengetahui kekangan-kekangan yang


mungkin timbul dalam proses pengumpulan data. Dalam penyelidikan ini kajian rintis telah
dijalankan dengan bantuan seorang murid yang tidak terlibat dengan penyelidikan ini. Datadata yang diperolehi melalui kajian rintis telah dianalisis untuk mengesan perkara-perkara
yang harus diberi perhatian sewaktu sesi temubual. Ianya telah digunakan untuk
meningkatkan kemahiran penyelidik menjalankan sesi temubual, meningkatkan kemahiran
merekod dan menganalisis data.

3.7 Prosedur Kajian

Penyelidik memilih tajuk berdasarkan

keputusan pencapaian matematik dalam

peperiksaan formatif dan sumatif di sekolah. Penyelidik ingin mengkaji tahap penguasaan
murid dalam konsep operasi tolak nombor bulat dengan mengumpul semula. Penyelidik juga
ingin mengenalpasti jenis-jenis kesalahan yang sering dilakukan oleh murid yang melibatkan
opearsi tolak. Tajuk kajian tinjauan ini telah dipersetujui oleh pensyarah pembimbing.
Penyelidik juga perlu

meminta kebenaran daripada pihak sekolah di mana penyelidik

bertugas untuk memohon menggunakan sampel kajian di SK Toh Tandewa Sakti, Tapah.

3.8 Prosedur Pengumpulan Data

Sebelum kajian dijalankan di sekolah, penyelidik terlebih dahulu mendapat kebenaran


Guru Besar sekolah SK Toh Tandewa Sakti untuk menjalankan kajian. Setelah memberi
penerangan dan penjelasan tentang kajian ini kepada pihak pentadbir sekolah, penyelidik juga
memberi penerangan ringkas kepada responden yang terpilih.

16

3.9 Prosedur Analisis Data

3.9.1 Analisis deskriptif terhadap min

Data-data markah ujian diagnostik dianalsis dengan Perisian Statistical Packages For
The Social Sciences (SPSS) untuk mendapatkan min dan sisihan piawai. Min markah
dijadikan petunjuk untuk tahap penguasaan murid dalam konsep operasi tolak manakala
data-data ujian diagnostik dan juga temubual digunakan untuk mengenalpasti jenis-jenis
kesalahan melibatkan operasi tolak.

3.9.2 Persoalan Kajian 1

Bahagian ini mempunyai 10 soalan. Penyelidik ingin mengkaji tahap penguasaan


murid dalam konsep operasi tolak mengumpul semula. Data yang diperolehi dianalisis
secara statistik dalam Perisian Statistical Packages For The Social Sciences (SPSS), untuk
melihat tahap penguasaan konsep operasi tolak murid.

3.9.3 Persoalan Kajian 2

Bahagian ini merangkumi soalan temubual yang berkaitan dengan jenis-jenis


kesalahan yang melibatkan operasi tolak. Soalan temubual berdasarkan Ujian Diagnostik
ini diberi kepada 5 orang murid yang dipilih secara rawak. Dapatan daripada temubual ini
akan dianalisis secara kualitatif di mana dapatan dikategorikan kepada tema berkaitan
jenis-jenis kesalahan matematik yang melibatkan operasi tolak. Ujian diagnostik yang
diberi juga dianalisis berdasarkan jenis kesalahan yang dilakukan oleh murid. Dapatan
yang diperolehi dibandingkan dengan data temubual.

3.10

Rumusan

Bab ini membincangkan tentang kaedah kajian bagi penyelidikan yang akan
dijalankan. Perbincangan telah menyentuh tentang rekabentuk, instrumen kajian, prosedur
pengumpulan data dan seterusnya bagaimana data di analisis. Di harap bab ini dapat
menjelaskan keseluruhan metodologi kajian dengan baik.

17

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1

Pendahuluan

Pengumpulan data di dalam kajian ini dilakukan dengan menggunakan ujian


diagnostik dan temubual. Ujian diagnostik ( Lampiran A ) mengandungi sepuluh item
subjektif

yang berlainan yang dibina sendiri oleh penyelidik. Ujian diagnostik telah

diberikan kepada 30 orang murid tahun tiga yang dipilih secara rawak dari kelas 3 Ikhlas.
Data-data ujian diagnostik telah dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Packages For The Social Sciences (SPSS) untuk mendapat min dan sisihan piawai.
Min markah ujian diagnostik menjadi petunjuk tahap penguasaan murid dalam konsep
operasi tolak dengan mengumpul semula. Daripada keputusan Ujian diagnostik jenis-jenis
kesalahan yang melibatkan operasi tolak telah dapat dikenalpasti.

Instrumen kedua yang telah digunakan ialah soalan temubual berdasarkan ujian
diagnostik. Temubual yang dijalankan ialah temubual berstruktur. Lima orang responden
yang lemah dalam matapelajaran matematik telah ditemubual pada waktu rehat. Hasil
temubual ini telah ditranskripsikan mengikut soalan diagnostik..

4.2

Profil Responden

Seramai 30 orang pelajar Tahun Tiga Ikhlas, Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa
Sakti, Tapah telah dijadikan sebagai responden bagi menjayakan kajian ini. Prestasi
pelajar yang dijadikan responden ini adalah terdiri daripada pelajar yang sederhana dan
lemah. Pelajar ini telah dikenalpasti melalui keputusan Penilaian Kendalian Sekolah Rendah
( PKSR 1). Latarbelakang pelajar juga telah diperolehi daripada kad 001 pelajar.

Profil

responden

telah

dibentangkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan

berdasarkan jumlah dan taburan pelajar-pelajar. Item-item ini merangkumi jantina, bangsa
dan gred mata pelajaran Matematik dalam Peperiksaan PKSR 1.
18

4.2.1

Bilangan Responden Mengikut Jantina

Jadual 2 dan rajah 1 dibawah menunjukkan jantina responden iaitu seramai 30 orang
pelajar dari Tahun 3 Ikhlas daripada sekolah yang sama. Melalui jadual ini, didapati
terdapat 18 orang murid lelaki iaitu 60% dan 12 orang murid perempuan iaitu 40%.

Jadual 2 : Taburan Jantina Pelajar

Jantina

Kekerapan

Peratusan (%)

Lelaki

18

60%

Perempuan

12

40%

Jumlah

30

100%

Jantina

40%

60%

Lelaki
Perempuan

Rajah 2 : Peratus Pelajar Mengikut Jantina

19

4.2.2

Bilangan Responden Mengikut Bangsa

Jadual 3 dibawah menunjukkan

taburan responden mengikut bangsa.

Responden terdiri daripada murid Melayu, India dan Orang Asli. Seramai 24 orang pelajar
Melayu iaitu 80% , 2 orang pelajar India mewakili 6.67% dan 4 orang pelajar Orang Asli
yang mewakili 13.33%. Bilangan dan peratusan pelajar mengikut bangsa dapat dilihat pada
rajah 2 di bawah:

Jadual 3 : Taburan Pelajar Mengikut Bangsa


Bangsa

Kekerapan

Peratusan (%)

Melayu

24

80%

Orang Asli

13.33%

India

6.67%

Jumlah

30

100%

Bangsa
7%
13%

Melayu
Orang Asli
80%

Rajah 3 : Peratus Pelajar Mengikut Bangsa

20

India

4.2.3

Gred Mata Pelajaran Matematik Responden Dalam Peperiksaan PKSR 1 2014

Jadual 4 : Taburan Pelajar Mengikut Gred Bagi Mata Pelajaran Matematik Dalam
Peperiksaan PKSR 1 2014

Gred Mata Pelajaran

Kekerapan

Peratus (%)

0%

0%

25

83. 33%

D (Gagal)

13. 33%

E (Gagal)

3. 33%

Jumlah

30

100%

90%

83.3%

80%
70%
60%
50%
40%
30%
20%

13.3%

10%

3.3%

0%

0%

Gred A

Gred B

0%
Gred A

Gred B

Gred C
Gred C

Gred D
Gred D

Gred E

Gred E

Rajah 4 : Peratusan Pelajar Mengikut Gred Matematik Dalam Peperiksaan PKSR 1 2014

21

Jadual 4 dan Rajah 3 menunjukkan pencapaian pelajar dalam matapelajaran


Matematik dalam Peperiksaan PKSR 1 2014. Daripada pencapaian ini, tiada pelajar yang
mendapat Gred A dan Gred B. Seramai 25 orang pelajar telah berjaya mendapat Gred C
yang mewakili 83.33% iaitu tahap sederhana, 4 orang lagi pelajar mendapat Gred D iaitu
pada tahap lemah dan seorang pelajar yang mewakili 3.33% iaitu tahap kritikal.

4.3

Analisis Dapatan Kajian

Bahagian ini membincangkan dapatan kajian berdasarkan kepada data-data yang


diperolehi melalui ujian diagnostik dan temubual yang dikemukan kepada sampel yang
terlibat. Data ujian diagnostik yang diperolehi dianalisis

secara statistik dengan

menggunakan perisian Statistical Packages For The Social Sciences (SPSS) versi 22 untuk
melihat sejauh mana tahap pengusahaan murid dalam konsep operasi tolak dengan
mengumpul semula. Temubual kepada lima orang pelajar terpilih juga dijalankan untuk
menjawab persoalan kajian iaitu jenis-jenis kesalahan dalam operasi tolak. Dapatan daripada
temubual ini dianalisis secara kualitatif di mana dapatan dikategorikan kepada jenis-jenis
kesalahan dalam operasi tolak.

4.3.1 Analisis Keputusan Ujian Diagnostik Tentang Tahap Penguasaan Murid Dalam Konsep
Operasi Tolak Dengan Mengumpul Semula.

Berikut adalah dapatan analisis ujian diagnostik yang telah dijalankan:

22

Graf Pencapaian Ujian Diagnostik


9
8
7
Markah

6
5

Markah

3
2
1
0
1 2 3 4 5 6 7 8 9 101112131415161718192021222324252627282930
Pelajar

Rajah 5 : Graf Pencapaian Ujian Diagnostik

Rajah 4 menunjukkan pencapaian ujian diagnostik . Berdasarkan pada rajah 4


didapati skor markah pelajar secara keseluruhannya adalah tidak seragam. Jadual 5
berikut menunjukkan tahap pencapaian ujian diagnostik.

Jadual 5 : Tahap Pencapaian Ujian Diagnostik


Markah

Gred

Tafsiran

Peratus (% )

Cemerlang

Bilangan
Pelajar
0

9 - 10

7-8

Kepujian

10.0

5-6

Lulus

10

33.3

3-4

Lemah

14

46.7

0-2

Kritikal

10.0

30

100%

Jumlah

23

0.0

Graf Gred Ujian Diagnostik


16
14
12
10
8

Gred

6
4
2
0
A ( 9 - 10 )

B(7-8)

C(5-6)

D (3 - 4 )

E(0-2)

Rajah 6 : Graf Gred Ujian Diagnostik

Daripada Jadual 5 dan Rajah 5 di atas, didapati bahawa dalam ujian diagnostik yang telah
diberi, tiada pelajar yang mendapat gred A atau skor cemerlang. Hanya 13 orang pelajar iaitu
43.3% sahaja yang lulus dengan 3 pelajar ( 10 % ) mencapai gred B dan 10 pelajar (33.3 % )
mencapai gred C. Manakala 17 orang pelajar iaitu 56.7% gagal atau tidak mencapai tahap
minimum. Daripada jumlah ini seramai 14 pelajar ( 46.7 % ) mendapat gred D dan 3
pelajar ( 10 % ) mendapat gred E atau tahap kritikal.

Jadual 6 : Min dan Sisihan Piawai Ujian Diagnostik


Ujian Diagnostik
Min
Sisihan Piawai

4.43
1.61

Jadual 6 menunjukkan min markah dan sisihan piawai yang didapati daripada SPSS. Min
markah Kelas 3 Ikhlas ialah 4.43 manakala sisihan piawai pula adalah 1.61. Markah min ini
menunjukkan kebanyakkan pelajar gagal atau tidak mencapai tahap minimum dalam ujian
diagnostik operasi tolak dengan mengumpul semula. Selain daripada itu nilai sisihan piawai
ujian diagnostik yang rendah menunjukkan pencapaian murid dalam ujian diagnostik adalah
lebih rapat dengan markah min.
24

Pada keseluruhannya, analisis ini

menunjukkan bahawa lebih separuh daripada

responden ( 56.7% ) tidak menguasai konsep operasi tolak dengan mengumpul semula.
Manakala bilangan pelajar yang menguasai konsep operasi tolak dengan mengumpul semula
tiada yang mencapai tahap cemerlang.

4.3.2 Analisis Temubual Jenis-Jenis Kesalahan Dalam Operasi Tolak Dengan


Mengumpul Semula Berdasarkan Ujian Diagnostik

Temubual dengan lima orang pelajar yang dipilih telah dijalankan untuk menjawab
persoalan kajian jenis-jenis kesalahan dalam operasi tolak berdasarkan ujian diagnostik.
Dapatan daripada temubual ini dianalisis dimana dapatan dikategorikan kepada kategori
berkaitan kesalahan dalam operasi tolak .

Jadual 7 : Keputusan Temubual Kesalahan Pelajar Dalam Operasi Tolak Berdasarkan


Kategori kesalahan dalam Ujian Diagnostik
Kod dan Kategori
Kesalahan
A
(Kesalahan
menyusun
nombor mengikut
nilai tempat)

P1

D
(Tidak
mengumpul
semula)

Jumlah Jenis
Kesalahan

P4

Frekuensi

Peratus
(%)

60%

P5
/

40%

60%

100%

B
(Tidak faham
operasi tolak)
C
(Kecuaian)

P2

Pelajar
P3

Daripada Jadual 7 di atas didapati jenis kesalahan yang paling kerap dilakukan ialah
kesalahan tidak mengumpul semula. Kesemua lima orang pelajar (100%) tidak menguasai
25

konsep operasi tolak dengan mengumpul semula. Pelajar P2 merupakan pelajar yang paling
lemah kerana melakukan kesemua jenis kesalahan kategori A, B, C dan D dalam ujian
diagnostik mengikut item yang telah disenaraikan dalam jadual.

Penyelidik telah memilih pelajar P2 untuk diperincikan dalam kajian ini kerana
pelajar ini merupakan responden kajian yang paling lemah sepanjang kajian ini dilaksanakan.
Pelajar P2 juga menunjukkan kesemua kesilapan yang telah dikategorikan oleh pengkaji
dalam kajian ini seperti jadual di bawah:

Jadual 8 : Kategori Kesalahan Pelajar P2 Mengikut Item Soalan

Pelajar

Instrumen

Kod dan Kategori


A
B
(Kesalahan
(Tidak
menyusun
faham
nombor
mengikut
operasi
nilai tempat)
tolak)

C
(Kecuaian)

D
(Tidak
mengumpul
semula)

Item Ujian
Diagnostik

10

Ujian
Diagnostik

P2

Daripada Jadual 8 di atas, pelajar P2 melakukan kesalahan kategori A untuk item 3,


kategori B untuk item 2, kategori C untuk item 5 dan kategori D untuk item 10. Hasil
temubual penyelidik dengan pelajar P2 telah membantu penyelidik mengenalpasti dengan
lebih mendalam permasalahan pelajar P2 dalam operasi tolak dengan mengumpul semula.
Berikut adalah contoh kesalahan mengikut kategori yang dilakukan oleh pelajar P2 dalam
ujian diagnostik bersama dengan petikan transkripsi temubual :

26

Jadual 9 : Contoh Kesalahan Pelajar P2 Mengikut Kategori

Kategori

Contoh Kesalahan

Petikan Transkripsi

Huraian

Temubual
3) 1039 - 875 =

G : Sekarang tengok soalan

Pelajar P2 tidak

3. Ceritakan balik

meletakkan angka pada

(Kesalahan

bagaimana kamu

nilai tempat yang betul

menyusun

menulis soalan ini

iaitu 5 pada sa, 7 pada

nombor

dalam bentuk lazim.

puluh dan 8 pada ratus.

mengikut

P2: Saya menyusun semua

nilai

nombor dari kiri.

tempat)

Pelajar P2 tidak
menguasai algoritma
penolakan dengan baik.

2) 8703 - 2568 =
B
(Tidak
faham

G : Lihat soalan 2.

Pelajar P2 tidak

Bagaimana kamu

mengumpul semula dan

mendapat jawapan ini ?

hanya menolak nombor

P2: Tolak belakang cikgu

secara terus iaitu 8 3

operasi

(sambil tunjuk pada

bersamaan dengan 5

tolak)

soalan).

pada nilai tempat sa.

G : Kenapa kamu buat


begitu?
P2 : 3 lebih kecik dari 8..

5) 7956 - 1624 =
C
(Kecuaian)

Pelajar P2 berbuat
demikian kerana pada
pendapatnya nilai 8

tak boleh tolak, emm,

adalah lebih besar

jadi 8 tolak tiga cikgu.

daripada 3.

G : Soalan 5. Macam mana

Pelajar P2 cuai dalam

kamu dapat jawapan

operasi menolak iaitu

ini, nombor 3 ini ?

tidak menolak dengan

P2 : Tolak cikgu.

betul. Sepatutnya 6

G : 6 tolak 4 berapa ?

tolak 4 adalah 2 dan

P2 : 2 cikgu. Eh! Eh! Silap

bukannya 3.

cikgu. Bukan 3.

27

10) 8570 1988 =


D
(Tidak
mengumpul
semula)

G : Tengok soalan 10.

Pelajar P2 tidak

Bagaimana kamu dapat

melakukan proses

jawapan 8 dan 1

mengumpul semula

(sambil menunjuk pada

pada angka sifar pada

jawapan di rumah sa

nilai tempat sa. Dia juga

dan puluh)

tidak melakukan proses

P2: 0 tolak 8 tak boleh.

mengumpul semula

G : Kalau tak boleh tolak,

pada rumah puluh dan

kena buat apa?

hanya menolak nombor

P2: Saya buat 8 tolak 0.

secara terus dari bawah

G : Bagaimana dapat 1?

ke atas iaitu 8 7

P2: 8 tolak 7.

bersamaan dengan 1.

G : Kenapa tak pinjam dari


sebelah?
P2 : Errr! Tak tahu cikgu.

Secara keseluruhannya, daripada analisis temubual, adalah didapati bahawa pelajar P2


tidak menguasai konsep operasi tolak dengan mengumpul semula. Pelajar ini juga
menunjukkan banyak kesalahan dalam operasi menolak seperti yang dibincangkan pada
Jadual 9 di atas. Kesilapan yang dilakukan oleh pelajar P2 ini harus dipandang serius dan
diambil tindakan segera agar pelajar P2 dapat memahami dan menguasai konsep penolakan
dengan mengumpul semula dan tidak ketinggalan semasa di tahap 2 nanti.

4.4

Rumusan

Berdasarkan rajah dan jadual analisis yang ditunjukkan, penyelidik telah berjaya
mengenalpasti tahap penguasaan murid dalam konsep operasi tolak dengan menggunakan
instrumen ujian diagnostik kepada murid yang terpilih. Kebanyakkan pelajar gagal dalam
ujian diagnostik serta tidak mencapai tahap penguasaan minimum. Konsep operasi tolak juga
tidak difahami oleh lebih dari separuh responden yang dikaji. Kesimpulan ini disokong oleh
nilai min yang diperolehi.

28

Jenis-jenis kesalahan yang dilakukan oleh pelajar juga telah dikenalpasti melalui
instrumen temubual berdasarkan ujian diagnostik. Didapati kesalahan-kesalahan yang kerap
dilakukan ialah kesalahan menyusun nombor mengikut nilai tempat, tidak faham operasi
tolak, kecuaian dalam menolak dan tidak mengumpul semula. Pelajar-pelajar sering juga
melakukan kesalahan dalam operasi tolak disebabkan miskonsepsi. Selagi kita tidak peka
terhadap kesalahan yang mereka lakukan dan tidak bertanya mengapa mereka membuat
kesalahan tersebut kita tidak dapat membantu pelajar-pelajar membetulkan kesalahankesalahan mereka. Ada banyak faktor mengapa pelajar melakukan kesilapan dalam
matematik. Selain daripada kefahaman, faktor konsentrasi, minat, kurang daya pendengaran
atau penglihatan, pengajaran guru yang kurang jelas, kecuaian, emosi negatif terhadap
matematik samaada dari segi fisiologi mahupun psikologi turut menyumbang kepada
kemerosotan dalam tahap penguasaan murid dalam matematik, contohnya dalam tahap
penguasaan konsep operasi tolak dengan mengumpul semula.

29

BAB 5

PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

5.1

Pendahuluan

Dalam bab ini, penyelidik telah membuat interpretasi terhadap hasil yang didapati
daripada data yang telah dianalisis. Susulan daripada itu, penyelidik akan membuat
perbincangan, rumusan dan cadangan yang sesuai. Ianya merangkumi rumusan hasil kajian,
perbincangan berdasarkan soalan kajian dan cadangan kajian lanjutan.

Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa

Sakti, Tapah.

Responden kajian ini terdiri daripada 30 pelajar dari tahun 3 yang terdiri daripada 18 orang
lelaki dan 12 orang pelajar perempuan. Kesemua responden ini telah menduduki ujian
diagnostik untuk dikenalpasti tahap penguasaan mereka dalam konsep operasi tolak dengan
mengumpul semula. Jenis-jenis kesalahan yang mereka lakukan diperinci dengan bantuan
instrumen temubual berstruktur berdasarkan ujian diagnostik kepada 5 orang pelajar yang
terpilih. Hasil data tahap penguasaan murid dan jenis kesalahan telah dianalisis secara
terperinci.

5.2 Perbincangan Berdasarkan Soalan Kajian

5.2.1 Analisis Keputusan Ujian Diagnostik Untuk Mengetahui Sejauh Manakah Tahap
Penguasaan Murid Dalam Konsep Operasi Tolak Dengan Mengumpul Semula.

Dapatan analisis ujian diagnostik menunjukkan purata skor min bagi tahap
penguasaan pelajar terhadap konsep operasi tolak dengan mengumpul semula adalah pada
tahap lemah iaitu 4.43 ( rujuk Jadual 6 ). Murid yang lemah sering mengalami kesukaran
dalam memahami konsep operasi dalam matapelajaran matematik. Ini adalah kerana nombor
30

adalah sesuatu yang kompleks dan mempunyai konsep yang pelbagai. Pemahaman tentang
sesuatu konsep nombor mengambil masa yang lama dan murid memerlukan banyak
pengalaman belajar bagi membina konsep tersebut. Kebanyakan guru mendapati tajuk
penolakan adalah lebih sukar diajar berbanding tajuk penambahan. Selain itu, penolakan
dalam lingkungan nombor yang lebih besar juga menyebabkan murid mengalami masalah
terutamanya apabila penolakan tersebut melibatkan pengumpulan semula. Hal ini

juga

disokong oleh kajian R.E.Timmermans (2003). Oleh itu, pengetahuan yang kukuh tentang
konsep penambahan perlulah diberi penekanan kepada murid supaya mereka juga dapat
menguasai konsep penolakan.

Kebanyakkan murid yang lemah sering menghadapi kesukaran untuk memahami


subjek matematik. Murid yang lemah sering mempunyai pemahaman yang terhad berkaitan
konsep operasi tolak, kemahiran untuk mengira serta menyelesaikan masalah matematik yang
dipelajari. Murid yang tidak dapat menguasai kemahiran tersebut kemudiannya akan terus
berhadapan dengan masalah ini dan memberi impak ke atas kurikulum yang semakin
kompleks seterusnya menyebabkan mereka turut gagal untuk memahami sub-tajuk penolakan
bagi topik-topik yang dipelajari. Hal ini disokong oleh kajian Dustin B. Mancl (2012).

Setiap murid mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza-beza. Disebabkan perbezaan


ini, penerangan tentang konsep matematik yang diperkenalkan oleh guru bukanlah sesuatu
perkara yang mudah untuk dilakukan. Pengalaman murid dapat meningkatkan pengetahuan
dan kebolehan mereka dalam sesuatu konsep matematik yang dipelajari. Oleh itu, menjadi
tanggungjawab guru untuk memainkan peranan dalam membina pengetahuan mereka melalui
aktiviti penyelesaian masalah, penerokaan, membuat ramalan dan bekerjasama dalam satu
pasukan. Seorang guru perlulah bijak untuk membuat inovasi terhadap bahan pembelajaran
supaya lebih fleksibel dan dapat memberi kesan yang dinamik semasa proses pembelajaran
dilaksanakan. Kaedah yang dipilih juga perlulah relevan mengikut situasi semasa agar murid
tertarik untuk memahami input yang disampaikan. Ini kerana bahan pembelajaran yang
konkrit dapat menggalakkan murid untuk berkomunikasi dengan menggunakan perkataan
atau simbol yang mewakili objek dan peristiwa disekeliling mereka. Menurut Piaget melalui
suatu kajian, kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit boleh memahami sesuatu konsep
matematik dengan lebih mudah. (Budah, 2012) .

31

5.2.2 Analisis Temubual Berstruktur Untuk Mengenalpasti Jenis-Jenis Kesalahan


Dalam Operasi Tolak.

Analisis jenis-jenis kesalahan dalam operasi tolak dengan menggunakan instrumen


temubual berdasarkan ujian diagnostik menunjukkan bahawa terdapat empat jenis kesalahan
yang sering dilakukan oleh pelajar-pelajar terutamanya 5 pelajar lemah yang menjadi
responden kajian. Di antara kesalahan yang dilakukan pelajar adalah tidak meletakkan angka
pada nilai tempat yang betul , tidak mengumpul semula dan hanya menolak nombor secara
terus , tidak menolak dengan betul (cuai) dan tidak melakukan proses mengumpul semula.
Kesalahan tidak mengumpul semula dilakukan oleh kesemua responden

yang ditemubual.

Dr Alex Lawson (2007) turut menyokong penyataan ini di mana kesilapan dalam
pengumpulan semula biasa dilakukan oleh murid apabila mereka cuba mengikut peraturan
algoritma yang melibatkan 'carrying' and 'borrowing' bagi topik tolak tanpa memahaminya
dengan jelas.

Selain itu, miskonsepsi sering kali berlaku dalam penolakan. Antara kesilapan yang
sering dilakukan oleh murid adalah mereka menolak nombor kecil yang berada di atas secara
terus dengan nombor yang lebih besar di bawah. Kenyataan ini turut disokong oleh Hildra
Tague (2009) iaitu kesilapan sebegini jelas menunjukkan bahawa murid tidak menguasai
konsep asas penolakan iaitu harus mengumpul semula jika nombor yang perlu ditolak adalah
lebih besar .

5.3 Cadangan kajian lanjutan

Kajian tinjauan ini hanya mengkaji tahap penguasaan murid dalam konsep operasi
tolak dengan mengumpul semula dan jenis-jenis kesalahan dalam operasi tolak. Rentetan
daripada masalah yang dikenalpasti, penyelidik mencadangkan supaya kajian ini
diperluaskan untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah ini. Kaedah pengajaran dan
strategi yang lebih sesuai perlu dikenalpasti supaya murid dapat menguasai tajuk tolak
dengan mengumpul semula dengan lebih baik. Dicadangkan juga supaya penyelidikan yang
selanjutnya perlu dimulakan dari tahun satu lagi. Ini adalah kerana dengan pengesanan yang
awal, seseorang guru dapat membantu pelajar mendapat ilmu matematik dengan baik. Selain
daripada itu dicadangkan juga agar kajian akan datang memfokuskan persoalan masalah
berkaitan faktor faktor selain daripada kefahaman seperti faktor konsentrasi, minat, kurang
32

daya pendengaran atau penglihatan, pengajaran guru yang kurang jelas, kecuaian dan juga
emosi negatif terhadap matematik samaada dari segi fisiologi mahupun psikologi yang
menyumbang kepada kemerosotan dalam tahap penguasaan murid dalam matematik. Guru
perlulah bijak dalam menentukan strategi dan kaedah yang perlu digunakan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik minat murid.

5.4 Penutup

Kajian tinjauan ini telah menyedarkan penyelidik tentang betapa seriusnya masalah
ketidakfahaman murid terhadap konsep matematik khususnya konsep operasi tolak dengan
mengumpul semula. Untuk mengatasi masalah tahap penguasaan murid terhadap konsep
dan kesalahan matematik yang dilakukan, inisiatif yang sistematik harus

dilaksanakan

dengan segera. Bagi membolehkan pelajar menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan ,
pelajar perlu dibimbing untuk membina kefahaman konsep dan kemahiran matematik melalui
manipulasi objek konkrit dan gambarajah. Pemahaman dan konsep kemahiran matematik ini
perlu disusuli dengan latihan secara lisan dan bertulis yang mencukupi. Selain daripada itu,
aktiviti permainan yang melibatkan nombor boleh juga dijalankan sebagai motivasi,
pengukuhan dan pengayaan. Latihan mencongak fakta asas nombor dan operasi perlu kerap
dijalankan. Pelajar juga perlu dilatih menggunakan konsep dan kemahiran yang diperolehi
daripada pengalaman harian.

Melaui kajian ini juga, penyelidik sedar bahawa seorang guru tidak seharusnya cepat
berputus asa jika pelajar mereka tidak mampu memahami apa yang telah diajarkan kepada
mereka. Seorang guru yang berdedikasi akan sentiasa mencari jalan penyelesaian kepada
permasalahan yang dihadapi oleh pelajarnya. Kajian tinjauan yang telah dilaksanakan ini
juga meningkatkan profesionalisme penyelidik sebagai seorang guru yang prihatin terhadap
pelajarnya. Di samping itu juga, pembelajaran sepanjang hayat telah diterapkan dalam diri
penyelidik melalui pembacaan penyelidik terhadap kajian-kajian lepas dan rujukan-rujukan
yang berkaitan. Ini secara tidak langsung dapat memperbaiki amalan, mutu dan cara
pengajaran guru. Dengan ini masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam penguasaan konsep
operasi tolak yang melibatkan kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan di dalam operasi
tersebut dapat dipulihkan.

33

Kesimpulannya, penguasaan konsep operasi tolak dengan kesalahan-kesalahan yang


terperinci di atas merupakan satu masalah yang perlu ditanggani oleh guru. Guru memainkan
peranan yang penting untuk membantu pelajar-pelajar yang menghadapi masalah untuk
memahami sesuatu konsep. Seorang guru yang berkebolehan menjadi aset penting kepada
sekolah terutamanya bagi pencapaian kecemerlangan para pelajar dan juga untuk
memulihkan pelajar yang lemah.

34

BIBLIOGRAFI
Acosta, L., Lee, B., Rosa, G., Shimizu, H., & Tzeng, D. (2010). Regrouping.
Pedagogical Content Knowledge Project.
Baroody, A.J. (1984). Childrens difficulties in subtraction: some causes and questions.
Journal for Research in Mathematics Education 15(3), 203-213. Diperolehi pada 14
April 2014 daripada http://www.jstor.org/stable/748349

Baroody, A.J. (2006). Why Children Have Difficulties Mastering the Basic Number
Combinations and How to Help Them. Teaching Children Mathematics 13(1), 22-31.
Diperolehi pada 14 April 2014 daripada www.jstor.org/stable/41198838

Budah, J. A. (2012). "Pembilang Itikku'' Meningkatkan Kemahiran Mengira Operasi Tolak


Prasekolah. Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan PISMP Prasekolah. Seminar
Penyelidikan Tindakan IPG KBL., 16-29.

Brady&Bowd. (2005). Teachers and Teaching: Theory and Practice. London: Routledge

Dustin B. Mancl, Susan P.Miller, Meghan Kennedy. (2012). Using the ConcreteRepresentational-Abstract Sequence with Integrated Strategy Instruction to Teach
Substraction with Regrouping to Students with Learning Disabilities. Learning
Disabilities Research & Practice, 152-166.
Dr. Alex Lawson (2007). Learning Mathematics vs Following Rules: The Value of
Student-Generated

Methods.

Diakses

pada

16

Mac

2014

dari

http://www.edu.gov.on.ca/eng/literacynumeracy/inspire/research/Lawson.pdf

Fuson, F. (1984). More complexities in Subtraction. Journal for Research in Mathematics


Education

15(3),

214-225.

Diperolehi

http://jstor.org/stable/748350

35

pada

14

April

daripada

Hildebrandt, C. (1998). Developing mathematical understanding through invented games.


Teaching Children Mathematics 5(3), pp191-1994. Diperolehi daripada ProQuest.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah


Rendah (KSSR) Modul Teras Asas Matematik Tahun Satu. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Dokumen Standard Kurikulum Standard Sekolah


Rendah (KSSR) Modul Teras Asas Matematik Tahun Empat. Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum
Kamus Dewan Edisi Keempat(2005). Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Sukatan Pelajaran Sekolah Rendah: Matematik.


Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum
Mok Soon Sang( 1991), Latihan Progresif, Statistik dalam Pendidikan, Kumpulan Budiman
Sdn. Bhd

Mok Soon Sang, (2008), Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Murid Dan Alam Belajar, Ipoh:
Penerbitan Multi Media Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang,(2010),Penyelidikan dalam Pendidikan,Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Mok Soon Sang (1991). Pedagogi 2: Strategi Pengajaran-Pembelajaran Pengajaran Mikro.


Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
Mohd. Majid Konting , 1990, Kaedah Penyelidikan Pendidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur

Noraini Idris. (2010). Penyelidikan dalam Pendidikan . Malaysia: McGraw-Hill(Malaysia)


Sdn. Bhd.

36

Shaharom Abdullah, (1990), Panduan Amali untuk Penyelidikan Pendidikan, Dewan Bahasa
dan Pustaka, Kuala Lumpur
Sabitha Marican. (2005). Kaedah Penyelidikan Sains Sosial. Petaling Jaya: Prentice Hall.

R.E.Timmermans; E.C.D.M. Van Lieshout. (2003). Influence of Instruction In Mathematics


for Low Performing Students on Strategy Use. European Journal of Special
Needs Education. Vol.18. No.1, 5-16.

Tague, H. (2009). Teaching Basic Subtraction for Mastery and Fun. Referred Academic
Journal

Van de Walle, J. A., Karp, K. S., & Bay-Williams, J. M. (2010). Elementary and middle
school mathematics: Teaching developmentally (7th ed.). Boston: Pearson.

Westwood, P. (2008). What teacher's need to know about numeracy. pp. 58-64. ACER:
Australia.
Yin, R. K. (1994). Case Study Research: Design and Methods. 2nd ed. Thousand Oaks,
California: Sage Publications.

37

LAMPIRAN
LAMPIRAN A

SOALAN UJIAN DIAGNOSTIK - OPERASI TOLAK


1)

1985 1263 =

2)

8703 2568 =

3)

1039 875 =

4) 2871 993 =

5)

7956 - 1624 =

6) 2000 462 =

7) 8102 987 =

8) 3890 1650 =

9) 6389 1254 =

10) 8570 1988 =

38

LAMPIRAN B

Soalan / Instrumen Temubual


Berdasarkan Ujian Diagnostik

Untuk Menguji kesalahan nilai tempat


1.

Lihat soalan ini / nombor ___ . Ceritakan balik bagaimana kamu menulis soalan
ini dalam bentuk lazim.

Untuk Menguji kesalahan tidak faham operasi tolak


2. Lihat soalan ___ . Bagaimana kamu mendapat jawapan ini ?
3. Kenapa kamu membuat begitu ?

Untuk Menguji Kesalahan kecuaian


4. Untuk soalan ini, adakah jawapan kamu betul. Cuba buat semula.

Untuk Mengetahui Kesalahan Ketidakfahaman Mengumpul Semula


5. Lihat soalan ini. Ceritakan bagaimana kamu mendapat jawapan ini ?
6. Kenapa kamu melakukan begitu.
.

39

LAMPIRAN C

Transkripsi Temubual Pelajar P2

: Sekarang tengok soalan 3. Ceritakan balik bagaimana kamu menulis soalan


ini dalam bentuk lazim.

P2 :

Saya menyusun semua nombor dari kiri.

Lihat soalan 2. Bagaimana kamu mendapat jawapan ini ?

P2

: Tolak belakang cikgu (sambil tunjuk pada soalan).

: Kenapa kamu buat begitu?

P2

: 3 lebih kecik dari 8.. tak boleh tolak, emm, jadi 8 tolak tiga cikgu.

: Soalan 5. Macam mana kamu dapat jawapan ini ?

P2

: Tolak cikgu.

: Adakah jawapan kamu betul ? 6 tolak 4 berapa ?

P2

: 2 cikgu. Eh! Eh! Silap cikgu. Bukan 3.

: Tengok soalan 10. Bagaimana kamu dapat jawapan 8 dan 1 (sambil


menunjuk pada jawapan di rumah sa dan puluh)

P2

: 0 tolak 8 tak boleh.

: Kalau tak boleh tolak, kena buat apa?

P2

: Saya buat 8 tolak 0.

: Bagaimana dapat 1?

P2

: 8 tolak 7.

: Kenapa tak pinjam dari sebelah?

P2

: Errr! Tak tahu cikgu.

40

LAMPIRAN D

Analisis SPSS
Descriptives
Descriptive Statistics
N

Range

Minimum

Maximum

Sum

Mean

Statistic

Statistic

Statistic

Statistic

Statistic

Statistic

Std. Error

Markah

30

6.00

2.00

8.00

133.00

4.4333

.29433

Valid N (listwise)

30

Descriptive Statistics
Std. Deviation

Variance

Statistic

Statistic

1.61210

2.599

Markah
Valid N (listwise)

Frequencies
Statistics
Markah
N

Valid

Missing
Mode
Range
Minimum
Maximum

41

30
0
4.00
6.00
2.00
8.00

Markah
Frequenc
y
Percent
Valid 2.00
3
10.0
3.00
6
20.0
4.00
8
26.7
5.00
6.00
7.00
8.00
Total

6
4
1
2
30

20.0
13.3
3.3
6.7
100.0

Valid
Percent
10.0
20.0
26.7

Cumulative
Percent
10.0
30.0
56.7

20.0
13.3
3.3
6.7
100.0

76.7
90.0
93.3
100.0

UJIAN DIAGNOSTIK

42

LAMPIRAN E
UJIAN DIAGNOSTIK PELAJAR P2

43

Anda mungkin juga menyukai